Stres Percintaan
Stres Percintaan
DUGAAN BERTEMU HARAPAN,LARANYA MAYA BERPANJANGAN… APAKAH MUNGKIN KUTATAPI KASIHMU DI HATIKU?
Bercinta itu indah, bercinta itu asyik. Pun begitu, cinta bisa menjadi gundah, membuai resah jika cabaran dan dugaan yang mendatang menguji kedamaiannya. Stres atau tekanan antara punca yang sering dituding tatkala kecewa rasa menunda kepada kegagalan hidup lebih-lebih lagi percintaan. Tiada sesiapa pun menafikan bahawa tekanan kehidupan global masa kini antara dalang rapuhnya sesebuah ikatan cinta namun bagaimana pula perihalnya jika cinta itu sendiri adalah tekanan atau stres?
Paling penting buat anda (dan juga saya) memahami definisi stres itu sendiri. Stres adalah akibat daripada peristiwa yang memerlukan kemahiran mengendali perubahan dengan berasaskan kemampuan diri. Lazimnya, ada dua jenis stres utama yang sering melanda alam percintaan.
1. Eustress adalah stres yang positif. Ia merangsang perasaan kasih sayang yang lebih mendalam dan akhirnya meneguhkan lagi ikatan percintaan. Eustress juga adalah stres berbentuk cabaran dan dugaan yang menguji kekuatan ikatan kasih antara pasangan bercinta.
2. Distress adalah stres negatif yang menjadi punca konflik yang akhirnya menghakis tenaga dan rasa kecintaan diantara pasangan. Distress juga adalah punca kepada perpisahan sekiranya langkah yang wajar tidak diambil dengan segera.
http://www.eh.com.my/gayahidup5.asp