Archive for August, 2009

perlukah cintaku bersebab???sebab agamanya…=)

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan
di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah
bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si
suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
‘Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!’

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk
suratkepada isterinya yang
disayangi.
Suratitu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat
tersebut berbunyi begini :

‘Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan
kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika
disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia
boleh dirasai dalam hati.’

p/s: emmm….betul ke cinta tak pernah bersebab???sebelum anda menerima sesorang, pastinya anda ada sebab tersendri untuk jatuh cinta padanya..kerana senyumannya, kerana sifat keibuannya, kerana kecantikannya, kerana manis raut wajahnya, kerana AGAMAnya..kerana kesopanannya…tapi mngkin apabila dia telah anda miliki, anda tidak memerlukan sebab untuk terus mencintai walau makin hari, makin jelas kelihatan kekurangannya….mungkin hanya setelah itu, lebih tepat dikatakan cinta itu tidak memerlukan sebarang sebab atau alasan…juz my oppinion..

Comments (1) »

KALAU…KALAU DAN KALAU….

Kalaulah Allah lihatkan amalan kita. Berapa banyak dosa. Berapa banyak pahala?? Kalaulah dosa itu macam batu. Berapa berat perlu kita angkat? Kalaulah pahala itu bagai duit. Berapa banyak boleh simpan dalam akaun??

Kalaulah nafsu itu punya bentuk dan rupa, dan syaitan ada di sebelah kita dalam wajah tersendiri.
Adakah kita akan berkawan dengan mereka? atau takut dan memusuhi mereka? atau kita tetap jadi lagi teruk dari syaitan.. (tetap sama seperti biasa kita buat)

Kalaulah, Muhammad hidup bersama kita.
Adakah kita layan baginda selayaknya sebagai seorang nabi.
Malu berbuat dosa depan mata banyak nya bertimbun-timbun.
Malu dengan syirik dan khurafat yang kita buat.
Malu sebab tinggalkan risalah baginda.
Malu bergaduh sesama Islam padahal kita dah tahu kita saudara.
Hanya sebab kuasa,ideologi dan harta.

Pada hal dah tahu tak bawak ke manapun harta berlambak sedunia!!
Pada hal dah tahu pegangan kita sama!!
Pada hal dah tahu pangkat dan jawatan tak mampu membeli ampunan dari Tuhan!!
Kalaulah kita nampak syurga dan neraka.
Tempat dan rupa nya bagaimana? Apa ada dalam syurga?
Apa isi dalam neraka?
Dan setiap Ahmad,Abdullah dan ar-rijal dicop dia munafiq, kufur, islam atau beriman…
Masihkah aku dan kau lari dari tanggungan amalan..
Masihkah kita berdalih dan beralasan??

Kalaulah Allah menampak kan wajahNya pada kita masihkah kita sanggup syirikkan dia? Agungkan cinta manusia lagi tinggi dari cinta Dia!!

Berkalau-kalau tu amalan syaitan.. tapi “kalau” yang ini aku tulis untuk keluarkan kau,aku dan dia dari terus teruk daripada syaitan.

http://virtualfriends.net/main/?UID=3D4F6FE9-1517-3750-16939C0D1B65F8D6&frame=1

No comment »

kulit cantik..isi menarik..

PENAMPILAN KULIT CANTIK, ISI

MENARIK

Manusia cenderung menilai kewibawaan dan kehebatan seseorang berdasarkan penampilan lahiriah. Si’ A’ dianggap berpersonaliti menarik kerana dia bijak bergaya dan berdandan serta pandai menyesuaikan diri dengan keadaan. Ia sesuai fitrah semula jadi manusia yang menggemari sesuatu yang cantik, indah dan menarik.

Kecenderungan ini mendorong manusia berlumba-lumba meningkatkan kehebatan penampilan mereka dengan pelbagai cara. Mereka tidak lokek membeli pakaian, kasut atau perhiasan baru serta mengubah gaya rambut dan solekan agar tampak lebih menarik. Selain itu, kursus dan kelas bimbingan gaya diri juga mendapat sambutan hebat.

Tidak dinafikan kecantikan fizikal penting kerana ia mampu meninggalkan kesan mendalam pada orang yang melihat. Tetapi, dalam keghairahan manusia memburu kecantikan fizikal, mereka seolah-olah terlupa tuntutan rohani. Ia juga perlu diisi, dibentuk dan dihias indah agar penampilan menarik tampak lebih mantap, bukan kosong dan lompong. Bimbingan rohani juga penting kerana ia mempengaruhi pemikiran dan digambarkan melalui tindakan.

Misalnya, jika kita berduka, kedukaan dan kesengsaraan dalarn jiwa terpancar melalui raut wajah muram dan kusam. Ia tidak boleh dilindungi melalui senyuman atau solekan. Apa saja dilakukan serba tak kena. Tindakan kita lebih banyak dikuasai perasaan, bukan pemikiran dan bahangnya dapat dirasai di selurah dunia.

Empat sifat pembentuk jiwa

Menurut Imam Ghazali dalam buku ‘Taubat dan Liku-Likunya’ yang diterjemah dan dikupas oleh Syed Ahmad Semait, setiap manusia mempunyai pelbagai sifat dan empat daripadanya menjadi induk kepada segala dosa: Sifat Rububiyah (sifat ketuhanan), sifat Syaithaniyah (sifat kesyaitanan), sifat Bahimiyah (sifat kebinatangan) dan sifat Subu’iyah (sifat kebuasan).

Sifat ketuhanan dapat dilihat melalui sikap sesetengah orang gemar membangga diri, sombong, bongkak, suka dipuji, gemar memburu kekayaan, kuasa dan kemuliaan serta ingin hidup menongkat langit. Sifat kesyaitanan pula terpancar daripada tindakan seseorang yang gemar menipu, menganiaya, sering dengki-mendengki, pandai rnemutar-belit kenyataan dan kebenaran dan suka mempengaruhi orang lain berbuat jahat.

Sifat kebinatangan dikaitkan dengan kegelojohan manusia, sentiasa tamak haloba, dan berusaha mengaut keuntungan walaupun terpaksa melakukan perkara kotor dan keji serta merampas hak orang lain. Manusia yang sukar mengawal nafsu syahwat dan sering melakukan zina juga dipengaruhi sifat kebinatangan ini.

Sifat kebuasan pula punca manusia jadi pemarah, panas baran, gemar serang-menyerang, busuk hati dan memusnahkan hak atau harta benda orang lain.

Menurut Imam Ghazali keempat-empat sifat ini bertapak dalam diri setiap manusia secara bertahap-tahap. Biasanya, ia bermula dengan sifat kebuasan kemudian kebinatangan. Gabungan kedua-dua sifat keji ini menerbitkan sifat kesyaitanan; mendorong manusia menipu dan mencari helah untuk mengumpul harta kekayaan. Apabila terlaksana, sifat ketuhanan mula menguasai penampilan keseluruhan.

Bersihkan hati dan jiwa

Kita perlu belajar membersihkan hati daripada keempat-empat sifat ini untuk memperolehi jiwa yang lapang. Kesannya, kita tampak lebih tenang. Ia terpancar melalui sinaran mata dan air muka.

Bagaimanapun, jiwa yang sudah sebati dengan segala kemungkaran tidak mudah tenang. Ia sentiasa resah dan gelisah. Kita perlu banyak beristighfar dan melatih diri mengawal minda untuk memperolehi ketenangan abadi.

Cara terbaik ialah melalui istirahat - mental dan fizikal. Pilih hari dan masa sesuai. Kendurkan segala urat dan otot. Jangan diundang segala resah dan gundah. Biarkan fikiran anda kosong. Kemudian lakukan ‘muasabah’ diri; proses penilaian semula sifat dan kelakuan kita selama ini.

Anda perlu jujur. Tanya pada diri sendiri andakah selama ini anda mempunyai ‘penyakit hati’ - tidak suka melihat orang lain senang, bahagia, gembira atau berjaya. Jika jawapannya ‘ya’, anda perlu bertindak, memulih atau mengubah hati agar lebih positif. Pujuk hati agar tidak cenderung menguasai fikiran dan tindakan dengan perkara tidak baik.

Misalnya, jika hari ini anda pernah mencemburui kejayaan ‘A’, minta maaf daripadanya dan usah ulangi lagi. Anggaplah ia rezeki yang sudah ditetapkan untuk ‘A’. Anda akan memperolehi bahagian anda, mungkin dalam bentuk atau keadaan berbeza.

Selain itu, sering pujuk hati (saranan kendiri) dengan perkataan yang baik, jelas dan tepat. Misalnya, saya boleh terus bekerja dengan baik dan mesti berusaha menjadi lebih baik daripada hari ini. Ia ibarat akur janji pada diri sendiri yang perlu ditunaikan.

Pemilihan perkataan juga penting. Misalnya, saya tidak akan bersikap ‘malas’. Malas mengandungi unsur negatif dan perlu ditukar kepada perkataan lebih baik. Misalnya, saya mesti rajin.

Satu lagi cara membentuk hati agar bersikap adil pada diri kita ialah memujuknya dengan gambaran emosi yang boleh meruntun perasaan. Misalnya, anda memang pekerja rajin dan hebat tetapi majikan seolah-olah tidak nampak kehebatan anda, sebaliknya menganugerahkan kenaikan pangkat kepada orang lain yang gemar curi tulang.

Hati memang sakit, tetapi jika dilayan, ia mendorong anda melakukan perkara tidak baik semata-mata untuk menyalurkan rasa tidak puas hati. Bagi menenteramkan keresahan jiwa, cuba bayangkan wajah anak-anak anda. Mereka membesar dengan wang hasil titik peluh anda. Justeru, walaupun anda tidak mendapat pujian atau pengiktirafan daripada majikan, rezeki yang dibawa pulang halal.

Selain itu, cuba cari mekanisme helah diri (defence mekanisme) lain untuk memujuk hati. Misalnya, walaupun kebaikan dan kegigihan anda tidak diiktiraf ketua, sifat rajin dan baik hati disenangi teman-teman. Anggap ia juga satu anugerah.

Ingatlah, cabaran adalah dugaan kepada kesabaran. Ia hadir dalam kehidupan setiap manusia, hanya orang alpa dan tidak teguh hati saja sering ‘melatah’ dan memberontak kerana tidak tahan ujian berlebihan.

Cuba bayangkan betapa buruk imej anda jika rasa tidak puas hati disuarakan dengan cara tidak tepat. Misalnya, menarik muka masam, mengherdik orang, menghempas barang atau menarik diri daripada masyarakat. Kerutan wajah anda menakutkan rakan-rakan. Pastinya, tiada sesiapa pun berani mendekati anda. Akhirnya, anda keseorangan. Sia-sia sahaja anda bergaya hebat dengan solekan serta dandanan gaya terkini, tetapi ia hanya ‘topeng’. Hati dan jiwa anda tidak tenteram dan dipenuhi dendam.

Rasulullah pernah bersabda, jika kita ingin berjaya, jangan buat perbandingan dengan perasaan cemburu. Sebaik-baiknya bandingkan diri dengan orang yang tidak bernasib baik, pasti kita lebih bersyukur. Kita tidak boleh lari daripada masalah, tetapi belajar mengatasinya atau ‘hidup’ dengannya.

Satu lagi cara terbaik mengendali hati ialah jangan bertindak ketika sedang marah. Misalnya, sewaktu sedih; marah atau kecewa kerana ia mungkin mendorong anda melakukan perkara atau mengucapkan kata-kata tidak baik. Ia hanya menyebabkan anda lebih kecewa dan kesal. Sebaik-baiknya asingkan diri dan lepaskan tekanan perasaan dengan cara lain. Misalnya, menulis, mengurung diri, meditasi (bagi penganut Hindu atau Buddha) dan berzikir (bagi orang Islam).

Justeru, seandainya berhajat mengubah penampilan agar menjadi lebih hebat dan memikat, takrif dan konsepnya perlu diubah sedikit. Ia bukan sekadar fizikal tetapi merangkumi jiwa dan minda. Mulakan dengan hati. Wajah dan penampilan fizikal mudah diubah tetapi kecacatan rohani tidak mudah dibaiki. Hanya masa dan keadaan sahaja yang boleh mematangkannya. Kita bukan mahu menjadi yang terbaik, cuma ingin mengimbangi faktor luaran dan dalaman agar penampilan keseluruhan lebih indah, mengagumkan.

Petikan JELITA, JANUARI 1997, M/S 98-99

No comment »

Stres Percintaan

Stres Percintaan

DUGAAN BERTEMU HARAPAN,LARANYA MAYA BERPANJANGAN… APAKAH MUNGKIN KUTATAPI KASIHMU DI HATIKU?

Bercinta itu indah, bercinta itu asyik. Pun begitu, cinta bisa menjadi gundah, membuai resah jika cabaran dan dugaan yang mendatang menguji kedamaiannya. Stres atau tekanan antara punca yang sering dituding tatkala kecewa rasa menunda kepada kegagalan hidup lebih-lebih lagi percintaan. Tiada sesiapa pun menafikan bahawa tekanan kehidupan global masa kini antara dalang rapuhnya sesebuah ikatan cinta namun bagaimana pula perihalnya jika cinta itu sendiri adalah tekanan atau stres?

Paling penting buat anda (dan juga saya) memahami definisi stres itu sendiri. Stres adalah akibat daripada peristiwa yang memerlukan kemahiran mengendali perubahan dengan berasaskan kemampuan diri. Lazimnya, ada dua jenis stres utama yang sering melanda alam percintaan.

1. Eustress adalah stres yang positif. Ia merangsang perasaan kasih sayang yang lebih mendalam dan akhirnya meneguhkan lagi ikatan percintaan. Eustress juga adalah stres berbentuk cabaran dan dugaan yang menguji kekuatan ikatan kasih antara pasangan bercinta.

2. Distress adalah stres negatif yang menjadi punca konflik yang akhirnya menghakis tenaga dan rasa kecintaan diantara pasangan. Distress juga adalah punca kepada perpisahan sekiranya langkah yang wajar tidak diambil dengan segera.

http://www.eh.com.my/gayahidup5.asp

No comment »

KEMBALIKAN CAHAYA ITU

CAHAYA HATI

Oleh: Ustaz Pahrol Md Juoi (http://genta-rasa.com

Bila hati payah mengingati Allah
Bila hati tak syukur dengan kesenangan
Bila hati tak sabar dengan kesusahan
Bila kurang terkesan oleh peringatan
Bila cintakan diri lupakan kawan
Bila cenderung pada yang haram dan dosa
Suka menzalim dan menganiaya…
itulah petanda hati telah buta

Paksalah hati mengingati Tuhan
Belajarlah syukur dengan yang ada
Hasil bersabar dengan apa yang tiada
Dekati sumur ilmu ceduklah titisan peringatan

Jauhilah yang haram dan syubhat
carilah bimbingan solehin terdekat
bersahabat dengan orang yang baik
pemurah, pemaaf dan bersedekah…
nescaya hati kan bercahaya semula!

No comment »