THE NEXT WARRIOR are coming

Israel tembak budak di kepala

Peluru melekat di otak dipercayai kesan tembakan jarak dekat: Doktor

KAHERAH: Doktor yang mengendalikan satu-satunya mesin pengimbas otak di hospital di Mesir berhampiran Gaza terkejut apabila mendapati ramai kanak-kanak Palestin yang tiba dengan peluru berada di dalam kepala.

Dalam masa sehari minggu lalu, kakitangan Hospital -Al Arish di Sinai dipanggil untuk mengadakan imbasan CAT pada seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun, dua mangsa berusia 10 tahun dan seorang remaja 14 tahun, setiap seorang dengan peluru terlekat pada otak selepas diserang oleh tentera Israel dalam operasi mereka di Gaza.

Pegawai Israel, bagaimanapun terus bertegas menafikan tentera sengaja mensasarkan penduduk awam sebaliknya menyalahkan Hamas kerana berlindung di dalam rumah penduduk Gaza dan menjadikan mereka sebagai perisai manusia.

Beratus-ratus mangsa kekejaman Israel dipindahkan menyeberangi sempadan Mesir di Rafah untuk mendapatkan rawatan segera.

Antara mereka yang tiba minggu lalu adalah Anas Haref, sembilan tahun, yang tiba dengan peluru di dalam otaknya. Ketua trauma kepala hospital berkenaan, Dr Ahmad Yahia, memberitahu nenek mangsa bahawa cucunya dijangka tidak hidup lama.

“Peluru itu merosakkan sebahagian besar otaknya. Ia menembusi dinding tengkorak dan terus ke bahagian bawah,” katanya.

Dr Yahia, yang juga pakar bedah saraf, percaya Haref ditembak dari jarak dekat.

“Jika perubahan dalam otak berlaku begitu teruk bermakna kuasa penyerapannya juga tinggi. Saya tidak dapat memutuskan dengan tepat sama ada kanak-kanak ini sengaja ditembak tetapi dalam sesetengah kes peluru datang dari arah depan dan pergi ke arah belakang yang membuatkan saya rasa senjata diarahkan betul-betul kepada mereka,” katanya.

Ketua pasukan perubatan di hospital itu, Dr Ayman Abd Al Hadi, pula berkata: “Pernah sekali kami menerima kanak-kanak dengan dua peluru di dalam kepalanya. Keadaan itu pasti menngesahkan sesuatu.”

Beliau turut memuji pasukan perubatan di Gaza kerana dapat menyelamatkan banyak nyawa di sebalik kekurangan kakitangan, bekalan dan peralatan.

“Namun cuma peratusan kecil kanak-kanak dapat selamat dari kecederaan peluru di dalam kepala. Jika tiga kanak-kanak selamat, mungkin 97 lagi masih berada di Gaza tidak bernasib baik,” katanya.

Sementara itu di BAITULMAQDIS, pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International semalam menuduh Israel melakukan jenayah peperangan, dan menyatakan penggunaan fosforus putih di kawasan kependudukan padat di Gaza adalah bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

Fosforus putih adalah bahan yang mudah terbakar dan bercahaya terang serta boleh bertahan lama.

“Penggunaan senjata ini dengan meluas di kawasan kependudukan tinggi di Gaza adalah tidak wajar,” kata Donatella Rovera, penyelidik Asia Barat Amnesty International.

“Penggunaannya ke atas orang awam adalah jenayah perang,” katanya. � AP/Agensi

Pendeta Yahudi ‘halalkan’ bunuh wanita, kanak-kanak

GAZA: Laporan sebuah akhbar Arab Saudi, Al Watan, mendedahkan pendeta Yahudi mengeluarkan kenyataan agama membolehkan wanita dan kanak-kanak Palestin dibunuh dan mengampunkan setiap penduduk Yahudi yang melakukan jenayah itu.

Menurut akhbar berkenaan, pendeta berkata, tindakan pembunuhan beramai-ramai oleh rejim Zionis di Semenanjung Gaza selari dengan ajaran Yahudi menganggap pembunuhan itu sebagai ‘hukuman besar ke atas musuh.’

Ia juga menyebut salah seorang pendeta mengeluarkan kenyataan bahawa tiada masalah dalam menghapuskan penduduk Palestin tidak kira walau sejuta orang atau lebih dibunuh oleh tentera Zionis.

Memetik kenyataan daripada Book of Geneses, pendeta Mordachi Elyaho, menghantar risalah mingguan kepada Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert, mengandungi artikel membolehkan Yahudi melaksanakan idea hukuman besar-besaran ke atas musuh selari dengan etika perang dalam kitab Taurat.

“Standard ini boleh dilaksanakan kepada kes Gaza sebagai semua penduduk wilayah itu bertanggungjawab kerana tidak melakukan apa-apa untuk menghalang bedilan roket Briged Qassam,” kata Elyaho dalam suratnya kepada Olmert sambil mendesak beliau meneruskan serangan ke atas penduduk Palestin kerana ‘menghapuskan penduduk awam Palestin tidak menjadi satu kesalahan.’

Seorang lagi pendeta radikal, Yesrael Rozin, dipetik sebagai berkata undang-undang dalam Taurat membolehkan pembunuhan lelaki, kanak-kanak, wanita, orang tua, bayi dan haiwan ternakan musuh.

Pendeta Sholomo Elyaho pula menggariskan: “Jika kita membunuh 100 daripada mereka tetapi mereka enggan menghentikan serangan roket, kita perlu membunuh 1,000; dan jika membunuh 1,000 pun mereka masih tidak berhenti, kita perlu membunuh 10,000 dan terus membunuh walaupun sudah mencecah sejuta orang tanpa mengira masa yang diambil untuk membunuh mereka.” � Agensi

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Dunia/20090120235456/Article/

SALAM….

LAMA RASANYA TAK MENULIS…ALHAMDULILLAH HARI NIH TERASA TERINGIN SANGAT NAK MENULIS…BUKAN KERANA BOSAN, BUKAN  SEBAB TAKDER KEJE NAK BUAT…MANY THINGS TO SETTLE DOWN BUT I CANT FOCUS STRAIGHTLY TO MY WORKS WHEN THIS FINGERS CLICK ON EVERY ONLINE PAPER IN THE INTERNET…PALESTINE ISSUES NEVER END…THATS WHAT I CAN SAID AFTER MANY YEARS ISRAEL “LAKNATULLAH” NEVER STOP THEIR ATTACK ON PALESTINE….

WHAT DO YOU THINK ABOUT THE ARTICLE ABOVE? I’M STRONGLY DISAGREE AND PROTEST FOR THAT STATEMENT…CAN YOU IMAGINE HOW CRUEL THIS “LAKNATULLAH”? COMMON GUYS…OPEN YOUR HEART..OPEN YOUR EYES…PRIEST CAN SAY LIKE THIS? UPZZ…SORRRY IF I’M SO OUT SPOKEN..BUT AS A WOMAN, FUTURE MOTHER, NOBODY CANT STOP ME FROM CONDEMN THIS STATEMENT…WHERE IS HUMANITY??? HUH!!!!

BUT ALL OF US HAVE TO KNOW SOME AGENDA BEHIND THIS KIND OF THINKING….WHY HAVE TO KILL CHILDREN?WHY WOMAN?WHY???? THEY ARE NOT GUILTY…THEY HAVE NO WEAPONS TO PROTECT THEMSELVES..THEY ARE WEAK…DON’T SHOW YOUR POWER BY HURTING SOMEONE THAT ARE NOT AFFORD TO SAVE THEIR OWN LIFE….ITS SOUND SO DESPICABLE AND COWARD…IS IT?

ISRAELI NOW ARE SO AFRAID WITH PALESTINIAN CHILDREN…THERE IS ONLY ONE REASON WHY THEY ARE NOW ACTIVE ATTACK AND KILLING THE CHILDREN…JUST ONE REASON…BECAUSE THE NEXT WARRIOR ARE COMING =)   MAY ALLAH BLESS YOU, PALESTINE….

Say your words