DEKLARASI:KEMPEN KOMUNITI TEMAN INTEAM MEMBOIKOT SEMUA BARANGAN KELUARAN YAHUDI
http://www.inteam.com.my/viewtopic.php?forum=18&topic=4936&start=0
DEKLARASI:KEMPEN KOMUNITI TEMAN INTEAM MEMBOIKOT SEMUA BARANGAN KELUARAN YAHUDI



Dengan nama Allah swt dan Nabi Muhammad saw pesuruhnya dan diatas nama persaudaraan umat islam seluruh dunia,oleh itu kami seluruh ahli jawatankuasa Komuniti Teman Inteam yang baru dibawah kendalian saudara Abu Afham sebulat suara melancarkan DEKLARASI:KEMPEN KOMUNITI TEMAN INTEAM MEMBOIKOT SEMUA BARANGAN KELUARAN YAHUDI.
Justeru Komuniti Teman Inteam menyeru seluruh warga komuniti ini dan komuniti komuniti lain di luar sana untuk berganding bahu memboikot atau dalam bahasa mudahnya tidak membeli lagi semua barangan-barangan yang dikenal pasti membantu secara langsung atau tidak langsung didalam membantu rejim zionis laknatullah.
Atas kesedaran bahawa seluruh umat islam itu bersaudara maka sewajarnyalah sahabat-sahabat membantu dalam kempen ini.
Telah berkata Dr Yusuf Al-Qardhawi yang mewakili Ketua Ulama’ Sedunia
Boikot Barangan Israel!
Bismillahirrahmanirrahim..
“Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Setiap ringgit yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.
Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?
Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.
Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru, dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.
Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.
Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!
Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!”
- Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, 8 Oktober 2001 (Qatar)
Mengikut information yang kami dapat dari laman web Persatuan Pengguna Islam Malaysia syarikat yang mengeluarkan barangan-barangan ini dikenal pasti sebagai syarikat yang membantu rejim zionis isreal laknatullah secara langsung dan tidak langsung













































































![]()






























Sahabat juga dituntut untuk melihat kepada kod bar setiap barangan yang mahu sahabat beli dan wajibkan diri untuk tidak membeli barangan yang mempunyai kod bar ini

Kerana kod bar ini adalah milik barangan rejim zionis laknatullah yang telah melanggar dunia islam bertahun-tahun lamanya.
Kenapakah kita perlu memboikot barangan-barangan ini?Kerana jikalau kita tidak memboikot barangan ini maka kita adalah diantara orang yang sama-sama membantu melubangkan kepala saudara-saudara kita di palestin malah membantu rejim zionis israel merobek dan mengoyakkan tubuh saudara-saudara kita di palestin.
Telah banyak fatwa ulama’ tetang hukum memboikot barangan israel.Jadi apa tunggu lagi.Jika tidak mampu berjihad mengangkat senjata untuk melubangkan kepala-kepala rejim zionis laknatullah tersebut,mari kita bersama-sama dalam kempen ini.Jika sahabat-sahabat melakukan percayalah ia juga salah satu dari cabang jihad dan semoga Allah swt akan mengganjarkan kita dengan pahala yang besar.
Komuniti Teman Inteam dalam rangka perbincangan untuk membuat tabung khas untuk rakyat palestin.Doakan semoga usaha ini akan berjaya direalisasikan.
Apa tunggu lagi sahabat-sahabat.Duit-duit kita yang lebih itu hulur-hulurkanlah kepada mereka saudara kita di palestin.Jangan beli barangan yang ada kena mengena dengan israel.Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh berkongsi didalam ruangan ini.Nyatakan product apa dan bagaimana ia terlibat dalam membantu israel.Di dalam solat kita lakukanlah qunut nazilah 5 kali sembahyang fardhu dan doakanlah kehancuran israel zionis laknatullah.
Mari bersama-sama kami menyokong kempen ini.Semoga Allah membantu kita menghancurkan negara haram israel.
Allahu Akbar!!!