Archive for December 23, 2008

permulaan fasa baru….

salam…dah mula kerja balik lepas seminggu bercuti..tapi rasaya tak cukup lagik la cuti tu…rasa nak sambung cuti lagik..huhu..tak termotivasi nak bekerja sangat. naper ntah..maybe dah bosan kot.huhu…tak baik btol…cuti yang lepas balik seminggu sebabnya bertunang..kalau tak kerana alasan bertunang 4 sure lah tak dapat cuti lama-lama gitu..dah lah baru baper bulan keje dah mintak cuti lama-lama..silap company, leh kna fired…huuhu..maklum le swasta…

syukron for all friends and sahabat sohabiah yang wish congratez for my engagement…ada yang aku dah bagtau n ada jugak yang tak bgtau..sbb juz an engagement…kalau kahwin insya Allah akan jemput semua…so, hope jgn ada yang kecik hati yer…asif……

fasa kedua sedang berjalan…biasalah, kalau ikut adat sebelum perkahwinan, ada fasa merisik, ada fasa pertunangan n fasa terakhir ialah pernikahan…

fasa pertunangan..fasa yang menuntut kesabaran dan pengorbanan.fasa berkenalan dengan pasangan dengan lebih mendalam..slalu jugak orang sebut sbagai darah manis…tapi emmm…tak tau la aku nak caya ke tak…atau it juz a mitos..tapi kalau nasihat orang tua-tua nih kna la dengar jugak..maklumla diorang nih lebih dulu makan garam…whatever..juz pandai jaga diri, jaga agama, jaga apa yang sepatutnyer dijaga, INsya Allah terjaga hubungan tu….dan berbalik pulak kepada jodoh dan apa yang telah tertulis di arasy…

ada beberapa sahabat bertanya…macam mana aku boleh yakin ‘dia’ adalah jodoh aku…untuk menyatakan bahawa aku terlalu yakin, aku tidak berani kerana masa hadapan dan saat di kemudian langkah aku nanti hanya DIA yang lebih tahu…ajal dan maut sendiri pn tak aku tahu….jadi, mana mungkin untuk aku menyatakan 100% keyakinan bahawa kami ditakdirkan ada jodoh di dunia…soalan nih mungkin timbul dari situasi perkenalan kami…memandangkan perkenalan yang hanya memakan masa selama 4 bulan seterusnya merisik dan hampir setahun barulah kami bertunang…mengapa jarak masa antara merisik dan pertunangan terlalu jauh????..jawapan yang mungkin aku boleh beri secara jelas adalah hanya pada sebuah senyuman…mungkin fasa kesabaran dan perngorbanan kami telah bermula seawal perhubungan lagi.mungkin dari fasa itu jugak aku diberi petunjuk untuk yakin dengan kata hati..moga pada fasa pertunangan nih, udah terbiasalah hendaknya..dan mohon dipermudahkan..soalan yang sama datang secara serentak dari beberapa orang teman…satu persoalan yang amat sukar untuk dijawab secara objektif…dan kalau jawapannyer dalam bentuk subjektif mestilah agak kurang memuaskan kerana skemanya adalah secara qualitatif…

jawapannya adalah pada sebuah keyakinan dari solat sunat istikharah..itu saja yang mampu aku berikan…tak pasti sama ada jawapan tersebut memenuhi piawaian pihak yang bertanya atau tidak…melalui mimpi????? itu jugak soalan yang acapkali diberi apabila bercakap tentang solat sunat istikharah…emmm…

definisi Istikharah & Istisyarah. ‘Istisyarah’ bermaksud ‘meminta pandangan’, contohnya meminta pandangan daripada rakan, ibu bapa atau guru.

Istikharah pula bermaksud ‘meminta petunjuk’. Akan tetapi Solat Istikharah bukan dilakukan untuk mendapat mimpi atau sebagainya. Menurut An-Nawawi,

“…selepas Solat Istikharah, dia mesti lakukan perkara yang dia rasa sepenuh hati ingin lakukan, rasa selesa dengan keputusan itu, dan mestilah tidak berkeras untuk melakukan perkara yang dia hajatkan sebelum Solat dilaksanakan. Jika perasaannya berubah, dia mesti tinggalkan perkara yang dia inginkan sebelum Solat, jika tidak dia tidak bertawakal kepada Allah, dan tidak ikhlas dalam meminta bantuan daripada Allah. Keikhlasan dalam meminta petunjuk daripada Allah bermaksud meninggalkan sepenuhnya kehendak diri sendiri.”

Daripada huraian Imam Nawawi, dapat kita simpulkan bahawa Solat Istikharah dilakukan untuk menetapkan hati dan menguatkan tawakal kepada Allah.

Tambahan pula, Solat Istikharah bukan dilakukan dengan tidak semena-mena atau tanpa langkah-langkah awal. Selepas analisis, berpandukan Al-Quran dan As-Sunah, serta proses Istisyarah, barulah solat tersebut dilakukan dan keputusan diambil selepas itu. Akhir sekali, bertawakalah!

Berkaitan dengan mimpi pula, perlu dilihat adab-adab orang yang bersolat sebelum tidur. Mungkin mimpi itu petunjuk. Boleh jadi mimpi akan menyesatkan. Nauzubillah.

Kesimpulannya, soalan wajib atau tidak mengikut petunjuk dalam mimpi itu sudah menyalahi konsep. Hukum perbuatan tidak bergantung kepada mimpi, tapi, adalah bergantung kepada analisis daripada Al-Quran dan As-Sunah serta proses Istisyarah.

Jadi, betulkan konsep pemahaman kita terhadap Solat Istikharah. Mungkin solat ini sekadar solat sunat, tetapi kaitan dengan akidah umat Islam itu sendiri amat rapat seperti tawakal, keikhlasan dalam memohon pertolongan Allah, dan lain-lain.

http://sautuna.blogspot.com/2007/01/antara-istikharah-dan-istisyarah.html
References.
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dan sahabat.
www.muttaqun.com

harap jelaslah jawapan yang aku berikan…kita berusaha, kita berdoa, kita bertawakal…dan akhirnya hanya Allah yang lebih tahu siapa yang terbaik untuk melalui kehidupan dengan kita di dunia dan akhirat…pertunangan bukan tiket untuk bebas melakukan apa sahaja…pertunangan hanya sbuah ikatan yang perlu dihormati oleh pihak lain…yang mana lelaki lain tidak boleh masuk meminang perempuan yang telah dipinang oleh muslimin lain…masa untuk bkenalan dengan cara yang dibenarkan…masa untuk belajar menerima komitmen sedikit demi sedikit…komitmen dalam menjaga diri dan membataskan pergaulan yang tak diperlukan..nak jaga pergaulan tu mudah tapi nak jaga hati nih bukan senang…emm…aku mula percaya kata-kata orang2 tua…”darah manis”…huhuu

No comment »