Archive for November, 2008

KEJAUHAN CINTA

Alamak. Macam kenal je mamat tu. Aduh! Betullah dia. Lebih baik aku lari cepat.

“ Asri, takdelah baju yang ana nak tu kat sini. Jom gi kedai sebelah. Jom Yana. “ ajakku.

“ Mas” Belum sempat aku keluar dari butik itu, suatu suara yang amat aku ingin hindari menyinggah di telinga. Tanpa ada pilihan, aku terpaksa memalingkan wajah ke arahnya. Mata dan telinga ini tak pernah tertipu dengan insan di hadapan aku itu walaupun hampir 5 tahun tidak ketemu. Wajahnya masih seperti dahulu cuma penampilannya lebih kepada gaya karporat. Sudah punya syarikat perundingan sendiri mungkin. Sesuai dengan pemikiran dan minatnya dahulu. Malah mungkin sudah punya keluarga yang bahagia, isteri yang jelita dan anak yang comel pada jangkaan aku.

“ Assalamualaikum Mas. Dah tak kenal aku ke?” bersungguh-sungguh dia bertanya kepada aku. Mana mungkin aku pernah melupakan lelaki itu. Terlalu banyak cerita dan memori hingga tak mampu untuk ditinggalkan walaupun jauh terpisah.

“ Waalaikumussalam. Kenallah. Takkanlah aku lupa. Sorang je ke?” aku menjengahkan kepalaku ke kiri kanan mencari sesiapa yang menemaninya.

“ Yelah sorang jelah. Ko nampak ada orang ke kat sebelah aku ni?” dia berkata sambil tersenyum. Tiba-tiba aku teringat kepada kak Farah. Kak Farah pernah meluahkan perasaannya kepada jejaka di hadapan aku itu. Aku sendiri yang menemaninya. Dia tidak menolak dan tidak pula menerima. Cuma memberi harapan. Meletakkan segalanya di tangan Allah. Itu yang aku tahu. Ingin saja aku bertanya tapi lidah aku kelu.

“ Datang butik ni buat apa sorang-sorang? Cari hadiah kat zaujah ke?” tanyaku menduga.

“ Mengarutlah kau ni. Aku mana ada zaujah lagi.Kenapa? Lelaki takleh datang sini ke? Mak aku suruh datang amek baju yang dia tempah la.” Dia menjawab sambil menunjukkan baju tempahan ibunya yang berada di dalam beg. Sedari tadi matanya asyik memerhati Fazli yang berada di dalam dukungan Asri dan Yana yang sedang melihat-lihat barang di dalam butik.

“ Ummi!” Yana melaungkan namaku. Kelihatan wajah jejaka di hadapan aku itu sedikit terkejut dan kemudian mengukirkan senyuman yang amat bermakna. Aku mula jadi tidak keruan.

“ Sape tu? Suami dan anak ko ek? Dah dua anak? Sampainya hati, kawin tak jemput aku pun.” macam manalah aku boleh terlupa nak kenalkan Asri, Fazli dan Yana kepada dia. Aku malu sebenarnya. Majlis pertunangan aku yang dulu pun tak beritahu sesiapa. Macam mana nak cakap ni?

“ Yang comel tu Yana. Sorang lagi tu Fazli. Anak-anak sedara akulah. Yang hensem tu, ….” Aku tertunduk malu. Jarang aku berperasaan sebegini apabila berbicara dengan dia tapi sekarang kekok rasanya.

“ Ala malu-malu pulak dia. Takpe. Aku lawak jelah. Alhamdulillah dah kawin kawan aku sorang.”

“ Pandai-pandai je kau buat serkap jarang ek. Belum suami, tunang.” Terang aku malu-malu. Entah kenapa hatiku tidak mempercayai yang dia masih belum berpunya. Dengan rupa paras, kerjaya, penampilan dan agama yang ada padanya pasti perkahwinan adalah perkara terakhir yang mampu melengkapkan kehidupan dan agamanya.

“ Aku jugakla yang jadi anak teruna tua.” Usianya yang 5 tahun lebih tua dariku menyebabkan aku menghormati dia seakan abang aku. Aku amat kagum dengan semangat yang ditunjukkannya. Walaupun dalam usia yang hampir menjengah 30 tahun, dia masih bersemangat untuk menyambung pelajaran di peringkat sarjana muda bersama kami yang pada waktu itu masih mentah. Maklumlah baru keluar dari matrikulasi. Dia pula setelah memiliki diploma, mengambil peluang untuk menimba pengalaman dalam pekerjaan sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah. Jadi tidak hairanlah kenapa dia seringkali diberi jawatan penting dalam setiap kegiatan kampus.

Tiada yang kurang pada dirinya namun sesuatu yang membuatkanaku kurang senang adalah kerana peristiwa hitam yang berlaku dalam usrah kami kaum muslimat. Dua orang kawan aku tak bertegur sapa kerana masing-masing bersaing untuk memiliki hatinya. Layanannya yang begitu luar biasa terhadap muslimat setelah aku menegur tentang caranya yang terlalu jumud dan berfikiran tertutup itu rupanya lebih banyak mengundang fitnah. Mungkin dia belum cukup faham dengan apa yang ingin aku sampaikan. Banyak hati yang terluka dan sengsara.

Malahan kawan aku pernah berkata dia menghadiri usrah sekadar untuk menatap wajah itu. Mujurlah dia cepat sedar apabila diberi teguran. Bukan salah Yusuf tapi perempuan manalah tidak merasakan diri mereka istimewa di sisinya jika diberi layanan sedemikian rupa. Mungkin inilah bezanya antara dia dan Asri. Memang dulu kami agak rapat atas urusan rasmi dan kegiatan jemaah. Dia dan kak Farah banyak memberi tunjuk ajar dan meyakinkan aku untuk memegang jawatan di dalam jemaah. Tapi setelah masing-masing menggenggam segulung ijazah, hubungan menjadi agak renggang kerana sibuk dengan kerjaya dan keluarga sendiri. Tambahan lagi, aku mendapat tahu Kak Farah berniat untuk menyambung pelajaran ke Mesir.

“ Sape suruh jual mahal sangat” aku menempelak. Dia sekadar tersengih. Ramai yang mengintai ruang hati dan menanti kata cintanya namun tiada satupun yang berjaya menambat hatinya. Entahlah siapa yang ditunggu tapi pastinya wanita yang terpilih itu adalah amat bertuah.

“ Marilah, aku kenalkan dengan tunang aku.” Ajakku walaupun agak berat. Sedari tadi Asri asyik menjeling. Aku faham dia kurang senang melihat aku berbicara bersama lelaki lain. Sudah berapa kali aku ditegur kerana terlalu mesra dengan rakan sekerja. Serasa aku, aku belum pernah bergurau yang bukan-bukan. Perbincanganpun sekitar ruang lingkup kerja. Bergurau pun apabila masing-masing kelihatan tertekan dengan kerja yang dilakukan.

“ Asri, ni kawan ana di U dulu. Mohd YusufDarwisy. Ni tunang aku, Mohd Asri Hamzi. Yang hensem macam Osama Laden ni, Syed Fazli Furqan. Kan sayang?Yang comel ni anak sedara, Syarifah Sofiyana namanya.” aku mencuit hidung mancung anak sulungberketurunan arab itu. Dilahirkan di Mesir ketika kakak aku menuntut dalam bidang perubatan di sana menjadikan dia petah berbahasa Arab. Pada usianya 9 tahun barulah kakak dan abang iparku yang mempunyai darah kacukan arab dan cina itu menjejakkan kaki di bumi Malaysia setelah masing-masing menamatkan pelajaran di peringkat Phd. Fazli pula dilahirkan di Malaysia.

Semangat besar yang ditunjukkan oleh kakakku itu sedikit sebanyak mengalir dalam tubuhku. Kini aku masih menuntut dalam bidang Clinical Psychology. Insya Allah dalam masasetahun lagi aku akan menamatkan pengajian di universiti tempatan di Malaysia. Pernah juga terlintas di hati untuk meninggalkan Malaysia, kata orang jauh berjalan makin bertambahlah kagum kita kepada kebesaran Illahi tetapi memandangkan ikatan pertunangan telah dimeterai, terpaksa aku lepaskan demi menjaga hati Asri. Walaupun dia begitu memahami dan memberi keizinan namun aku tidak sampai hati untuk melakukannya. Tambahan lagi kesihatan ayah tidak begitu menentu pada ketika ini.

“ Mohd Asri Hamzi. Tentu tegas orangnya.” Duga Yusuf sambil bersalaman dengan Asri. Asri hanya mengukirkan senyuman.

“ Terpaksalah bertegas dengan orang nakal macam ni.” Balas Asri sambil memandang ke arahku. Aku hanya menjeling tajam. Malu rasanya digelar ‘nakal’. Macam aku ni budak degil je. Nantilah, dalam kereta nanti aku berleter panjang-panjang. Getus hatiku. Tapi kebiasaannya tak pernah menjadi. Setiap kata-kata Asri tak pernah sekalipun aku simpan di dalam hati walaupun adakalanya menyakitkan hati aku. Tegurannya pula memang berhikmah tapi tegas. Melihatkan wajahnya yang dihiasi dengan sedikit janggut yang nipis, sepasang cermin mata tanpa bingkai, malahan berpersonaliti seakan seorang ustaz dan punya ilmu yang lebih tinggi berbanding diriku, membuatkan aku sentiasa hormat dengan pendapat dan nasihatnya.

“ Takkan tak berubah lagi wahai Masyitah.” Yusuf pula mengenakan aku. Ah! Malas aku nak melayan.

Keduanya sama saja. Personaliti mereka agak seiras cuma mungkin Yusuf lebih kacak berbanding Asri namun itu bukanlah menjadi perbandingan bagi seorang gadis sederhana seperti aku. Paling penting adalah ilmu agama yang menjadi kekuatan pada diri masing-masing. Dahulu aku senang bersahabat dengan Yusuf keranategurannya yang lembut dan dia tidak pernah memandang rendah kepada orang lain. Sikapnya yang lebih kepada seorang abang itu menjadikan aku selesa berkongsi pendapat dan menerima teguran daripadanya. Begitu juga dengan Asri, namun kekadang tegurannya agak pedas. Membuatkan aku kerap kali mengalirkan air mata. Dia nak pujuk? Jangan haraplah. Dibiarkan aku bermuhasabah sendiri. Setiap kali itu jugalah aku memujuk hati bahawa dia sebenarnya sayangkan aku dan inginkan yang terbaik untuk agamaku. Jarang dia mengungkapkan sayang dan cinta apatah lagi bermain dengan kata-kata rindu.

Pertemuan kami boleh dikira dengan jari. Selalunya aku akan ditemani oleh ibunya tapi hari ini ibu tidak begitu sihat dan kami terpaksa juga keluar untuk mencari keperluan hantaran untuk perkahwinan kami yang akan berlangsung tidak kurang dari 3 bulan sahaja lagi. Aku memang mencari lelaki seperti itu, tapi kenapa kini aku selalu saja membandingkan dia dengan jejaka lain? Tidak pandai bersyukurkah aku? Ya Allah. Tiba-tiba aku tersedar. Dialah yang aku doakan selama ini. Lelaki yang tidak pandai berpura-pura dan bermain lidah semata-mata. Lelaki yang benar-benar menjaga agama hingga keseluruhan hidupnya diamalkan atas nama Islam. Lelaki yang takkan memberitahu cintanya sehingga terlafaznya ikatan pernikahan. Ya! Dialah lelaki itu. Malah Yusuf juga sendiri mungkin tidak terlawan dengan peribadi Asri.

“ Masyitah”Asri memanggil namaku.

“ Apa yang enti menung tu? Sahabat enti dah nak balik ni.” Tegur Asri. Jauh benar aku mengelamun.

“ Aku balik dulu ek. Nak kahwin nanti jangan lupa jemput tau.” Pesan Yusuf.

“ macam mana nak contact ko?” tanyaku kembali apabila aku menyedari nombor telefonnya telah hilang bersama telefon bimbitku yang dicuri ketika aku sedang membeli belah di pasar raya tidak lama dahulu.

“ Aik. Takkandah buang number aku kot”

“ Taklah. Henset aku hilanglah.” Jawabku menafikan andaiannya. Asri hanya tekun mendengar dari tadi.

“ 014-4785960.” Jawabnya ringkas.

“ ok. Nanti ada pape aku contact k. Bagi salam kat uncle Yusuf, sayang.” Tundukku sambil membisikkan sesuatu ke telinga Yana.

“ Assalamualaikum, uncle Yusuf.” Kata Yanasambil mncium tangan Yusuf.

“ Walaikumussalam.” Yusuf hanya tersenyum manis dan meninggalkan kami bertiga.

Pak Cik? Dah tua ke aku ni! Rasa terlalu berusia pula apabila diberi gelaran sebegitu. Dah jadi tunangan orang sekarang rupanya engkau Masyitah. Bisik hati kecil Yusuf. Perkenalan mereka mula menjadi rapat setelah masing-masing mempunyai kepentingan di dalam jemaah. Sememangnya gadis itu sukar untuk didekati dan kekadang kelihatan terlalu ego. Banyak kali aku ditegur tentang cara pimpinan aku di dalam jemaah olehnya. Katanya aku terlalu jumud dan berfikiran tertutup. Sebelum ini tiada siapa yang pernah seberani itu meluahkan ketidak puasan hati mereka. Kebanyakannya lebih selesa menggunakan perkhidmatan pesanan ringkas atau orang tengah berbanding menegurku secara bersemuka. Pada mulanya aku agak marah dan sukar menerima tetapi lama-kelamaan aku cuba mencari kelemahan diri dan mula bermuhasabah sendiri. Aku berbincang dengan ramai ustaz dan setelah itu barulah aku yakin dengan kata-katanya dan amat berterima kasih kepadanya. Di hati pernah juga terdetik untuk menyunting dirinya tetapi aku belum cukup berani untuk meluahkan perasaan itu kerana sebelum ini aku pernah dikecewakan dan aku lebih selesa sendiri. Ramai yang cuba mencuri hatiku namun sekalipun tidak pernah aku berikan peluang. Tetapi apabila melihatkan gadis berdagu lekuk itu telah dimiliki orang lain, terasa cemburu pula di hati. Terdetik juga satu persoalan di hati bertanyakan bagaimanakah insan bernama Asri Hamzi itu mampu menambat hati Masyitah sedangkan Masyitah yang aku kenali bukanlah mudah menerima cinta dari adam. Dia yang aku kenali amat terjaga pergaulannya, amat sukar dilihat bermanis muka dengan mereka yang bukan mahramnya, amat garang dan tegas apabila berbicara tentang larangan Illahi serta amat lantang apabila menyuarakan kebenaran. Bertuahnya Asri berjaya menambat hati serikandi berjiwa lembut itu. Adakah dia kecewa? Menyesal kerana tidak meluahkan perasaannya terlebih dahulu? Entahla. Yang pasti, segalanya adalah ketetapan Allah. Dia yakin akan diterima jika lamaran itu bukan kepada Masyitah tetapi dia menjadi ragu-ragu apabila hatinya pernah memberontak ingin menyatakan perasaannya kepada Masyitah.Mungkin inilah jawapan kepada Istikharahnya tidak lama dahulu. Asri kelihatan agak tegas dan dari wajahnya, aku dapat meneka, dia bukanlah calang-calang orang. Mustahil orang seperti Masyitah akan memilih muslimin yang tidak punya fikrah.

“ Kenapa enti bahasakan diri aku dengan Yusuf tadi?” tanya Asri. Dia hairan mendengarkan perkataan itu keluar dari mulut bakal zaujahnya. Jarang dia mendengar perkataan yang agak kasar itu diucapkan oleh Masyitah. Tetapi hari ini Masyitah bukan seperti Masyitah yang dikenalinya. Masyitah yang lembut pada percakapan dan tingkah lakunya.

“ Ana dah biasa dengan Yusuf tu dari dulu lagi macam tu.” Habislah aku kali ni. Tentu dapat ceramah ‘free’ daripada Asri.

“ Berapa umur dia?” Asri bertanya sambil matanya menghala ke cermin belakang melihat wajahku. Sofiyana duduk di bangku hadapan.

“ 31” jawabku ringkas.

“ Enti kan 26, enti lebih muda dari dia. Kenapa guna perkataan macam tu? Bukan ke kita kena hormatkan yang lebih tua?”

“ Dia pun tak pernah tegur ana. Lagipun kami selesa macam tu. Takkan nak panggil abang pulak kot.” Aku tidak mahu mengalah. Asri suka membangkitkan isu walaupun perkara itu aku anggap remeh. Sememangnya aku seharusnya menghormati yang tua tapi itu cerita lama. Asri hanya berdiam diri tapi di wajahnya aku dapat meneka ada pelbagai lagi soalan yang mahu dikemukakannya.

“ Ana nampak seronok benar enti berbual dengan dia. Sampai ana pun enti lupa.” Terkedu aku sejenak. Benarkah apa yang aku dengarkan ini? Atau hanya mimpi di siang hari? Asri berkata-kata bukan lagi dalam bentuk teguran tapi lebih kepada perasaan cemburu. Aku kembali tersenyum dan melupakan ketegangan sebentar tadi.

“ Kenapa enti senyum pulak ni?”

“ Takdelah. Tadi ana terkejut sebab dah lama tak jumpa dia. Tak sangka harini terserempak dengan dia.”

“ Asri, kenapa enta nampak lain macam je hari ni” tanya Amir teman serumahku.

“ Kenapa dengan ana?” tanyaku kembali. Entah kenapa sejak pulang dari butik tadi hatiku rasa tidak senang. Tidak senang melihatkan pergaulan Masyitah bersama Yusuf. Jejaka kacak yang seperti punyai segalanya itu.

“ Orang tanya dia. Dia tanya kita balik. Tadi enta keluar dengan Masyitah kan?” aku hanya membalas dengan anggukan. Teman yang sudah agak lama tinggal serumah dengan aku itu sudah masak benar dengan perubahan wajahku. Amat sukar untuk disembunyikan perasaan ini daripada perhatiannya.

“ Bergaduh?” Sepanjang tempoh pertunangan ini rasanya aku belum pernah bergaduh dengan Masyitah. Cuma mungkin ada juga kata-kataku yang menyentuh hatinya tetapi jarang dia merajuk lama kerana tidak pernah aku memujuk. Pernah aku ditegur oleh sahabat siswi, kenalan baik Masyitah kerana terlalu bertegas dan keras dengan Masyitah. Bertegas dan berkeras bukan bermakna aku tak sayang. Berjauhan dan jarang berkirim khabar bukan bermakna aku melupakan dan apabila dia merajuk dan aku tidak mahu memujuk bukan bererti aku ego, cuma aku tidak mahu hubungan kami dilalaikan dengan mainan hati dan perasaan. Pertunangan belum menjanjikan apa-apa. Hatinya juga boleh berubah. Apatah lagi aku adalah calon pilihan bapanya dan mungkin bukan atas kehendaknya.

“ Yelah. Lepas balik terus diam je. Cakaplah. Apa masalahnya.”

“ Entahlah Am. Ana rasa tak sedap hati lepas tengok dia mesra sangat dengan kawan lama dia tu.” Terus terang aku nyatakan kecelaruan dalam hatiku. Jarang aku berperasaan begini. Adakah aku cemburu? Yang Allah. Jangan kau benarkan syaitan membisikkan kealpaan dalam diriku Ya Allah. Segera dia beristighfar. Fitnah syaitan bisa meruntuhkan kepercayaannya kepada Masyitah.

“ lain macam je ana dengar. Betul ke apa yang ana dengar ni? Setahu ana Hamzi, maksudnya tegas dan Asri ertinya, kemajuanku mengikut masa. Takkan dia berbual dengan kawan pun, enta dah cemburu. Kita hidup dalam zaman ni, komunikasi kan keperluan.”

“ Memanglah. Tapi… Entahla. Ana tak sedap hati. Boleh ke kalau ana telefon dia?”

“ Dia tunang enta. Tak salah enta nak call. Tapi cakap perkara yang penting sajalah. Macam berat je benda ni sampai enta terpaksa call. Kenapa tadi tak terus terang dengan dia?” setahu Amir, Asri tidak pernah berhubungan dengan Masyitah kecuali ada perkara yang benar-benar mustahak. Memang itu prinsipnya. Pernah juga dulu Asri berkenalan dengan seorang muslimah namun hubungan mereka tidak kekal selama hubungannya bersama Masyitah kerana sikapnya yang sebegitu. Mana ada wanita yang tahan dengan lelaki yang tidak pandai menunjukkan kasih sayang dan perasaan ambil berat terhadap mereka. Lalu hubungan mereka putus begitu sahaja kerana Asri takkan sesekali mengorbankan prinsipnya semata-mata untuk memiliki hati seorang hawa.

“ Ana nak cakap tapi ada anak sedara dia. Rasanya tak elok pulak budak kecik dengar perbincangan orang tua.” Balas Asri.

Masyitah menyisir rambutnya yang ikal itu. Tiba-tiba dia teringatkan kisah Masyitah di zaman Firaun. Kecekalan hati seorang wanita beriman yang sanggup mati kerana agama. Sanggup mengorbankan anak kecilnya walaupun naluri keibuannya begitu mendesak agar anak itu tidak dilibatkan. Namun kuasa Allah penentu segala. Anak kecil yang hanya pandai menangis di saat itu mampu berkata-kata. Memberikan kekuatan kepada si ibu untuk mencari cinta hakiki Maha Pencipta. Maka, hilanglah seorang serikandi Islam dari bumi yang fana ini dengan kesakitan dunia. Namun janji Allah itu pasti, harum semerbak persemadiannya tanda shahidnya seorang mujahadah yang berjasa. Kisah itu selalu aku sematkan dalam hati. Mungkinkah aku mampu seteguh itu, Ya Allah. Berikan aku kekuatan memelihara agama-Mu. Berikan aku keteguhan dalam menjalankan dakwah-Mu. Sedang aku khusyuk memikirkan serikandi bernama Masyitah itu, sikatku lantas terjatuh ke lantai. Mulutku pantas menyebut Ya Allah. Semuanya kerana terkejut mendengarkan telefon bimbitku berlagu tanda ada pemanggil. Aku teliti sebetul-betulnya ke skrin telefon bimbitku itu. Mustahil! Seakan tidak percaya nama pemanggil yang tercatat di skrin itu adalah Akhi Asri. Cepat-cepat aku menekan butang hijau pada telefon bimbitku itu.

“ Assalamualaikum.” Ucap suatu suara yang amat mahal untuk didengari pada corong telefon.

“ Waalaikumussalam.”

“ Ana ada benda nak cakap.” Tegas benar dia berkata-kata. Segalanya tidak pernah berkias.

“ Cakaplah.” Pasti ada benda penting, kalau tidak masakan dia akan menelefon aku sedangkan baru siang tadi kami bertemu. Aku harap bukanlah berkaitan dengan Yusuf. Hati aku kuat menyatakan Asri kurang senang dengan hubungan aku bersama Yusuf.

“ Tentang siang tadi.”

“ Kenapa?” Aduh! Tepat sekali sangkaan aku.

“ Sape Yusuf sebenarnya?” soalan apa pulak ni? Ya Allah. Mesra sangatkah aku berbicara denganYusuf tadi? Pelik. Selama ini tak pernah Asri terlalu mengambil berat sehingga begini sekali.

“ Dia sahabat ana. Kami satu kelas dulu. Satu jemaah. Satu persatuan. Di bawah satu pimpinan. Itu je.” Tak mahu aku bertanya kenapa dia bertanyakan sebegitu kerana pastinya nanti wujud dugaan yang beribu.

“ Enti pasti setakat tu saja?” Asri..Asri.. Mungkin kepercayaan kau terhadap aku terlalu nipis dan keraguanmu amat dalam terhadapku. Bagaimana Asri? Bagaimana nak aku buktikan bahawa aku telah menerimamu sepenuhnya dalam hatiku. Tiada lagi kompromi kepada lelaki lain walau sekacak Nabi Yusuf sekalipun. Sekacak Nabi Yusuf? Yusuf? Segera aku beristighfar. Lain yang ingin aku maksudkan, lain pula yang bermain di hati.

“ Ana pasti.” Itu saja yang aku mampu lafazkan. Tunggu sajalah di hari pernikahan kita nanti wahai Asri Hamzi. Engkau akan kenal siapa bakal zaujahmu ini.

“ Ana harap enti ingat apa yang enti dah lafazkan tadi.” Lega hatinya mendengarkan jawapan dari mulut Masyitah walaupun tanpa melihat riak wajah gadis berdarah Jepunitu. Ada keihklasan dan keyakinan pada suaranya tadi.

“ Enta tak perlu risau. Ana lebih tahu hati ana sendiri. Assalamualaikum.” Cepat-cepat aku letakkan ganggang. Airmata aku mengalir lagi. Begini rupanya adat orang bercinta. Penuh dengan perasaan cemburu dan risau. Baru hari ini aku terasa disayangi dan diberi perhatian oleh Asri. Bukan mudah untuk membuat dia berbicara tentang hati dan perasaan. Aku benar-benar kagum melihatkan istiqamahnya dia dalam amalan dan jalan hidupnya. Dan kerana itu aku terima setiap apa sekalipun tindakannya kerana itu yang terbaik untuk memperoleh redha Illahi.

“ Berapa lama kat sana?” tanya Asri ketika menghantar aku ke lapangan terbang.

“ Tak lama. Kejap je. 3 hari. Lepas habis seminar ana balik terus.”Ujarku sambil melihat kembali tiket yang berada di tangan.

“Siapa jemput kat sana?”

“Kak Amnah. Ingat lagi tak?” tanyaku kembali. Dia pernah bertemu dengan Kak Amnah ketika Kak Amnah melawat ke rumahku di Pulau Pinang.

“ Ingat. Jaga agama.” Itu yang sering dipesannya setiap kali bertemu aku. Tidak pernah sesekali dia berkata ‘jaga diri’. Tapi aku lebih dari faham maksudnya. Banyak yang aku pelajari sejak menjadi tunangannya. Dia banyak mengajar aku berfikir.

“ Insya Allah. Eh tu macam…” Kata-kataku terhenti. Dia ikut sekali? Habislah aku. Asri mesti susah hati lagi.

“ Assalamualaikum. Sihat Asri?” Yusuf bersalaman dengan Asri.

“ Waalaikumussalam. Alhamdulillah sihat. Nak ke mana ni?” aku dapat melihat perubahan pada wajah Asri. Mungkin dia terkejut dengan kehadiran Yusuf. Jangan dia ingat aku berjanji dengan Yusuf sudah. Aku tak tahu menahu langsung.

“ Ada seminar kat Sabah. Asri nak pergi mana pulak?”

“ Ana tak ke mana. Masyitah pun ada seminar juga. Sama ke dengan Yusuf, Masyitah?” matanya mengarah kepadaku. Aku hanya mengangguk.

“ Lah. Sama ke. Tak sangka.” Yusuf pula memandang wajahku.

“ Dah calling tu. Ana pergi dulu. Jaga agama.” Aku pula berpesan kepada Asri. Kesian Asri. Pastinya hati dia tidak senang melihatkan kehadiran Yusuf. Kenapalah aku boleh satu penerbangan dengan dia.Tiada apa yang mampu aku bicarakan sedangkan di minda tersimpan beribu persoalan yang nak aku ajukan. Hanya awan yang memahami mendung di hatiku. Aku lihat wajah Yusuf. Dah tidur rupanya. Letih benar aku lihat air mukanya. Mungkin terlalu sibuk dengan kerja dan urusan jemaahnya.

Sepanjang 3 hari di sana, aku banyak ditemani oleh Yusuf. Ada juga kenalan di universiti dahulu yang turut menghadiri seminar tersebut tetapi semuanya berasal daripada Sabah. Jadi hanya aku dan Yusuf sahaja yang menginap di hotel. Agak janggal rasanya keluar berdua bersama dia. Namun aku tiada pilihan. Sudah lama aku tidak menjejakkan kaki ke negeri di bawah bayu ini. Jadi, bimbang juga hendak keluar berseorangan. Kebanyakan rakan yang dikenaliku di situ turut ditemani ahli keluarga masing-masing, jadi agak segan untuk aku meminta bantuan. Sepanjang aku di sana, setiap hari pasti Asri menghantar mesej yang berisi tazkirah kepadaku. Jarang dia bertindak begitu. Kehadiran Yusuf benar-benar merubah Asri. Kadang-kadang aku tersenyum sendirian apabila memikirkan Asri. Dialah lelaki yang aku harap bakal menjadi zaujku. Insya Allah hati aku takkan berubah, Asri Hamzi.

“ macam mana kau kenal dengan Asri ek?” persoalan itu timbul ketika kami bersama-sama menikmati makan malam sambil ditemani seorang guru kenalanku di hari terakhir seminar.

“ Kenapa tiba-tiba tanya soalan macam ni?” merah mukaku menahan malu kepada Cikgu Surtina.

“ Ala Mas, takkan itu pun nak segan? Saya pun nak tau jugak.” Cikgu Surtina pula kelihatan bersemangat untuk mengetahui detik-detik perkenalan aku dan Asri.

“ dia pilihan ayah.” Jawabku pendek. Pertemuan kami diatur oleh ayah. Memandangkan Asri merupakan anak kepada kenalan rapat ayah iaitu guru mengaji Al-Quran aku sendiri, maka hubungan mereka agak rapat.Ayah tidak pernah memaksa aku untuk menerima Asri apatah lagi untuk membataskan perhubungan aku dengan rakan lelaki yang lain, ayah memberi aku ruang yang luas untuk membuat keputusan sendiri dan keputusan aku pastinya tidak pernah menghampakan ayah. Sedari awal lagi aku menyerahkan urusan jodohku diatur oleh kedua ibu bapaku. Bukan kerana aku takut untuk membuat pilihan tetapi aku yakin, restu kedua ibu bapa adalah yang terbaik dalam hidup aku di sini dan di sana nanti. Kami hanya mengenal hati budi masing-masing setelah pertunangan. Namun aku akui hingga kini aku masih belum memahaminya sepenuhnya.

“ Ooo..macam tu. Susah nak cari anak yang menurut kata macam awak ni Masyitah. Zaman sekarang ni manala ada anak nak jodoh ni ditentukan mak ayah.” Cikgu Surtina memegang bahuku. Aku hanya tersenyum. Yusuf pula masih dengan sengihnya yang memanjang.

“ Bila nak kahwin?” Yusuf masih tidak segan bertanya tentang hubungankubersama Asri.

“ Insya Allah kurang daripada 3 bulan. Jangan risau, nanti aku jemput. Engkau ni bila pulak? Asyik tanya aku je.” Yusuf hanya menguntumkan senyuman.

“ Dari dulu lagi kau macam ni Yusuf. Bila tanya pasal rumah tangga, kau asyik sengih je. Takde keje lain. Bosan aku.”

“ Sabarlah. Bila kau dah 10 anak, aku kahwin la.” Balas Yusuf. Masih dengan senyumnya.

“Ye la tu. Macamla sempat 10 anak. Aku dah tua tau tak.”

“ yela lupa pulak kau tu dah tua. Aku muda lagi. So jangan nak kalut k.”

“ Mudala sangat.” Kak Surtina hanya tersenyum melihatkan gelagat kami berdua. Telefon bimbitku berbunyi. Yusuf hanya memandangku sambil memberikan senyuman penuh makna. Mungkin dia beranggapan panggilan itu datangnya dari Asri. Betul tekaannya. Aku sendiri kurang percaya. Segera aku berlalu meninggalkan mereka.

“ Assalamualaikum.” Sudah hampir 3 hari tidak mendengar suara itu setelah perpisahan di lapangan terbang yang lepas.

“ Waalaikumussalam. Ada apa Asri?” aku benar-benar ingin tahu apa pula tujuannya menghubungi aku kali ini.

“ Sihat ke?” aneh soalannya.

“ Alhamdulillah, sihat.”

“ Kat mana tu?”

“Kat hotel. Kitorang turun makan.” Jawabku tanpa berselindung.

“Makan dengan sape?” Soalan perangkap.

“Dengan kawan-kawan”

“Siapa?” Terasa benar seperti aku sedang disoal siasat oleh seorang polis bertauliah.

“ Kak Surtina dan” kata-kataku terhenti. Haruskah aku menyebut nama itu jika ia membuatkan hati Asri gelisah.

“Dan siapa? Yusuf?” tekaannya mengena.

“Ye.” Nyata aku tidak pandai merubah bicara apabila itu kenyataannya. Bibirku terkunci rapat. Mungkin ada lagu sendu di hati Asri. Namun aku tak mampu menyenangkan hati insan lain dengan cara menipu. Aku tak pandai.

“Jaga agama. Assalamualaikum.” talian terputus malah salam belum sempatku sambut. Salahkah aku menyatakan kebenaran dalam keikhlasan daripada menyenangkan tapi penuh kepuraan?

Penerbangan yang hanya memakan masa 3jam itu terasa begitu lama bagi diriku. Tidak keruan di hati sejak Asri diam membisu tanpa khabar. Memang kami sudah terbiasa sepi berpanjangan tapi di kali ini anehku rasakan. Hati berdebar-berdebar. Jarang aku berperasaan sebegini. Kali terakhir aku begini ialah pada hari perginya arwah nenekku. Ya Allah, siapa pula selepas ini. Aku takut. Bimbang yang teramat. Setapak aku melangkah keluar dari penerbangan, pantas aku menghidupkan telefon bimbitku. Seperti ada satu gelombang yang memberi arahan aku menunggu sebuah panggilan mahupun pesanan ringkas. Tepat jangkaanku. Pantas aku mendapat panggilan daripada ayah.

“ Assalamualaikum, ayah. Ayah sihat?” Alhamdulillah sekurang-sekurangnya aku tahu ayah sihat.

“ Alhamdulillah sihat. Cuma..” bicara ayah terbiar tanpa sambungan.

“ Kenapa dengan mak, ayah?” hati aku kembali berdenyut kencang.

“Mak kamu sihat. Asri.” kata-kata ayah kembali tergantung dan aku di sini asyik membuat perhitungan sendirian.

“ Kenapa dengan dia, ayah?” Ya Allah, aku bertawakal kepada-Mu.

“ Dia meninggal dalam tidur.” jawab ayah. Sepi seketika. Sendu teramat. Permata jernih dari sepasang mataku tanpa segan silu mengalir laju.

Selepas pemergian Asri, aku sibukkan diri dengan kerja-kerja yang tiada sudah. Terlupa sebentar tentang jodoh dan rumah tangga. Walaupun perkenalan belum mendalam, namun cinta padanya masih mekar. Menerima perpisahan itu wajib bagi aku tetapi melupakan kenangan bersamanya mungkin takkan pernah sesekali. Lelaki pertama yang membuka pintu hatiku untuk mengenal cinta kerana Allah. Jejaka yang ikhlas menyayangi aku dan agamaku. Ketemukah lagi aku dengan insan sepertinya? Persoalan itulah yang sering aku ajukan kepada sesiapa yang asyik bertanyakan tentang penggantinya. Mereka tak mengerti betapa istimewanya lelaki itu pada jihad dan fikrahnya. Cuma aku saja yang merasa betapa terjaganya agamaku apabila dia di sisi. Namun aku redha Ya Allah. Dia milik-Mu. Bukan milikku. Dia perlu menyambut seruan-Mu. Mana mungkin mampu diengkari walau sesaat apabila masanya sudah tiba.

Riuh satu kampung aku dipinang orang bandar. Aku pekakkan telinga. Aku biarkan mak dan ayah menentukan persetujuan. Cuma satu syaratku, aku tak mahu sekalipun bertemu dengannya. Aku tak mahu langsung mendengar suaranya. Paling penting aku tidak mahu langsung mengetahui segala-galanya tentang dirinya. Biarlah begini. Andai perpisahan terjadi sekurang-sekurangnya kesedihan itu tidak berpanjangan. Pinangan diterima. Mungkin semua kriteria yang ayah nak ada pada jejaka asing itu sebagaimana yang ada pada Asri. Ya Allah, buanglah nama Asri dari dalam ingatan dan hatiku andai telah terpatri jodohku bersama jejaka pilihan ayah itu.

Hari dinanti tiba. Begitu pantas aku rasakan. Gelaran tunang yang aku pegang pada 3 bulan lepas kini akan bertukar menjadi isteri. Beratnya untuk aku menerima gelaran itu tambahan pula lelaki yang bakal aku nikahi tidak langsung aku kenali. Bagaimana agaknya untuk aku membina percintaan selepas pernikahan tanpa perkenalan. Namun aku yakin dengan jodoh dan dialah jawapan kepada istikharahku. Di saat pintu dikuak, air mataku menitis. Perasaanku menjadi kosong. Tidak mampu untuk merasai apa-apa sehinggalah jemariku disentuh dan cincin tersarung. Debaran kencang hebat menghentam ruang hati. Wajahku masih tunduk merenung lantai sehinggalah tangan kasar jejaka asing itu memegang lembut daguku dan mengucup dahiku. Ya Allah. Benarkah dia? Jejaka asing itu bukanlah asing bagiku. Aku tahu namanya, aku tahu siapa dirinya, aku tahu segalanya tentang dirinya, Cuma satu je yang aku tak tahu. Aku tak tahu yang dia adalah bakal suamiku yang kini sememangnya suamiku…. Aku kini milikmu Mohd Yusuf Darwisy.

asmadat@yahoo.com

UNIMAS

No comment »

SEBUAH CINTA SONGSANG

“ Abang tak suka tengok Ayang kawan dengan mamat tu. Dia macam minat jer dengan ayang.” Syarifah Mahizan kurang senang melihat Shanaz begitu rapat dengan pelajar senior Fakulti Kejuruteraan. Memang orangnya kacak dan ramai peminat tapi kenapa Shanaz juga yang dipilihnya?

“ Kami kawan je. Takkan itupun abang tak izinkan” jawab Shanaz dalam nada sedikit memberontak. Sememangnya gelaran ‘abang’ sudah lali dibibirnya apabila berbicara dengan Mahizan walaupun mereka punya sama gelaran iaitu wanita! Perkenalan mereka sejak di tingkatan 4di salah sebuah sekolah berasrama penuh membuahkan persahabatan yang amat akrab. Ini mungkin disebabkan oleh masing-masing merupakan pelajar baru di sekolah berkenaan. Gaya ‘gentleman’ yang ditunjukkan oleh Mahizan terhadap Shanaz menjadikan dia dengan mudah menerima lamaran dari Mahizan untuk bergelar lebih dari seorang sahabat. Sememangnya menghairankan bagaimana dia sendiri boleh terpaut dengan Mahizan walaupun ramai jejaka yang mengintai ruang hatinya. Mungkin kerana wanita lebih memahami wanita maka keserasian itu wujud.

“ Memanglah. Mula-mula kawan lepas tu…..” Mahizan mengendurkan suaranya dan memandang ke arah matahari terbenam. Dia sedikit menjarak dari pautan Shanaz. Hatinya sedikit terasa dengan kata-kata Shanaz. Shanaz seakan tidak mengerti dengan luahan hatinya.

Shanaz mengerti Mahizan cemburu apabila melihat dia rapat dengan mana-mana lelaki malahan wanita sekalipun. Dia suka dilayan begitu. Rasa dirinya terlalu berharga di sisi Mahizan. Namun kekadang kongkongan itu menjadikan dia mudah memberontak dan mempertikaikan tindakan Mahizan. Dia tahu Mahizan penyendiri orangnya. Tiada yang lebih rapat dengan Mahizan melainkan dia. Pernah juga disuruh Mahizan cuba berkenalan dengan teman yang lain tetapi ternyata Mahizan bukan sosial orangnya. Sesuai sekali dengan kerjaya masa depannya iaitu sebagai seorang jurutera. Shanaz pula kini masih menuntut dalam jurusan perubatan. Perkenalan dengan Megat Shamir berlaku ketika mereka bersama mengikuti program mesra siswa di universiti. Di situ Megat Shamir mula menunjukkan minatnya terhadap Shanaz. Sejakmereka bertukar nombor telefon, Megat Shamir telah banyak menghantar tazkirah, hadith dan ayat-ayat Al-Quran. Namun agak jarang di dihubungi oleh Megat Shamir.

Ramai temannya memberitahu Megat Shamir baik orangnya. Orang masjid. Malah mungkin juga menganggotai sebuah jemaah. Dia jugalah yang telah banyak menyedarkan Shanaz tentang betapa pentingnya solat 5 waktu. Sudah beberapa kali dia diajak mengikuti program masjid namun segera ditolak kerana bimbang disalah tafsir oleh Mahizan. Sejak itu Shanaz menjadi kurang selesa dengan hubungannya bersama Mahizan. Ada rasa kekesalan dalam hatinya. Tetapi untuk memutuskan ikatan yang telah hampir mencecah 8 tahun ini, terasa amat berat sekali. Pernah sekali dia cuba untuk menjauhkan diri daripada Mahizan tetapi pujukan dan rayuan Mahizan membuatkan hatinya cair. Malah Shanaz akan tidak keruan jika tidak bertemu dengan Mahizan walaupun sehari. Gilakah aku!!! Sering ditanya pada dirinya apakah kesudahan kepada hubungan mereka. Hubungan terlarang dan dilaknat Tuhan.

“Abang” Shanaz bersuara lembut dan memaut kembali lengan Mahizan. Kesedihan pada wajah Mahizan memang sukar untuk diselindungkan. Jelas dia benar-benar sakit dengan persahabatan Shanaz dan Megat Shamir.

“ Ayang mintak maaf ek. Ayang janji lepas ni Ayang dah tak contact dia” luah Shanaz sambil kepalanya dijatuhkan ke atas bahu Mahizan. Namun Mahizan masih tidak bersuara. Geraknya kaku. Tidak seperti sebelum ini. Tiada belaian dan pelukan mesra.

“ Abang dengar tak? Ayang mintak maaf. Ayang mintak maaf ek. Jangan macam ni. Abang buat Ayang sedih tau!” Shanaz mengangkat kepalanya dan memandang wajah Mahizan. Mahizan mengucup dahinya dan tersenyum. Mahizan tahu, rajuknya takkan dibiarkan lama. Shanaz akan terus memujuk sehingga dia tersenyum. Itulah yang membuatkan dia semakin sayang kepada Shanaz. Shanaz amat memahami hati dan perasaannya. Shanaz tidak pernah membiarkan dia keseorangan walaupun Shanaz dikelilingi ramai teman. Dirinya yang dibesarkan bersama abang-abang dan kurang belaian dari seorang insan bergelar ibu menjadikan dia agak keras dan lebih kepada seorang lelaki. Dia pernah dicintai dan pernah juga mencintai namun segalanya hancur bila lelaki yang disayanginya berubah arah. Sejak dari itu, dalam hatinya mula terdetik lelaki semuanya sama. Curang!. Hanya insan bernama perempuan sahaja yang mampu memberi cinta luhur dari hati. Namun sekarang jiwanya kacau dengan kehadiran Megat Shamir. Lelaki yang mampu memberikan kehidupan sempurna kepada Shanaz. Sedangkan dia mungkin tidak mampu untuk itu semua. Dia tahu, hubungan mereka takkan ke mana tetapi mana mampu diserah miliknyakepada orang lain.

“ hah baru balik!” sergah Mariam teman serumah Shanaz. Shanaz melihat jam tangan yang dihadiahkan oleh Mahizan di hari lahirnya yang ke-20. Jarum jammenunjukkan waktu sudah melangkaui jam 11malam.

“ sibuk jelah kau ni. Belum pukul 12 lagi tau” Shanaz meninggalkan Mariam dan terus berlalu ke bilik tidurnya. Mariam mengekorinya hingga ke dalam bilik.

“ kau keluar dengan mak cik tu kan?” Mariam meneka. Dia tahu Mahizan dan Shanaz teman rapat tetapi kekadang hatinya tidak gemar dengan cara Mahizan berpakaian dan layanan Shanaz terhadap Mahizan. Kelihatan agak janggal. Malah pernah sekali dia membaca mesej yang dihantar Mahizan kepada temannya itu. Mengalahkan pak we makwe. Namun keraguannya itu disimpan sendiri. Bimbang jika Shanaz terasa hati dengan pertanyaannya.

“ ye lah. Aku mana ada pakwe” kata Shanaz sambil tersenyum. Dia sedar sejak akhir-akhir ini, Mariam sering memerhati setiap pergerakannya. Memang dia ingin berterus terang dengan Mariam tetapi dia risau Mariam terkejut. Mariam cukup kuat berpegang teguh pada agama. Tapi kalau ditakdirkan suatu hari dia terpaksa berterus terang terhadap Mariam, dia sudah cukup bersedia.

“ Kenapa aku nampak Mahizan tu pelik jer. Macam tomboy tapi hensem.” Mariam ketawa sendiri. Shanaz hanya menguntumkan senyuman. Mula timbul naluri cemburu dalam hatinya walaupun dia kenal siapa Mariam. Perasaan yang sering dirasainya apabila ramai wanita memandang Mahizan setiap kali mereka keluar bersama. Dia pasti ramai lelaki akan memikat Mahizan jika Mahizan berbaju kurung dan bertudung. Dia sendiri pernah melihat gambar yang ditunjukkan oleh Mahizan ketika masih menuntut di tingkatan 2 sebelum mereka bertemu semasa di tingkatan empat. Memandangkan setiap pelajar muslim diwajibkan bertudung ke sekolah, jadi Mahizan turut mengenakan tudung. Memang wajahnya manis.

“ Kenapa? Kau dah jatuh cinta kat dia ke” Shanaz menguji walaupun dia sendiri tahu jawapan Mariam.

“ Eh ke situ pulak kau ni. Selisih malaikat 44. takdenye aku nak buat benda yang dilaknat Allah tu” tersedak Shanaz mendengar ucapan Mariam. Tajam. Bisa. Sakit. Meremang bulu romanya. Namun sedaya mungkin diselindung perasaan itu. Selepas berborak kosong bersama Mariam, tepat pukul 12.30malam, Mariam meminta izin untuk balik ke biliknya.

Shanaz tahu memang menjadi rutin Mariam menunaikan solat sunat terlebih dahulu sebelum masuk tidur. Dia kagum melihat keperibadian Mariam. Orangnya sederhana, berasal dari kampung, banyak bercakap tapi ada isi, jarang sekali nampak dia bergayut di telefon tetapi di jarinya tersarung sebentuk cincin bersadur emas. Mungkin sengaja dikenakan di jarinya. Pernah sekali Shanaz bertanya kepada Mariam sama ada dirinya sudah dimiliki atau belum tetapi Mariam hanya menghadiahkannya senyuman yang cukup bermakna. Bila ditanya tidak takutkah dia jika orang lain tersalah tafsir dengan cincin itu, baru dia membuka mulut.

“ Kenapa Naz? Kau takut takde lelaki berani rapat dengan aku disebabkan aku pakai cincin ke? Dia cuba menduga apa yang berada di fikiran Shanaz. Dan memang itulah yang cuba Shanaz sampaikan.

“ Yelah. Mana ada lelaki berani kacau awek atau tunang orang.” Shanaz mengakui.

“ ye ke? Kau suka ke kalau orang lelaki kacau kau? Lagipun kalau dah jodoh kita, niatnya nak buat kita jadi isteri, tentu dia merisik dulukan. Lainlah kalau niat dia semata nak main-main couple je. Memanglah tak berani.” Kata-kata ringkas dari Mariam membuatkan Shanaz berfikir panjang. Ramai lelaki yang begitu mudah merapatinya dan tanpa segan silu mengajak dia ke panggung wayang tanpa sebab. Adakah kerana pandangan mereka dia tidak punya harga diri? Mariam telah banyak membimbingnya, terlalu banyak ilmu yang dikongsi oleh Mariam walau hanya melalui perbualan ringkas kerana masing-masing sibuk dengan pelajaran.

“ so kau ni dah dimiliki ke belum?” Tanya Shanaz lagi dengan senyuman hingga ke telinga.

“ mestilah” jawab Mariam pendek. Shanaz tercengang. Mustahil! Mariam tak pernah menceritakan kepadanya tentang sesiapa.

“ Kau biar betul Mariam” Shanaz membeliakkan matanya yang sudah sedia bundar itu.

“ Aku milik Allah. Milik mak ayah aku.” Kata Mariam sambil mencuit hidung Shanaz.

Kejutan yang sebentar tadi memuncak kini kembali menurun. Shanaz mencubit lengan Mariam. Dia memang selesa berkawan dengan Mariam tetapi kadang-kadang semakin mengenali Mariam menjadikan dia semakin jauh dari Mahizan. Dia bimbang apabila perasaan itu datang sedangkan itulah sepatutnya dirasai oleh seorang wanita normal.

“ Jom gi surau” ajak Mariam. Rumah kami berdekatan dengan surau. Mendayu suara bilal melaungkan azan. Rasanya terpukau dengan anugerah Allah kepada gerangan empunya suara. Tiba-tiba hatinya teringin mengetahui pemilik suara bak buluh perindu itu.

“ Tunggu jap. Aku nak gi amek wudhuk.” Shanaz segera menekan punat ‘off’ pada remote control. Terkocoh-kocoh dia berlari ke bilik air. Bimbang tidak sempat berjemaah. Mariam hanya senyum dan agak pelik melihat perlakuan Shanaz tapi dalam hatinya dia memanjatkan seribu kesyukuran kepada Yang Maha Esa jika saat ini merupakan titik perubahan pada teman baiknya itu.

Selesai solat Maghrib berjemaah, mereka dihidangkan dengan makanan rohani. Sedikit pengisian dan tazkirah daripada pelajar siswa yang bertanggungjawab dalam pengurusan surau. Memang setiap Maghrib diadakan pengisian sedemikian cuma Shanaz saja yang tidak peka dan berat untuk melangkahkan kaki ke masjid.

Malahan budak-budak surau juga tidak dikenalinya melainkan Megat Shamir. Itupun kerana Megat Shamir yang memulakannya dulu. Dia sedar, siapalah yang mahu mendekati budak sosial sepertinya. Cuma Mariam sahaja yang berani mendekatinya dan begitu memahami hati dan perasaannya. Kadang-kadang dia tertanya-tanya bagaimana mereka berdua hadir serentak dalam hidupnya. Adakah ini bermakna hidupnya akan berubah dan bakal meminggirkan Mahizan. Entahlah. Dia sendiri berat untuk menjawabnya.

Tiba-tiba kedengaran suara naqib memberikan salam dan memulakan mukadimahnya. Shanaz seperti mengenali suara itu namun masih diraguinya. Setelah tirai yang menjadi hijab itu terbuka barulah hatinya menjerit kecil. Benar! Itulah jejaka yang seringkali bermain di mindanya dan acapkali berlagu di hatinya. Entah kenapa hari ini dia begitu keliru apabila memikirkan Mahizan tetapi hatinya bernyanyi girang apabila mengenangkan Megat Shamir yang sedang petah memberi ceramah ringkasnya sementara menantikan masuknya waktu solat fardhu Isyak.

“ Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah dengan hidayah dan rahmat Allah kita dipertemukan sekali lagi dan yakinlah bahawa kita adalah antara insan-insanyang terpilih untuk bersama mengimarahkan rumah Allah ini. Malam ini ana ingin membangkitkan tentang kepentingan usrah dalam kehidupan kita sebagai muslim. Muslimin muslimat yang dirahmati Allah sekalian, dalam kita sibuk mencari ilmu dunia, dalam kita sibuk mengerah keringat mencari rezeki dan dalam kita sibuk mengejar cinta duniawi, kadang-kadang kita hampir terlupa bahawa kita hanya punya masa yang terlalu singkat untuk manjalankan kewajipan yang sebenarnya di atas muka bumi pinjaman Allah ni.

Pernah tak kita muhasabah diri. Tanyakan pada diri. Apakah yang telah kita lakukan sebagai tanda kasih sayang kita kepada Allah s.w.t. adakah segala yang kita usahakan selama ini adalah kerana Allah semata-semata ataupun niat kita hanya untuk kepentingan diri sendiri, untuk memenuhi impian mak ayah dan adakah untuk mendapat pandangan manusia yang lain.

Pendek kata segala urusan kita tak pernah sekalipun terniat kerana Allah. Na’uzubillah. Moga dijauhkan kita daripada berkeadaan sedemikian. Setiap hembusan nafas, naik dan turunnya adalah dalam perkiraan Allah Yang Maha Besar. Hidung yang mancung, mata yang bundar, kulit yang gebu, apa saja yang kita miliki hanya hak Allah semata-semata. Apa yang ada pada kita? Ingat lagi kah kita tika dilahirkan? Dhaif, kecil, kotor dengan darah, lemah. Langsung tak berkemampuan untuk memberi nama sendiri apatahlagi untuk menyuapkan nasi untuk mengenyangkan perut sendiri.

Hebat penciptaan Allah. Dari setitis air mani yang hina, kita dijanjikan sebagai khalifah mulia di muka bumi. Untuk menjaga seisisi alam dan bukan memusnahkannya. Apa yang terjadi sekarang? Kita baca dalam akhbar, kita dengar dalam radio, kita tengok dalam TV, manusia masing-masing berbunuhan. Kenapa begitu? Adakah istilah kasih sayang sudah hilang dalam pertimbangan manusia? Di sinilah pentingnya peranan jemaah.

Usrah yang mana maksudnya adalah keluarga. Dalam usrah inilah kita mahu persaudaraan sesama umat islam kembali terjalin. Ada rasa mahabbah, ada istilah ukhwah, tafahum, ta’awun dan pelbagai lagi……….”

Terpegun sebentar Shanaz melihat kepetahan Shamir berbicara. Hujahnya dilontarkan dengan yakin sekali. Penyampaiannya memberikan kesan di hati. Banyak persoalan yang ditimbulkannya kadang-kala jarang diambil pusing oleh orang seperti Shanaz. Mata Shanaz sesekali bertembung dengan pandangan Shamir. Ada debaran di hatinya. Adakah ini permulaan keretakan hubungannya bersama Mahizan.

Setelah usai kami menunaikan solat Isya’ secara berjemaah, Shanaz bersama Mariam bersalaman dengan dengan ahli jemaah yang lain. Mariam meneliti telefon bimbitnya.

“ Shanaz, kau balik dulu ek. Aku ada meeting dengan ameer.” Shanaz sekadar mengangguk dan melipat kain sembahyangnya. Dia mahu terus pulang ke rumah. Telefon bimbitnya tertinggal. Kalaulah panggilan Mahizan tak dijawab, pasti mendung akan berarak lagi malam ini.

Setelah beberapa langkah meninggalkan tempat solat muslimat, dia terdengar suara seorang lelaki bercakap lalu pandangannya tertumpu kepada dua susuk tubuh yang amat dikenalinya. Mariam dan…! Mariam dan Megat Shamir! Memang mereka ditemani oleh seorang muslimat namun pada gaya percakapan dan bungkusan yang berada pada tangan Shamir menjadikan Shanaz agak kehairanan. Apa hubungan mereka berdua? Mungkin mereka berada di dalam satu jemaah. Shanaz cuba menyedapkan hatinya.

Tiba-tiba hatinya dilambung ombak cemburu. “Cepatnye balik” aku merenung jam di dinding. Belum sempat Shanaz melabuhkan punggung di hadapan televisyen, Mariam sudah sampai ke rumah. Takkan dating kejap sangat. Detik hatinya.

“ Yelah. Bukannya ada hal lagi nak bincang.” Jawab Mariam sambil di tangannya memegang kemas kotak yang Shanaz lihat di tangan Shamir tadi. Kotak itu bertukar pemilik. Rengus hatinya. Esok kelasnya tengah hari, jadi dia nekad untuk mengetahui apakah isi di dalam kotak itu. Dia tahu Mariam akan pergi ke perpustakaan terlebih dahulu untuk menyiapkan tugasan kumpulannya.

Dengan bibir yang tersenyum dia menghampiri kotak tersebut. Mariam telah membukanya. Shanaz lihat sepasang jubah berwarna biru gelap bersulam perak. Amat cantik. Di sampingnya tudung labuh berwarna biru lembut berbunga ungu gelap. Shanaz meneliti keduanya dengan penuh minat. Matanya terpaku pada sepucuk surat bertinta hijau.

Assalamualaikum ukhti Siti Mariam…

Maaf agak lama menyepikan diri. Bukan melupakan tetapi sibuk dengan study dan tanggungjawab dakwah. Ibu kirim salam. Katanya rindu dengan bakal menantunya =). Kalau ada masa, contactla ibu. Ana dah penat menjawab persoalannya tentang enti. Sihat ke tak, studynya macam mana, bila nak ke rumah, apa yang enti buat…semuanya hanya ana jawab dengan senyuman. Kita sendiri jarang berjumpa kecuali ada hal penting. Mana mungkin ana tahu segalanya tentang rutin seharian hidup enti.

Ibu juga minta kita cepatkan tarikh perkahwinan. Tapi enti jangan bimbang, ana dah jelaskan pada ibu. Kita masing-masing sibuk belajar. Ana pulak busy dengan preparation untuk pergi LI nanti. So, bila ana dah takde kat sini nanti pandai-pandailah jaga agama ye. Jaga jemaah dan aktiviti usrah tu jangan pulak diabaikan. Mungkin Fahimi yang akan menjadi pemangku. Tapi ana harap dia akan ambil alih tugas ni sebab kita perlukan pelapis. Enti pun sama, cuba cari pelapis yang boleh conduct usrah. Sampai bila nak bergantung kepada muslimin saja kan? Ana ada contact number Ustazah Marissa. Kalau ada usrah ke apa ke, just contact je. Ana dah berikan dia number enti supaya senang sikit nak berurusan.

Ni ana sertakan sekali dengan jubah dan tudung labuh. Ibu kirim. Rasanya ana jarang nampak enti mengenakan jubah. Tudung labuh pun tak istiqomah. Ana tau enti masih menjaga aurat tapi seeloknya dan lebih manis enti bertudung labuh. Bukan memaksa cuma berpesan. Kalau nak pakai, pakailah kerana Allah. Bukan kerana ana yang minta. Ana cuma menyampaikan saja. Tapi wajib bagi seorang isteri memenuhi permintaan suami jika masih di dalam batas syara’ bukan? =)

Ana dah pernah berjumpa dengan Shanaz, sohabiah enti. Kami sama-sama ikut program mesra siswa sem lepas. Kadang-kadang ana hantarkan juga tazkirah pada dia cuma ana tak dapat nak istiqomah kerana terlalu sibuk. So, ana harap enti pandai-pandailah tarik dia join usrah dan rehlah yang kita buat ye. Ana yakin dia boleh terima, Insya Allah.

Ana ada muzakarah dengan akhi Jamil.

Ingat ye jubah dan tudung labuh tu. Jangan buat perhiasan dalam almari je.

“ bukan teman sebaik khadijah yang kuharapkan kerana aku bukanlah sesempurna Muhammad, bukan juga seteguh Hajar kerana aku tak setabah Ibrahim, apatahlagi sejelita Zulaikha kerana aku bukan setampan Yusuf, yang aku dambakan hanyalah perhiasan dunia yang terjaga bak mutiara yang tertanam dalam di dasar laut. Kerana bila tiba masanya aku harap akulah yang menjadi tiram memelihara keindahannya. Dan engkaulah yang telah Allah putuskan menjadi sayap kiriku di langit jihad dan moga akan lahir generasi Mariam seterusnya.”

Wassalam.

Pemburu Cinta Illahi,

M.S

Ada debaran dan getaran di dada Shanaz. Apa sebenarnya hubungan mereka? Cincin di jari manis Mariam mula menghantuinya. Betullah Mariam telah menjadi tunangan orang. Dan jejaka bertuah itu adalah Megat Shamir! Tak disangka. Baru cinta ingin mekar, racun pula yang menjadi bajanya. Setelah melipat surat itu sekemas mungkin seperti mana yang diambilnya tadi, dia terus ke meja tulis Mariam. Tepat jangkaannya semalam Mariam tidur lewat kerana menyiapkan balasan kepada Shamir. Padanlah lampu bilik masih bercahaya hingga ke lewat malam. Shanaz teragak-agak untuk menyentuh barang kepunyaan Mariam namun perasaan ingin tahunya mengatasi segala.

Assalamualaikum akhi Shamir,

Tak perlulah ana tanya enta sihat ke tak sebab ana nampak enta kuat menjalankan amanah tapi jagalah kesihatan juga ye. Ana faham tugas enta. Ana tak pernah berkecil hati. Utamakan yang utama. Itu prinsip enta, jadi ana terima seadanya. Lagipun rehat itu kelalaian bagi seorang dai’e kan? Maaf sebab dah lama tak menghubungi ibu enta. Terlalu sibuk. Mak pun ana dah jarang call. Insya Allah ana akan cuba cari masa. Sampaikan salam rindu ana pada ibu. Teringin nak rasa sambal udang yang ibu buat.

Pasal tudung labuh dan jubah tu. Terima kasih banyak-banyak. Tentu mahal harganya kan? Janganlah bazirkan duit, ana dah ada jubah dan tudung labuh cuma jarang pakai. Niat di hati memang nak selalu berjubah, bertudung labuh tapi buat masa sekarang ana lebih selesa bertudung biasa tapi masih menutup aurat kan? Ana akan lakukan tapi ana lakukan kerana Allah dan bukan kerana enta tau. Ingat janji kita? Cinta kita takkan melebihi cinta dan kasih kita kepada Allah dan Rasulullah. Ana harap enta akan ingat sampai bila-bila.

Ana tak salahkan ibu enta jika dia ingin mempercepatkan tarikh perkahwinan kita. Sebab keadaan kita yang menuntut di sini bersama-sama. Mungkin dia bimbang. Enta terangkanlah sebaiknya ek. Ana memang terlalu sibuk sampaikan kekadang tu takde langsung masa untuk diri sendiri. Risau pulau nak memikul gelaran seorang isteri ketika masih bergelar mahasiswi. Cukuplah pertunangan menjadi ikatan antara kita. Lagipun kita jarang berjumpa.Kalau dah jodoh Insya Allah tak kemana. Asalkan kita sama-sama betulkan niat.

Alhamdulillah Shanaz seorang sohabiah yang baik. Ana akan ajak dia sama-sama untuk aktiviti jemaah kita. Dia nampak berminat.

Ana rasa takde pape yang ana nak bagi kat enta. Cuma tazkirah ni je yang mampu ana sertakan sekali. Tak mampu rasanya untuk memberi hadiah kepada enta selagi enta belum menjadi teman hidup ana yang sah. Tunggu sajalah hadiah dari ana di hari bermakna kita nanti. Insya Allah.

“ aku mencintaimu kerana agama yang ada dalam dirimu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu maka hilanglah cintaku padamu” –Imam Nawawi-

Sayap kirimu, Insya Allah

S.M

Sah! Mereka memang punya ikatan pertunangan. Surat dari Mariam itu lebih jelas dan nyata. Hilang segala kemusyhkilan dan tanda tanya yang bermain di mindanya sedari semalam lagi. Segera dia keluar dari bilik Mariam. Dia menangis semahunya. Kenapa aku menangis? Kenapa dengan aku ni? Aku dengan Shamir tak pernah ada hubungan. Dia pun tak pernah berjanji apa-apa dengan aku! Bukan salah Mariam. Aku yang bersalah kerana melayani tunangan orang. Ya Allah aku tak tahu.” Di saat ini dia ingin dekat dengan Mahizan. Namun jika ditanya kenapa dia bersedih, apakah jawapan yang selayaknya untuk diberi kepada teman istimewanya itu? Alih-alih perang besar. Bartambah lagi ketakutannya.

“ Kenapa Mariam tak nak ngaku yang Mariam dah berpunya?” tanya Shanaz tanpa mahu berselindung. Mariam memandang wajah mulus Shanaz. Tiada rasa terkejut ataupun marah di wajahnya apabila Shanaz bertanya sedemikian.

“ Untuk apa aku umumkan segalanya kepada orang lain, Shanaz?” soalan dijawab dengan soalan. Shanaz merenung jemari Mariam. Sedari awal lagi dia merasakan gadis yang punya fikrah ini sudah dimiliki namun ditidakkan selalu kerana tidak pernah melihat Mariam sibuk dengan telefon bimbitnya dan langsung Mariam tidak membenarkan dirinya dirapati mana-mana kaum adam melainkan atas urusan kerja. Tak disangka bersama tunangan sendiri juga dia tetap bertegas menjaga batas pergaulannya. Dalam perkiraan Shanaz, dia sudah banyak kali melihat pasangan berduaan walaupun masing-masing budak masjid. Sering menjadi buah mulut anak usrah apabila naqibah dan naqib sendiri tersalah percaturan dalam menilai erti sebuah percintaan.

Malah ada juga muslimin yang tersungkur dalam cinta muslimat yang kurang fikrah dalam dakwah. Pada mulanya segalanya adalah dengan harapan supaya muslimat tersebut dapat ditarik dalam mengamalkan cara hidup Islam, tapi lama kelamaan muslimin itu sendiri yang terjerat dan kalah pada pujuk rayu seorang hawa. Kisah adam dan hawa kini berulang di muka bumi. Pujuk rayu syaitan ternyata berkesan apabila moderatornya adalah hawa. Lain pula ceritanya dengan Mariam, walaupun telah punya ikatan namun segalanya dipendam dalam hati.

“ Mariam tak pernah rindukandia?” sehari tidak bertemu dengan Mahizan, hati Shanaz sudah cukup gelisah. Mariam? Tidak mungkin dia langsung tidak punya perasaan itu dengan tunangannya sendiri.

“ Aku juga manusia biasa. Ada hati dan perasaan. Tapi maluku pada Kekasihku Yang Tertinggi mengatasi segalanya. Aku malu bertemu dengan Shamir kerana aku sedar aku dalam pandangan Dia. Aku malu apabila berbual dengan Shamir kerana aku sedar Dia mendengar segala percakapanku. Aku takut. Syaitan takkan pernah alpa dengan peranannya dalam meruntuhkan tembok keimanan kita, Naz.

Sesekali pernah terdetik untuk selalu bertanya khabar, terlalu ingin mendengar suara dia dan sangat sedih apabila dia seperti tidak mahu mengambil berat tentang diri aku walaupun dari awal lagi perjanjiannya sebegitu selagi kami belum bergelar pasangan suami isteri yang sah. Alhamdulillah, tarbiyah itu menjadikan aku semakin yakin dengan jodohku. Aku yakin, kalau aku menjaga batas yang ditetapkan-Nya, aku takkan menyesal kerana Dia akan menjaga jodoh aku.

Kenapa Shanaz? Aku minta maaf sebab tak berterus terang dengan kau. Bukan sengaja aku nak rahsiakan. Tapi dia masih belum bergelar suami aku yang sah. Apa pun nama ikatan yang terjalin antara kami, yang menghalalkannya hanyalah pernikahan. Bila sampai saat itu, akan aku war-warkan seisi alam yang aku sudah benar-benar jatuh cinta dan mencintai dia, iaitu suamiku sendiri. Pernikahan itu melengkapkan separuh daripada agama kita, Naz.”

Tenang wajah Mariam menyuarakan isi hatinya. Tabah benar engkau Mariam. Bisik hati Shanaz. Berkali-kali kata-kata Mariam bermain dimindanya dan tertanam dalam di hatinya. Pernikahan! Mana mungkin dia dan Mahizan berkahwin. Cinta mereka tak mampu berakhir pada ikatan yang suci kerana pengikatnya adalah syaitan. Cinta mereka cinta terlarang. Cinta yang dikutuk dan dilaknat. Cinta pura-pura dan hanya tuntutan nafsu hembusan syaitan. Cinta gila. Serasa mahu pecah kepalanya memikirkan ke mana arah tuju perhubungan antara dia dan Mahizan. Akhirnya dia ketemukan jawapan yang perlu diterima oleh Mahizan. Biar sakit sekarang daripada menyesal seusia hidup. Cinta sejati dan indah yang dipamerkan oleh Mariam berjaya merubah arah layar bahtera hatinya untuk sama-sama mencari destinasi yang pasti. Maafkan aku Mahizan. Ampunkan aku Ya Allah.

ummu asma’ –AD-

UNIMAS

3 mei 2006

0922

No comment »

BERIKAN AKU CINTAMU

Doa Seorang Muslimah

Muslimah - 26 Mei 2004 (Sumber : unknown)
Ya Rabbi, Aku berdoa untuk seorang pria, yang akan menjadi bagian dari hidupku. Seorang pria yang sungguh mencintaiMU lebih dari segala sesuatu.
Seorang pria yang akan meletakkanku pada posisi kedua di hatinya setelah Engkau. Seorang pria yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untukMU.
Seorang pria yang mempunyai sebuah hati yang sungguh mencintai dan haus akan Engkau dan memiliki keinginan untuk menauladani sifat-sifat Agung-Mu.
Seorang pria yang mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup, sehingga hidupnya tidaklah sia-sia. Seorang pria yang memiliki hati yang bijak bukan hanya sekedar otak yang cerdas.
Seorang pria yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormati aku. Seorang pria yang tidak hanya memujaku tetapi dapat juga menasehati ketika aku berbuat salah. Seorang pria yang mencintaiku bukan karena kecantikanku tetapi karena hatiku.
Seorang pria yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam tiap waktu dan situasi. Seorang pria yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika berada disebelahnya. Seorang pria yang membutuhkan dukunganku sebagai peneguhnya.
Seorang pria yang membutuhkan doaku untuk kehidupannya. Seorang pria yang membutuhkan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya. Seorang pria yang membutuhkan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.
Dan aku juga meminta: Buatlah aku menjadi seorang perempuan yang dapat membuat pria itu bangga. Berikan aku sebuah hati yang sungguh mencintaiMU, sehingga aku dapat mencintainya dengan cintaMU, bukan mencintainya dengan sekedar cintaku.
Berikanlah SifatMU yang lembut sehingga kecantikanku datang dariMU bukan dari luar diriku. Berilah aku tanganMU sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya. Berikanlah aku penglihatanMU sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dalam dirinya dan bukan hal buruk saja.
Berikan aku mulutMU yang penuh dengan kata-kata kebijaksanaanMU dan pemberi semangat, sehingga aku dapat mendukungnya setiap hari, dan aku dapat tersenyum padanya setiap pagi.
Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan “Betapa besarnya Engkau karena telah memberikan kepadaku seseorang yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna”. Aku mengetahui bahwa Engkau menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang Kau tentukan. Allahumma amiiin…

No comment »

AKU GAMAM

No comment »

BANTU KAMI YA ALLAH

YA ALLAH,

INSAN INI AMAT PENTING DALAM HIDUPKU,

SAHABATKU, BUAH HATIKU,

MESRA KAMI PENAWAR DUKA,

RINDU KAMI MENAMBAH CINTA,

RAJUK KAMI MEMBUAH CERIA…

YA ALLAH,

SILATURRAHIM KAMI UKHWAHFILLAH,

BERMUSUH KAMI NA’UZUBILLAH,

BERPISAH MATI INSYA ALLAH,

PENGUBAT HATI DOA RABITAH,

YA ALLAH,

RAHMATI KAMI MENITI USIA,

TERPISAH KAMI DI ALAM NYATA,

TEMUKAN SEMULA DI TAMAN SYURGA,

AMEEN…

No comment »

10 CARA MEMENANGI HATI MERTUA

10 CARA MEMENANGI HATI MERTUA


“Sebaik sahaja selesai diijab kabul, secara rasmi kita menjadi miliknya.Kalau dulu hanya sebagai kekasih, tetapi kini sebagai isterinya yang sah.Namun kita sebenarnya bukanlah hanya berkahwin dengan dirinya, bahkan juga seluruh anggota keluarganya.”

Bagi yang sudah biasa bertemu dengan mertua sebelum berkahwin, tentu tidak menjadi soal. Bagaimana bagi yang tidak pernah bertentang mata dengan keluarga mertua? Pasti diselubungi rasa bimbang, apatah lagi bila memikirkan cara untuk menyesuaikan diri dengan mertua.

Bagi menangani masalah tersebut, pastikan anda menyiapkan diri dengan beberapa tips yang diberikan. Persediaan diri sebenarnya bukan hanya bermula selepas sah bergelar isteri, seeloknya sedari awal pertunangan lagi. Kalau kena gaya dan caranya, tidak mustahil anda akan jadi menantu kesayangan.

1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.

2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan.

3. Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.

4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.

5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.

6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.

7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.

8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang yang ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.

9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk,kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.

10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar.

Ok, bye!

http://missapple-4me.blogspot.com/

No comment »

Bila Lagi Engkau Hendak Sertai Dakwah?

Bila Lagi Engkau Hendak Sertai Dakwah?

Bismillahirrahmanirrahim


ZAMAN SEKOLAH

1.Saya kecil lagi, tak perlu dakwah pun tak apa. Dah besar nanti insyaallah.

2.Sibuklah dengan tuisyen, kerja rumah, nak ‘exam’, ko-kurikulum, sukan…

3.‘Parents i’ tak bagi le…

4.Aku takut nanti ganggu akademik.

5.Dah masuk ‘u’ nanti ok le ‘join’ dakwah, fikiran pun dah matang sikit.

ZAMAN UNIVERSITI/ KOLEJ

1.‘You’ faham-faham jelah, masuk ‘u’ ni bukan macam sekolah. ‘Study’ buku tebal-tebal, ‘assignment’ berlambak…nantilah lapang-lapang sikit.

2.Dah habis belajar nanti aku memang niat nak aktif dalam dakwah. Engkau jangan risaulah. Sekarang tumpu akademik dulu. Takut nanti dakwah entah ke mana, akademik entah ke mana.

3.Aku tengah ‘tension’ la… awek/ balak aku buat hal pulak…!

ZAMAN HABIS BELAJAR

1.Nantilah… dapat kerja dulu. Dah ada kerja nanti, dah stabil, ‘ok’ le ‘join’ dakwah. Ni diri sendiri pun tak lepas lagi.

2.Ada kenderaan baru senang nak bergerak, ye tak? Tunggu le aku ada motor nanti.

3.Mak bapak aku tengah bising tu. Diorang dah naik muak tengok aku asyik menganggur je. Kalau aku ‘join’ dakwah, lagi teruk le kena hentam.

4.Letih belajar pun tak habis lagi. Bagilah peluang aku rehat kejap. Dari kecil asyik ‘study study study’, dah ‘grad’ ni ‘relax’ le kejap. Dakwah tu tak lari ke mana. Sampai masa nanti, engkau tengok le.

ZAMAN KERJA

1.Sibuklah… tau aje la, keluar kerja pagi, balik dah nak malam. Letih giler. Dah balik tentu nak rehat. Aduhhh…

2.Aku tengah pening kepala nak kumpul duit, nak kahwin ni. Nantilah aku dah ‘settle’ problem–problem aku…

3.Dah kahwin mesti nak ada kereta. Aku tengah cari duit nak buat ‘down payment’ ni. Ada kereta esok senang nak bergerak. Hujan panas ‘no’ hal.

4.Bergerak sorang-sorang ni tak berapa ‘best’. Aku cadang nak kahwin dulu. Dah ada pasangan nanti baru laju sikit nak gerak. Betul tak?

ZAMAN KAHWIN

1.Engkau tahu aje la, dah masuk alam rumahtangga ni. Tanggungjawab bertambah, belanja bertambah. Nak sesuaikan diri dengan pasangan, dengan keluarga pasangan… kena ambil masa jugak. Hari cuti aje dah tentu kena balik rumah mak bapak aku ataupun rumah mak bapak dia. Adik-beradik dah bertambah. Kejap-kejap kenduri la, bertunang la, tahlil la, masuk rumah baru la. Semua nak kena pergi tu. ‘Sorry’ la kawan, aku betul-betul tengah ‘pack’ ni. Nantilah ye.

2.Orang rumah aku masalah sikitlah. Kalau aku ikut program dakwah aje, dia mula muncung. Rumahtangga mestilah diutamakan, ye tak?

3.Abang (suami) aku memang tak pernah terdedah dengan program-program dakwah ni. Jadi takkan aku nak keluar sedangkan dia asyik tarik muka aje.

4.Aku cadang nak tarbiah isteri aku dulu. Pelan-pelanlah aku buka minda dia. Nanti dia pun dah ada minat, kami boleh bergerak sama-sama.

ZAMAN ANAK-ANAK MASIH KECIL

1.Anak kecik, engkau faham-faham sajalah. Nak keluar rumah pun tak boleh. Sekarang kain baju, masak-memasak, kemas rumah, urus anak-anak semua aku buat. Memang aku tak boleh nak bagi masa untuk program agama la buat masa ni. Anak besar sikit nanti insyaallah la…

2.Aku nak sambung belajar lagi le, kasi naik pangkat, tambah ‘income’. Baru boleh betul-betul stabil. ‘Time’ tu nanti isyaallah le aku boleh aktif. Nanti le habis sambung belajar dulu. Habis ‘master’, dapat PHD, barulah ada nama sikit. Nak dakwah pun senang, cakap kita orang dengar.

ZAMAN ANAK-ANAK BERSEKOLAH

1.Nak dakwah macam mana, aku sembahyang pun tak ‘perfect’ lagi, tajwid pun berterabur. Aku ingat nak mengaji kat surau la bab-bab sembahyang, tajwid. Dah boleh baca Quran nanti baru le sedap nak ‘join’ program. Takkan terus-terus nak ikut program, nak dakwah, kalau yang ‘basic’ pun tak lepas lagi, kan?

2.Umur dah meningkat ni, macam-macam penyakit datang. Badan dah tak kuat macam dulu. Setakat manalah aku boleh ikut program, setakat manalah aku nak berdakwah. Kalau kuat macam muda-muda dulu lain le. Nantilah… pelan-pelannn…

3.Tak ada masa langsung. Hantar anak-anak ke ‘nursery’, ke sekolah, petang ke sekolah agama, malam tuisyen, hari cuti bawa diorang jalan-jalan, rehat-rehat…tentu nak rekreasi jugak kan?

4. Nak ‘online’ internet? Nak ‘update’ blog? Nak sertai forum? Dua minggu sekali ada le aku online. Blog? Forum? Hmmm…

ZAMAN ANAK-ANAK LEPAS SEKOLAH/ ZAMAN PENCEN

1.Aku tengah sibuk belajar dan menghafal pasal haji ni. Cadang lagi tiga tahun nak pergi tapi nak kena belajar dari sekarang le. Engkau tahu aje la aku ni bab agama tau yang ‘basic-basic’ je. Rugi la kalau haji ni tak buat elok-elok. Nantilah.

2.30 tahun kerja siang malam, sekarang baru dapat peluang nak rehat, nak tumpu pada ibadah, nak mengaji di masjid-masjid, nak ziarah anak cucu, nak lawat saudara-mara, nak jaga rumah… Bagilah aku rehat kejap setahun dua, nak ‘cover’ balik yang 30 tahun tu. Sementara hidup ni, nak juga merasa, ye tak?

3.Tak tahulah. Sekarang asyik bergantung dengan ubat je aku ni. Berjalan jauh sikit penat. Kerja lebih sikit darah naik.

4.Aku bukan tak mahu, dari zaman sekolah lagi aku memang minat, cuma belum ada rezeki aje nak teruskan kerja-kerja Rasulullah ni. Kerja Tuhan jugak yang tak tentukan jalan hidup aku macam ni, nak buat macam mana.

5.Anak-anak aku tu… diorang kalau boleh nak tengok aku berehat aje di rumah, tak payah fikir apa-apa, tenangkan fikiran, tumpu pada sembahyang, mengaji… Betul jugak, esok kalau aku sakit ke apa ke, diorang jugak yang susah. Aku malas le nak bertekak dengan diorang.

ZAMAN DALAM KUBUR

1.Aduh… hafazan aku sikit! ‘Waddhuha’ ke bawah pun tajwid berterabur. Dulu masa sekolah aku main bola dua jam sehari. Kalaulah aku ambil 10 minit sehari daripada masa main bola tu untuk hafazan, seminggu sudah 70 minit. Sebulan? Setahun? Aduh, menyesalnye!

2.Arg, kawan-kawan aku yang ‘beragama’ boleh dibilang dengan jari! Kalaulah masa di ‘u’ dulu aku aktif, tentu dapat banyak kenalan dan banyak ilmu dan banyak pewaris dakwah melalui tangan aku. Apa yang mereka buat semuanya saham pahala untuk aku tu. Ruginya aku….

3.Ya Allah, isteri, anak-anak dan cucu-cucu aku ditinggalkan tanpa sempat aku mentarbiah agama mereka. Sekarang mereka jauh dari agama sebab aku tak contohkan diri aku dulu. Semua salah-silap mereka aku nak kena jawab tu. Tapi aku nak buat majlis tarbiah di rumah macam mana sedangkan aku sendiri tak ada ilmu. Padan muka aku!

4.Kawan yang ajak aku ke program-program agama dulu, bertuahnya mereka. Keluarganya jadi orang-orang soleh. Anak buahnya dalam dakwah banyak. Saham pahala daripada usaha anak-anak buahnya berterusan mengalir. Ilmu dan amalnya banyak. Iman dan pemahamannya tinggi. Ilmunya dimanfaatkan banyak orang. Aku?

5.Kalau Tuhan tanya nama artis, nama bintang sukan, nama pimpinan dunia… ratusan orang aku ingat. Tapi kalau Tuhan tanya nama ulama, nama kitab… habis aku!

6.Bahasa Inggeris aku macam air. Bahasa syurga?

7.Teman-teman aku sudah kenal Tuhan, mereka menyembah Tuhan yang Esa. Aku? Rasa-rasanya masih sembah Tuhan yang bercampur dengan makhluk. Af’alnya aku tak pandai nak Esakan, Asma’nya aku tak tahu nak Esakan,Sifat dan Zatnya pun sama. Oh Tuhan, syirikkah aku? Apakah aku menyekutukan Engkau selama hari ini?

Aku menyesallllll………!!!

ps: Nukilan di atas berdasarkan pemerhatian dan pengalaman peribadi selama bertahun-tahun, bukan agak-agakan. : )

Tulisan asal oleh Abu Zulfiqar “AlexanderWathern—> klik sini

http://www.yasalunaka.blogspot.com/

No comment »

Kekasih

Di sebalik kehidupan Insan bernama “Muhammad”..

Kalau ada pakaian yang koyak,
Rasulullah menambalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya.

Beliau juga memerah susu kambing
untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah,
bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan,
sambil tersenyum baginda menyingsing lengan bajunya

Sayidatina ‘Aisyah menceritakan:
”Kalau Nabi berada di rumah,
beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

Jika mendengar azan,
beliau cepat-cepat berangkat ke masjid,
dan cepat-cepat pulang kembali sesudah selesai sembahyang.”
untuk membantu isterinya di dapur.

Pernah baginda pulang pada waktu pagi.
Tentulah baginda amat lapar waktu itu.
Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan.
Yang mentah pun tidak ada karena Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya,
“Belum ada sarapan ya Khumaira?”
(Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang berarti ‘Wahai yang kemerah-merahan’)

Aisyah menjawab dengan agak serba salah,
“Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.”
Rasulullah lantas berkata,
”Kalau begitu aku puasa saja hari ini.”
tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Pernah baginda bersabda,
“sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya.”

Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda sebagai
ketua keluarga.

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.
Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu
langsung bertanya setelah selesai bersembahyang :

“Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?”
“Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sehat dan segar”
“Ya Rasulullah… mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh,
kami mendengar seolah-olah sendi bergesekan di tubuh tuan?
Kami yakin engkau sedang sakit…”
desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya.
Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

“Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?”

Lalu baginda menjawab dengan lembut,
”Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?” “Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.”

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan
di sebelah seorang tua
yang penuh kudis, miskin dan kotor.

Hanya diam dan bersabar
bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya.

Dan dengan penuh rasa kehambaan
baginda membasuh tempat
yang dikencingi si Badwi di dalam masjid
sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt
dan rasa kehambaan dalam diri Rasulullah saw
menolak sama sekali rasa ketuanan.

Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH
tidak dijadikan sebab untuk merasa lebih dari yang lain,
ketika di depan umum maupun dalam keseorangan.

Ketika pintu Syurga telah terbuka,
seluas-luasnya untuk baginda,
baginda masih berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,
terus-menerus beribadah,
hingga pernah baginda terjatuh,
lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.
Fisiknya sudah tidak mampu menanggung
kemahuan jiwanya yang tinggi.

Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah,
“Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?”

Jawab baginda dengan lunak,
“Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.”

No comment »

buat lelaki yang kusayang…ku fahami hatimu..

Bukan Tidak Tega, Tapi Terlalu Cinta!
www.iLuvislam.com
Ustaz Pahrol Mohamad Juoi*
Editor : kasihsayang

Beratnya untuk melepaskan dia pergi. Selama ini, tangan ini yang membelainya. Selama ini, hati ini yang selalu bimbangkannya. Sejak suara tangisnya yang pertama, sejak ku laungkan azan di telinganya, aku begitu mengasihinya. Ya, dia adalah permata hatiku. Namun, dia bukan selamanya milikku….

Rumah ini, cuma persinggahan dalam perjalanannya menuju kedewasaan. Dan kini sudah hampir masanya kau pamit. Walaupun di hatiku tercalar sedikit rasa pahit, tapi siapalah aku yang boleh menahan perjalanan waktu? Siapakah aku untuk menahan realiti kedewasaan? Maafkan aku wahai anak…. Bukan aku tidak tega, tetapi kerana terlalu cinta!

Hatiku tertanya-tanya, apakah ada insan lain yang boleh menjaganya sepenuh hati. Sejak bertatih, aku melihat jatuh bangunnya tanpa rasa letih. Siapakah yang membalut luka hatinya dalam kembara itu nanti? Aku jauh……bila segalanya bertukar tangan, amanah akan diserahkan. Aku tahu saat itu aku mesti mula melepaskan. Itu satu hakikat.

me.jpg       Cinta seorang ayah bukan bererti mengikat..

 

Cinta bukan bereti mengikat… tetapi melepaskan, membebaskan. Kau umpama anak burung yang telah bersayap, telah mampu terbang membelah awan, meninggalkan sarang. Apakah aku terlalu dungu untuk terus membelenggu?

Puteriku… kau terpaksa ku lepaskan…. Apakah si dia mampu menyayanginya seperti aku? Ah, mengapa rasa curiga ini datang bertandang. Bukankah segalanya telah di putuskan sejak dia membisikkan bahawa hatinya telah diserahkan kepada ‘si dia’- lelaki pilihannya? Bukankah segala perbincangan musim lalu telah terungkai dan keputusannya telah dimeterai?

Namun… hati ayah…. Hati abah… pasti ada gundah. Sudah pasrah, tapi diguris goyah. Bolak-balik hati ini wahai anak… terlalu laju untuk dipaku.

Tepatkah plihanmu? Tepatkah keputusanku? Namun siapakah kita yang boleh membaca masa depan? Layakkah kita mengukur kesudahan di batas permulaan?

Sangka baik jadi penawar. Kau anak yang baik, insyaAllah pilihanmu juga baik. Tuhan tidak akan mengecewakanmu. Jodohmu telah ditentukan. Dan ketentuan Allah itu pasti ada kebaikan!

Kekadang, aku diserbu seribu pertanyaan. Apakah aku masih di hatinya setelah dia bersuami nanti? Atau aku hanya akan menjadi tugu kenangan yang dijengah sekali-sekala? Bukan, bukan aku membangkit, jauh sekali mengungkit…upayaku mendidikmu bukan suatu jasa. Itu hanya satu amanah.

Namun, ketika usia menjangkau senja, aku pasti semakin sepi…… aku akan mengulang-ulang kisah lama yang penuh nostalgia. Diulit oleh kenangan indah musim lalu, ketika dia begitu manja di sisi. Aku ingin mendengar lagi suaranya yang dulu-dulu. Mengadu tentang ini dan itu. Bercerita dan berkisah, dengan lidahmu yang petah dan lagak yang penuh keletah.

Pergilah. Aku rela. Allah bersamamu.

Doaku mengiringi setiap langkah di alam rumah tanggamu nanti. Moga si dia akan menjaganya seperti aku menjaga ibunya.umminya. aku akan bersangka baik. Justeru Allah itu menurut sangkaan hamba-hambaNya. Aku bersangka baik, insyaAllah, dia dan aku akan mendapat yang terbaik. Di situ, noktahlah kebimbangan hati seorang ayah. Seorang abah!

Buat ayahanda tersayang, DAT BIN HUSIN..Terima Kasih ayah…adik sayang ayah..

 

Comments (5) »

CAntik KE aku???

cantik atau tampan

Apa yang ada dikepala anda ketika seseorang menyebut anda ‘cantik’,takpun lawa,comel,ciut(sah untuk perempuan sahaja) manakala “tampan” ,kacak,hensem(semestinya untuk untuk lelakisahaja)?Apa perasaan anda ketika itu??

Senang, suka,gembira, bahagia, berbunga-bunga, mungkin itu yang anda rasakan.

Apalagi kalau kata-kata itu keluar dari seseorang yang memang anda harapkan untuk mengucapkannya.
Fhuhhh… bukan main rasanya!!!!!

‘Cantik’ ( secara fizikal ) menurut kamus diertikan sebagai indah, elok, rupawan, menarik atau manis dan sedap dipandang. Tidak pula dijelaskan secara terperinci yang bagaimana yang sedap dipandang itu, apakah hidung mancung dengan bibir tebal? Atau hidung biasa dengan bibir kecil? Itu semua terpulang pada setiap individu.

seindah hiasan adalah wanita solehah


Cantik itu memang relatif. Definisi kecantikan selalu berubah menurut waktu dan tempat. Sebahagian mengatakan orang yang berkulit putih itu cantik, sementara sebahagian yang lain pula mengatakan yang cantik adalah yang berkulit sawo matang. Sebahagian lagi berpendapat orang cantik itu adalah yang tinggi seperti para model, padahal ada sebahagian yang lain mengatakan bahawa yang comel itu adalah orang yang kecil ‘kiut-miut’. Ada juga orang yang mengatakan bahawa yang bermata sepet itu cantik, dan ada orang yang mengatakan cantik kepada seorang orang yang bermata besar.

Setiap orang mungkin mempunyai definisi masing-masing tentang apa itu cantik dan apa itu tampan, dan takde seorangpun yang boleh kita paksa untuk menerima definisi ‘ cantik ‘ menurut kehendak kita.

Namun jika kita renungkan lebih jauh, tidak selalu pujian itu mengatakan perkara yang sebenarnya. Ianya sangat bergantung kepada orang yang mengucapkan, keadaan ketika kata itu terlontar, ekspresi wajah dan gerak tubuh dari si pemuji, konteks kalimah itu sendiri, kalimah yang mengiringi pujian itu, dan sebagainya.

Boleh jadi seseorang menyebut kita cantik hanya untuk menghibur hati yang sedih, atau ingin mengambil hati untuk sesuatu sebab, atau malah ingin menyindir, atau memang kerana perkara itu adalah suatu kebenaran.

Jangan besar kepala ketika ada seseorang yang menyanjung kita dengan pujian cantik atau tampan..
Jangan pula berkecil hati ketika tidak pernah ada yang memuji kita seperti itu.

Bukankah itu semua adalah ujian. Apakah kecantikan ( atau ketidakcantikan ) itu akan membawa kita lebih dekat kepadaNya, ataukah justeru akan menjadi fitnah besar yang menyeret kaki kita ke jurang kenistaan.

Ketika pujian itu terlontar, ucapkanlah ‘ Alhamdulillah ‘ kerana memang segala pujian itu hanya layak ditujukan kepadaNya, Sang Penyempurna segala kejadian. Lalu, segeralah beristighfar! Kerana pujian itu boleh jadi akan melintaskan rasa sombong ( walaupun mungkin orang lain tidak melihat kesombongan itu ). Segeralah beristighfar!!

Sementara ketika pujian itu tidak juga terlontar, atau justeru terlontar kepada orang selain kita, ucapkanlah juga ‘ Alhamdulillah ‘ Kerana mungkin Allah sedang hendak menguji rasa syukur kita. Rasa syukur atas apa yang ada, juga rasa syukur atas kesempurnaan kejadian kita.

Ingatkan firmanNya;
” Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya ( dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya ). ”
Q.S At-Tiin : 4
Berbahagialah kalian ketika kecantikan itu bukan sekadar menghiasi wajah, tapi terutama hati dan akhlak kita. Kerana kecantikan fizikal pasti akan
berkurang seiring dengan bertambahnya usia. Tetapi kecantikan hati dan akhlak, itulah yang akan bersinar dan terus dikenang oleh orang-orang disekeliling kita.

” Ya Allah, sebagaimana Engkau telah memperindah kejadian ( fizikal ) ku, maka perindah pulalah akhlakku. ”
HR. Ahmad

Wallahua’lam bishshawab.

http://mawardahsuci.blogspot.com/2008/01/cantik-atau-tampan.html

No comment »