buat lelaki yang kusayang…ku fahami hatimu..
Bukan Tidak Tega, Tapi Terlalu Cinta!
www.iLuvislam.com
Ustaz Pahrol Mohamad Juoi*
Editor : kasihsayang
Beratnya untuk melepaskan dia pergi. Selama ini, tangan ini yang membelainya. Selama ini, hati ini yang selalu bimbangkannya. Sejak suara tangisnya yang pertama, sejak ku laungkan azan di telinganya, aku begitu mengasihinya. Ya, dia adalah permata hatiku. Namun, dia bukan selamanya milikku….
Rumah ini, cuma persinggahan dalam perjalanannya menuju kedewasaan. Dan kini sudah hampir masanya kau pamit. Walaupun di hatiku tercalar sedikit rasa pahit, tapi siapalah aku yang boleh menahan perjalanan waktu? Siapakah aku untuk menahan realiti kedewasaan? Maafkan aku wahai anak…. Bukan aku tidak tega, tetapi kerana terlalu cinta!
Hatiku tertanya-tanya, apakah ada insan lain yang boleh menjaganya sepenuh hati. Sejak bertatih, aku melihat jatuh bangunnya tanpa rasa letih. Siapakah yang membalut luka hatinya dalam kembara itu nanti? Aku jauh……bila segalanya bertukar tangan, amanah akan diserahkan. Aku tahu saat itu aku mesti mula melepaskan. Itu satu hakikat.
Cinta seorang ayah bukan bererti mengikat..
|
|
Cinta bukan bereti mengikat… tetapi melepaskan, membebaskan. Kau umpama anak burung yang telah bersayap, telah mampu terbang membelah awan, meninggalkan sarang. Apakah aku terlalu dungu untuk terus membelenggu?
Puteriku… kau terpaksa ku lepaskan…. Apakah si dia mampu menyayanginya seperti aku? Ah, mengapa rasa curiga ini datang bertandang. Bukankah segalanya telah di putuskan sejak dia membisikkan bahawa hatinya telah diserahkan kepada ‘si dia’- lelaki pilihannya? Bukankah segala perbincangan musim lalu telah terungkai dan keputusannya telah dimeterai?
Namun… hati ayah…. Hati abah… pasti ada gundah. Sudah pasrah, tapi diguris goyah. Bolak-balik hati ini wahai anak… terlalu laju untuk dipaku.
Tepatkah plihanmu? Tepatkah keputusanku? Namun siapakah kita yang boleh membaca masa depan? Layakkah kita mengukur kesudahan di batas permulaan?
Sangka baik jadi penawar. Kau anak yang baik, insyaAllah pilihanmu juga baik. Tuhan tidak akan mengecewakanmu. Jodohmu telah ditentukan. Dan ketentuan Allah itu pasti ada kebaikan!
Kekadang, aku diserbu seribu pertanyaan. Apakah aku masih di hatinya setelah dia bersuami nanti? Atau aku hanya akan menjadi tugu kenangan yang dijengah sekali-sekala? Bukan, bukan aku membangkit, jauh sekali mengungkit…upayaku mendidikmu bukan suatu jasa. Itu hanya satu amanah.
Namun, ketika usia menjangkau senja, aku pasti semakin sepi…… aku akan mengulang-ulang kisah lama yang penuh nostalgia. Diulit oleh kenangan indah musim lalu, ketika dia begitu manja di sisi. Aku ingin mendengar lagi suaranya yang dulu-dulu. Mengadu tentang ini dan itu. Bercerita dan berkisah, dengan lidahmu yang petah dan lagak yang penuh keletah.
Pergilah. Aku rela. Allah bersamamu.
Doaku mengiringi setiap langkah di alam rumah tanggamu nanti. Moga si dia akan menjaganya seperti aku menjaga ibunya.umminya. aku akan bersangka baik. Justeru Allah itu menurut sangkaan hamba-hambaNya. Aku bersangka baik, insyaAllah, dia dan aku akan mendapat yang terbaik. Di situ, noktahlah kebimbangan hati seorang ayah. Seorang abah!
Buat ayahanda tersayang, DAT BIN HUSIN..Terima Kasih ayah…adik sayang ayah..
HalwaArraudha said,
November 12, 2008 @ 5:58 pm
Waa…k asma. Sedih. Teringat kat ayah. Semoga ayah-ayah di luar sana sentiasa dalam rahmat dan redha Allah SWT. Buat anak-anak berusahalah menjadi anak yang soleh dan solehah dan janganlah nanti ibu bapa kita disiksa dek kerana dosa yang kita lakukan…Amiin.
asmadat said,
November 12, 2008 @ 6:33 pm
SALAM..
SEDIHKAN..INSYA ALLAH SAMA-SAMA SEMAI DALAM HATI, AYAH INSAN KEDUA PALING PENTING DALAM HIDUP KITA SELEPAS RASULULLAH..WALAUPUN LEPAS KAHWEN, KDUDUKANNYA JATUH KE TNGGA KETIGA, TAPI TETAP TAK TERBALAS JASA DIA…MOGA ALLAH MEMBALAS SEGALA PENGORBANANNTYA…AMEEN…
asmadat said,
November 17, 2008 @ 8:04 pm
SALAM SARA…
WALAUPUN AYAH SARA DAH TAKDER TAPI MESTI IA NAK SARA SLALU HEPY…SARA SELALU2 DOAKAN DIA YER..MOGA DIA TENANG N AMAN KAT SANA…SAMPAI SATU MASA NANTI, KITA PUN AKAN MENUYUSUL JUGAK..CUMA BELUM TAU BILA MASA TU AKAN DATANG…MOGA KITA DALAM REDHA DIA SELALU…RAJIN2, EMEL2 LAH K..
atiqah said,
December 17, 2008 @ 9:05 pm
salam..
weh..hg buat air mata ku mengalir la..sedih plak baca ttg kisah ni..huhu..sayangnye kat mama abah aku..
asmadat said,
December 25, 2008 @ 7:42 pm
alahai cik tiqah..maap ler tpaksa mbuatkan air mata hang mengalir di pp hang yang tmbam tu…sbb aku pn sebak gak baca tulisan ustaz pahrol nih…so, mana leh nangeh sorang2..kna kongsi ngan org lain gak…huhuh