BILA AKU TENGOK….
bila aku tengok
makcik2 yang sapu sampah di tepi2 jalan,
aku nak ucapkan terima kasih…
sebab tanpa kalian, bandaraya nih sure penuh dengan daun-daun kering
bila aku tengok
pakcik2 yang angkut sampah dari rumah ke rumah,
aku nak ucapkan terima kasih…
sbb tanpa kalian, bandaraya yang dibangga-bangga nih akan sarat dengan sampah sarap
bila aku tengok
abang2 yang sibuk memotong rumput di jalanan,
aku nak ucapkan terima kasih
sebab tanpa kalian, lalang-lalang bermaharajalela tumbuh meliar
bila aku tengok
buruh2 yang bekerja siang dan malam, hujan dan panas,
tanpa mengira bahaya dan cedera,
satu kata yang nak aku katakan…terima kasih
kerana tanpa kalian rumah megah di atas kertas rekaan arkitek
takkan bisa jadik kenyataan
bila aku tengok
nelayan2 yang bertarung nyawa di laut bergelora,
tinggal anak, tinggal isteri,
aku nak ucap terima kasih
kerana tanpa kalian takderla ikan, udang, sotong dan makanan laut lain kat pasar borong,
bila aku tengok
petani2 yang menumpahkan peluh di bawah terik mentari,
aku nak ucapkan terima kasih
kerana tanpa kalian,tekderlah sayuran untuk tambah nutrien untuk orang keding cam aku nih,
bila aku tengok
pesawah2 yang berjuang memberikan aku sekampit beras
aku ucapkan terima kasih banyak-banyak
sebab orang macam aku nih reti makan jer tak reti nak cari sendiri….
dan bila aku tengok
barisan hadapan pertahanan negara yang berkhidmat tanpa mengira masa,
sambut hari raya aidilfitri ke, raya haji ker,chinese new year ker, deepavali ker
tanpa keluarga tersayang di sisi
hanya satu kata yang nak kusampaikan…terima kasih
kerana tanpa usaha kalian,
takderlah hidup aman camnih,
terima kasih yer….
ALLAH saja yang mampu membalas semua usaha dan keringat kalian…
TIADA BEZA ANTARA KITA
KERANA KITA SEMUA SALING MEMERLUKAN…
YANG KAYA JANGAN SOMBONG, YANG BERPANGKAT DAN BERGAJI BESAR JANGAN RIAK…
KITA SEMUA SAMA DI SISI DIA…BEZA KITA HANYA TAQWA DAN AMALAN…
-AD-
1056
7 Oktober 2008