Archive for October, 2008

PABILA…

Jika Allah telah memakbulkan doamu,
Dia telah mengukuhkan kepercayaanmu.

Jika Allah menangguhkan doamu,
Dia sedang menguji kesabaranmu.

Jika Allah tidak memakbulkan doamu,
Jangan berputus asa.

Kerana Dia telah merancang
sesuatu yang lebih baik untukmu.

No comment »

aku ingin jadi bunga itu

Bunga - Bunga

Bunga Pertama: Jadilah seperti lebah; hinggap di atas bunga - bunga yang semerbak harum dan ranting - ranting yang ringkih.
Bunga Kedua: Engkau tak punya waktu untuk mengorek aib dan kesalahan orang lain.
Bunga Ketiga: Jika Allah selalu bersamamu, maka siapa yang harus engkau takuti? Sebaliknya, jika Allah menjadi musuh - musuhmu, maka kepada siapa engkau akan berharap?
Bunga Keempat: Api kedengkian akan menggerogoti tubuh, dan terlalu mudah cemburu adalah api yang terus membara.
Bunga Kelima: Jika tidak siap hari ini, belum tentu esok menjadi milikmu.
Bunga Keenam: Mundurlah dengan teratur dari tempat hura - hura dan persengketaan.
Bunga Ketujuh: Jadilah, dengan akhlakmu, lebih cantik dari taman bunga.
Bunga Kedelapan: Banyak - banyaklah berbuat baik, maka engkau akan merasa tersanjung.
Bunga Kesembilan: Biarkan urusan makhluk menjadi urusan Penciptanya, biarkan orang yang mendengki sampai ia mati, dan biarkan yang memusuhi terlupakan.
Bunga Kesepuluh: Kenikmatan yang haram akan membuahkan penyesalan, kehinaan dan azab yang sangat pedih.
~ Menjadi Wanita Paling Bahagia, DR. Aidh al - Qarni ~

No comment »

RINDU AKU PADA ‘AKU’ YANG DULU

SALAM…

HARI NIH BZ..BZ APER NTAH..ALHAMDULILLAH TAK YAH JOIN MEETING..KALO TAK, SURE JENUH AKU NAK ‘GORENG’ DALAM PRESENTATION…HUHU…HATI NIH RASA RINDU SANGAT…RINDU NAK MENULIS BALIK…DAH LAMA RASANYA AKU TAK MENULIS…BUKAN MASA TAK ADA CUMA AKU YANG TAK RETI NAK CARI MASA…

AKU SLALU KAGUM DENGAN PENULIS NOVEL…EMM…NAK MENULIS BUKAN SENANG…PERLUKAN MINAT YANG DALAM…PERLUKAN BAKAT YANG LUAR BIASA…LUAR BIASA DARI CARA PEMIKIRAN…LUAR BIASA DARI RUANG LINGKUP DUNIA KHAYALAN…SEBAB MENULIS PERLUKAN MASA YANG PANJANG DAN KESABARAN YANG TINGGI…ILHAM,IDEA,PEMBACAAN DAN PENGALAMAN ADALAH KRITERIA PALING PENTING DALAM MENCURAH SENI..

CUMA CERITA-CERITA NOVEL ZAMAN SEKARANG TERLALU BANYAK KHAYALAN DAN TERLALU ‘SEMPURNA’… MUNGKIN SEBAB MANUSIA SELALU HARAPKAN KEINDAHAN SAJA DALAM HIDUP…KADANG2 SAMPAI KESEDIHAN KEKURANGAN,KESAKITAN DAN KENYATAAN HIDUP AMAT SUKAR NAK DITAFSIRKAN KE DALAM BENTUK TULISAN NOVEL…PEMBACA JUGAK PERLU MENUKAR PERSEPSI TERHADAP PENYUDAH SESEBUAH NOVEL…PERNAH JUGAK DENGAR SORANG KAWAN CAKAP…TAK NAK LA BACA NOVEL TU, ENDING DIA SEDIH…

EMMM…ITU PENDAPAT INDIVIDU…TAK BOLEH NAK CAKAP APER  LA…DARI SITU PUN DAH DAPAT GAMBARAN YANG MANUSIA NIH SUSAH BETUL NAK TIMA KENYATAAN TERUTAMA SEKALI BILA KENYATAAN TU TAK SEINDAH YANG DIHARAPKAN…TAPI BERBEZA BILA PENULISAN DITULIS DALAM KONSEP KEAGAMAAN…CERITA BERTERASKAN ISLAM, LEBIH TENANG BILA DIBACA…LEBIH BERMOTIVASI BILA DIHAYATI DAN DIDALAMI…ITU BEZANYA CERITA ISLAMIK DAN CERITA KHAYALAN….

TAUTAN HATI CONTOHNYA,…KAYA DENGAN PENGAJARAN DAN PELAJARAN…KEHIDUPAN BERUSRAH, KESULITAN DAN DURI-DURI MEMBENTUK SEBUAH UKHWAH FILLAH, SUKA DUKA MENJAGA HATI…EMM…BILA BACA NOVEL NIH, TERINGAT BALIK ZAMAN DI UNIVERSITI…ZAMAN MERIAH DENGAN USRAH, KAYA DENGAN UKHWAH,SIBUK DENGAN TAZKIRAH DAN CERAMAH, PENUH DENGAN REHLAH DAN ZIARAH…YA ALLAH…RINDUNYA HANYA ALLAH YANG TAHU…

REHAT ITU KELALAIAN BAGI PARA DAI’E…EMM..RASANYA AKU DAH TERLALU BANYAK BEREHAT….MUNGKIN DAH TERLALU LAMA LALAI…EMMM…AKU RINDUKAN AKU YANG DULU…

Comments (3) »

BILA KU IMBAS…

SALAM…

HARI NIH KERJA BERTIMBUN TAPI SEMPAT JUGAK LA TULIS BLOG,,HEHE..DONT STRESS URSELF,LET EVERYTHING GOING SMOOTHLY AND BE CALM…DUNIA PEKERJAAN TAK SAMA MACAM TIME BELAJAR DULU..ADA JER BENDA BARU YANG AKU BELAJAR…BELAJAR BETAPA PENTINGNYA POLITIK DALAM PERNIAGAAN..SEDANGKAN AKU PALING TAK GEMAR BILA BERBICARA TENTANG POLITIK NEGARA..BELAJAR UNTUK MENDALAMI OTAK ORANG BIZNES SEDANGKAN DULUNYA AKU PALING TAK SUKA PERKARA BERKAITAN DENGAN BIZNES…

KAT SINI AKU BELAJAR BETAPA PENTINGNYA SUASANA YANG SELESA KEPADA SEORANG PEKERJA…KALAU HATI TAK HAPPY, MUSTAHIL KERJA DAPAT DISIAPKAN DENGAN CEPAT…LAGI MUSTAHIL UNTUK DAPAT REZEKI YANG BERKAT JIKA HATI NIH TAK BENAR-BENAR IKHLAS…JOB SATISFACTION BAK KATA DR AZMAN LECTURER Human Resource Management KEGEMARAN AKU TU…bila imbas nama Dr Azman, terbayang orangnya yang cool n baik hati…disebabkan ponteng kelas dia ler beg duit aku hilang…insaf aku….lepas tu tak ponteng dah…maaf yer Dr Azman…

BEKERJA PERLUKAN BANYAK KESABARAN…SABAR DENGAN ORANG ATASAN..SABAR DENGAN KAWAN SEKERJA N SABAR DENGAN DIRI SENDIRI…SABAR…SATU PERKATAAN YANG SEDAP DIDENGAR N MACAM SENANG NAK BUAT TAPI BILA KENA DEAL DENGAN HATI SENDIRI MMG SUSAH…

BILA KU IMBAS masa belajar dulu, rasa macam nak balik ke dunia seorang pelajar…cuma risau dengan exam je la…tak yah fikir sewa rumah, tak yah fikir bil air bil elektrik, takyah fikir transport, semuanya dah sedia…TAPI BILA DAH SAMPAI KE TAHAP NIH…MACAM2 NAK KENA FIKIR…NAK BAYAR SEWA UMAH, FIKIR NAK BELI KETA,FIKIR NAK SIMPAN DUIT, FIKIR NAK BAYAR BIL TU BIL NI…FIKIR NAK BAYAR UTANG PTPTN TU…NAK BAGI KAT MAK AYAH TU TAKDE LA NAK FIKIR SANGAT SBB MMG KEWAJIPAN SBG ANAK PUN..TAPI NI LER KENYATAAN HIDUP…GAJI KECIK PUN TAK CUKUP, GAJI BESAR PUN TAK CUKUP…TAKKAN PERNAH CUKUP..SBB BILA MAKIN BESAR GAJI, MAKIN TINGGI PANGKAT, MAKIN BESARLAH KEINGINAN… EMM… MANUSIA2…

HARI TU ADA BUAT REUNION DENGAN KAWAN2 SEKOLAH SAINS..ADA YANG BERUBAH, ADA YANG STILL SAMA…BILA KU IMBAS zaman persekolahan, bermula dari sekolah harian biasa sampai lah ke sekolah berasrama penuh mmg banyak perbezaannya…hidup di asrama, kawan2 bagai adik beradik, warden bagaikan mak ayah…ermmm…bila sebut pasal warden, teringat pulak time ada spotcek time nak dekat SPM…aku nih sebagai orang yang skema dan terlalu mematuhi peraturan mmg tak pernah ponteng prep malam…heheh…satu hari tu ramai budak2 dorm tak nak g prep malam, dalam hati nih teringin gak nak join tapi rasa macam tak sedap hati jer…so, aku pun g lah prep malam sorang2…tanpa disangka rupe2nyer malam tu ada spotcek..warden siap bawak rotan lagik..mmg malanglah..semua yg tak g prep kna rotan..memandangkan dorm aku bawah sekali so, diorang tak sempat nak melarikan diri…ish3…berbalar tangan kawan2 aku tu…dengar citer, budak2 kat tingkat atas sempat la melarikan diri dengan menyorokkan diri kat bahagian tangki air…fuh…hebat tu…panjat tangki air untuk selamatkan diri…hehe..cayalah…

TAPI TU SEMUA KENANGAN LAMA…DAH DITINGGALKAN HAMPIR 6 TAHUN YANG LALU..SEKARANG SMUA DAH ADA KERJAYA MASING2..ADA JUGAK YANG STILL BELAJAR SEBB SAMBUNG MASTER…ADA YANG DAH KAHWEN…TAPI RAMAI LAGIK YANG SINGLE BUT NOT AVAIABLE…HUHU…MMG HEPPY DAPAT JUMPA U ALL..MOGA ADA KESEMPATAN LAGIK UNTUK KITA BERTEMU…AMEEN…

get back to work…

 

wassalam…

No comment »

BILA AKU TENGOK….

bila aku tengok

makcik2 yang  sapu sampah di tepi2 jalan,

aku nak ucapkan terima kasih…

sebab tanpa kalian, bandaraya nih sure penuh dengan daun-daun kering

bila aku tengok

pakcik2 yang angkut sampah dari rumah ke rumah,

aku nak ucapkan terima kasih…

sbb tanpa kalian, bandaraya yang dibangga-bangga nih akan sarat dengan sampah sarap

bila aku tengok

abang2 yang sibuk memotong rumput di jalanan,

aku nak ucapkan terima kasih

sebab tanpa kalian, lalang-lalang bermaharajalela tumbuh meliar

bila aku tengok

buruh2 yang bekerja siang dan malam, hujan dan panas,

tanpa mengira bahaya dan cedera,

satu kata yang nak aku katakan…terima kasih

kerana tanpa kalian rumah megah di atas kertas rekaan arkitek

takkan bisa jadik kenyataan

bila aku tengok

nelayan2 yang bertarung nyawa di laut bergelora,

tinggal anak, tinggal isteri,

aku nak ucap terima kasih

kerana tanpa kalian takderla ikan, udang, sotong dan makanan laut lain kat pasar borong,

bila aku tengok

petani2 yang menumpahkan peluh di bawah terik mentari,

aku nak ucapkan terima kasih

kerana tanpa kalian,tekderlah sayuran untuk tambah nutrien untuk orang keding cam aku nih,

bila aku tengok

pesawah2 yang berjuang memberikan aku sekampit beras

aku ucapkan terima kasih banyak-banyak

sebab orang macam aku nih reti makan jer tak reti nak cari sendiri….

dan bila aku tengok

barisan hadapan pertahanan negara yang berkhidmat tanpa mengira masa,

sambut hari raya aidilfitri ke, raya haji ker,chinese new year ker, deepavali ker

tanpa keluarga tersayang di sisi

hanya satu kata yang nak kusampaikan…terima kasih

kerana tanpa usaha kalian,

takderlah hidup aman camnih,

terima kasih yer….

ALLAH saja yang mampu membalas semua usaha dan keringat kalian…

TIADA BEZA ANTARA KITA

KERANA KITA SEMUA SALING MEMERLUKAN…

YANG KAYA JANGAN SOMBONG, YANG BERPANGKAT DAN BERGAJI BESAR JANGAN RIAK…

KITA SEMUA SAMA DI SISI DIA…BEZA KITA HANYA TAQWA DAN AMALAN…

-AD-

1056

7 Oktober 2008

No comment »

tANGGUNG JAWAB sebelum BERUMAHTANGGA…

tANGGUNG JAWAB sebelum BERUMAHTANGGA…

airmien.wordpress.com

Untuk menolong kita di dalam usaha-usaha membina rumah tangga yg Islami, Islam telah memberikan petunjuk kepada kita. Diantaranya adalah:

SATU: Pernikahan kita haruslah kerana Allah.

Iaitu bertujuan utk:
-membina sebuah rumah tangga yg Islami-melahirkan keturunan yg soleh-membina keluarga yg sanggup memikul amanah dan dapat melaksanakan kewujudan hidayah Allah sehingga hidayah tersebut akan terus berlanjutan.

DUA: Pernikahan ditujukan untuk menjaga pandangan & kehormatan kita sehingga kita betul-betul bertakwa kepada Allah.

Rasulullah SAW telah bersabda:
“Allah berhak menolong tiga golongan: orang yg berjihad di jalan Allah,hamba mukatab yg ingin membayar harga tebusannya, dan orang yg menikah dgn tujuan utk memelihara kehormatan dirinya.” (HR Tirmidhi, Ibn Hibban, dan Al-Hakim).

Sabda Rasulullah SAW yg lain:

“Barang siapa yg menikah bererti dia telah menyempurnakan sebahagian agamanya, maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah yg merupakan sebahagian lainnya lagi.” (HR al-Baihaqi)

TIGA: Kita haruslah bijak dalam memilih pasangan hidup yg akan menjadi teman hidup kita yg diharapkan dapat seiring dan sejalan. Ini memerlukan usaha yg sungguh-sungguh.

Rasulullah SAW telah bersabda:
“Pilihlah (yg terbaik) utk keturunanmu karena (kegagalan dari) satu generasi akan menuju kepada krisis.” (HR Ibnu Majah dan Abu Mansur)

EMPAT: Kita hendaklah memilih pasangan hidup yg memiliki akhlak yg baik & berpegang teguh kepada agama, jadi kekayaan dan wajah bukanlah ukuran utama.

Sabda Rasulullah SAW:
“Janganlah kamu menikahi wanita kerana kecantikannya; boleh jadi kecantikannya itu akan membuat mereka hina. Janganlah kamu menikahi wanita kerana hartanya; boleh jadi hartanya itu akan membuat mereka zalim. Tapi nikahilah mereka kerana agamanya. Wanita hamba sahaya yg tuli namun beragama adalah lebih baik.” (HR Ibnu Majah)

LIMA:

Seperti yg disabdakan oleh Rasulullah s.a.w:
“Siapa yg menikahi wanita kerana ketinggian kedudukannya, pernikahan itu tidak akan membawa sesuatu kepadanya kecuali kehinaan. Barangsiapa menikahi wanita kerana hartanya maka itu tidak akan menambah sesuatu kepdanya kecuali kemiskinan. Barangsiapa yg menikahi wanita kerana keturunannya, perkawinan itu tdk akan menambah sesuatu kepadanya kecuali hina dina. Dan barang siapa yg menikahi wanita dg tujuan agar dapat menahan pandangannya, memelihara kehormatannya atau menghubungkan silaturahim, Allah akan memberikan berkah kepadanya bersama wanita itu dan memberikan berkah kepada wanita itu bersamanya.” (HR Abu Nuaim)

No comment »

emm….

salam…

esok dah nak balik KL…waaaaaaaa…sedihnyer…cepatnyer dah seminggu cuti….dari semalam lagik mak aku demam…emm..seharian aku kat dapur hari nih..baru aku tau btapa penatnyer keje suri rumah..keje pejabat lagik senang..huhu

aku nih jarang masuk dapur…al maklumler mak aku suri rumah tangga yang amat mithali…dulu time sekolah rendah n menengah mak aku tak bagik masuk dapur..takut terganggu pelajaran…tingkatan 4 aku masuk sekolah asrama penuh…then masuk matrikulasi…pastu masuk lak universiti sampai 4 tahun kat sarawak…raya pun tak balik…so, bila masa ler aku masuk dapur..huhu…nak masuk boleh tapi nak wat keje mmg susah sikit sbb mak aku akan observe jer…heheh…

mak aku nih perfectionist sungguh…even kitorang adik beradik nampak semua dah ok tapi pada mak aku ada jer yang tak kena…jag salah letak ler, pinggan tak letak betul2 la, susun salah ler, basuh pinggan tu sabun tak cukup banyak la, pinggan berqertang la…(hangpa paham tak beqertang tu aper???bekertang tu lebih kurang macam ada bintik2 air yang dah kering kat pinggan…so kna lap la before air tu kering btoi2)…banyak lagik ler…sampai ada sedara yang datang rumah cakap, nak tido pun boleh dalam bilik air tu…emmm…

tapi hari nih mak aku betul2 tak larat nak bangun,disebabkan aku jer yang ada so, terpaksa ler aku yang disuruhnyer…huhu..aku dah cuba dah buat semuanya btoi2 tapi time dia ok sikit dia mai observe, ada la pulak yang salahnyer…kedudukan jag salah…mulut jag tu kena menghala le dinding…jangan hala ke depan…adehhh…tak perasan la pulak..

pastu mak g cek bilik air lak..upzzz…aku lupa nak berus balik celah2 marmar tu pas bas basuh baju guna mesin tadik…kna bebel la lagik…sabo je ler…aku nengok dah cantik dah lantai tu…tapi mata mak aku tu lagi terang benderang…aku kot yang rabun…hihihhiihi….sorry mak…

emmm…aku anugerahkan mak aku gelaran ibu n isteri  mithali…mana taknyer…sampai minuman pun kadang2 mak anto untuk ayah dalam bilik tidur…bertuah btoi ayah aku tu…hope kitorang adik beradik pun mewarisi ler sifat isteri n ibu mithali tu nanti…tapi buat masa sekarang, takder sorang pun adik beradik aku yang perfectionist camtu…huhuhu…

get back to work…

SAYANG MAK!!!!!!!!!!!

No comment »

perjalanan menuju ikatan yang HALAL

PERTUNANGAN MENGIKUT SYARIAT ISLAM

(Source: www.yadim.com.my)

Sebelum seseorang lelaki ingin menghantar pinangan, utuskanlah wakil untuk meninjau latar belakang peribadi wanita pilihannya itu. Begitu juga sebaliknya bagi pihak keluarga wanita dalam membuat keputusan untuk menerima bakal menantunya.

Hendaklah diselidiki dahulu diri lelaki yang hendak meminang itu tentang agamanya, fahamannya dan soal-soal hubungan dengan Allah sebagai pokok utama.

Pertama; adakah fardu ain si lelaki ´benar-benar beres´ kerana suamilah tunjang yang bakal untuk mengajar anak-anak dan isteri apabila telah mendirikan rumahtangga kelak. Memerhatikan pelaksanaan ibadah lelaki yang meminang itu seperti sembahyang secara individu dan secara berjemaah, juga mengenal pasti pekerjaan lelaki berkenaan.

Orang sekarang tidak lagi memandang soal-soal hubungan dengan Allah sebagai pokok utama sejahteranya sesebuah rumah tangga. Setiap kali berlangsungnya majlis merisik, perkara utama yang akan ditanya ialah hal-hal kemewahan keduniaan saja sebagai syarat yang akan mensejahterakan dan mengukuhkan rumah tangga.

Tidak hairanlah apabila selepas berkahwin, kehidupan anak-anak dan isteri terbiar tanpa bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya. Akhirnya, anak-anak tidak taat kepada ibu bapa dan isteri menjadi ´Queen Control´ kepada suami. Akhirnya, suami hilang hemahnya di dalam mentadbir rumah tangga menurut hukum Islam.

Ibu bapa tidak boleh menolak pinangan seseorang lelaki itu semata-mata kerana darjat yang rendah. Sebaliknya, mestilah menolak pinangan seseorang lelaki itu apabila diketahui bahawa lelaki berkenaan berakhlak buruk seperti tidak sembahyang atau suka berfoya-foya, berjudi sekalipun dia berpangkat dan mempunyai harta.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya:

“Sesiapa yang mengahwinkan akan perempuannya dengan lelaki yang fasik maka sebenarnya dia telah memutuskan silaturrahim dengan anaknya.”

Rasulullah s.a.w bersabda lagi yang bermaksud:

“Jika datang kepada kamu pinangan daripada seseorang lelaki yang kamu reda terhadapnya, agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima. Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka bumi.”

Setelah membuat perbincangan, wali wanita ada hak menentukan sama ada mahu menerimanya ataupun tidak, cuma secara beradabnya eloklah ditanya kepada empunya diri terlebih dahulu.

Mana-mana wanita yang tidak pandai membuat keputusan, eloklah memberi keputusan kepada walinya dalam membuat keputusan sebab pilihan walinya tentu tepat kerana seseorang bapa tidak akan sanggup menzalimi anaknya. Wali yang baik akan memilih lelaki yang beragama dan berakhlak mulia.

Bagaimanapun, jika si anak itu mempunyai pilihan sendiri yang agak lebih baik agamanya daripada pilihan bapanya itu, bapa hendaklah menghormati hasrat anaknya itu.

Untuk mendapat keberkatan Allah, dari awal majlis peminangan lagi kita mesti menjaga adab. Keberkatan Allah ini tidak dapat hendak kita gambarkan kerana hatilah yang akan terasa ketenangan itu. Kesannya bukan seminggu dua, namun sampai ke hari tua.

Contohnya, orang pada zaman ´salafusaleh´, rumah tangga mereka berkat kerana dari awal peminangan lagi majlisnya sudah dijaga.

Namun, kalau dalam majlis peminangan itu, awal-awal lagi kita tidak dapat menjaga syariat dan adab menurut Islam, sampai akhir hayat pun mungkin rumah tangga itu nampak ´tidak cantik´, tidak bahagia. Ada saja kusut masainya. Hati pun kadang-kadang tidak tenang untuk tinggal di rumah dan inilah yang banyak berlaku pada hari ini.

Sebab itulah amat penting dijaga suasana majlis ini. Biarlah bersusah-susah sedikit asalkan syariat Allah dapat kita jaga dengan baik.

Seperkara lagi, jangan dibebani rombongan peminangan dengan berbagai-bagai hantaran yang mahal-mahal. Contohnya, pakaian, makanan, buah-buahan, alat solek, beg tangan, kasut, cincin bertunang, cincin nikah dan cincin hadiah. Memadai dengan sebentuk cincin saja.

Malah Islam tidak pernah menyusahkan penganutnya dengan cara demikian. Apabila hantaran terlalu tinggi, hilang keberkatan rumah tangga.

Harus diingat, yang paling layak dalam menentukan mas kahwin, juga wang hantaran ini ialah diri wanita itu sendiri, kerana mas kahwin itu memang haknya. Walau bagaimanapun, sekarang ini semua negeri sudah menetapkan berapa mas kahwin untuk wanita tersebut apabila berkahwin, boleh kita terima, tetapi sekiranya wanita tersebut hendak menetapkan berapa mas kahwinnya, kita perlu hormati.

Begitulah kehendak syariat. Sebab itulah dalam soal ini, Rasulullah s.a.w memaklumkan kepada umat Islam bahawa mas kahwin yang paling baik ialah yang terendah. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Bermula yang terbaik perempuan itu iaitu yang terlebih murah mas kahwinnya.”

Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud:

“Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang paling sedikit mas kahwinnya.”

Bersabda baginda lagi yang bermaksud:

“Setengah daripada berkat permpuan itu iaitu segera dipersuamikan dan segera rahimnya itu kepada beranak dan murah mas kahwinnya.”

Kita patut mengetahui setengah daripada mas kahwin isteri Rasulullah s.a.w itu hanya sepuluh dirham saja; sama nilainya dengan harga batu pengisar tepung atau sebiji tempayan atau sebiji bantal di rumah baginda.

Sesetengah daripada para sahabat berkahwin dengan mas kahwin hanya seberat sebiji buah kurma (lebih kurang lima dirham).

Manakala Said Ibnu Musayyab mengahwinkan anak perempuannya dengan Abu Hurairah berbekalkan mas kahwin sebanyak dua dirham sahaja.

Saidina Umar sangat melarang jika ada wali-wali perempuan yang menaikkan mas kahwin anak gadis mereka. Katanya:

“Tiada berkahwin Rasulullah dan tiada mengahwinkan ia anaknya yang perempuan dengan isi kahwin yang lebih daripada empat ratus dirham.”

Mas kahwin bukanlah semestinya hanya dengan wang atau emas permata, ayat-ayat al-Quran juga boleh dijadikan mas kahwin. Contohnya, ayat dalam surah Al-Fatihah atau Al-Ikhlas, tidak kiralah seberapa banyak yang dikehendaki.

Bagaimanapun, apa yang dinamakan sebagai hantaran tidak wujud dalam Islam. Hantaran itu merupakan adat yang sepatutnya sudah lama ditinggalkan. Ini adalah kerana hantaran itu sebenarnya akan digunakan oleh pihak keluarga wanita untuk persiapan majlis perkahwinan.

Jika begitu halnya, hantaran tidak patutlah diminta kepada bakal menantunya. Kecuali bakal menantu hendak memberi hantaran, boleh kita terima, inilah cantiknya ajaran Islam dan ada hikmahnya.

Pada hari pertunangan, hendaklah ia menggalakkan tunangnya agar memperkuatkan agamanya dan bersikap zuhud (bukan buang dunia, tetapi hati tidak terpaut kepada dunia). Hendaklah bersama-sama berazam di atas satu dasar hidup iaitu qanaah, memadai dengan apa yang telah ada tanpa rasa tamak.

Setelah bertunang, janganlah mengenakan sesuatu tempuh yang agak lama jaraknya dengan penikahan. Sebaik-baiknya dilaksanakan pernikahan itu secepat mungkin agar terhindar dari berbagai fitnah manusia.

Elakkan pertemuan yang sia-sia semasa dalam pertunangan. Islam tidak memberikan kebebasan bergaul selepas meminang kerana menjaga maruah wanita dan lelaki itu sendiri. Pertunangan yang diikat bukanlah sebagai tiket yang membolehkan seseorang lelaki itu untuk bergaul atau berdua-duaan dengan bakal isterinya.

Lelaki hanya diberi peluang melihat dan meneliti wanita itu dalam ruang yang ´aman´ daripada fitnah sosial dan kerosakan maruah. Walau bagaimanapun, pertemuan dengan tunang diharuskan sekiranya mengikut syariat.

Lelaki hanya dibolehkan melihat pada muka dan kedua-dua pergelangan tangannya sahaja dan tidak melihat bahagian aurat tunang.

Perbualan hanya sekadar menanya khabar, memberi maklumat, menerima maklumat dan memberi nasihat.
Perbualan yang tidak berfaedah memadu kasih, berjanji mesra, bercinta asmara dan sebagainya sangat dilarang atau haram hukumnya.

Pergaulan yang melibatkan tunang sama ada waktu melihat atau berbual hendaklah bersama muhrimnya. Dilarang melihat tunang secara bersendiri. Rasulullah s.a.w telah mengingatkan kita menerusi sabda baginda yang bermaksud:

“Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka jangnlah sekali-kali menyendiri dengan seorang perempuan yang tidak disertai oleh mahramnya, sebab nanti yang jadi orang ketiganya adalah syaitan.”

Rasulullah s.a.w bersabda lagi yang bermaksud:

“Tidak boleh sekali-kali seorang lelaki menyendiri dengan perempuan yang tidak halal baginya, kerana orang ketiganya nanti adalah syaitan, kecuali kalau ada mahramnya.

No comment »

ALHAMDULILLAH…

SALAM…

HARI NIH DAH MASUK RAYA KETIGA..CEPAT BTUL MASA BERLALU…DAH JUMAAT..HARI AHAD NIH DAH BALIK KL…MENERUSKAN MANA YANG TERTANGGUH…

ALHAMDULILLAH BALIK KALI NIH SELESAI SATU PERKARA… SEMALAM SEGALANYA TELAH DITETAPKAN…EMMM…PERANCANGAN SETERUSNYA ADALAH PADA 14 DISEMBER NIH…INSYA ALLAH ANDAI UMUR KAMI PANJANG,DIRESTUI-NYA MAKA TERLAKSANALAH APA YANG DIRANCANG…

TAPI SEPANJANG 2BULAN MNDATANG NIH MACAM2 BOLEH BERLAKU. AJAL, MAUT, REZEKI,JODOH,PERTEMUAN DAN PERPISAHAN ADALAH KETETAPAN DI SISI DIA…MANUSIA HANYA MAMPU MERANCANG, NAMUN SEGALANYA TERLETAK PADA KETENTUAN DIA…MOHON PERANCANGAN NIH SEIRINGAN DENGAN PERANCANGAN ALLAH YANG MAHA ESA…

AMEEN…

No comment »