Archive for September, 2008

SALAM LEBARAN…

pejam celik…pejam celik dah nak beraya tapi hati nih rasa tak best..sbulan pose nih rasa tak sama macam time pose kat U n kat rumah kat perlis…banyak kurangnyer…mood beraya pun takder….maybe sbb puasa nih tak banyak amalan kot…balik keje pnat sangat..pas settle berbuka, makan, solat maghrib…tunggu isyak’ then pengsan terus…traweh pun terbabas..solat malam apatah lagik….emmm…

tapi esok dah nak balik perlis..tak sbar rasenyer…

No comment »

SUAMI NAK PASANG LAIN??FIKIR DULU!!

Sebab wanita lebih cepat nampak tua

Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik,
nampak tua, gemuk.. Tapi tahukan anda semua wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya
isteri & ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda?

1. Tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar2 hancur, itu akan
membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. tetapi kasihan kaum ibu ni, terpaksa
makan laju2, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami..
layan jer sambung makan, buat2 xdengar anaknya menangis. So, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan
x sempat nak hadam betul2.

2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir.
Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya…
takut membazir. Membazir tukan amalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya mengatakan “kau ni kuat
betul makan!”

3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tido mati terus.kalau yang dengar pun buat2
tido lena sbb malas nak bangun, malas nak ganggu tido nya.wanita lah yang dalam semalam, berapa puluh
kali terpaksa bangun membuat susu utk anak. Bila x cukup tido, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak
tua. Kedut2 pun mula wujud. Masa tu guna Total Effect ker, aper ker… xkan nak hilangnya. Petua utk cantik
kan ada dua yang penting, minum air banyak & TIDUR SECUKUPNYA.

4. Dan bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja utk membantu menambah pendapatan keluarga, bila
balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak2, perangai bapaknya… nak itu, nak
ini.. So, wanita pun membebel, marah2… dan bila marah2, banyak leter, so cepatlah jadi tua..

Kesimpulannya. ..wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI..
Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada, dan anda
perlu memikul tanggungjawab dia sementara, anda mungkin tidak mampu melakukan seperti dia..

No comment »

hari nih punyer citer

salam…

emmm…bangun-bangun pagi tadik rasa sayu jer…sedih…tak best..pendek kata hari nih takder mood…uhukss…mimpi aper pun tak tau ler pas sahur tadik tapi yang pasti, hati nih rasa tak seronok…adehhhh…tak bestnyer…nak wat camner nih…tak best! tak best! tak best! tapi yang paling tak best sbb tak tau naper wujud perasaan tak best nih…

emmm…maybe salah satunyer sbb stiap hari kna ngadap benda yang sama, do the same thing everyday and da whole day…bosannnnnyerrrr…paling tak seronok,jalan asyik sesak jer..kepala aku lak cepat pening kalo nek keta lama2 nih…emm…nak balik perlis…aman dan damai…takder jem..hidup pun tenang jer…hehheeh…tapi dah rezeki kat sini, ALhamdulillah..hope satu hari or tak lama lagik aku dapat balik perlis..kalo tak perlis pun, area utara pun okeh dah…maklumlah, budak kampung….huhu…

sesak sangat jalan kat KL nih, pencemaran lagik…nak balik sampai rumah pun lembab sangat…

persoalannya naper hari nih aku rasa tak best….fuh…sedih…

YA ALLAH IZINKAN AKU MENDEKAT…AKU LELAH PABILA MENJAUH DARIMU….RAHMATI AKU..AMEEN….

No comment »

YA ALLAH..KAU LEBIH TAHU

…dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedangkan ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang is melarat kepadamu. Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui”-surah Al-Baqarah ayat 216

No comment »

WANITA SUCI

Wanita Suci…
Untukmu izinkan, kugoreskan pena, merangkai kata demi kata khusus untuk dirimu. Mungkin aku memang tak romantis, tapi apa peduliku, kau tak mengenalku dan memang tak perlu mengenalku. Tapi… tahukah engkau? Dalam setiap jarak yang tercipta, ada letup kerinduan yang membuncah. Kerinduan akan sentuhan cinta yang kian menipis dalam kehidupan hari ini. Kerinduan akan Mar’atus shalihat ‘perhiasan terindah’ di tengah semakin rendahnya harga diri dan kemuliaan kaum yang menjadi tiang negara.

Wanita Suci…
Kau terindah di antara bunga yang pernah aku temui. Kau teranggun di antara dewi yang pernah aku jumpai. Begitu indah kau tercipta sebagai hawa. Begitu anggun kau terlahir bagi adam. Tapi… bagiku kau bukanlah sekadar bunga, tak layak aku samakanmu dengan bunga–bunga yang terindah dan terharum sekalipun.. Tak ada satu perumpamaan pun untuk melukiskan keindahan diri sanubarimu.

Wanita Suci…
Tahukah engkau? Dalam setiap lirikan yang tertatap, ada binarnya yang membekas dan menggoreskan keinginan. Kerananya, jangan pernah kau biarkan aku menatapmu penuh, sebab itu akan membuatku selalu mengingatimu. Bererti memenuhi otakku dengan inginkanmu meski hanya bayang. Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap dinding anganku. Menjadikanku berhasrat sepenuh hati, sepenuh jiwa, sesemangat mentari. Kasihan bayangmu jika harus hadir dalam khayalku yang masih penuh dengan lumpur, dirimu terlalu suci, terlalu mulia.

Wanita Suci…
Dalam setiap senyummu yang terkembang, ada jejaknya yang senantiasa melintas di fikiran. Maka, jangan pernah kau tatapku penuh, bahkan kau tak perlu lirikkan matamu untuk melihatku. Bukan kerana aku bertopeng macho seperti Zorro, atau memiliki tubuh seperti Rambo. Juga bukan kerana aku terlalu indah, sama sekali bukan. Tapi kerana aku seorang manipulator. Aku biasa memakaikan topeng keindahan pada wajah burukku, mengenakan pakaian sutera emas, meski diriku lebih kotor dari kubangan lumpur. Kau memang mulia, tapi masih sangat mungkin kau termanipulasi kerana kau hanya manusia, hanya wanita biasa, meskipun kau wanita suci.

Wanita Suci…
Serapuh kelopak sang mawar yang disapa badai, seperti itulah saat aku sendiri terpenjara sepi. Ketika semua telah pergi tiada peduli dengan diri ini. Saat kunikmati hari-hari sepi tiada erti, mencari erti cinta. Saat langkahku semakin lelah kerana duniaku telah mendustakan dan menistakan erti kasih sayang. Akhirnya aku menemukanmu saat ku bergelut dengan waktu. Kau hadir atas nama cinta, membawa berjuta cinta dari Sang Maha Pencinta. Dalam tiap kalimat yang terucap, ada baitnya yang menghujan dan tertanam di hati. Saat kudengar tutur kata yang terucap, ada damai yang kurasakan. Bening sinar wajahmu menyentuh kalbuku, hilangkan semua pedih dan bimbangku. Engkaulah yang tetap bersamaku saat ku ragu dan bimbang berfikir bisakah kembali. Kau yang selalu tenangkan badai agar tetap tegar ku berjalan. Ku cinta caramu mencintai aku, kau buka pintu hatiku. Aku tuliskan rangkaian kata sederhana ini untuk dirimu yang selalu bijaksana.

Wanita Suci…
Aku tahu aku takkan bisa menjadi seperti yang engkau minta. Namun selama aku masih bernyawa aku akan selalu mencuba untuk jadi seperti yang kau minta. Kau telah menjadi terang dalam gelapku saat ku tersesat dan kau pun juga menyelamatkan seluruh hidupku. Maka izinkan aku, selama aku masih hidup di dunia akan kujaga dirimu selayaknya sang putri raja walau ku tahu kau tak suka kerana kau bisa jaga dirimu sendiri. Kerana itu aku bangga bisa menjadi kenangan, bisa mengenalmu, bisa mencintaimu meskipun ku tahu dirimu bukan untukku. Menyentuhmu merupakan ingin diri, bertudung selalu, meski ujung penutupmu pun aku tak pernah berani sentuh. Jangan pernah kalah dengan ribuan mimpiku tentangmu dan inginku kerana sucimu, Kuatkan diri indahmu untuk kau pertaruhkan. Mungkin kau tak peduli, tapi kau akan jadi wanita biasa, tak lebih, di hadapanku jika kau kalah dalam pertaruangan nafsumu.

Wanita Suci…
Beri sepenuh diri pada dirinya, sang lelaki suci yang dengan sepenuh hati bawa dirimu pada Sang Maha Pencinta. Untuknya dirimu ada, terukir dalam kitab suci, tak perlu difikir lagi. Tunggulah sang lelaki suci datang menjemputmu dalam rangkaian khitbah dan akad. Atau kejar sang lelaki suci, itu adalah hakmu, seperti dicontohkan ibunda Khadijah. Jangan ada ragu, jangan ada malu, semua terukir dalam kitab suci. Bariskan harapmu pada istikharah sepenuh hati sedalam erti ikhlas. Relakan Allah pilihkan lelaki suci bagimu, mungkin sekarang atau nanti bahkan mungkin tak ada sampai kau mati. Mungkin itu bererti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di alam permainan saat ini. Mungkin dirimu disiapkan untuk menjadi ‘Ainul Mardiyah bidadari penghuni syurga bagi lelaki pilihan-Nya. Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu yang kau bangun dengan kekhusyukan ibadah.

Wanita Suci…
Pilihan Allah tak selalu seindah inginmu, tapi itulah pilihan-Nya. Tak ada yang lebih baik dari pilihan Allah, kerana Dia Yang Maha Mengetahui.Mungkin kebaikan itu bukan terletak pada lelaki terpilih itu, melainkan pada jalan yang telah kau pilih. Seperti kisah seorang wanita suci di masa lalu yang meminta ke-Islam-an sebagai mahar pernikahannya. Atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu menerima keputusan Sang Kekasih tertinggi. Kekasih tempat kita (seharusnya) memberi semua cinta dan menerima yang tak terhingga dalam tiap detik hidup kita.

Wanita Suci…
Engkaulah madrasah pendidik generasi, tempat bersemai mujahid-mujahid pengganti peluh serta darah yang telah tertumpah di hamparan bumi Islam tercinta ini. Dirimu adalah penenteram jiwa yang gundah di kala ujian dan goda datang menimpa. Kaulah peneguh hati nan dilanda sunyi, senyummu penyejuk sanubari.

“Untuk-mu Ukhtii pendamba Predikat Wanita Suci sejati”

No comment »

wanita solehah

Wanita Solehah Penghibur Hati
www.iLuvislam.com
by: phatim

WANITA SOLEHAH….
SENANTIASA TENANG JIWANYA
LANTARAN ITU SENTIASA MEMBESARKAN TUHAN DI DALAM SOLAT
DAN SUNNAH RASULULLAH JADI JALAN KEHIDUPANNYA
MENJADI AKHBAR DAN HIBURAN
JANJI-JANJI ALLAH JAMINAN KETENANGAN BUATNYA
SUMBER JIWANYA BEROLEH KEKUATAN
AGAR SABAR MENENTANG MUSIBAH

BERTEGUH MENJUNJUNG HUKUM HAKAM ALLAH

INILAH WANITA SOLEHAH
TIDAK MEMBIARKAN DIRI
MENJADI BUSAR PANAHAN SYAITAN
DIPERALATKAN UNTUK MENGUMPAN KAUM ADAM
MEMANDANGNYA….
MENYEJUKKAN MATA…..

DIRINYA TENTERAM
MEMBIARKAN HIBURAN
KIRANYA IA SEORANG ISTERI
KEPERIBADIAN MENGHIBUR SUAMI

SENTIASA MENGUNTUM SENYUM DI HaDAPAN SUAMI
SANGGUP HIDUP BERDUA MATI BERSAMA
LANTARAN MENGHARAPKAN KEREDHAAN ALLAH SEMATA-MATA
MEMADAI DENGAN APA YANG ADA
TIDAK PERNAH MENUNTUT APA YANG TIADA
MENJADI TULANG BELAKANG PERJUANGAN SUAMI
HINGGA SUAMI MERASAKAN RUMAH ITU SYURGA
MENJADI KEKUATAN JIWA
UNTUK MENEGAKKAN JIHADNYA

NATIJAHNYA,
LAHIRLAH JIWA SAKINAH
BERNAFSUKAN MUTMAI’NAH.

‘SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH’SEKADAR RENUNGAN BERSAMA..

No comment »

naper ppuan cantik pkai tudung ek

kenape pompuan cantik pakai tudung ek

-1.kenape pompuan cantik pakai tudung… sebab dier nak tutup aurat…

2.kenape pompuan cantik pakai tudung… sebab dier jage maruah..diri..dan keluarga…

3.kenape pompuan cantik pakai tudung… sebab dier cantik..

4.kenape pompuan cantik pakai tudung… sebab dier x nak tunjuk kecantikan dier..kecuali pada yang berhak..

5.kenape pompuan cantik pakai tudung… sebab dier seorang yg pandai.. pandai jaga diri…

5.kenape pompuan cantik pakai tudung… sebab dier anak solehah…

6.kenape pompuan cantik pakai tudung… sebab dier dengar ckp mak bapak dier..

7.kenape pompuan cantik pakai tudung… sebab dier hormati orang lain..

8.kenape pompuan cantik pakai tudung… sebab takut apabile dier tak pakai tudung orang tgk dier cantik..dan ade niat yg tak baik..

9.kenape pompuan cantik pakai tudung… sebab tak nak diminati ramai lelaki sgt..

10.kenape pompuan cantik pakai tudung… sebab tak nak menyusahkan orang lain..

11.kenape pompuan cantik pakai tudung… sebab dapat pahala..

12.kenape pompuan cantik pakai tudung… sebab dapat menghindari maksiat..InsyaAllah..

13.kenape pompuan cantik pakai tudung… sebab supaya dpt menjadi contoh pada perempuan lain..

14.kenape pompuan cantik pakai tudung… sebab supaya lelaki yg beriman je yg suker dier..

15.kenape pompuan cantik pakai tudung… sebab mendengar suruhan nabi…

16.kenape pompuan caantik pakai tudung… sebab rambut perempuan adalah mahkota baginya… jadi die tak nak sewenang2nya menunjuk kpd
lelaki.. kerana jika die menunjuk maknanya die dah tak bernilai kerana mahkota die telah dilhat oleh semua lelaki (kecuali keluarga)

17.kenape pompuan cantik pakai tudung… sebab dapat mengurangkan nafsu lelaki..

18.kenape pompuan cantik pakai tudung… sebab patuh pada suami..

19.kenape pompuan cantik pakai tudung… sebab plg penting..die orang Islam…

20.kenape pompuan cantik pakai tudung… sebab dalam Al-Quran suruh die pakai tudung..kalau orang Islam tp tak berpegang pd Al-Quran.. nak
berpegang pd ape lg..??

21. kenapa pompuan canti pakai tudung… pasal korang mmg cantik laa kalau pakai tudung..orang lelaki mmg suka org pompuan yg pakai tudung…aku tahu sebab aku lelaki..

22.kenapa pompuan cantik pakai tudung.. pasai diorang tahu kalau tak pakai tudung diorang akan “syok sendiri” yang diorang tu lawa…rugi laa kalau camtu…pakailaa tudung wahai muslimah Islam..serius ni…

23. kenapa pompuan cantik pakai tudung.. pasai dia tak moo orang lelaki suka kat dia pasal nafsu semata2….mesti nak kat dia pasal agama dan akalnya yg baik….

24. kenape pompuan cantik pakai tudung… sebab ……byk lagi sebab…

JADI PEREMPUAN DILUAR SANA MARI LAH MEMAKAI TUDUNG KERANA ANDA
SEBENARNYA LEBIH CANTIK JIKA MEMAKAI TUDUNG

SESUNGGUH NYA ALLAH SUKA AKAN HAMBANYA YANG MENGIKUTI
PERINTAHNYA JADI INGATLAH PEREMPUAN SEMUA…………..

KALO KORANG PAKAI TUDUNG MESTI LELAKI YANG BAIK AKAN MENDEKATI ANDA….DAN LELAKI YANG JAHAT AKAN MENJAUHI ANDA INSYA ALLAH…

INGATLAH…MENUTUP AURAT ITU ADALAH WAJIB…SEPERTI SURUHAN ALLAH YANG LAIN SEPERTI SOLAT PUASA ZAKAT….

JIKA ANDA MENUNAIKAN SOLAT KERANA MEMATUHI PERINTAH ALLAH…. MAKA PAKAILAH TUDUNG JUGA KERANA MEMATUHI PERINTAH ALLAH……

RUKUN IMAN YANG PERTAMA BERIMAN KEPADA ALLAH….DENGAN MEMATUHI PERINTAH ALLAH DAN MENINGGALKAN LARANGANNYA…..

SEKIRANYA ANDA TIDAK MENUTUP AURAT…INI BERMAKNA ANDA TIDAK MEMATUHI RUKUN IMAN YANG PERTAMA……….

“kehidupan di dunia tidak lain hanyalah
kesenangan yang memperdayakan” ali imran
185……

Comments (2) »