the thing that i think with thank
Salam
Kenapa agaknyer ye skrang aku terlalu berfikir tentang mati…jalan persinggahan manusia sebelum hari kejadian benar yang sebenarnya…tapi yang paling membuatkan aku sedih bila berfikir tentang kematian mereka yang dicintai…aku akan sentiasa memaafkan dan melupakan kesakitan dulu…kerana aku yakin satu kesilapan itu bukanlah seberapa jika dibandingkan dosa berulang kali yang aku lakukan pada Pencipta…jika DIA memberi aku ruang bertaubat, jika DIA sedia membuka jalan untuk berpatah ke pangkal, sedangkan DIA tidak langsung terkesan dengan ketidak adaan aku sekalipun…tapi sungguhlah DIA MAHA PENYAYANG…inikan pula aku yang tiada langsung layak menghukum kesalahan manusia lain .
menjadi seorang makhluk yang punya hati dan ada rasa adalah satu anugerah….tapi menggunakan hati dan mengalihkan rasa itu pada arah yang tidak betul adalah satu penyelewengan…apa jadi bila hati jadi gelap, apa jadik bila hati sakit, apa jadik bila hati busuk, apa jadik bila hati hitam legam…apa lagi bila hati membarah parah dan hilang fungsi…setelah itu mati dalam ragam dendam…Na’uzubillah mohon dijauhkan..
memaafkan tak sama seperti memintanya. Kerana yang mema
afkan adalah dari sebuah hati yang terluka..manakala yang mengemisnya datang dari hati yang membengkak dengan kekesalan…bukankah keduanya seimbang…tidak adil untuk terus berdendam…bila mana manusia itu sememangnya acapkali mencipta kesilapan…manusia itu akan berubah. Tetap akan berubah walaupun sedikit…tapi manusia sentiasa melihat kesilapan dan masa lampau tanpa mahu memberikan ruang untuk insan lain berjuang dan melakukan pertukaran…segala apa yang terjadi…moga aku benar-benar redha bila aku mengucapkan “aku memaafkanmu kerana ALLAH”