jangan busuk hati tau…huhu

Waktu duk menganggur macam nih rasa lembab sangat otak…emmm….rindu nak belajar balik…rindu jg nak buat group assgmen…rindu nak ikut g usrah…rindu nak join program….rindu kat kak chu, kak tya, kak hamas…3 insan yang selalu mengingatkan diri ni…kakak2 yang benar2 memahami..aku bersyukur bertemu kalian…tima kaseh ek …satu benda yang aku tak pernah rindu ialah dewan peperiksaan…tak mau amek exam dah…

kan

seronok kalo belajar tapi takyah exam..huhu…satu impian yang takkan pernah jadik kenyataan…

Macam tu jugaklah hidup…tak mungkin dalam hidup aku hanya perlu belajar…pasti ada satu masa aku perlu lalui satu ujian…makin banyak ujian, makin aku tau kemampuan diri…mybe at da beginning, markah low tapi lama2 bila dah kuat untuk menempuhi setiap ujian, semuanya akan jadik biasa la,,,,

Aku syukur sangat2…hidup aku tak pernah diuji dengan perkara yang terlalu berat…tapi aku sedar, kesenangan jugak merupakan satu ujian..emmm..kebahagiaan jugak satu ujian…ujian bila aku dalam kealpaan…fuh!!! Perkara yang paling aku takut dalam hidup ialah jika aku diuji ALLAH tanpa aku sedari!…segala-galanya adalah ujian…moga aku selalu sedar diri…selalu bersyukur dan sentiasa berpijak di bumi nyata…jangan lupa diri…jangan bangga diri…jangan  riak…jangan hipokrit…jangan pandang rendah terhadap orang lain…jangan busuk    hati…jangan bersangka buruk…jangan hanya melihat keburukan orang…jangan sinis terhadap kekurangan orang lain…jangan..jangan..jangan…ingatkan aku bila aku lupa…

Biar ada yang bersangka buruk…biar ada yang salah anggap…biar ada yang memandang remeh…biar hina di mata manusia….biar..biar…biar…aku tak layak untuk menghukum mereka..Allah itu

kan

kebih layak untuk mengadili hamba-Nya…

Aku tak risau jika ada yang membenci kerana kekurangan yang ada…tapi yang paling aku risau adalah apabila ada yang membenci dan iri hati atas kelebihan yang ada….ingatlah, jangan iri hati, sentiasa bersangka baik, Insya Allah kita akan memiliki sesuatu yang takkan pernah kita jangka jika kita bersangka baik dengan DIA dengan cara selalu beranggapan bersih terhadap makhluk-Nya…

INGATLAH WAHAI DIRIKU ASMA BINTI DAT

Say your words