Archive for May, 2008

TAUBAT SEORANG HAMBA

Taubat Seorang Hamba - Irsyadee feat. Hafiz (ex-UNIC)

Hati hiba mengenangkan
Dosa-dosa yang ku lakukan
Oh Tuhan Maha Kuasa
Terima taubat hamba berdosa

Chorus:
Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah, terimalah, terimalah
Taubatku ini

Telah aku merasakan
Derita jiwa dan perasaan
Kerana hilang dari jalan
Menuju redha-Mu ya Tuhan
Aaa… Ya Allah
Aaa… Ya Allah

Di hamparan ini ku menerima
Moga taubatku diterima

Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Hafiz Hamidun

No comment »

HATI

Hati merupakan bahagian manusia yang termulia di antara yang lain. Kerana kemampuan untuk mengenali Allah hanya mampu dicapai oleh segumpal daging di dalam jasad manusia bernama hati (Qalb). Suatu kekuatan yang tidak mampu dicapai oleh aqal semata-mata. Dengan aqal semata-mata, manusia tidak akan dapat menerima kewujudan sesuatu yang tidak dapat dikesan oleh deria-deria kemanusiaan yang bertindakbalas dan ‘mengajar’nya secara terbatas, lemah sehingga tidak dapat menjangkau apa-apa yang jauh dari capaiannya yang kerdil.

Hanya hati itu jugalah yang mampu bertindakbalas secara reaktif dan cergas terhadap ‘perkenalan’nya terhadap kuasa yang di luar batasan capaiannya itu. Ia bekerja ke arah itu, dan berusaha untuk lebih mendalami perasaan tersebut. Hati sahajalah yang mampu untuk mendekati dan mendalami hakikat besar ini, ia akan membongkar apa-apa lagi rahsia tersembunyi di sisiNya, supaya setiap degupannya akan menjadikan peribadi itu lebih dekat kepadaNya.

Sedangkan kaki, tangan, mulut, jari-jemari, lutut, siku, sendi-sendi dan semua anggota hanyalah hamba kepada hati, dan berkhidmat kepadanya, seperti seorang raja lagaknya yang memperkhadamkan hamba-hamba abdinya untuk manfaat dirinya.

Kerana itulah, mana-mana diri sedar yang benar-benar mengenali peranan dan kemampuan hatinya, ia akan benar-benar mengenal Tuhannya. Akan tetapi alangkah pedihnya kerana kebanyakan manusia sebenarnya jahil akan hatinya dan jiwanya, lalu bagaimana pula mengenal Tuhannya. Sedangkan satu hakikat juga bahawa sebenarnya Allahlah yang membatasi seseorang hamba dari hati dan jiwanya sendiri, dan dengan keupayaannya yang Maha Agung dan Maha Halus, Dia mampu menghalang sesiapa pun dari mengenali dan mendekatiNya.

Sesungguhnya Allah tidak akan merubah sesiapa pun dari hamba-hambaNya selagi mana dia tidak merubah dirinya sendiri. Dan alangkah hebatnya Allah yang Maha Agung, segala-galanya berada di hujung ‘jari’nya, dia menentukan apa sahaja yang dikehendaki dengan tersangat mudah dan enteng.

Oleh kerana itulah, mempelajari hati dan sifat-sifatnya merupakan sebahagian daripada asas dalam agama, mendalaminya serta tabiat-tabiatnya merupakan asas permulaan perjalanan orang-orang berakhlaq terhadap diri dan Tuhannya.

Hakikat hati itu, asas fitrahnya sangat terbuka untuk menerima petunjuk yang benar. Ia condong menghindari apa-apa syahwat dan hawa nafsu yang diletakkan ke dalamnya. Pertembungan di antara tentera-tentera malaikat dan tentera-tentera syaitan sentiasa berterusan tiada henti, semata-mata demi menguasai segumpal daging bernama hati. Terbukanya hati ini kepada mana-mana dari dua ini, yang menyebabkan sehingga ia bertapak, seterusnya bermastautin di dalamnya, dan lawannya tidak akan dapat melintasi ke dalam hati ini melainkan secara curi-curi. ((Dari kejahatan was-was yang ditiupkan al-Khannas)) [Surah An-Nas : 4] Kerana itulah, apabila ia sedang mengingati Allah, Khannas akan membuatkan ia was-was dan ragu-ragu. Apabila ia sedang lalai pula, terdetik lintasan-lintasan petunjuk.

Beruntunglah sesiapa yang mengikuti lintasan-lintasan petunjuk dari Allah itu, dan pasti akan merasai rugi jika ia membiarkan lintasan-lintasan itu pergi begitu sahaja. Sebaliknya teramatlah malang mereka yang tertipu dengan tiupan-tiupan Khannas ke dalam hati mereka, yang ditiupkan untuk menghias-hiasi kelalaian hati mereka. Tidak ada perisai terbaik untuk hati ini buat menepis serangan tentera-tentera syaitan termasuklah al-Khannas itu tadi melainkan dengan mengingati Allah. Kerana seluruh kesyaitanan dan konco-konconya tiada kekuatan ketika hadirnya zikrulLah menerangi hati.

http://ismamesir.wordpress.com/2008/03/11/tazkirah-mempelajari-hati/

No comment »

aku tak mampu

KITA TAK MAMPU MENJADI YANG TERBAIK UNTUK SEMUA MANUSIA

KITA TAK MAMPU JADI YANG TERBAIK PADA SEMUA MATA YANG MEMANDANG

KITA JUGA TAK MAMPU MENJADI YANG TERLALU BAIK PADA SETIAP TELINGA YANG MENDENGAR

KERANA KITA TAK MAMPU MENYENTUH SEMUA HATI YANG MERASA

JADI, TERIMALAH DIRI APA ADANYA…

JANGAN DICEMBURUKAN PADA APA YANG LEBIH

DAN JANGAN PULA DICERCA DENGAN APA YANG KURANG…

CUKUPLAH KITA SAMA-SAMA MENJAGA HATI…

DAN MENJAGA UKHWAH YANG TERJALIN….KERANA NIAT SUCI ITU LEBIH DIPANDANG YANG MAHA ESA….

RUNTUHKAN EGO…BINA KASIH SAYANG…HANYA YANG MEMBERI YANG AKAN LAYAK UNTUK MENERIMA….

-asmawarrdah-

No comment »