rentak perjuangan
serpihan mungkin mampu berncantum
harus ada usaha
perlu pendam kecewa
biarpun takkan kembali sempurna
namun yakinkan diri
harapan tetap ada
jangan putus asa dan terus mati langkah
kerana bukan itu cara pejuang
bukan itu adat berjihad
simpan saja retak itu di mata kasar
mana tahu, sempurnanya terpatri di hati
biar sakit di mata asal tenang di sanubari
hidup ini harus mencuba
tapi perlu diingat
mencuba pada yang jelas baiknya
hidup ini perlu berani
berani pada yang benar tampaknya
tapi jangan pula terlalu berani
hingga buta mengenal halal dan haram
mulia dan keji
-AD-
4/11/07
6.46pm