Al Nashr
#sÎ) uä!$y_ ãóÁtR «!$# ßx÷Gxÿø9$#ur ÇÊÈ |M÷r&uur }¨$¨Y9$# cqè=ä{ôt Îû Ç`Ï «!$# %[`#uqøùr& ÇËÈ ôxÎm7|¡sù ÏôJpt¿2 y7În/u çnöÏÿøótGó$#ur 4 ¼çm¯RÎ) tb%2 $R/#§qs? ÇÌÈ
1. apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa Engkau Wahai Muhammad berjaya Menguasai negeri Makkah), -
2. dan Engkau melihat manusia masuk Dalam ugama Allah beramai-ramai, -
3. maka Ucapkanlah tasbih Dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, Sesungguhnya Dia amat menerima taubat.
Assalamualaikum sahabat yang dirahmati Allah…
Pernah baca surah di atas tu? Surah Al-Nashr (pertolongan)…
Jika sahabat2 tahu apa ertinya surah di atas diturunkan mescaya, menangislah kita pabila membacakan surah tersebut…surah tersebut merupakan surah terakhir yang diturunkan dalam Al Quran.
Ibn Umar r.a berkata telah diturunkan surah «x÷Gxÿø9$#ur!$# uóÁtRä!$y_ #sÎ)ãß pada pertengahan hari tasyriq, maka Rasulullah S.A.W pun mengerti bahawa itu sebagai ucapan wadaa’(selamat tinggal) kerana itu maka Rasulullah mengucapkan khutbahnya yang terkenal itu..
Berkata Mufassir setelah turunnya surah ini, Rasulullah memperbanyakkan menyebut subhanallahi wabihamdika astaghfirullaha wa atubu alaihi. Telah mengetahuilah Nabi S.A.W bahawa ajalnya telah hampir.
Antara insan yang paling sedih dan menangis di ketika itu pastinya puteri kesayangan baginda Saidatina Fatimah Az Zahra apabila Rasulullah mengkhabarkan kepadanya bahawa baginda telah diberitahukan akan wafat…Namun Saidatina Fatimah kembali ketawa setelah diberitakan oleh Rasulullah bahawa beliau lah yang pertama dari keluarga Nabi S.A.W yang akan menyusulnya. (HR: Al Baihaqi, Annasa’i)
Pemergian Rasulullah merupakan kehilangan besar yang menyentuh jiwa sahabat2 baginda…Lihatlah bagaimana sayangnya Umar kepada baginda. Sukar mempercayai bahawa baginda telah menghadap Illahi…adakah masih terasa kesedihan itu di hati kita?atau kita sudah melu\pakan kekasih Allah itu oleh kerana terlalu sibuknya kita dengan pelajaran, kerjaya dan keluarga.ingatlah apa saja yang kita miliki sekarang adalah ujian bagi memperoleh hasil berkekalan di
sana nanti…pastinya syafaat dari insan mulia ini yang kita dambakan..
@sMAWARd@h
Rujukan : Hasan Muhd Hj Al Khair. Tafsir Juz Amma Fadilat dan amalannya. JAHABERSA.
www.jahabersa.com.my