Archive for October, 2007

jom berhibur

-@sMAWARd@h-

asmadat@yahoo.com

0815

13 Syawal 1428H

25 Oktober 2007

UNIMAS

salam…

artikel nih sekadar perkongsian…atas permintaan dari seorang teman yang berharap benar saya menulis sendiri artikel, maklum le asyik copy paste je

kan

..hehe..so, Alhamdulillah dengan izin ALLAH, terbuka hati nak menulis…jarang menulis berkaitan tazkirah nih…maklumlah ilmu tak cukup…sebab tu banyak buat penulisan kreatif saja…ni banyak rujuk tazkirah lain2 gak….so, kalau ada salah silap, tegur2lah…thankz for ol readers…doakan yang terbaik untuk ummat Islam..

pernah satu ketika aku ditanya oleh seorang teman…are u enjoy

ur

life? ermmm…am i look unhappy? he said juz asking..how can u enjoy your life by being like this? Like this?huhu…korang rasa apa maksud dia ek…remaja beb! everything must be fun…(time tu ler remaja…sekarang dah tua..emmm) pada pandangan orang maybe mereka yang join islamic activity nih terlalu serius…tak tau bersuka ria…tak pandai bergaul dengan mereka yang berlainan fikrah…terlalu terkongkong…hei frenz…i’m not a strangers!..i’m still a human being…life must be enjoy right?..but how? do i have to go to night club?wearing daringly?hang out with friends to cinema untill Subuh?having a couple?being a romantics girlfrens?huhuh..(sound funny to a rockers like me..juz kidding..heh) is it what can we call life is fun?ermmm…

zaman remaja cuma sekali…right…yes! juz once…if we are not searching for the second…second???second time to be teenagers???yeah…as a mulim, we also have another life…ever lasting life…ingat lagi tentang gurauan Rasulullah bersama seorang wanita tua???Rasulullah saids..there is no old person in the paradise…maka menangislah wanita tua tu..merasakan bahawa dirinya takde harapan lagi untuk berada di dalam syurga…then, Rasulullah terangkan..penghuni syurga semuanya berwajah cantik…berusia remaja sepanjangnya…lalu wanita tua tu pun kembali ketawa…

"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang membersihkan dirinya (dengan beriman) Dan dia ingat nama Tuhannya lalu dia sembahyang. Tetapi kamu (orang kafir) memilih kehidupan duniawi. Sedang kehidupan akhirat lebih baik lagi kekal." (Al A’laa: 14-17)

bergembiralah, bersuka rialah, keluarlah bersama sahabat2, pergilah ke mana yang kita suka but remind ourself, wherever we go, whatever we do,whenever the time is,whoever we are, juz remind..pleaseeeee remind,remind n remind..don’t forget…kita beragama Islam…kita hanyalah seorang hamba!..hanya hamba.!.hanya hamba…!hanya hamba…!kita ada Pencipta…kita ada Al Quran…kita ada As Sunnah…terbentang peraturan yang telah sedia ada demi memelihara kebaikan kita…

hiburan seorang hamba bukan pada kelab malam, bukan pada pusat karaoke, bukan pada pergaulan tanpa batas, bukan pada panggung wayang dan pastinya bukan pada keberanian insan mempamerkan sesuatu yang haram diperlihatkan…percayalah anda tetap cantik walau tanpa solekan.anda tetap bergelar mawar mekar tanpa pakaian ala barat…kerana hati yang bersih berisi iman akan memberikan kecantikan hakiki…

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

¡°Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Di dalam surah al-Nur, ayat 31: "Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa kelihatan padanya, dan hendaklah mereka melepaskan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka…”

hiburan seorang hamba bergelar muslimah sebenarnya adalah pada ketenangannya melagukan kitabullah, solat berjemaah, solat sunat, alunan zikrullah, pada usrah, dakwah, kesatuan ummah, pada tazkirah, pada rehlah, pada ikatan hati sohabat sohabiah,ukhwah islamiah, pada puasa sunat dan iftar serta riadahnya…

di dalam firman Allah: "…dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu (pertama)". (Al-Ahzab: 33)

nak main bowling?nak jungle tracking?flying fox?camping?skateboard?berbasikal?nak menyanyi?(jangan yang lagha lak…hehe pesanan untuk diri sendiri gak)…nak berlakon?(menyanyi n berlakon sesama muslimat cukup

la.

) nak berkayak?nak berjogging?nak berkerjaya?nak berhias? silakan….no objection..selagi tidak menimbulkan fitnah….but one more time i repeat, juz follow the rules that Allah had told us in Al Quran…batasan pergaulan, aurat dan cara berhias…jangan terlepas pandang…alangkah indahnya jika dalam gembira kita, ada redha Allah bersamanya..

Firman Allah : " Dan kepunyaan Allahlah segala apa yang di langit dan di bumi. Dia membalas orang-orang yang membuat kejahatan menurut apa yang dikerjakan dan membalas orang-orang yang baik dengan kebajikan." ( An Najm : 12 )

sekali kita melanggar perintahNya dan melakukan laranganNya, lihatlah natijahnya nanti.tak perlu tunggu balasan di akhirat, di dunia juga mungkin sudah kelihatan.cuma kita jarang bermuhasabah diri…kekadang manis nafsu mematikan hati kita…membunuh pandangan suci…mengaburkan mata iman…

lihat kembali pada ketidak tenangan hati,

cuba

tanya sendiri apabila permintaan kita jarang Dia kabulkan, analisis diri bila kedukaan sering bertandang walau di sekeliling cukup segala..what happens?the answers already on you…on me too (of course!insan yang terlalu banyak mencipta dosa dan menzalimi diri sendiri. Astaghfirullah!)

berbahagialah dengan cara yang berkat, tersenyumlah dalam keredhaanNya, bersukarialah pada jalan yang jauh dari kemurkaanNya.

Dari Imran bin Husain dia berkata, Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda : “Sesungguhnya penduduk syurga yang paling sedikit adalah wanita.” (HR. Muslim dan Ahmad)

Imam Qurthubi rahimahullah mengulas hadits di atas dengan pernyataannya : “Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk Syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecondongan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal.

“Kecantikan seseorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya .Kecantikan seseorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada.

Biarlah kita tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi nama kita menjadi perbualan penduduk langit. "Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka)."

Maaf, lupa nak save nama kitab sumber rujukan..lemah betul bab2 APA system nih….kalau ada, kongsi2lah ye…

Wassalam…

No comment »

pembetulan…

salam…

ayat2 dari surah al nasyr tu terbalik la pulak…maklumla copy paste dari word punya software..hehe…faham2 la ek…

No comment »

Al Nashr

#sŒÎ) uä!$y_ ãóÁtR «!$# ßx÷Gxÿø9$#ur ÇÊÈ   |M÷ƒr&u‘ur }¨$¨Y9$# šcqè=ä{ô‰tƒ ’Îû Ç`ƒÏŠ «!$# %[`#uqøùr& ÇËÈ   ôxÎm7|¡sù Ï‰ôJpt¿2 y7În/u‘ çnöÏÿøótGó™$#ur 4 ¼çm¯RÎ) tb%Ÿ2 $R/#§qs? ÇÌÈ   

1. apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa Engkau Wahai Muhammad berjaya Menguasai negeri Makkah), -

2. dan Engkau melihat manusia masuk Dalam ugama Allah beramai-ramai, -

3. maka Ucapkanlah tasbih Dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, Sesungguhnya Dia amat menerima taubat.

Assalamualaikum sahabat yang dirahmati Allah…

Pernah baca surah di atas tu? Surah Al-Nashr (pertolongan)…

Jika sahabat2 tahu apa ertinya surah di atas diturunkan mescaya, menangislah kita pabila membacakan surah tersebut…surah tersebut merupakan surah terakhir yang diturunkan dalam Al Quran.

Ibn Umar r.a berkata telah diturunkan surah «x÷Gxÿø9$#ur!$#  uóÁtRä!$y_ #sŒÎ)ãß  pada pertengahan hari tasyriq, maka Rasulullah S.A.W pun mengerti bahawa itu sebagai ucapan wadaa’(selamat tinggal) kerana itu maka Rasulullah mengucapkan khutbahnya yang terkenal itu..

Berkata Mufassir setelah turunnya surah ini, Rasulullah memperbanyakkan menyebut subhanallahi wabihamdika astaghfirullaha wa atubu alaihi. Telah mengetahuilah Nabi S.A.W bahawa ajalnya telah hampir.

Antara insan yang paling sedih dan menangis di ketika itu pastinya puteri kesayangan baginda Saidatina Fatimah Az Zahra apabila Rasulullah mengkhabarkan kepadanya bahawa baginda telah diberitahukan akan wafat…Namun Saidatina Fatimah kembali ketawa setelah diberitakan oleh Rasulullah bahawa beliau lah yang pertama dari keluarga Nabi S.A.W yang akan menyusulnya. (HR: Al Baihaqi, Annasa’i)

Pemergian Rasulullah merupakan kehilangan besar yang menyentuh jiwa sahabat2 baginda…Lihatlah bagaimana sayangnya Umar kepada baginda. Sukar mempercayai bahawa baginda telah menghadap Illahi…adakah masih terasa kesedihan itu di hati kita?atau kita sudah melu\pakan kekasih Allah itu oleh kerana terlalu sibuknya kita dengan pelajaran, kerjaya dan keluarga.ingatlah apa saja yang kita miliki sekarang adalah ujian bagi memperoleh hasil berkekalan di

sana

nanti…pastinya syafaat dari insan mulia ini yang kita dambakan..

@sMAWARd@h

Rujukan : Hasan Muhd Hj Al Khair. Tafsir Juz Amma Fadilat dan amalannya. JAHABERSA.

www.jahabersa.com.my

No comment »

rindunya padamu…

Assalamualaikum….

Berakhirnya Ramadhan pasti semua hati terasa sayu dan sedih…umur yang makin meningkat menyebabkan kekadang terlintas di fikiran..masih sempatkah diraih Ramadhan yang mendatang???..sahabat2 Rasulullah jugak macam tu…bulan yang penuh keberkahan..di dalamnya Al Quran diturunkan…ibadah Rasulullah diperbanyakkan dalam bulan tersebut..

tiba2 hati sayu mengingatkan Rasulullah…memikirkan betapa kuat dan cekalnya baginda memikul amanat dari ALLAH…biarpun dijanjikan syurga namun air matanya tetap mengalir mengenangkan nasib umatnya..siapa umatnya??kitalah…kita yang seringkali lupa dan alpa…gembira dan selalu tersenyum…kalau menangis pun jarang sekali niatnya kerana ALLAH…berdakwah sekalipun masih ada riak dalam hati…Na’uzubillah…kenapa tak mampu kami jadi seikhlas Rasulullah…setaat Ali malah seteguh Umar?jawapannya hanya ada pada iman…

Kali ni sama2 kita kenal Rasulullah…tak kenal maka tak cinta

kan

? Jarang sekali kita dengar tentang rupa paras Rasulullah..kenapa??kerana peribadinya yang terlalu mulia itu menutup kekacakan paras rupanya…malah kalau tak silap saya, Rasullah lebih kacak daripada Nabi Yusuf tapi disebabkan orang selalu melihatkan keperibadiaannya…maka jarang sekali orang berbicara tentang betapa tampannya Rasulullah…betulkan saya jika tersalah…

KENALLAH RASULULLAH..MOGA BERTAMBAH KECINTAAN KITA UNTUK BERTEMU KEKASIH ALLAH INI…

BENTUK TUBUH RASULULLAH SAW- Syamail Muhamadiyah

1. Dalam satu riwayat yang bersumber dariAnas bin Malik J) r.a. diceritakan sebagai berikut:

Rasulullah saw. bukanlah orang yang berperawakan terlalu tinggi, namun tidak pula pendek. Kulitnya tidak putih buleh juga tidak sawo matang. Rambutnya ikal, tidak terlalu keriting dan tidak pula lurus kaku. Beliau diangkat Allah (menjadi Rasul) dalam usia empat puluh tahun. Beliau tinggal di Mekah (sebagai Rasul) sepuluh tahun dan di Madinah sepuluh tahun. Beliau pulang ke Rahmatullah dalam usia enam puluh tahun2). Pada kepala dan janggutnya tidak terdapat sampai dua puluh helai rambut yang telah berwarna putih (uban).3)

(Diriwayatkan oleh Abu Raja* Qutaibah bin Sa’id, dari Malik bin Anas, dari Rabi’ah bin Abi ‘Abdurrahman, yang bersumber dari Anas bin Malik r.a.).


2. Demikian pula Anas bin Malik r.a. pernah bercerita perihal bentuk tubuh Rasulullah saw. sebagai berikut:

Rasulullah saw. mempunyai bentuk tubuh yang sedang, tidak tinggi dan tidak pula pendek serta bentuk tubuhnya bagus. Rambutnya tidak terlalu keriting dan tidak pula lurus kaku dan kehitam-hitaman warnanya (rambutnya). Bila beliau berjalan, maka jalannya cepat.4)

(Diriwayatkan oleh Hamid bin M is’adah al-Bashri, yang didengar-nya dari ‘Abdul Wahab as-Tsaqafi dari Hamid yang bersumber dari Anas bin Malik r.a.).

3. Dalam riwayat lain yang bersumber dari al-Bara bin ‘Azib r.a.5) diceritakan :

Rasulullah saw. adalah seorang pria yang berperawakan sedang, bahunya bidang. Rambutnya yang lebat mencapai daun telinganya. Bila beliau mengenakan pakaian merah, tiada seorang pun yang pernah kulihat lebih tampan daripadanya.6)

(Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar al-’Abdi, dari Muham-mad bin Ja’far, dari Syu’bah, dari Abi Ishaq, yang bersumber dari al-Bara bin’Azib r.a.).

4. Masih bersumber dari al-Bara bin’Azib r.a., ia mengungkapkan :

Aku tak pernah melihat orang yang berambut panjang terurus rapi, dengan mengenakan pakaian merah, yang lebih tampan dari Rasulullah saw. Rambutnya mencapai kedua bahunya. Kedua bahunya bidang. Beliau bukanlah seorang yang berperawakan pendek dan tidak pula terlampau tinggi.7)

(Diriwayatkan oleh Mahmud bin Ghailan, dari Waki’, dari Sufyan, dari Abi Ishaq, yang bersumber dari al-Bara bin ‘Azib r.a.).

nota kaki

1). Anas bin Malik r.a. adalah Abu Nadhr Anas bin Malik al-Anshari al-Bukhari al-Khazraji. la tinggal bersama Rasulullah saw. dan membantu beliau selama sepuluh tahun. Dan ia merupakan shahabat yang paling akhir meninggal dunia di Bashrah, yaitu pada tahun 71 H.

2). Perawi menghilangkan bilangan satuannya dari puluhan (digenap-kan). Karena kebanyakan riwayat menyatakan bahwa Rasulullah saw. tinggal di Mekah sebagai Rasul 13 tahun, dan wafat pada usia 63 tahun.

3). Hadits yang serupa dikeluarkan pula oleh Bukhari pada bab "Sifat-sifat Rasulullah saw." dan pada bab "Pakaian". Sedangkan dalam Shahih Muslim terdapat pada bab "Keutamaan", dan dalam Sunan Tirmidzi, pada bab "Pakaian", Hadits no. 1754, bab "Manaqib", Hadits no. 3627. Nasai selain bab "Perhiasan".

4). Hadits yang serupa dikeluarkan pula oleh Imam Bukhari dalam Shahihnya, bab "Sifat-sifat Nabi saw." dan bab ‘Pakaian". Pada Shahih Muslim terdapat pada bab "Keutamaan Nabi saw." perihal sifat rambut Rasulullah saw., Hadits no. 2338. Dalam sunau Tirmidzi, bab "Pakaian", Hadits no. 1754, juga dalam "Manaqib", Hadits no. 3627, dalam Sunan Nasai, bab. "Perhiasan" dan Imam Malik bab "Jami". •

5). Ia adalah sahabat Nabi saw.
6). Hadits yang serupa terdapat pula dalam Shahih Bukhari, dan ( Shahih Muslim, pada bab "Keutamaan Nabi saw.", Hadits no. 2337, dlm Sunan Abu Daud, pada bab "Pakaian". Hadits no. 4072, juga terdapat dalam Sunan Nasai, dan Sunan Ibnu Majah, Hadits no. 3699, dan pada Sunan Tirmidzi, Hadits no. 1724.
7). Ibid

KHATAMUN-NABI

15. Dalam suatu riwayat yang bersumber dari as-Sa’ib bin Yazid r.a. dikemukakan :

"Bibikul) membawa aku untuk menemui Nabi saw., lantas ia berkata kepada Rasulullah saw.: “Ya Rasulullah, keponakanku ini sakit.”

Ketika itu Rasulullah saw. menyapu kepalaku (as-Sa’ib), mendo’akan keberkahan untukku dan berwudhu. Air sisa wudhunya lalu ku minum. Setelah itu aku berdiri di belakangnya; aku memandang kepada khatam (tanda) yang terletak di antara kedua bahunya. Ternyata khatam itu sebesar telur burung dara."

(Diriwayatkan oleh Qutaibah bin Sa’id dari Hatim bin Ismail, dari Ja’d bin ‘Abdurrahman yang bersumber dari Sa’ib bin Yazid r.a.)

16. Dalam suatu riwayat, Jabir bin Samurah r.a. mengemukakan perihal Khatamun-Nabi sebagai berikut :

"Aku pernah melihat khatam (kenabian)…. la terletak di antara kedua bahu Rasulullah saw. Bentuknya seperti sepotong daging berwarna merah sebesar telur burung dara".2)

(Diriwayatkan oleh Sa’id bin Ya’qub at-Thalaqani dari Ayub bin Jabir, dari Simak bin Harb yang bersumber dari Jabir bin Samurah r.a.)

17. Seorang wanita bernama Rumaitsah3) bercerita kepada cucunya, yaitu Ashim bin ‘Umar r.a. sebagai berikut:

“Waktu aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, aku duduk berdampingan dengan beliau saw., begitu dekatnya, seandainya aku mau mengecup tanda kenabian yang terletak di antara kedua bahunya, tentu dapat kulakukan. Adapun sabda beliau yang ditujukan kepada Sa’ad bin Mu’adz di kala ia meninggal dunia itu ialah: ‘Bergoncang Arasy Allah yang Maha Rahman karenanya (karena kematian Sa’ad)”4)

(Diriwayatkan oleh Abu Mush’ab al-Madini, dari Yusuf bin al-Majisyun, dari bapaknya, dari ‘Ashim bin ‘Umar bin Qatadah, yang bersumber dari neneknya, yaitu Rumaitsah).

Nota kaki
1) Saudari ibunya
2) Hadits yang semakna terdapat pula dalam Shahih Muslim, bab "Keutamaan, Nabi saw.", Hadits no. 2344, dan dalam Sunan Tirmidzi pada bab "Manaqib", Hadits no. 3647.
3) Rumaitsah adalah puteri ‘Amr bin Hisyam bin ‘Abdul Muthalib.
4) Hadits semacam ini terdapat pula dalam Sunan Tirmidzi, bab “Manaqib", demikian pula dikeluarkan oleh Syaikhani dan Ibnu Majah.
As’kum semua

.. Abu Buraidah r.a. menceritakan tentang pengalaman Salman al-Farisi sebagai berikut :

"Salman al-Farisi datang membawa baki berisi kurma kepada Rasulullah saw., (sewaktu ia baru tiba di Madinah). Baki itu diletakkannya di hadapan Rasulullaw saw.
Rasulullah saw. bersabda: “Wahai Salman!
Apa ini?”
Salman menjawab: “Ini sedekah buat anda dan shahabat anda.”
Rasulullah saw. bersabda: “Angkatlah ini dari sini, kami tak makan sedekah.”
Baki itu pun diangkat oleh Salman.

Keesokan harinya, ia datang
lagi dengan membawa makanan yang serupa dan diletakkan di hadapan Rasulullah saw.
Rasulullah saw. bersabda: “Apakah ini wahai Salman?”
Salman menjawab: “Ini adalah hadiah buat tuan.”
Rasulullah saw. bersabda kepada para shahabatnya: “Hidangkanlah!”
Kemudian Salman memperhatikan Khatam yang terletak di punggung Rasulullah saw. (bagian belakang badannya sebelah atas), maka ia pun (Salman) menyatakan keimanannya kepada beliau. Salman r.a. adalah budak seorang Yahudi, maka oleh Rasulullah saw. ia dibeli dengan beberapa dirham, yakni dengan cara mengupah menanam pohon kurma.7) Salman bekerja di kebun itu sampai pohon-pohon kurma itu berbuah. Rasulullah saw. membantunya menanam pohon-pohon itu. Di antaranya ada sebatang pohon yang ditanam ‘Umar r.a. Pohon-pohon itu tumbuh dengan subur, kecuali sebatang pohon yang mati. Rasulullah saw. bersabda: “Kenapa pohon yang satu ini?” Umar r.a. menjawab: “Wahai Rasulullah, sayalah yang menanamnya” Rasulullah saw. pun mencabutnya, kemudian menanaminya lagi, dan tumbuhlah dengan baik.8)

(Diriwayatkan oleh Abu ‘Ammar bin Harits al-Khuza’i, dari ‘Ali bin Husein bin Waqid, dari ‘Abdullah bin Buraidah, yang bersumber dari Abu Buraidah r.a.)

21. Abu Nadlrah al-’Aufi pernah bertanya kepada Abi Sa’id al-Khudri perihal Khatam. Inilah ceritanya:

"Aku bertanya kepada Abu Said al-Khudri perihal Khatam Kenabian Rasulullah saw. la menjawab: “Khatam itu di bagian belakang badan Rasulullah saw., merupakan daging yang menyembul".

(Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari Bisyr bin al-Wadlah, dari Abu ‘Aqil ad-Dauraqi yang bersumber dari Abu Nadlrah al-’Aufi)

22. ‘Abdullah bin Sirjis9) menceritakan pengalamannya tatkala bersama Rasulullah saw. :

"Aku datang menghadap Rasulullah saw. sewaktu beliau sedang berada di antara para shahabat-shahabatnya. Aku berkeliling sedemikian rupa di belakangnya. Rupanya beliau pun mengerti apa yang kuinginkan, maka beliau molepaskan selendang dari punggungnya, kemudian terlihatlah olehku tempat Khatam Kenabian yang berada di antara kedua bahunya sebesar genggaman tangan, di sekitarnya terdapat tahi lalat, seakan-akan kumpulan jerawat. Sebelum aku kembali, aku menghadap dulu kepada Rasulullah saw., kemudian kukatakan: “Wahal Rasulullah, semoga Allah swt. melimpahkan maghfirah-Nya kepada tuan!” Beliau pun menjawab: “Bagimu juga”. Orang-orang (yang berada) ketika itu bertanya: “Apakah Rasulullah saw. memohonkan ampunan untukmu?’ la menjawab: “Ya, dan juga untuk kalian!” Kemudian ia membaca ayat:
‘Dan mohonlah ampun karena dosamu dan mohonkanlah ampun untuk orang-orang Mu’min, laki-laki dan perempuan."(Q.S. 47 Muhammad: 19).10)

(Diriwayatkan oleh Ahmad bin al-Muqaddam "Abul Asy’ats al-’Ajali al-Bashri, dari Hammad bin Zaid dari ‘Ashim al-Ahwal, yang bersumber dari ‘Abdullah bin Sirjis)

NOTA KAKI
7) Pada suatu riwayat disebutkan bahwa tebusannya itu berupa menanam 300 pohon kurma sampai tumbuh dengan baik, ditambah dengan 40 ugia emas. Para shahabat membantu Salman dengan benih pohon kurma Rasulullah saw. sendiri ikut menanamnya, sedangkan yang menyediakan
emas adalah seorang shahabat.
Salman tak dapat mengikuti jihad Badar, Uhud dan sebagainya. la baru ikut berjihad pada jihad Khandaq. Hal itu disebabkan ia masih berstatus budak milik orang Yahudi, walaupun kala itu ia telah memeluk Agama Islam.
8) Isnadnya kuat, kecuali ‘Ali bin Husein bin Waqid yang menurut Abu Hatim, periwayatannya dhaif. Sedangkan menurut Nasai, periwayatannya tidak dipersoalkan (dapat diterima).
9) ‘Abdullah bin Sirjis al-Mizani atau disebut pula al-Makhzumi adalah shahabat Rasulullah saw. yang tinggal di Bashrah.

10) Hadits semacam ini terdapat pula dalam Shahih Muslim, bab "Keutamaan Nabi saw.", Hadits no. 2346.

SELAWAT

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.
Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."
Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."
Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."
Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.
Dengan kisah yang dikemukakan ini, diharap semua kita tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.

No comment »

jika perlu tapi BERSEDERHANALAH

" Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin "

Jika perlu marah , marahlah tetapi usah terlupa dengan perkataan sabar ; jika perlu menangis , menangislah tetapi usah terlupa dengan perkataan tenang ; jika perlu patuh , patuhlah tetapi jangan sampai hilang kemerdekaan .

Jika mahu miskin , miskinlah tetapi jangan terlalu miskin , nanti mudah menjadi kufur ; kalau mahu kaya , kayalah tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan sedekah ; jika mahu menjadi warak , lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai terlupa keperluan dunia .

Kalau mahu sebuah kereta mewah , belilah selagi mampu dan menepati keperluan semasa ; kalau mahu dua buah rumah , belilah asal jangan sampai tak tahu makna perkataan puas ; kalau mahu menimbun harta , bekerja keraslah asal jangan sampai terlupa ibadah .

Kalau mahu berhibur , berhiburlah asal tidak terlalu sakan dan menyalahi syariat ; kalau mahu memperkatakan hal orang , berkatalah asal jangan sampai mengumpat ; kalau mahu cemburu dengan kejayaan orang , cemburulah asalkan anda punberusaha kuat sepertinya .

Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya . Bersederhana dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara . Orang yang terlalu kaya kadang-kadang apabila miskin terus muflis ; orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh terus sasau ; orang yang terlalu kuat kadang-kadang apabila lemah terus tidak tidak berdaya .

Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba kepada harta ; binalah ibadah banyak-banyak tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia ; binalah kedudukan di tengah manusia tetapi jangan sampai hilang kepercayaan orang dan tercalar maruah diri .

Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untukmakan minumnya terpaksa meminta-minta . Seeloknya bersederhana dalam beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah , membuang halangan di jalanan juga ibadah , menasihati orang juga ibadah .

Orang yang bersederhana sentiasa terpandang di mata dunia . Dia tidak akan hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian. Dia terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang mulia . Berkuasanya bersederhana bagai kan pakaian yang menjadi penebat pada rasa dingin dan panas yang membakar .

Sayidina Ali r.a . berkata , " Berakhiratlah mengikut kemampuan dan janganlah menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan ."

Hendak bersedekah jangan sampai jatuh miskin ; menyimpan harta jangan sampaidigelar si bakhil , beribadah jangan sampai semakin jahil .

Kata sayidina Ali r.a . lagi , " Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang yang bersifat tawaduk dan lemah lembut ."

Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhanaan yang nyata , membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus . Jika anda impikan penghormatan manusia maka bersederhanalah dalam berbicara , berbatas-batas tatkala bergurau senda dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira .

Bersederhana adalah jawapan kepada segala-galanya .


http://virtualfriends.net/main/?frame=1

No comment »

cantik dunia akhirat

“Kecantikanmu bersinar melebihi terangnya mentari, akhlakmu semerbak melebihi harumnya kasturi, tawadhumu indah melebihi cahaya bulan purnama, dan kasih sayangmu membawa ketenangan melebihi curahan hujan.

Peliharalah kecantikanmu dengan keimanan, keridhaan, sifat qana ah, sifat iffah (menjaga diri dan kehormatan) dan busana muslimah.

Ketahuilah, perhiasanmu bukan emas, perak dan berlian. Tetapi, beberapa rakaat menjelang sahur, rasa dahaga di siang hari saat puasa mencari ridha Allah, sedekah tersembunyi yang tidak diketahui, kecuali oleh Allah, air mata hangat yang membasuh dosa, sujud panjang di atas permaidani penghambaan kepada Allah, serta rasa malu kepada Allah saat muncul kehendak jahat dan bisikan setan.

Kenakan pakaian takwa, tentu engkau menjadi wanita tercantik di dunia, meski pakaian tertambal. Pakailah baju luar yang sopan, tentu engkau menjadi wanita terindah di alam, meski engkau tidak beralas kaki. Jauhi kehidupan wanita-wanita durjana, kafir, penggoda, membuka aurat, dan menjajakan kehormatannya kerana mereka semua adalah bahan bakar neraka Jahannam. Tidak ada yang masuk ke dalamnya kecuali orang yang paling celaka. (Al-Lail:15)

Dr. ‘Aidh Al-Qarni : Kiat menjadi Wanita Paling Bahagia di Dunia & Akhirat

No comment »

HASSAN AL BANNA..namamu terus mekar mengharum.

Tanggal 12 Februari 1949 telah meninggalkan sejarah

hitam bagi gerakan Islam seluruhnya. Dunia
kehilangan seorang ulama' ulung yang mempelopori
gerkn mengemblikan Islam ke puncak kegemilangannya.
   As Syahid Hassan Al Banna belum sempat melihat Islam
didaulatkan kembali setelah kejatuhan khilafah
Othmaniyyah, tetapi beliau telah menang dalam
pertarungan mendapatkan syahid. Pemergian beliau
bukan secara kebetulan, tetapi ia merupakan
pembunuhan kejam yang terhasil daripada perancangan
musuh-musuh Islam yang berselindung di belakang Raja
Faroq.
Dua bulan sebelum kejadian, gerakan Islam yang
diasaskan oleh As Syahid Hasan Al Banna telah
diharamkan oleh kerajaan Mesir. Kesemua cawangannya
di sana yang berjumlah lebih daripada 3,000
diarahkan supaya dibubarkan dan sekiranya masih
beroperasi akan dikira sebagai pertubuhan haram,
pelampau dan pengganas.
Bukanlah suatu yang baharu bagi pemimpin Mesir
menjadi 'pak turut' kepada negara-negara Barat.
Dalam mengharamkan gerakan Islam ini, kerajaan Mesir
secara jelas mengikut telunjuk Amerika Syarikat,
Perancis dan Britain.
As Syahid Syed Qutub yang berada di Amerika ketika
pembunuhan Hasan Al Banna menceritakan bagaimana
rakyat Amerika Syarikat berpesta apabila menerima
berita kematian Hassan Al Banna.
TRAGEDI
Ketika kejadian, Hassan Al Banna berjalan
bersendirian di jalan Ramsis, Kaherah berhampiran
dengan pejabat Jam'iyatus Syubbanil Muslimin
(Persatuan Pemuda Islam). Bukti perancangan mereka
terbukti apabila jalan yang biasanya sibuk itu
menjadi lengang. Lampu-lampu jalan dipadamkan ,
semua kedai dan restoran ditutup dan tidak ada
kenderaan yang dibenarkan melalui jalan berkenaan
kecuali sebuah teksi yang beberapa kali
berulang-alik mencari 'sesuatu.'
Oleh kerana tiada kenderaan lain, Imam Al Banna
menahan teksi berkenaan untuk pulang ke rumahnya.
Dengan tidak disangka-sangka, sebaik sahaja teksi
berkenaan berhenti di hadapan beliau, tubuh beliau
terus dirobek oleh peluru-peluru yang dimuntahkan
oleh senjata pemandu teksi berkenaan.
Bagi menyempurnakan lakonan sendiwara seterusnya,
Imam Al Banna di bawa ke Hospital Al Qasrul Aini. Di
hospital berkenaan, dengan arahan daripada Raja (Al
Malik) Faroq, Imam Al Bana di tinggalkan
bersendirian tanpa diberi rawatan kecemasan
hinggalah beliua menghembuskan nafasnya yang
terakhir. Tarikh 12 Februari, lebih 53 tahun yang
lalu menjadi saksi pembunuhn kejam dan terancang
pihak berkenaan ke atas imamul-jihad, As Syahid
Hasan Al Banna.
Bukti Perancangan semakin terserlah apabila pada
4/7/49 kerajaan Al Malik Faroq mengisytiharkan
anugerah khas kepada konspirator utama yang
merancang pembunuhan berkenaan, iaitu ketua di
jabatan siasatan jenayah Kementerian Dalam Negeri,
Amir Mahmud Bek Abdul Majid dan pemandu serta
pemilik teksi berkenaan.
Mereka dianugerahkan elun khas di atas 'jasa dan
kesungguhan berkhidmat memastikan keamanan negara.'
TEKANAN
Bergembiralah musuh-musuh Islam dengan kejayaan
mereka membunuh pengasas gerakan Islam pertama di
dunia selepas kejatuhan khilafah Othmaniyyah.
Dengan kejayaan mereka membunuh Imam Al Banna, maka
bertambahlah tekanan demi tekanan ke atas
pengikut-pengikut serta anak-anak murid Imam Al
Banna. Mereka mencari anggota Ikhwanul Muslimun dari
rumah ke rumah serta memenjarakan mereka.
Rumah As Syahid Imam Al Banna tidak terkeculi
daripada pemeriksaan. Bahkan mereka mengadakan
kawalan khas di sekeliling rumah berkenaan selama
dua tahun. Sesiapapun tidak dibenarkan menghubungi
keluarga Imam Al Banna. Sesiapa yang cuba
menghubungi keluarga berkenaan akan ditangkap dan
dipenjarakan.
Talian telefon di rumah berkenan dipotong. Tidak
cukup dengan itu, mereka akhirnya mengelurkan arahan
supaya rumah berkenaan dirobohkan dengan alasan
ianya sudah usang dan dibimbangi akan membahayakan
orang ramai, sedangkan rumah berkenan masih dalam
keadaan elok.
Kebimbangan mereka ke atas dakwah Ikhwan ternyata
sekali apabila jenazah As Syahid tidak dibenarkan
diiringi oleh sesipapun di kalangan lelaki. Jenazah
beliau diiringi oleh para malaikat dan kaum ibu ke
kubur. Lelaki yng mengiringi beliau hanyalah
bapanya, Imam Abdul Rahman Al Banna dan Syeikh
Makram Abid.
Teknan ke atas anggota-anggota Ikhwan berterusan
walaupun Al Malik Faroq sudah tidak berkuasa lagi di
bumi Mesir. Tahun-tahun 1954, 1065 dan 1981 telah
merakamkan seribu satu macam kengerian di atas
penyiksaan yang dikenakan ke atas anggota Ikhwan.
Ramai ulama' dibunuh ditali gantung. Tidak kurang
juga yang disiksa dengan pelbagai jenis penyiksaan
di dalam penjara yang tidak diketahui di mana
letaknya.
GAGAL
Musuh-musuh Islam menyangka mereka berjaya menyekat
dakwah Islmiyyah dengan membunuh Imam Al Banna dan
menekan pengikut-pengikutnya. Sebaliknya kehendak
Allah mengatasi segala-galanya.
Dakwah Islmiyyah ini semakin tersebar ke seluruh
pelusuk dunia. Di sebahagian besar negara Arab
kemudiannya ditubuhkan cawangan Ikhwnul Muslimun. Di
Turkey ditubuhkan Refah Partisi. Di India, Pakistan
dan Bangladesh ditubuhkan Jamaat-E-Islami. Di
Malaysia ditubuhkan Hizbul Muslimin yang kemudiannya
diharamkan oleh Inggeris dan digantikan dengan Parti
Islam Se-Tanah Melayu (PAS). Di Indonesia, umat
Islam menubuhkan Mayumi. Di Palestin di tubuhkan
Hamas dan begitulah seterusnya. Parti dan gerakan
Islam satu demi satu bercambah hasil daripada
'biasan sinar dakwah' Imam Al Banna rahimahullah.
MENGAPA DIBUNUH?
Rami berpendapat, Imam Al Banna tidak akan dibunuh
jika beliau tidak menyertai jihad menentang Israel
pada 1948. Mana mungkin imamul-jihad ini berdiam
diri melihat Yahudi meratah-ratah daging saudaranya
di bumi Isra'. Sebab itulah beliau menyandang
senjata dan mengerahkan umat Islam supaya berjihad,
menyahut seruan Allah di dalam Al Quran.
Maka 'jihad'lah yaang menjadi punca kemarahan
musuh-muuh Islam. Sebelum itu mereka tidak begitu
gentar terhadap dakwah Imam Al Banna.
Dakwah yang dilakukan oleh beliau di Mesir adalah
dakwah yang penuh dengan hikmah; mengajak manusia
kembali kepada Allah, melaksanakan perintah Allah
dan meninggalkan larangannya. Hasan Al Banna tidak
pernah mengkafirkan sesiapa sesuka hati. Tidak
pernah mengarahkan sesiapa melakukan pembunuhan ke
atas pemimpin-pemimpin tertentu dan tidak pernah
merancang untuk menggulingkan kerajaan secara
kekerasan.
Dakwah sebegini lazimnya tidak mengundang sebarang
tindakan negatif pihak musuh. Tetapi sebaik sahaja
melihat kejayaan beliau mengajak umat Islam Mesir
menyerti peperangan terhadap penjajah Israel di bumi
Palestin, maka musuh-musuh Islam merasa gerun.
Mereka bimbang, orang yang mampu mempengaruhi orang
ramai ini akan menumbangkan kuasa mereka suatu hari
kelak. Peritiwa ini seakan-akan sama dengan
peristiwa Singapura diserang todak. Budak yang
berjaya menyelamatkan Singapura daripada diserang
todak itu akhirnya dibunuh kerana dibimbangi
kepintarannya itu akan menyebabkan kuasa raja
tumbang suatu hari kelak.
JASA 1948
Betapa besarnya jasa Imam Al Banna dalam
menggerakkan umat Islam berjihad menentang Yahudi!
Dalam keadaan umat Islam terlena dibuai mimpi-mimpi
indah, beliau menyedarkan mereka supaya bangkit dan
menghalau penjajah di Baitul Maqdis.
Mereka bangkit dan berada di barisan hadapan daripda
pasukan tentera Mesir ketika itu. Dengan semangat
jihad yang kental yang ditanam oleh Imam Al Banna
mereka melangkah gagah dan hampir setiap pertempuran
menyaksikan kemenangan berpihak kepada mereka.
Ketika mereka sudah berada dipinggir Tel Aviv,
kerajaan Mesir memanggil pulang. Dan apabila pulang,
mereka dapati pemimpin mereka, Imam Al Banna telah
dibunuh dengan kejam.
Bahkan mereka yang pulang itu pula ditangkap dan
dipenjarakan.    inilah antara kisah hassan al-banna...      

No comment »

selamat pengantin baru

salam…

hari nih berlangsungnya majlis perkahwinan abang bob..moga bahagia Insya Allah…

untuk kawan lama..anak tok imam yang slalu duk nyakat aku dulu tu..sama2 ngaji Al-Quran…budak nakal tak sangka dan nak jadik suami orang dah..huhu…shahid..selamat pengantin baru gak..

buat dayang zawinie bt isma yatim..selamat bertunang pada 21oktober nih..diam2 berisi rupenyer…hai..dulu sama2 maen masak2..main aci sembunyi..naik bus gi sekolah sama2…kayuh basikal p ngaji Al Quran kat rumah tok imam…dah nak tunang dah dia…cepat2 lah kawen…nak gi jadik pengapit…hehe..moga dapat berkat..huhu..

saper lagik ek..tu je kot…kalo ada yang nak mendirikan rumah tangga tu bagitau la yer…

wassalam…

No comment »

salam lebaran…

salam…

hari yang mulia dah menjelang hampir seminggu…tak lama lagik exam final..doakan segalanya mengikut perancangan dan moga keizinan ALLAH bersama dengannya…

4 ol those readers yang banyak bagi comment di emel saya 4 this weblog, thankz a lot..moga perkongsian saya yang tak seberapa nih berguna untuk sahabat2 di luar sana…segala kekurangan mohon dimaafkan dan moga ALLAH beri kekuatan untuk menambah baikan kelemahan yang ada…

after dis final exam, Insya Allah settle semua subjek n KMC, bumi kenyalang akn aku tinggalkan..dan datangnya aku kembali ke sini untuk mengutip hasil setelah 4 tahun berjuang mengerah keringat..4 tahun yang terlalu singkat dirasakan bila bersama teman2…tapi terlalu panjang dilalui pabila berjauhan dari keluarga tercinta…

pesan dari teman ayah…lekaslah pulang ke kampung halaman..huuhu..mmg tak sabar nak berbakti pada negeri tercinta tapi rezeki segalanya ketentuan Tuhan..akn kuterima seadanya selagi ‘perjuangan’ ku tak terkandas…perjuangan apa???perjuangan kita selaku hamba…

sempena hari yang bahagia n mulia nih…maaf yang terucap kepada kenalan rapat…rakan seperjuangan…dalam kelas, luar kelas,sahabat jemaah, dan semua yg dikenali..ikatan hati yang terbina tak mudah untuk dilupai…kenangan manis, pahit,gembira, sedih, senyum, tangis pasti kekal dalam ingatan…moga hilang segala dendam, cemburu, iri hati, dan sifat mazmumah yang lain…

buat teman2 yang pernah dilukai, sama ada dengan tutur kata atau tindakan…maaf atas keterlanjuran dan sifat terus terang yang ada…hehe…terkadang laser sikit…biasa la kan…huhu…

banyak perubahan yang berlaku…tapi moga semuanya membawa kita kepada kekuatan untuk mengenal kehidupan..

bulan Syawal kali ni memberikan banyak kenangan yang tak terduga…meninggalkan cebisan memori yang akan terus mengharum…moga semuanya dalam keberkatan DIA…

moga bahagia kita, derita kita, senyum kita, tangis kita tak terlepas daripada keredhaan-Nya…ameen…

wassalam…

No comment »