Archive for July, 2007

Rejab bulan ALLAH

 

Rejab adalah bulan Allah swt. Lets overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.

Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:?

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt 

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1428/Isra Mi’raj (Sabtu, 11 Ogos 2007) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa 

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt 

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (16,17,18 Julai 2007) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat 

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah 

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga 

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi "Pada malam Mi’raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad
sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita "Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

p:s Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara

No comment »

MONOLOG SEORANG PEJUANG

untuk sahabat2 n kakak2 jemaahku yang bakal melangsungkan pernikahan bersama pejuang agama…renungkan =)

MONOLOG SEORANG PEJUANG

(Khas buat insan teristimewa dalam hidup ini… dan juga isteri-isteri pejuang… serta bakal isteri seorang pejuang)

Isteriku….

Apabila kusentuh telapak tanganmu…

Ku usap-usap,ianya semakin kasar dan keras….

Apabila kurenung wajahmu….

Terpancar sinar bahagia dan ketenangan walaupun kutahu…

Redup matamu menyimpan satu rintihan yang memberat….

Apabila kutersentak dari pembaringan dikala fajar kazib menyinsing…

Aku terpana dek munajatmu yang syahdu.

Isteriku…

Tatkala teman-temanmu sedang bersantai di samping…

Insan-insan tersayang di dunia ciptaan mereka..

Engkau bahagia mengorbankan seluruh detik-detikmu….

Hanyasanya untuk Islam…

Tatkala lengan-lengan mereka dibaluti…

Pelbagai hiasan yang indah…

Leher-leher mereka memberat dilingkari dengan kilauan barang kemas…

Pakaian-pakaian mereka anggun persis puteri kayangan…

Wajah mereka dipalit pelbagai warna dan jenama…

Kau umpama ladang ummah…

Kau menginfa’kan seluruh jiwa dan raga demi kebangkitan Islam…

Kau tak pernah bersungut-sungut, mengeluh, meminta-minta mahupun mengadu domba…

Tatkala mereka berlumba-lumba mengejarpangkat dan nama..

Kau gah menjulang nama dengan pengaduanmu di sisi yang Esa…

Isteriku….

Bukan aku tidak mampu membelikan barangan dan hiasan-hiasan tersebut…

Tetapi isteriku…

Aku masih ingat tatkala aku menyuntingmu untuk dijadikan suri dan seri kamar hatiku….

Kau melafazkan, “Saya sudi menjadi sayap kiri perjuangan saudara tetapi dengan syarat…”..

Kau tersenyum sambil menghela nafas dalam-dalam….

Aku termangu sendirian… Syarat apakah itu? Banglokah? Hantaran seribu serba satukah? Kereta mewahkah? Aksesori Habib Jewels kah? Barangan kulit Bonia kah? Perabot mahal dari Itali kah?… Atau honeymoon di Kota Paris kah?..

Katakan…Aku mampu memberikan…

Lamanya kau mengumpul kekuatan untuk berkata…

Akhirnya… Arghhh… Permintaanmu itu… Pasti ditertawakan oleh kerabat dan teman-teman kita… Aku tergamam serta Kelu…

Dengan penuh keyakinan kau berkata.. “Saudara , Mampukah saudara menjadikan saya sebagai isteri yang kedua saudara?….

Mampukah saudara menjadikan Islam sebagai isteri pertama saudara yang lebih perlukan perhatian?…

Mampukah saudara meletakkan kepentingan Islam melebihi segala-galanya termasuklah urusan-urusan dunia?…

Mampukah saudara menjual diri saudara semata-mata kerana Islam?..

Mampukah saudara berkorban meninggalkan kelazatan dunia?…

Mampukah saudara menjadikan Islam laksana bara api….

Saudara perlu menggenggamnya agar bara itu terus menyala…

Mampukah saudara menjadi lilin yang rela membakar diri untuk Islam..

Bukannya seperti lampu kalimantang yang bisa di’on’kan bila perlu dan di’off’kan bila tidak….

Mampukah saudara mendengar hinaan yang bakal dilontarkan kepada saudara kerana perjuangan saudara….

Dan… mampukah saudara menjadikan saya isteri seorang pejuang yang tidak dimanjai dengan fatamorgana dunia?…

Aduh! Banyaknya syarat-syarat itu isteriku…

Namun aku menerima syarat-syarat tersebut kerana aku tahu.. Jiwamu kosong dari syurga dunia…

Kerana aku tahu kau mampu mengubah dunia ini dengan iman dan akhlakmu..

Bukannya kau yang diubah oleh dunia…

Isteriku..

Akhirnya jadilah engkau penolong setiaku sebagai nakhoda mengemudi bahtera kehidupan kita…

Susah senang kita tempuh bersama…

Aku terharu dengan segala kebaikanmu…

Kau jaga akhlakmu… Kau pelihara maruahmu selaku muslimah…

Kau tak pernah mengeluh apabila sering ditinggalkan dek tugasku menjulang Islam ke persada agung….

Kau jua sanggup menyekang mata menungguku sambil memberikan aku suatu senyuman terindah di ambang pintu tatkala aku pulang lewat malam….

Malah kau seringkali meniupkan semangat untuk aku terus thabat di pentas perjuangan ini….

Kau tabur bunga-bunga jihad walaupun kita masih jauh dengan haruman kemenangan…

Isteriku.. Tangkasnya engkau selaku suri…

Biarpun kau jua sibuk bersama mengembleng tenaga selaku sayap kiri perjuanganku..

Kau jaga teratak kita dengan indahnya…

Kau siraminya dengan wangian cinta dan kasih sayang….

Kau tak pernah menjadikan kesibukanmu itu untuk kau lari dari amanahmu meskipun jadualmu padat dengan agenda-agenda bersama masyarakat dan kaum sejenismu….

Cekalnya engkau mendidik anak-anak…

Kau kenalkan mereka dengan Allah, Rasul SAW, Ahlul Bait serta para pejuang Islam…

Kau titipkan semangat mereka sebagai generasi pelapis jundullah… Kau asuh mereka membaca Al Quran…

Malah kau temani mereka mengulangkaji pelajaran dikala menjelangnya peperiksaan…

Isteriku…

Barangkali inilah kebenarannya ungkapan keramat Al Khomeini…

Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia…

Andai Saidatina Fatimah binti Rasulullah SAW masih ada..

Pasti beliau tersenyumbangga kerana masih ada srikandi Islam… SEPERTIMU….WAHAI ISTERIKU..

Wallahu A’lam..

No comment »

MUHD HAKIMI

SALAM…

nama saper tu ek…hehe..nama anak sedara aku yang baru lahir tu…aku hadiahkan dia nama tu..Alhamdulillah dah di’approve kak liza n bang din..moga kebijaksanaannya akan membela islam..moga kebijaksanaannya mampu membezakan dosa pahala, halal haram dan baik buruk…moga kebijaksanaannya takkan membenarkannya tertipu dengan lakonan dunia…ameen…

muhd zarith luqman, nur liyana, muhd faiz dan muhd hakimi….maksu doakan kebahagiaan semua dunia akhirat…ameen..

No comment »

beautiful hand

Some girls were boasting about their beautiful hands.
One of them dipped her hands in the sparkling water and the drops of water looked like diamonds dropping from her palms.

“See what beautiful hands i have!” she said, and held up her hands for the others to admire. Her hands were very soft and white, for she had never done anything but wash them in clear, cold water.

Another girl crushed some strawberries in her palms. The juice ran through her fingers and they turned as pink as sunrise.

She, too, boasted,”See what beautiful hands I have!” Her hands were very pink and soft, for she had done nothing but wash them in strawberry juice every morning.

Another girl crushed some violets in her hands until they smelled like perfume. “See what beautiful hands I have!” she said proudly. Indeed her hands were very soft and sweet smelling, for she had done nothing but wash them in violets every morning.

The fourth girl did not show her hands but put them on her lap.

An old woman came down from the road and stopped before the girls. All three girls showed her their hands and asked her to name the one with the most beautiful hands. She shook her head at each one and then asked to see the hands of the fourth girl.

“Oh, these hands are clean, indeed,” said the old woman as she held the hands of the shy fourth girl,”but they are hard and rough from toil. These hands have been helping Mother and Father wash and dry the dishes, and sweep the floor, and wash the windows, and weed the garden

These hands have been taking care of the baby, and carrying hot tea to Grandma, and showing little brother how to build his blocks and fly his kite. Yes, these hands have been busy making the house a happy home, full of love and care.”

Then the old woman fumbled in her pocket and brought out a ring set with sparkling diamonds, with rubies redder than strawberries, and turquiose bluer than violets.

“Here, wear this ring, my dear,” she said to the fourth girl. “You deserve the prize for the most beautiful hands, for they have been the most beautiful.”

~love stories of a different kind

No comment »

kembali seperti biasa

salam…

2 bulan cam 2 hari jer…pejam celik dah nak masuk u balik..ermm…mengulangi rutin yang sama…melangut kat lcct nih lagik but dis time without tikah, koki, fati or zu…juz me n myself…sorang mamat tiba2 cakap arab dengan aku…adesss…nganga la jawabnyer…ingat aku orang arab ke aper…senyum je la..aku pun speaking la even broken2 tak sudah…huhuh…

flite p sarawak kol 3.35…ermm…lambat lagi..sekarang baru 11.30…baby tak kuar hspital lagik..Insya Allah hari nih..tengah tunggu doktor bg recent result…tak sempat nak jumpa…takde rezeki…

buat teman2..kembali berjuang…semangat baru n tekad yang jitu…moga hari nih lebih baik dari semalam n esok lebih baik dari hari nih…jangan tinggalkan sejarah silam sebab kekadang kita perlu mengenang segala kesakitan untuk lebih bersyukur pada masa depan…

11.30

lcct

10july2007

No comment »

baby…

salam…

alhamdulillah 2 july 2007 yang lepas lahirlah anak sedaraku even over due date seminggu..3.7kg..macam budak usia 2 bulan..tapi kmarin baru masuk wad sebab demam kuning…high level la gak..18…kalo 20 tu kritikal..sepatutnya dalam 12 tu normal la…dah leh kuar hospital..menurut Dr.Liza merangkap kak aku…korang kena tau gak benda nih…maklumla nanti korang n aku pun nak jadik mak bapak gak..heheh

doakanla baby leh kuar b4 selasa nih..kalo tak, tak sempatla aku p tengok dia sbb wad tu juz bagi parents jer masuk melawat…erm…sedih hatiku..nak gak jumpa b4 fly balik sarawak..huhu…

tahniah utk kak liza n bang din…cahaya mata ketiga…moga baby jadik mujahid sejati..Insya ALLAH…

No comment »

result dah keluaqqqq!!!

salam…

wahwahwah…result dah keluar…ader yang dapat dean list tu tahniah la…budak kaunseling boleh!…yeahhhh…aku tersasar dari sasaran…huhu.labour law nih tarik pointer ler..erm..tapi Alhamdulillah tak truk sangat bagai yang disangka..ohohoh….ALhamdulillah tak dapat 3.49..kalo tak,sure frust dasat…hehe…positive thinking..husnudzon…yang seangkatan dengan aku tu, kita usaha lagik sem depan…Insya Allah…

sebanyak mana usaha anda, sebanyak itulah hasilnya…sebanyak mana doa anda…sebanyak itulah pertolongan dari-Nya..selamat menempuh sem baru…moga ilmu kita diberkati Illahi..niat yang bersih Insya Allah membuahkan ketenangan dan ganjaran dunia akhirat…Insya Allah…

No comment »