Archive for June 22, 2007

kifarah

salam…
lama gak aku tak update weblog nih….demammmm panas…bnyak dosa la tu..ish2..hope dah berkurang la…hehe…darah puteh kurang..so, virus tanpa membuang masa terus menyerang..asyik update antivirus laptop jer…lupa nak update antivirus diri sendiri….haha.sonok tol kak aku cucuk amek darah aku…

program orientasi fom 6 dah settel…lega hati eden…juz nak continue dengan session lak…permudahkanlah urusan kami Ya ALLAH…lancarlah hendaknya everything…ameen…

No comment »

isteri solehah

Isteri yang solehah,dialah qanaah
Yang tahu hari tak selalu cerah tapi
dia tak berubah

Isteri yang solehah itu tidak harus
kaya
Kalau pun kaya alhamdulillah
Dia juga tidak harus cantik
Kalau pun cantik itu hadiah
Isteri yang solehah itu adalah qanaah
Senangnya berada di rumah
Keluar rumah pun hanya dengan bersama
suaminya
Dia tahu bahan makanan telah mengalami
kenaikan harga
Dan dia tidak menyusahkan suaminya
dengan menuntut bermacam-macam

Ada juga wanita yang bekerja di luar
rumah
Tetapi yang solehah
Dia ingin berhenti kerja
Kalau itu yang dimahukan suaminya
Dan tetap bekerja kalau suaminya
meredhainya

Kau mungkin bingung
Bagaimana mungkin untuk mendapatkan
wanita solehah
Bukankah telah ku katakan tadi
Yang solehah adalah yang qanaah
Sedangkan qanaah itu tidak terzahir di
mata

Yang jelas, tidak susah mencari yang
cantik
Kerana yang cantik seperti bintang di
langit
Mungkin sudah ketemu bahkan dalam
gelap malam
Tetapi sedarilah dia tidak mudah
dijangkau tangan
Ketika itu kau mungkin melihatnya
berkilau
Tetapi sedarilah ketika siang dia
menghilang

Tetapi yang solehah itu
Seperti mutiara di dasar lautan
Tak selalu putih
Terkadang terbungkus lumut
Di dalam cangkaknya dia tetap di situ
berada
Menjaga diri dan tidak mudah tergoda

Kau mungkin harus menyelam untuk
menemukannya
Tapi kau akan tahu betapa berharganya
dia
Tatkala kau mendapatkannya

No comment »