Archive for June, 2007

dengarkan…adikku

“Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu, asyik berteman tangis dan sendu sahaja.”

Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia; “wahai adikku. Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya. Tapi disitulah wahai adikku, kekuatan utuh x ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. Tangis sendunya wanita itu wahai adikku, bisa meleburkan ego seorang lelaki… menjadi ‘izzah’ yg plg gah bahkan lebih gah dr egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya wanita itu, Musa a.s terselamat dr kekejaman Firaun. Duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah, tp senjata.”

Si adik tidak berpuas ati. Lalu dipertikaikan lagi…
“Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia.”
Tersenyum sang bidadari berwajah manusia.

“Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pd hambanya? Wahai para lelaki yg beriman, tundukkanlah pandanganmu. Lalu Allah berfirman lagi antaranya bermaksud, wahai para wanita yg beriman, tundukkanlah pandanganmu, dan tutuplah auratmu. Lantas cuba adik nilai, pd siapa terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya? Pada hamba yg bergelar ar-Rijal. Kerana, andai sang lelaki menjaga pandangannya, maka tidak
mungkin terlihat akan wanita yg menjadi fitnah pd dirinya. Dan tidak ALLAH lupakan pesanan buat wanita, agar memelihara auratnya kerana disitu lah kehormatannya. Sesungguhnya para wanita-wanita syurga bergelar Hurun ‘Ain itu, mereka tidak memperlihatkan diri mereka kecuali pd para suami mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita2 yg suci. Namun… wanita yg beriman itu, kata Rasulullah, lebih tinggi
martabatnya! Bukan fitnah semata-mata jikalau ar-Rijaal dan an-Nisa’ sama2 mematuhi pesanan Ilahi itu! Sesungguhnya wanita yg beriman yg solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yg soleh.”

Adik masih x puas ati.
“Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi peragaan? Tidakkah mereka merasa malu??”

Sang bidadari berwajah menguntum senyum penuh makna. Adus, semakin terasa mendalam kasih sayang pd penghuni jannah ini!

“Wahai adikku sayang. Al-Haya’ itu dalam diri setiap insan. Wujudnya seiring dengan nafas insani. Dan al-Haya’ itulah pakaian iman. Pada diri wanita itu, indah al-Haya’ sebagai pembenteng diri. Namun, bila mana al-haya nya lebur, imannya runtuh. Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan? Kerana mereka sebenarnya paranoid. Merasakan diri
tidak cukup menarik… merasakan belum cukup lagi dunia melihat diri mereka. Mereka sebenarnya golongan yg kalah dr segi psikologi. Namun adikku… wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dr perbuatan murahan itu.”

Adik garu2 kepala.
“Jadi kakak, masih adakah wanita yg solehah didunia ini? Bagaimana hendak adik kenali mereka

Sang bidadari tersenyum lagi. Hati terdetik moga ALLAH merahmati mujahid kecil ini. Berjihad dalam dunianya sendiri.”Wahai adikku. Di zaman Rasulullah, diperintahkan wnaita2 yg beriman itu untuk menutupi aurat mereka, dengan itu mereka mudah dikenali sebagai wanita yg bermaruah. Maka demikianla adikku menilai mereka. Tp perlu juga dilihat pd hatinya… pd akhlaknya…

Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yg solehah dan yg toleh. Namun adikku… jgn dikau cemuh wanita yg toleh itu… kerana dlm hati2 mereka, tetap ada satu permata indah… perasaan cinta pd ALLAH… Kerana fitrah cinta pd Rabb itu sentiasa ada dlm jiwa insan. Adikku, mereka ini, tetap punyai keinginan utk kembali pd jalan yg mereka th hak ALLAH. Cuma kadang2 term solehah itu terasa berat di bahu mereka… Kadang mereka takut pd persepsi wara dan alim. Sedangkan itu cumalah persepsi. Hakikatnya, wara’ itu
bermaksud menjaga.

Maka sesiapa sahaja yg menjaga adalah wara’. Alim itu maksudnya mengetahui. Barangsiapa yg berilmu maka dia adalah alim dlm bidangnya. Persepsi yg salah pd dua perkataan ini menjadikan mereka takut untuk berubah kepada stage yg lebih baik. Kerena begitulah persepsi masyarakat. Sedangkan mereka alpa… ALLAH tidak menjadikan makhluk (ciptaan) ini tanpa tujuan dan garis panduan. ALLAH tidak zalim kepada ciptaanNYA. bila mana dia menciptakan hawa itu dari
rusuk adam… Dia telah mengetahui apakah sebaik2nya buat makhluk bergelar Hawa ini… Ditinggikan martabat golongan HAWA ini… Tapi sayang… golognan HAWA ini kadang2 merendahkan martabat mereka yg ALLAH jdkan penuh kemuliaan…

Wahai adikku… 1001 keindahan penciptaan wanita.
Pandai2lah dikau menilai… antara permata dan debu2 kilauan pasir. Wahai adikku… Wanita ibarat epal. Epal yg x berkualiti.. . amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah… Tapi epal yg tak mampu dibeli, ia berada di puncak. Susah dipetik, susah di gapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia
merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya.

Sebenarnya.. epal itu terlalu tinggi… elok sifatnya… sehinggakan tiada siapa yg berani memetiknya. Hanya pemuda yg benar2 hebat sahaja bisa memperolehinya. .. Mungkin bukan di dunia… tp mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya bukan di dunia… asalkan cinta ILAHI mengiringinya. .. tak semestinya dipetik di taman dunia rite? Tp lebih bermakna bile ALLAH sendiri yg mengarahkan hamba yg disayanginya utk memetik di taman akhirat kelak.”

Adik terpaku sendiri. Mungkin membayangkan sepohon epal yg besar dengan buah2 epalnya yg kemerahan??

Sang bidadari lalu bangkit. Bicaranya sudah berakhir buat masa kini. Pasti kan dia sambung perbualannya dengan penghuni syurga ini. Wahai adikku… sungguh tulus bersih jiwamu. Benarlah kata ALLAH swt, kamu kanak2 adalah
penghuni2 syurga!

Alangkah bertuah dirimu adik… Dan aku? Hanya bidadari berwajah manusia… berhakkah menjadi bidadari syurga? Wallahu’alam.

No comment »

bila air mata mula bicara

MENANGISLAH DI SINI SEBELUM MENANGIS DI SANA

Detik waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan .Nyaring
berkumandang menyaring segala suara yang menyapa telinga ibu.Lonjak hatinya
memuncak gembira penawar sakit dan lesu. Lalu bermulalah sebuah kehidupan
yang mewarnai bumi berpenakan hati, berdakwatkan air mata.

Air mata adakalanya penyubur hati,penawar duka. Adakalanya buih kekecewaan
yang menyempit perasaan , menyesak kehidupan. Air mata seorang manusia
hanyalah umpama air kotor diperlimpahan. Namun setitis air mata kerana
takutkan ALLAH persis permata indahnya gemerlapan. Penghuni Syurga ialah
mereka yang banyak dukacitanya di dunia.

Tidak berkumpul dua perkara dalam satu masa.Barangsiapa gembira di dunia
akan berdukacita di akhirat.Barangsiapa yang banyak dukacitanya di dunia
akan gembira di akhirat.

Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat menangis
kerana dunia yang datang.

Alangkah sempitnya kuburku,keluh seorang Abid.
Alangkah sedikitnya hartaku,kesal si hartawan.

Dari mata yang mengitai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus,mengalirlah
air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang
dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan.

"Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang."
(al- Hasr: 20)

Tangis adalah basahan hidup,justeru:
Hidup dimulakan dengan tangis, dicelahi oleh tangis dan diakhiri dengan
tangis.Manusia sentiasa dalam dua tangisan.Sama ada yang membawa untung atau
merugikan.

Sabda Rasulullah s.a.w.

"Ada dua titisan yang ALLAH cintai,pertama titisan darah para Syuhada dan
titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH."

Nabi Muhammad bersabda lagi :
"Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali."

Oleh itu berhati-hatilah dalam tangisan,kerana ada tangisan yang akan
mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia
untuk selama-lamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih
baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan
bertakhta.

Nabi bersabda :
"Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih,lebih ALLAH sukai dari satu
kebaikan yang menimbulkan rasa takbur."

Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulamak
dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras
hati dan perasaannya.

Nabi Muhammad bersabda :
"Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit
ketawa."

Seorang Hukama pernah bersyair :
"Aku hairan dan pelik,melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan
menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan. "

Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal,takut- takut tidak diterima
ibadatnya,kita ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan. Lupakah
kita Nabi pernah bersabda :
"Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa,akan dicampakkan ke neraka dalam
keadaan menangis."

Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau yang
kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.
Namun,Allah s.a.w. telah berfirman :
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu,pada hal ianya amat buruk bagimu. ALLAH
mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
(AL BAQARAH : 216)

Bukankah Nabi pernah bersabda:
"Neraka dipagari nikmat,syurga dipagari bala."

Menangislah wahai diri,agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana
engkau belum tahu, nasibmu dipuak kanan atau dipuak kiri.Di sana,lembaran
sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya
bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan. Kenangilah,
sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis
bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat.
Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata
:

"Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang
itu."

Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya :
"Kenapa engkau menangis?"
"Aku tidak mempunyai anak lagi untuk dihantar berperang,"jawabnya .

Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita
rupawan. Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup,lalu
berkata :
"Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu."

Ibnu Masud r.a.berkata :
"Seorang yang mengerti al Quran dikenali waktu malam ketika orang lain
tidur,dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika
orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya
di waktu orang lain berbicara, khusuknya di waktu orang lain berbangga,
seharusnya orang yang mengerti al Quran itu tenang,lunak dan tidak boleh
menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah.

Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur :
"Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami,kubur di
hadapan kami,kiamat itu janjian kami,neraka itu memburu kami dan perhentian
kami ialah ALLAH."

Menangislah di sini,sebelum menangis di sana!!!… … … … .

__._,_.___

.


__,_._,___

No comment »

kifarah

salam…
lama gak aku tak update weblog nih….demammmm panas…bnyak dosa la tu..ish2..hope dah berkurang la…hehe…darah puteh kurang..so, virus tanpa membuang masa terus menyerang..asyik update antivirus laptop jer…lupa nak update antivirus diri sendiri….haha.sonok tol kak aku cucuk amek darah aku…

program orientasi fom 6 dah settel…lega hati eden…juz nak continue dengan session lak…permudahkanlah urusan kami Ya ALLAH…lancarlah hendaknya everything…ameen…

No comment »

isteri solehah

Isteri yang solehah,dialah qanaah
Yang tahu hari tak selalu cerah tapi
dia tak berubah

Isteri yang solehah itu tidak harus
kaya
Kalau pun kaya alhamdulillah
Dia juga tidak harus cantik
Kalau pun cantik itu hadiah
Isteri yang solehah itu adalah qanaah
Senangnya berada di rumah
Keluar rumah pun hanya dengan bersama
suaminya
Dia tahu bahan makanan telah mengalami
kenaikan harga
Dan dia tidak menyusahkan suaminya
dengan menuntut bermacam-macam

Ada juga wanita yang bekerja di luar
rumah
Tetapi yang solehah
Dia ingin berhenti kerja
Kalau itu yang dimahukan suaminya
Dan tetap bekerja kalau suaminya
meredhainya

Kau mungkin bingung
Bagaimana mungkin untuk mendapatkan
wanita solehah
Bukankah telah ku katakan tadi
Yang solehah adalah yang qanaah
Sedangkan qanaah itu tidak terzahir di
mata

Yang jelas, tidak susah mencari yang
cantik
Kerana yang cantik seperti bintang di
langit
Mungkin sudah ketemu bahkan dalam
gelap malam
Tetapi sedarilah dia tidak mudah
dijangkau tangan
Ketika itu kau mungkin melihatnya
berkilau
Tetapi sedarilah ketika siang dia
menghilang

Tetapi yang solehah itu
Seperti mutiara di dasar lautan
Tak selalu putih
Terkadang terbungkus lumut
Di dalam cangkaknya dia tetap di situ
berada
Menjaga diri dan tidak mudah tergoda

Kau mungkin harus menyelam untuk
menemukannya
Tapi kau akan tahu betapa berharganya
dia
Tatkala kau mendapatkannya

No comment »