surat terbuka…
Surat Terbuka Untuk Ikhwan Fillah
Malam telah larut terbentang. Sunyi. Dan aku masih berfikir tentang
dirimu, akhi. Jangan salah sangka ataupun menaruh prasangka. Semua
semata-mata hanya untuk muhasabah terutama bagi diriku, makhluk yang
Rasulullah SAW sinyalirkan sebagai pembawa fitnah terbesar.
Suratmu sudah kubaca dan disimpan.
Surat
yang membuatku gementar.
Tentunya kau sudah tahu apa yang membuatku nyaris tidak boleh tidur
kebelakangan ini.
“Ukhti, saya sering memperhatikan anti. Kalau sekiranya tidak
dianggap lancang, saya berniat berta’aruf dengan anti.”
Jujur kukatakan bahawa itu bukan perkataan pertama yang dilontarkan
ikhwan kepadaku. Kau orang yang kesekian. Tetap saja yang `kesekian’
itu yang membuatku diamuk perasaan tidak menentu. Astaghfirullahaladz
im. Bukan, bukan perasaan melambung kerana merasakan diriku begitu
mendapat perhatian. Tetapi kerana sikapmu itu mencampak ke arah
jurang kepedihan dan kehinaan. `Afwan kalau yang terfikir pertama
kali di benak bukannya sikap memeriksa, tapi malah sebuah tuduhan: ke
mana ghaddhul bashar-mu?
Akhifillah,
Alhamdulillah Allah mengurniakan dzahir yang jaamilah. Dulu, di masa
jahiliyah, kurniaan itu sentiasa membawa fitnah. Setelah hijrah,
kufikir semua hal itu tidak akan berulang lagi. Dugaanku ternyata
salah. Mengapa fitnah ini jesteru menimpa orang-orang yang kuhormati
sebagai pengemban risalah da’wah? Siapakah yang salah di antara kita?
####
“Adakah saya kurang menjaga hijab, ukh?” tanyaku kepada Aida, teman
sebilikku yang sedang mengamati diriku. Lama. Kemudian, dia
menggeleng.
“Atau baju saya? Sikap saya?”
“Tidak, tidak,” sergahnya menenangkanku yang mulai berurai air mata.
“Memang ada perubahan sikap di kampus ini.”
“Termasuk diri saya?”
“Jangan menyalahkan diri sendiri meskipun itu bagus, sentiasa merasa
kurang iman. Tapi tidak dalam hal ini. Saya cukup lama mengenali anti
dan di antara kita telah terjalin komitmen untuk saling memberi
tausiyah jika ada yang lemah iman atau salah. Ingat?”
Aku mengangguk. Aida menghela nafas panjang.
“Saya rasa ikhwan itu perlu diberi tausiyah. Hal ini bukan perkara
baru
kan
? Maksud saya dalam meng-cam akhwat di kampus.” Sepi
mengembang di antara kami. Sibuk dengan fikiran masing-masing… .
“Apa yang diungkapkan dalam
surat
itu?”
“Ia ingin berta’aruf. Katanya dia sering melihat saya memakai jilbab
putih. Anti tahu bila dia bertekad untuk menulis
surat
ini? Ketika
saya sedang menjemur pakaian di depan rumah! Masya Allah…. dia
melihat sedetail itu.”
“Ya.. di samping itu tempoh masa anti keluar juga tinggi.”
“Ukhti…,” sanggahku, “Anti percaya
kan
kalau saya keluar rumah pasti
untuk tujuan syar’ie?”
“InsyaAllah saya percaya. Tapi bagi anggapan orang luar, itu masalah
yang lain.”
Aku hanya mampu terdiam. Masalah ini sentiasa hadir tanpa ada suatu
penyelesaian. Jauh dalam hati selalu tercetus keinginan, keinginan
yang hadir semenjak aku hijrah bahawa jika suatu saat ada orang yang
memintaku untuk mendampingi hidupnya, maka hal itu hanya dia lakukan
untuk mencari keridhaan Rabb-nya dan dien-ku sebagai tolok ukur,
bukan wajahku. Kini aku mulai risau mungkinkah harapanku akan
tercapai?
####
Akhifillah,
Maaf kalau saya menimbulkan fitnah dalam hidupmu. Namun semua bukan
keinginanku untuk beroleh wajah seperti ini. Seharusnya di antara
kita ada tabir yang akan membersihkan hati dari penyakitnya. Telah
kucuba dengan segenap kemampuan untuk menghindarkan mata dari bahaya
maksiat. Alhamdulillah hingga kini belum belum hadir sosok putera
impian yang hadir dalam angan-angan. Semua kuserahkan kepada Allah
ta’ala semata.
Akhi,
Tentunya antum pernah mendengar hadits yang tersohor ini. Bahawa
wanita dinikahi kerana empat perkara: kecantikannya, hartanya,
keturunannya, atau diennya. Maka pilihlah yang terakhir kerana ia
akan membawa lelaki kepada kebahagiaan yang hakiki.
Kalaulah ada yang mendapat keempat-empatnya, ibarat ia mendapat
syurga dunia. Sekarang, apakah yang antum inginkan? Wanita shalihah
pembawa kedamaian atau yang cantik tapi membawa kesialan? Maaf kalau
di sini saya terpaksa berburuk sangka bahawa antum menilai saya cuma
setakat fizik belaka. Bila masanya antum tahu bahawa dien saya
memenuhi kriteria yang bagus? Apakah dengan melihat frekuensi
kesibukan saya? Tempoh di luar rumah yang tinggi?
Tidak. Antum tidak akan pernah tahu bila masanya saya berbuat ikhlas
lillahi ta’ala dan bila masanya saya berbuat kerana riya’. Atau
adakah antum ingin mendapatkan isteri wanita cantik yang memiliki
segudang prestasi tetapi akhlaknya masih menjadi persoalan? Saya
yakin sekiranya antum diberikan pertanyaan demikian, nescaya tekad
antum akan berubah.
Akhifillah,
Tanyakan pada setiap akhawat kalau antum mampu. Yang tercantik
sekalipun, maukah ia diperisterikan seseorang kerana dzahirnya
belaka? Jawapannya, insya Allah tidak. Tahukah antum bahawa
kecantikan zahir itu adalah mutlak pemberian Allah; Insya Allah antum
tahu. Ia satu anugerah yang mutlak yang tidak boleh ditawar-tawar
jika diberikan kepada seseorang atau dihindarkan dari seseorang.
Jadi, manusia tidak mendapatkannya melalui pengorbanan. Lain halnya
dengan kecantikan bathiniyyah. Ia melewati proses yang panjang.
Berliku. Melalui pengorbanan dan segala macam pengalaman pahit. Ia
adalah intisari dari manisnya kata, sikap, tindak tanduk dan
perbuatan. Apabila seorang lelaki menikah wanita kerana kecantikan
batinnya, maka ia telah amat sangat menghargai perjuangan seorang
manusia dalam mencapai kemuliaan jati dirinya. Faham?
Akhifillah,
Tubuh ini hanya pinjaman yang terpulang pada-Nya bila-bila masa
mengambilnya. Tapi ruh, kecantikannya menjadi milik kita yang abadi.
Kerananya, manusia diperintahkan untuk merawat ruhiyahnya bukan hanya
jasmaninya yang boleh usang dan koyak sampai waktunya.
Akhifillah,
Kalau antum ingin mencari akhawat yang cantik, antum juga seharusnya
menilai pihak yang lain. Mungkin antum tidak memerhatikannya dengan
teliti. (Alhamdulillah, tercapai maksudnya untuk keluar rumah tanpa
menimbulkan perhatian orang). Pakaiannya sederhana, ia hanya memiliki
beberapa helai. Dalam waktu seminggu antum akan menjumpainya dalam
jubah-jubah yang tidak banyak koleksinya. Tempoh masanya untuk keluar
rumah tidak lama. Ia lebih suka memasak dan mengurus rumah demi
membantu kepentingan saudari-saudarinya yang sibuk da’wah di luar. Ia
nyaris tidak mempunyai keistimewaan apa-apa kecuali kalau antum sudah
melihat shalatnya. Ia begitu khusyu’. Malam-malamnya dihiasi tahajjud
dengan uraian air mata. Dibaca Qur’an dengan terisak. Ia begitu
tawadhu’ dan zuhud. Ah, saya iri akan kedekatan dirinya dengan Allah.
Benar, ia mengenal Rabbnya lebih dari saya. Dalam ketenangannya, ia
tampak begitu cantik di mata saya. Beruntung ikhwan yang kelak
memperisterikannya… (saya tidak perlu menyebut namanya.)
####
Malam semakin beranjak. Kantuk yang menghantar ke alam tidur tidak
menyerang saat
surat
panjang ini belum usai. Tapi, sudah menjadi
kebiasaanku tidak boleh tidur tenang bila saudaraku tercinta tidak
hadir menemani. Aku tergugat apabila merasakan bantal dan guling di
samping kanan telah kehilangan pemilik. Rasa penat yang belum
terneutral menyebabkan tubuhku terhempas di sofa.
Aida sedang diam dalam kekhusyu’kan. Wajahnya begitu syahdu, tertutup
oleh deraian air mata. Entah apa yang terlintas dalam qalbunya. Sudah
pasti ia merasakan aku tidak hairan saat menyaksikannya. Tegak dalam
rakaatnya atau lama dalam sujudnya.
“Ukhti, tidak solat malam? ” tanyanya lembut seusai melirik mata.
“Ya, sekejap,” kupandang wajahnya. Ia menatap jauh keluar jendela
ruang tamu yang dibiarkan terbuka. “Dzikrul maut lagi?”
“Khusnudzan anti terlalu tinggi.”
Aku tersenyum. Sikap tawadhu’mu, Aida, menyebabkan bertambah rasa
rendah diriku. Angin malam berhembus dingin. Aku belum mahu beranjak
dari tempat duduk. Aida pun nampaknya tidak meneruskan shalat. Ia
kelihatan seperti termenung menekuri kegelapan malam yang kelam.
“Saya malu kepada Allah,” ujarnya lirih.
“Saya malu meminta sesuatu yang sebenarnya tidak patut tapi rasanya
keinginan itu begitu mendesak dada. Siapa lagi tempat kita meminta
kalau bukan diri-Nya?”
“Apa keinginan anti, Aida?”
Aida menghela nafas panjang.
“Saya membaca buku Syeikh Abdullah Azzam pagi tadi,” lanjutnya seolah
tidak menghiraukan. “Entahlah, tapi setiap kali membaca hasil
karyanya, selalu hadir simpati tersendiri. Hal yang sama saya rasakan
tiap kali mendengar nama Hasan al-Banna, Sayyid Quthb atau mujahid
lain saat nama mereka disebut. Ah, wanita macam mana yang dipilihkan
Allah untuk mereka? Tiap kali nama Imaad Aql disebut, saya bertanya
dalam hati: Wanita macam mana yang telah Allah pilih untuk
melahirkannya? ”
Aku tertunduk dalam-dalam.
“Anti tahu,” sambungnya lagi, “Saya ingin sekiranya boleh
mendampingin orang-orang sekaliber mereka. Seorang yang hidupnya
semata-mata untuk Allah. Mereka tak tergoda rayuan harta dan benda
apalagi wanita. Saya ingin sekiranya boleh menjadi seorang ibu bagi
mujahid-mujahid semacam Immad Aql…”
Air mataku menitis perlahan. Itu adalah impianku juga, impian yang
kini mulai kuragui kenyataannya. Aida tak tahu berapa jumlah ikhwan
yang telah menaruh hati padaku. Dan rasanya hal iti tak berguna
diketahui. Dulu, ada sebongkah harapan kalau kelak lelaki yang
mendampingiku adalah seorang mujahid yang hidupnya ikhlas kerana
Allah. Aku tak menyalahkan mereka yang menginginkan isteri yang
cantik. Tidak. Hanya setiap kali bercermin, ku tatap wajah di
sana
dengan perasaan duka. Setakat inikah nilaiku di mata mereka? Tidakkah
mereka ingin menilaiku dari sudut kebagusan dien-ku?
“Ukhti, masih tersisakah ikhwah seperti yang kita impikan bersama?”
desisku.
Aida meramas tanganku. “Saya tidak tahu. Meskipun saya sentiasa
berharap demikian. Bukankah wanita baik untuk lelaki baik dan yang
buruk untuk yang buruk juga?”
“Anti tak tahu,” air mata mengalir tiba-tiba. “Anti tak tahu apa-apa
tentang mereka.”
“Mereka?”
“Ya, mereka,” ujarku dengan kemarahan terpendam. “Orang-orang yang
saya kagumi selama ini banyak yang jatuh berguguran. Mereka
menyatakan ingin ta’aruf. Anti tak tahu betapa hancur hati saya
menyaksikan ikhwan yang qowiy seperti mereka takluk di bawah fitnah
wanita.”
“Ukhti!”
“Sungguh, saya terfikir bahawa mereka yang aktif da’wah di kampus
adalah mereka yang benar-benar mencintai Allah dan Rasulnya semata.
Ternyata mereka mempunyai sekelumit niat lain.”
“Ukhti, jangan su’udzan dulu. Setiap manusia punya kelemahan dan saat-
saat penurunan iman. Begitu juga mereka yang menyatakan perasaan
kepada anti. Siapa yang tidak ingin punya isteri cantik dan shalihah?”
“Tapi, kita tahukan bagaimana prosedurnya? ”
“Ya, memang…”
“Saya merasa tidak dihargai. Saya berasa seolah-olah dilecehkan.
Kalau ada pelecehan seksual, maka itu wajar kerana wanita tidak
menjaga diri. Tapi saya…. Samakah saya seperti mereka?”
“Anti berprasangka terlalu jauh.”
“Tidak,” aku menggelengkan kepala. “Tiap kali saya keluar rumah, ada
sepasang mata yang mengawasi dan siap menilai saya mulai dari hujung
rambut -maksud saya hujung jilbab- hingga hujung sepatu. Apakah dia
fikir saya boleh dinilai melalui nilaian fizik belaka..”
“Kita berharap agar ia bukan jenis ikhwan seperti yang kita
maksudkan.”
“Ia orang yang aktif berda’wah di kampus ini, ukh.”
Aida memejamkan mata. Bisa kulihat ujung matanya basah. Kurebahkan
kepala ke bahunya.
Ada
suara lirih yang terucap,
“Kasihan risalah Islam. Ia diemban oleh orang-orang seperti kita.
Sedang kita tahu betapa berat perjuangan pendahulu kita dalam
menegakkannya. Kita disibukkan oleh hal-hal sampingan yang sebenarnya
telah diatur Allah dalam kitab-Nya. Kita tidak menyibukkan diri dalam
mencari hidayah. Kasihan bocah-bocah Palestin itu. Kasihan saudara-
saudara kita di
Bosnia
. Adakah kita boleh menolong mereka kalau
kualiti diri masih seperti ini? Bahkan cinta yang seharusnya milik
Allah masih berpecah-pecah. Maka, kekuatan apa yang kita ada?”
Kami saling bertatapan kemudian. Melangkau seribu makna yang tidak
mampu dikatakan oleh kosa kata.
Ada
janji.
Ada
mimpi. Aku mempunyai
impian yang sama seperti Aida: mendukung Islam di jalan kami. Aku
ingin mempunyai anak-anak seperti Asma punyai. Anak-anak seperti
Immad Aql. Aku tahu kualiti diri masih sangat jauh dari sempurna.
Tapi seperti kata Aida; Meskipun aku lebih malu lagi untuk meminta
ini kepada-Nya. Aku ingin menjadi pendamping seorang mujahid ulung
seperti Izzuddin al-Qassam.
####
Akhifillah,
Mungkin antum tertawa membaca
surat
ini. Ah akhawat, berapa nilaimu
sehingga mengimpikan mendapat mujahid seperti mereka? Boleh jadi
tuntutanku terlalu besar. Tapi tidakkah antum ingin mendapat jodoh
yang setimpal? Afwan kalau
surat
antum tidak saya layani. Saya tidak
ingin masalah hati ini berlarutan. Satu saja yang saya minta agar
kita saling menjaga sebagai saudara. Menjaga saudaranya agar tetap di
jalan yang diridhai-Nya. Tahukah antum bahawa tindakan antum telah
menyebabkan saya tidak lagi berada di jalan-Nya?
Ada
riya’, ada
su’udzhan, ada takabur, ada kemarahan, ada kebencian, itukah jalan
yang antum bukakan untuk saya, jalan neraka? –`Afwan.
Akhifillah,
Surat
ini seolah menempatkan antum sebagai tertuduh. Saya sama sekali
tidak bermaksud demikian. Kalau antum mahu cara seperti itu, silakan.
Afwan, tapi bukan saya orangnya. Jangan antum kira kecantikan lahir
telah menjadikan saya merasa memiliki segalanya. Jesteru, kini saya
merasa iri pada saudari saya. Ia begitu sederhana. Tapi akhlaknya bak
lantera yang menerangi langkah-langkahnya. Ia jauh dari fitnah.
Sementara itu, apa yang saya punyai sangat jauh nilainya. Saya
bimbang apabila suatu saat ia berhasil mendapatkan Abdullah Azzam
impiannya, sedangkan saya tidak.
Akhifillah,
`Afwan kalau saya menimbulkan fitnah bagi antum. Insya Allah saya
akan lebih memperbaiki diri. Mungkin semua ini sebagai peringatan
Allah bahawa masih banyak amalan saya yang riya’ maupun tidak ikhlas.
Wallahua’lam. Simpan saja cinta antum untuk isteri yang telah
dipilihkan Allah. Penuhilah impian ratusan akhawat, ribuan ummat yang
mendambakan Abdullah Azzam dan Izzuddin al-Qassam yang lain.
Penuhilah harapan Islam yang ingin generasi tangguh seperti Imaad
Aql. Insya Allah antum akan mendapat pasangan yang bakal membawa
hingga ke pintu jannah.
Akhifillah,
Malam bertambah-dan bertambah larut. Mari kita shalat malam dan
memandikan wajah serta mata kita dengan air mata. Mari kita sucikan
hati dengan taubat nasuha. Pesan saya, siapkan diri antum menjadi
mujahid. Insya Allah, akan ada ratusan Asma dan Aisyah yang akan
menyambut uluran tangan antum untuk berjihad bersama-sama.
Yang terakhir, akhi, saudara seaqidahku, saya persembahkan bingkisan
indah sebuah syair karya pujangga besar Muhammad Iqbal. Semoga
menjadi renungan kita bersama untuk lebih meningkatkan ketaqwaan dan
keimanan.
IDEALNYA SEORANG PEMUDA
Ia peribadi yang muslim,
Berhati emas,
Berpotensi prima,
Yang di kala damai
Anggun petaka kijang dari padang perburuan
Yang di kala perang
Perkasa bak harimau kumbang
Ia perpaduan manis hempedu
Satu kali dengan kawan
Lain kali dengan lawan
Yang lembut dalam berbahasa
Yang teguh membawa suluh
Angannya sederhana
Citanya mulia
Tinggi keutamaan dalam hati-hati
Tinggi budi, rendah hati
Ia lah sutera halus di tengah sahabat tulus
Ia lah baja
Ditentangnya musuh durhaka
Ia ibarat gerimis atau embun tiris
Yang memekarkan bunga-bunga
Yang melambaikan tangkai-tangkai
Ia juga puting beliung
Yang melemparkan ombak menggunung
Yang menggoncangkan laut ke relung-relung
Ia lah gemercik air ditaman sari, asri
Ia juga penumbang segala belantara
Segala sahara
Ia lah pertautan agung iman Abu Bakar
Perkasa Ali
Papa Abu Dzar
Teguhnya Salman
Mendirinya di tengah massa yang bergoyang
Ibarat lentera ulama di tengah gulita sahara
Ia pilih syahid fisabilillah atas segala kerusi dan upeti
Ia manuju bintang
Menggapai malaikat
Ia tentang tindak kuffar
Pola aniaya di mana saja
Maka nilainya pun membumbung tinggi
Harganya semakin tak terperi
Maka siapakah yang akan sanggup membelinya
Kecuali Rabb-nya?