Archive for May 13, 2007

Ya Allah…

Hayatilah dan bayangkan kita yang
mengalaminya… ..

Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat.
Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di
salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu
mengapa aku di tempatkan di sini. Sebelum tu,
yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,
lalu bertembung dengan lori balak. Tapi selepas itu
aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur.
Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang
berada di sekelilingku. Aku terasa dada ku teramat
berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa
apa-apa lagi. Derita sungguh. Nafasku sesak.

Tiba-tiba tanganku di pegang kuat. "Mengucap
sayang,,
mengucap… … ..
Asyhaduallailahaillallah… … … "ucapan itu di
bisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan. Itu
suara ibu. Manusia yang pernah mendodoikan
daku semasa kecil, manusia yang pernah
menyuapkan nasi ke dalam mulutku, manusia
yang pernah memberi susunya serta yang pernah
merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku
amati suara
itu. Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru
sampai. "Tenat" ,jawab doktor dengan ringkas. "Itu
kata doktor bang, jangan berserah kepada takdir
sahaja. Kita perlu usaha". Sudah seminggu aku
terlantar di wad ini, kenapa baru sekarang abang
menjengah? Datang lah ke sini, aku ingin
berbicara denganmu. Datanglah… ..

Tapi mataku… … . semakin gelap. Adakah aku
sudah buta?
Tidak!!!!Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin
melihat dunia ini. "Sabarlah dik, banyak-banyak
ingatkan Allah." Abangkah yang bersuara itu? Apa
yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau
lafazkan, abang. Tolonglah adikmu ini. Tolong
bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah". Sayup sayap
kedengaran
suara doktor. Kedengaran juga ibu menangis
teresak-esak. Ibu, kau hanya mampu menangis
saja. Dan bila tiba saatnya, Kita akan berpisah.
Tapi,ibu… .. aku tidak mahu berpisah denganmu.
Tolonglah ibu, selamatkan lah daku.

"Yassin… … " bacaan yassin terngiyang-ngiyang
di
telingaku. Aku tahu itu suara abang. Tetapi kenapa
aku di perdengarkan dengan suara itu Apakah aku
sudah menghampiri maut ? Aku takut!!!!!!!

Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi
izrail
datang. Sedetik lagi malaikat maut datang. Aku di
ambang sakaratul maut… … Aku semakin tegang
dan demakin sendat nafas di dada. Ketika itu, aku
tidak ingat apa-apa lagi. Aku tidak kenal sesiapa
di sekelilingku. Tapi yang pastinya sekarang, aku
berdepan dengan sakaratul maut.

"Tolong ibu, tolonglah aku, aku takut". Tapi rintihan
ku
tidak di pedulikan. Apa mereka semua sudah
pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh
kesah.Keluhan dan rintihan
"Panas,dahaga,haus,panas… … ..". tapi tiada
siapa pun yang peduli.

Nenekku datang,"Nenek… … … ..". "Kau dahaga
cu, kau
lapar cu, mahu air?? Ini gelas penuh air madu,
kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".

"Ibu… … ". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan
buah
susunya. " Ini ibumu. Air susu ini
membesarkanmu, nak. Buangkan islam, matilah
dalam agama yahudi… ..".

Ayah… … .kau datang ayah… … .". "Matilah
dalam agama
yahudi anakku. Matilah dalam agama nasrani.
Itulah agama> yang membantu kau masuk ke
syurga".

"Nenek… .ibu… ..ayah… … suara kau kah tadi??
Kenapa
kau berubahlaku?? Atau suara syaitan yang ingin
memurtadkan aku??

"Mengucap sayang, mengucap.
Asyhaduallailahaillallah… … ". Ucapan itu di
ajukan sekali lagi ke
telingaku. Itu suara ibu. Tapi lidahku sudah
menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang. "Mari
ikut kami".
Manusia-manusia berjubah hijau datang membawa
bersamanya payung hijau,katanya"Mari ikut kami".
Cahaya putih datang. Datang kilatan hitam.
Datang sinaran kuning. Cahaya merah
datang. "Apa ini,apa ini?. Akulah sakaratul
maut… … .!!!!!!". Kedinginan menjalar, merayap
perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut
dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.
Dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung
kepalaku.

"Hai jiwa yang keji, keluarlah dari kemurkaan
Allah… … .".Aku tersentak. Roh ku berselerak di
dalam tubuhku. Lalu,innalillahi wainnailaihi
rajiuun… .

Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata
memandang
dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-
busuknya. Tiba-tiba bau busuk menusuk ke
hidungku, seperti bau sampah yang amat
busuk. "Apa yang busuk ni? Tak adakah orang
yang mengangkat sampah hari ini? Ah, busuknya,
hanyirnya, hancingnya… … ".

"Assalamualaikum… … ".

"Siapa yang memberi salam itu?".

"Aku".

"Kau siapa wahai pemuda ".

Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku. Aku
tidak pernah melihat orang yang sehodoh, sekotor,
dan sebusuknya di dunia ini.Rambutnya yang
tidak terurus, baju yang di pakai berlumut hijau,
kuning,coklat dan entah apa-apa warna lagi, dari
lubang hidung, telinganya dan mulutnya terdapat
nanah dan darah pekat keluar. Tanpa di
pedulikannya… … jijik, loya, aku
rasa… … ..teramat loya melihatnya.

"Kau tak kenal aku?"

"Tidak!" jawabku tegas. "Mana mungkin aku kenal
kau
sehodoh dan sejijik ini".

"Aku sahabatmu, kau yang membuat aku hari-
hari".

"Bohong!". Aku menjerit sekuat hati. Biar semua
penghuni
wad ini mendengarnya. "Aku tak kenal engkau!
Lebih baik kau pergi dari sini".

"Akulah amalanmu yang keji… … … .".

Aku terdiam. Aku tidak mampu berkata apa-apa
lagi. Ya!
aku teringat kini, semuanya telah pernah ku
dengar dan ku pelajari dulu. Segala dosa dan
keburukan yang kita lakukan di dunia, akan di
jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang
teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh
nanti. Oh Tuhan, aku banyak dosa. Aku memang
lalai, cuai dan lupa dengan segala nikmat yang
telah kau kurniakan. Solatku kerana kawan, dan
bukannya ikhlas kerana Allah. Pergaulanku bebas,
tak kenal muhrim ataupun tidak. Tapi itu semua
telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk
bertaubat.Apa yang aku harus lakukan!!!!!

Surah yassin yang abang pegang di letakkan di
atas dahiku. Aku melihat kaklong dan kak ngah
menangis. Aku juga lihat mata
abah bengkak.

Tiba-tiba badanku di sirami air. Air apa ini ??
"Tolong… .sejuk!!!! Kenapa air ini berbau air kapur
barus. Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,
sakit!!!! Kenapa ramai orang melihat aku Aku
malu… ..malu… ..malu… … !!!!!!".

Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih
dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain
putih itu. Kapas di bubuh di celah-celah badanku.
Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain
itu.

"Nanti, tunggu!! jangan bungkus aku. Kenapa
kalian semua
buat aku macam ini? Tolong rimas… .
panas… … ..". Kemudian aku diletakkan di suatu
sudut. Beberapa orang termasuk tok imam
menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang
berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di
sembahyangkan? Bukan kah aku boleh
sembahyang sendiri?

Aku teringat kata-kata ustazku
dahulu. "Sembahyanglah
kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan kini
baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk
mengangkat takbir, ruku’, sujud dan tahiyyat.

Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di
letakkan di dalam kotak kayu. Kotak apa ini?"Aku
di usung oleh enam orang termasuk ayah dan
abang. Aku di usung setapak demi setapak". "Al-
Fatihah!"Kedengaran suara tok imam. Kelihatan
ibu, kak long, kak ngah dan lain-lain mengekori di
belakang. Tapi kemana dia bawanya aku?". Nun
jauh di

sana

, kelihatan tanah perkuburan
kampungku. "Ke situkah aku dibawanya? Tolong
turunkan aku, aku takut!!!!!!".

Setibanya di tanah perkuburan, kelihatan satu
liang yang
besaiz dengan jasadku. Beberapa tangan
memegangku, dan aku di turunkan ke dalam liang
itu. "Perlahan-lahan", aku terdengar suara tok
imam memberitahu. "Tolong keluarkan aku dari
sini! Aku seram!!!". Kini aku berada di dalam liang
sedalam enam kaki. Sedikit demi sedikit pasir dan
tanah menutupiku.

"Tanah apa ini?". "Aduh sakitnya badanku di
timbusi
tanah". "Innalillahiwa innailaihi rajiuuun… … . Dari
Allah kita datang,
dan kepada Allah jualah kita kembali".

Kedengaran bacaan talkin dari tok
imam. "Sesungguhnya
mati itu benar alam barzakh itu benar, siratul
mustaqim itu benar, syurga an neraka itu jua
benar… … ..".Sayup sayap aku terdengar tok
imam terus embaca talkin, tetapi makin lama
makin hilang. Pandanganku makin lama, akin
kabur dan terus tidak kelihatan. Tubuhku terasa
telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan
tanah yang di lemparkan ke atasku. Terasa
semakin gelap dan … … . aku kini keseorangan.

"Nanti! Nanti! Tolong! Tolong ayah, ibu! Jangan
tinggalkan aku seorang. Aku takut!!! Gelap!!!
Panas!!! Tolong !!!!
Aaaaaaaaa!!!!" "

No comment »

iman yg menakjubkan

IMAN YANG MENAKJUBKAN

Dari Ibnu Abbas, bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kalian siapa makhluk yang imannya menakjubkan?’

“Iman para malaikat, wahai Rasulullah.” Jawab sahabat.

“Bagaimana mereka tidak beriman, sedang mereka mengetahui perintah Allah.”

“Iman para nabi, wahai Rasul.” Jawab salah seorang lagi.

“bagaimana mereka tidak beriman sedang Jibril turun membawa perintah perintah dari langit.” “Iman para sahabat, wahai Rasul.”

“Bagaimana sahabat tidak beriman sedang mereka melihat mukjizatku dan aku selalu memberi khabar apa saja yang diwahyukan. Tidak itu semua jawabnya. Tetapi manusia yang paling menakjubkan imannya adalah generasi sesudahku. Mereka beriman kepadaku padahal mereka tak pernah melihatku. Mereka itulah teman-temanku.” Jawab rasul kepada para sahabat.

No comment »

asma ul husna

AR-RAHMAN : Yang Dermawan - Pemberi rahmat dan kemakmuran kepada makhluknya tanpa perbezaan . 
Fadhilat-nya : Sesiapa menyebut namaNya 100 kali selepas sembahyang fardhu, insyaALLAH akan mempunyai ingatan baik, fiikiran tegas serta murah hati .

AR-RAHIM : Yang Pengampun -Terutama kepada mereka yang menggunakan hadiah-hadiah sebagai kehendak Tuhan yang maha pengampun dihari kemudian . 
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali selepas fajar, insyaAllah akan menemui orang-orang yang baik hati .

AL-MALIK : Maharaja Teragung - Ialah Raja yang paling agung diseluruh dunia . 
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaAllah akan dihormati dengan sebaik-baiknya oleh orang lain .

AL-QUDDIS : Yang Suci - Ia bebas dari segala kesilapan,kelupaan dan tidak keupayaan atau kurang kesempurnaan, 
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali setiap hari , insyaAllah akan bebas daripada kebimbangan .

AS-SALAM : Punca Keamanan - Dialah penyelamat hamba-hamba -Nya dari bahaya serta rintangan serta memberi tahniah kepada mereka yang di dalam syurga . 
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 160 kali berulang-ulang ditempat orang yang sakit,boleh membantu mengurangkan kesakitan dan insyaALLAH dengan pertolongan-Nya dapat menyembuhkan si pesakit.

AL-MU’MIN : Wali Kepercayaan -Barang siapa menempatkan kepercayaan pada hamba-Nya,peliharalah mereka yang mencari perlindungan pada-Nya , kemudian berikanlah ketenteraman . 
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali, insyaALLAH akan jauh dari bahaya .

AL-MUHAYMIN : Penjaga - Ialah menjaga dan memerhatikan segala harta benda . 
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang selepas mengambil air sembahyang , insyaAllah cahaya perasaan mereka akan bersinar .

AL’AZIZ : Maha Perkasa - Ialah yang tak dapat ditaklukkan . 
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali selepas fajar menyinsing selama 40 hari , insyaALLAH akan bebas daripada bantuan orang lain.

AL-JABBAR : Pemaksa - Ia memperbaiki serta menyelesaikan yang belum lengkap dan mempunyai kebolehan dan menyuruh dengan kekerasan atas diri mereka supaya melakukan mengikut kehendak-Nya . 
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali , tidak akan berbuat sesuatu yang ditegah dirinya , ataupun terdedah oleh bahaya , kesukaran mahupun kekerasan .

AL-MUTAKABBIR :Yang Mulia - Ia menunjukkan kebesaran- Nya.Membaca berulangkali sebelum bersetubuh dengan isterinya , insyaALLAH Allah akan menganugerahkan olehnya anak yang salih.

AL-KHALIQ :Pembuat - Ia yang menjadikan segala-galanya tanpa sesuatu apa pun dan tahu pula apa akan terjadi keatas semuanya .

AL-BARI’ :Penjadi -Ia menjadikan segala-galanya sempurna .

AL-MUSAWWIR :Pereka - Ia reka segala-galanya . 
Fadhilatnya :Jika seseorang ibu atau bakal ibu hendak melahirkan anak tetapi tiada berdaya , hendaklah ia berpuasa selama 7 hari , dan sewaktu berbuka hendaklah ia menyebut YA-KHALIQ,YA-BARI’,YA-MUSSAWIR (pembuat , penjadi dan pereka ) sebanyak tiga kali sebelum ia meminum air . InsyaALLAH permintaannya akan dikabulkan .

AL-GHAFFAR :Pengampun - Ia sangat pengampun . 
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang tiga kali , insyaALLAH akan diampunkan dosa yang telah dilakukannya .

AL-QAHHAR :Penakluk - Ia berjaya dan berkuasa menurut dan menakluk kehendaknya . 
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali , insyaALLAH akan mengatasi kehendaknya , dan akan mengalami jiwa yang tenang serta bebas dari segala perbuatan maksiat yang dilakukan oleh orang lain .

AL-WAHHAB :Penganugerah - Ia sentiasa menganugerah hamba-hambaNya . 
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali insyaALLAH akan dimurahkan rezeki .

AL-FATTAH :Pembuka - Ia memberi penyelesaian kepada kemushkilan atau masalah serta mengurangkan rintangan . 
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali , InsyaALLAH akan terbuka hatinya untuk berjaya .

AL-’ALIM :Yang Maha Mengetahui - Ia mengetahui segala-galanya. 
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali , InsyaALLAH akan bersinar hatinya dengan cahaya suci .

AL-QABID :Pengekang - Ia mengekang . 
Fadhilatnya :Sesiapa menulis nama-Nya pada lima puluh jenis makanan atau buah-buahan sepanjang 40 hari , insyaALLAH ia tidak akan kebuluran .

AL-BASIT :Pembesar - Ia berkuasa membesarkan . 
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali sewaktu fajar dengan mendedahkan kedua-dua tapak tangannya keatas dan kemudiannya menyapu tapak tangan kemukaNya , insyaALLAH ia tidak akan perlukan bantuan orang lain .

AL-KHAFID :Perendah diri - Yang mengurangkan . 
Fadhilatnya :Sesiapa yang berkuasa selama tiga hari , hendaklah menyebut nama-Nya pada hari keempat sebanyak 70,000 kali ,
 
insyaALLAH ia akan dipelihara daripa musuhnya .

AR-RAFI’ :Peninggi - Yang meninggikan . 
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali berulang-ulang kali pada waktu siang dan malam,insyaALLAH Allah akan meninggikan martabatnya , kekayaannya serta darjatnya .

AL-MU’IZZ :Penghormat - Ia mashyur serta mulia dan dihormati oleh sesiapa jua pun. 
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 140 kali selepas sembahyang isya’ setiap hari isnin dan jumaat , insyaALLAH Allah akan menjadikan ianya dihormati oleh orang lain .

AL-MUZILL :Penguji -Ia akan menjatuhkan seseorang kelembah kehinaan. 
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 75 kali berulang-ulang , insyaALLAH akan terjatuh daripada aniaya orang-orang yang dengki kepadanya.Allah akan memeliharanya .

AS-SAMI’ :Maha Mendengar - Ia mendengar segala-galanya . 
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali berulang-ulang tanpa bercakap dengan sesiapapun pada hari khamis selepas
 
sembahyang zohor ( tengah hari ) , insyaALLAH Allah akan mengkhabulkan apa sahaja kehendaknya .

AL-BASIR :Yang Maha Melihat - Ia melihat segala-galanya . 
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali berulang-ulang antara sembahyang fardhu dan yang pertama setelah sembahyang Jumaat , InsyaALLAH Allah akan menjadikan dirinya mulia dikhalayak ramai .

AL-HAKKAM :Ia mengadili serta memberikan sesuatu dengan sepatutnya.

AL-’ADL :Pengadil - Sesungguhnya adil . 
Fadhilatnya :Jika sesiapa menulis nama-Nya pada malam jumaat pada sekeping roti dan memakannya, insyaALLAH orang akan
 
mengikut kehendaknya .

AL-LATIF :Pelemah Lembut - Ia mengetahui apa sahaja erti yang lembut serta menjadikan segala-galanya yang lembut atau halus walaupun tidak diketahui manusia . Ia memberi kebahagiaan sehalus-halusnya kepada manusia . 
Fadhilatnya :Jika seseorang ditimpa kemiskinan dan keseorangan , sebutlah nama-Nya 100 kali selepas dua rakaat selepas sembahyang (tambahan),insyaALLAH niatnya akan dikabulkan .

AL-KHABIR :Maha Mengetahui - Ia mengetahui apa sahaja yang sulit dan maksud atau tujuannya . 
Fadhilatnya :Sesiapa mempunyai kebiasaan yang tidak baik dan tidak disukainya pula , sebutlah nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH kebiasaan itu akan ditinggalkannya kemudian .

AL-HALIM :Penyabar - Ianya berkuasa . 
Fadhilatnya :Apabila seseorang menulis nama-Nya atas kertas , setelah itu menanamkannya ke dalam tanah di mana sebutir benih ditanam , insyaALLAH bahaya atau malapetaka tidak akan menimpa .

AL- ‘AZIM :Yang Maha Besar - Ia mulia . 
Fadhilatnya :Mereka yang menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH akan dihormati .

AL-GHAFUR :Maha Pengampun - Ia mengampuni semua hambaNya . 
Fadhilatnya :Sesiapa dihidapi penyakit kepala , demam atau dukacita , sebutlah nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan
 
sembuh .

ASH-SHAKUR :Yang Bersyukur - Sesiapa yang bersyukur akan diberi hadiah kerana jasa untukNya . 
Fadhilatnya :Sesiapa berasa hatinya berat dan kemudian menyebut nama-Nya 41 kali , diikuti dengan bernafas ke dalam gelas berisi
 
air dan membasuh mukanya , insyaALLAH hatinya akan menjadi lapang atau lega .

AL-’ALI :Yang Termulia - Ianya yang paling mulia . 
Fadhilatnya :Sesiapa mempunyai keyakinan yang lemah tetapi menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH keyakinannya akan teguh .

AL-KABIR :Yang Maha Besar - Ialah yang paling besar . 
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali setiap hari , insyaALLAH ia akan memperolehi kemuliaan.

AL-HAFIZ :Pemelihara - Ia memelihara segala-galanya serba lengkap dan pada suatu ketika menghindarkannya dari kehilangan dan malapetaka . 
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 16 kali sehari insya ALLAH ia akan diselamatkan dari malapetaka.

AL-MUQIT :Penjaga - Ia menjaga . 
Fadhilatnya :Sesiapa mempunyai anak yang kurang sopan , menyebut nama-Nya.

AL-HASIB :Maha Penghitung - Ia mengetahui apa sahaja sebenarnya berkenaan perniagaan seseorang sepanjang hayat . 
Fadhilatnya :Apabila seseorang takut dirompak,maupun akibat dengki musuhnya , mulakan menyebut ………..atau membaca
 
nama-Nya 70 kali pada hari khamis - siang atau malam . Bila tiba hari ke 71 sebutlah bahawa Allah Maha Penghitung atau Habiyallah-ul-Hasib.InsyaALLAH ia akan selamat.

AL-JALIL :Maha Tinggi - Ianya maha kaya serba berkuasa . 
Fadhilatnya :Sesiapa menulis nama-Nya pada kertas dengan membubuh kasturi dan kunyit , kemudian membasuhnya dan akhirnya meminum air tersebut dari sebuah tembikar , insyaALLAH ia akan dimuliakan oleh manusia .

AL-KARIM :Yang Maha Pemurah - Ianya sangat pemurah . 
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH ia akan menerima kemuliaan di dunia serta akhirat.

AR-RAQIB :Maha Waspada - Ianya memperhatikan apa jua hamba-hambaNya lakukan di dunia ini .

AL-MUJIB :Maha Pengkabul - Ianya pengkabul bagi segala keperluan manusia . 
Fadhilatnya :Sesiapa memohon kepadaNya , insyaALLAH niatnya akan dikabulkan .

AL-WASI’ :Yang Menyeluruh - Ia mempunyai kuasa yang tiada terbatas. 
Fadhilatnya :Andainya seseorang mengalami kesukaran mencari mata pencarian , sebutlah nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH ia akan menerimanya bagi keperluan hidupnya yang lebih baik .

AL-HAKIM :Yang Bijaksana - Ia mempunyai kebijaksanaan dalam segala masalah . 
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya terus menerus (dari masa ke masa),insyaALLAH ia tidak akan menemui kesukaran dalam pekerjaannya .

AL-WADUD :Yang Maha Penyayang - Ia menyayangi mereka yang berbuat baik dan akan menganugerahkan belas kasihan-Nya kelak . 
Fadhilatnya :Andainya dua orang bergaduh , sementara seorang daripadanya menyebut nama-Nya 1,000 kali di atas makanan
 
yang telah tersedia dan dimakan pula oleh temannya itu , insyaALLAH pertikaian antara mereka akan selesai .

AL-MAJID :Yang Maha Mulia - Ianya sangat mulia . 
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan menerima kebahagiaan .

AL-BA’ITH :Pembangkit Semula - Dialah yang memberi penghidupan kepada semua makhluk dihari pengadilan . 
Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya akan mempunyai perasaan takut dan hormat terhadap ALLAH .

ASH-SHAHID :Saksi - Dia yang berada dimana-mana dan mengawasi segala-galanya. 
Fadhilatnya :Sesiapa yang mempunyai anak yang degil dan mengulangi nama-Nya kepada anak itu , insyaALLAH anak itu
 
akan menurut perintah .

AL-HAQQA :Kebenaran - KeujudanNya tiada perubahan . 
Fadhilatnya :Jika seseorang hilang sesuatu dan mengulang nama-Nya insyaALLAH dia akan jumpa apa yang telah hilang .

AL-WAKIL :Wali - Dia menyediakan segala-galanya untuk mengatasi segala masalah dengan cara baik . 
Fadhilatnya :Sesiapa yang takutkan mati lemas , hangus dalam api atau bahaya yang serupa dan mengulangi nama-Nya berterus-terusan ,dari masa kesemasa , insyaALLAH akan berada dibawah perlindungan ALLAH .

AL-QAWI :Paling Kuat - Dia yang terkuat . 
Fadhilatnya :Sesiapa yang tidak boleh mengalahkan musuhnya , tetapi mengulangi nama-Nya dengan niat tidak mahu dicederakan,
 
insyaALLAH akan bebas dari kecederaan musuhnya .

AL-MATIN :Teguh - Dia berkuasa dan teguh , tidak ada kuasa yang boleh menghumbankanNya . 
Fadhilatnya :Jika seseorang mempunyai kesusahan dan mengulangi nama-Nya , insyaALLAH kesusahannya akan lenyap .

AL-WALI :Pelindung - Dia adalah sahabat hamba-hambaNya yang adil . 
Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya,insyaALLAH mungkin menjadi seorang waliullah .

AL-HAMID :Pujian - Hanya dia seorang yang patut dipuji dan dimuliakan serta diberi penghargaan oleh semua makhluk . 
Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya ,insyaALLAH akan disayangi dan dipuji .

AL-MUHSI :Penghitung - Dia mengetahui angka segala benda walaupun tidak boleh dikira dan dia mengetahui tiap-tiap satu 
darinya .
 
Fadhilatnya :Sesiapa yang takut di soal di hari pengadilan , dan mengulangi nama-Nya 1,000 kali , insyaALLAH akan mempunyai kemudahan .

AL-MUBDI :Pengasal - Dia yang telah mencipta semua makhluk untuk pertama kali bukan dari apa-apa dan tanpa sebarang contoh . 
Fadhilatnya :Sesiapa yang menyebut nama-Nya berulang-ulang dan dihembuskan ibu yang mengandung yang takutkan keguguran , insyaALLAH ibu itu akan bebas dari bahaya .

AL-MU’ID :Pemulih - Dialah yang menghidupkan semula semua makhluk. 
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 70 kali berulang-ulang untuk seseorang yang jauh dari keluarganya , insyaALLAH orang
 
itu akan pulang dengan selamat .

AL-MUHYI :Pemberi Kehidupan - Dialah yang memberi kehidupan dan kesihatan

Fadhilatnya : Jika seseorang mempunyai satu bebanan yang berat dan mengulangi nama-Nya 7 kali setiap hari , insyaALLAH bebanannya akan dikurangkan .

AL-MIMUT :Pencipta Kematian - Dialah yang mencipta kematian . 
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan memusnahkan niat musuhnya .

AL-HAYY :Hidup - Dialah yang mengetahui segala-galanya dan kekuatannya . 
Fadhilatnya : Sesiapa yang mengulangi nama-Nya , insyaALLAH akan mempunyai umur yang panjang .

AL-QAYYUM :Hidup Sendiri -Dialah yang memegang seluruh alam semesta . 
Fadhilatnya : Sesiapa yang mengulangi nama-Nya , insyaALLAH tidak akan tewas dalam kelalaian .

AL-WAJID :Penemu - Dialah yang dapat apa jua yang dikehendaki dalam keinginannya. 
Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya , insyaALLAH akan memiliki kemuliaan hati .

AL-MAJID :Berhati Mulia - Dialah yang mulia hatinya , yang membuat kebajikan dan dermawan . 
Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya , insyaALLAH akan diterangkan hatinya .

AL-WAHID :Yang Maha Istimewa - Ianya tunggal dalam segala tindakanNya , tidak ada berteman atau bersifat yang sama 
dengan sesiapa pun , bahkan perawakan dan perintah .

Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang seorang diri ditempat sunyi , insyaALLAH akan bebas daripada 
ketakutan serta kebingunan .

AL-AHAD : Yang Tunggal . 
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali , insyaALLAH Allah akan memberi kehendaknya yang mana ia tidak akan perlukan bantuan orang lain .

AS-SAMAD : Yang Berkekalan - Ianya adalah tunggal bagi sesiapa memohon sesuatu yang penting diselesaikan ataupun sebarang masalah yang harus dihapuskan. 
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH Allah akan memberi kehendaknya dan yang mana ia tidak mahukan bantuan orang lain .

AL-QADIR :Sentiasa Sanggup - Ia sentiasa sanggup melakukan apa sahaja kehendakNya . 
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH harus sedar akan kebenaran .

AL-MUQTADIR :Berkuasa - Dialah yang lebih berkuasa dari segala makhlukNya . 
Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya , insyaALLAH ia menyedari kebenarannya .

AL-MUQADDIM : Maha Penyelenggaran . 
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya di medan perang mahupun didalam ketakutan kerana bersendirian oleh sebab ganjilnya keadaan sekeliling , insyaALLAH bahaya tidak akan menimpa dirinya .

AL-MU’AKHKHIR : Maha Penagguh - Ianya menangguhkan apa sahaja yang dikehendakiNya . 
Fadilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali di dalam hati setiap hari , insyaALLAH hanya ketaatan kepada Allah sentiasa kekal . Ketaatan kepada yang lain tidak mempengaruhinya .

AL-AWWAL : Pengawal . 
Fadhilatnya : Sesiapa sahaja berkehendakkan anak ataupun mahu bersama-sama dengan seseorang dalam perjalanan , ia harus menyebut nama-Nya 1,000 kali dalam masa 40 jumaat .

AL-AKHIR : Yang Akhir . 
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan mengalami hidup yang sempurna dan matinya pun sedemikian pula.

AZ-ZAHIR : Penzahir . 
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 15 kali selepas sembahyang jumaat , insyaALLAH nur atau cahaya akan menyinari hatinya .

AL-BATIN : Pembatin . 
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 3 kali setiap hari , insyaALLAH akan dapat mengetahui kebenaran segala-galanya .

AL-WALI : Wali atau Pemerintah . 
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , kemudian menghembuskan nafasnya ke dalam rumahnya , insyaALLAH keselamatan rumahnya akan terpelihara .

AL-MUTA’ALI : Yang Teramat Mulia - Ianya yang termulia dalam sebarang tindakan ,cara atau keadaan , bahkan fikiran seorang manusia . Ianya adalah yang paling tinggi.

AL-BARRA : Sumber Segala Kebaikan - Sesiapa yang penyabar terhadap hambaNya, haiwan dan segala binatang-binatang , tentulah baik kepada semuanya . 
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya kepada anak-anaknya, insyaALLAH ia akan dijauhkan daripada kemalangan .

AT-TAWWAB : Penerima Ketaubatan . 
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH taubatnya akan diterima .

AL-MUNTAQIM : Penghukum - Ia menghukum mereka yang bersalah. 
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan menakluki musuh-musuhnya .

AL-’AFUW :Pengampun - Ia sangat pengampun kepada mereka yang taubat , seolah-olah mereka tidak berdosa . 
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH segala dosanya akan diampunkan .

AR-RA’UF : Maha Pengasih dan Penyayang - Ianya sungguh pengasih dan penyayang. 
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan dikasihi Allah .

MALIK-UL-MULK : Pemilik Kedaulatan Yang Kekal . 
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan dihormati Allah .

DHUL-JALAL-WAL-IKRAM : Pengusaha Keagungan Serta Kedaulatan . 
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH dengan kerajinan bekerja serta tekun akan bertemu dengan kejayaan .

AL-MUQSIT :Maha Pengadil - Ianya tetap maha adil dalam segala-galanya . 
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , InsyaALLAH akan terjauh dari godaan syaitan .

AL-JAME’ :Pengumpul - Ia mengumpulkan segala-galanya pada sebarang waktu . 
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan menemui benda-benda yang hilang .

AL-GHANI :Serba Lengkap . 
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyALLAH akan bersyukur dan tidak akan ada hasrat dengki .

AL-MUGHNI :Pengmakmur . 
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 10 kali Jumaat , insyaALLAH tidak akan mengalami kekurangan sesuatu apapun .

AL-MANI’ :Pencegah . 
Fadhilatnya :Mereka yang menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan mengalami penghidupan keluarga yang berbahagia .

AD-DARR :Pengganggu - Ia menjadikan sesuatu yang menyebabkan seseorang bersifat rendah . 
Fadhilatnya :Jika sesiapa yang berketurunan sifat rendah menyebut nama-Nya berulang-ulang setiap malam Jumaat , insyaALLAH taraf mereka akan dinaikkan .

AN-NAFI’ :Makmur - Ia menjadikan segala-galanya untuk kebahagiaan manusia . 
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang dalam masa empat hari ,insyaALLAH ia akan jauh dari aniaya atau bahaya .

AN-NUR :Cahaya - Ia memberikan cahaya mulia keseluruh alam , wajah , fikiran serta hati makhluknya . 
Fadhilatnya :Sesiapa yang menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH hatinya akan lebih terang .

AL-HADI :Penuntun - Ia memimpin hamba-hambaNya menuju kejayaan serta mengarahnya berbakti kepada manusia . 
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan memperoleh pengetahuan ruhani .

AL-BADI :Tiada BandinganNya - Ia membentuk segala-galanya dalam dunia ini tanpa rekaan . 
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 70 kali berulang-ulang , insyaALLAH kesusahannya akan hilang . ( Ya , ALLAH , Engkaulah yang menjadikan segala-galanya di dunia ini . )

AL-BAQI : Yang Kekal . 
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali sebelum matahari terbit , insyaALLAH akan terpelihara daripada malapetaka seumur hidupnya dan insyaALLAH dosanya akan diampunkan .

AL-WARITH : Waris Agung - Ialah menguasai segala-galanya . 
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan hidup lama .

AR-RASHID : Pemimpin Ke Arah Kebenaran - Ialah pemimpin yang bijaksana bagi membimbing makhlukNya kearah kebenaran . 
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 1,000 kali di antara Maghrib dan isya , insyaALLAH kesusahannya akan hilang .

AS-SABUR : Penyabar . 
Fadhilatnya : Sesiapa ditimpa kesusahan ataupun dukacita hendaklah menyebut nama-Nya 3,000 kali , insyaALLAH ia akan terselamat  AR-RAHMAN : Yang Dermawan - Pemberi rahmat dan kemakmuran kepada makhluknya tanpa perbezaan .
 
Fadhilatnya : Sesiapa ditimpa kesusahan ataupun dukacita hendaklah menyebut nama-Nya 3,000 kali , insyaALLAH ia akan terselamat

No comment »

teguran dari muslimin

muslimah
mungkin aku memang tak romantik
tapi siapa peduli?
kerana itu kau tak mengenaliku dan memang tak perlu mengenaliku.
bagiku kau bunga teristimewa
tak mampu aku samakan dengan bunga terindah sekalipun
indahnya muslimah berhias sifat pemalunya

muslimah
jangan sesekali biarkan aku menatapmu
kerana kau akan membuat aku mengingatimu
bererti memenuhi kepalaku dengan mengagumimu
berimbas pada tersusunnya gambarmu pada setiap dinding khayalku
membuatkanku inginkanmu sepenuh hati
seluruh jiwa, sesemangat mentari
kasihanilah dirinmu jika harus hadir dalam khayalku yang masih penuh lumpur
kerana sesungguhnya dirimu terlalu suci

muslimah
berdua menghabiskan waktu denganmu bagaikan mimpi tak berpenghujung
ada ingin tapi tiada henti
menyentuhmu merupakan kemahuan diriku
meskipun hujung tudungmu pun tak berani kusentuh
jangan pernah kalah dengan mimpi dan inginku
jangan sucimu kau pertaruhkan
mungkin kau tak peduli
tapi kau hanya menjadi wanita biasa di hadapanku bila kau kalah
dan tak lebih dari wanita biasa

muslimah
jangan sesekali kau renung
bahkan tak perlu kau lirikkan matamu untuk melihatku
bukan kerana aku terlalu indah
tapi kerana aku masih seorang yang terlalu kotor
aku hanya memakai topeng keindahan pada wajah burukku
mengenakan pakaian sutera emas
meniru laku para solihin
sedangkan hakikatnya hatiku lebih kotor dari lumpur

kau memang suci tapi kau mungkin termanipulasi
kerana kau hanya manusia…hanya wanita

muslimah
beri sepenuh dirimu pada dia
lelaki suci yang dengan setulus hati membawamu ke hadapan Tuhanmu
tunggu lelaki itu menjemputmu
dalam rangkaian khitbah dan akad yang indah
bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati ikhlas
relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu
mungkin sekarang atau nanti
bahkan mungkin tiada sampai kau mati
mungkin itu bererti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di fana saat ini
mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu
yang kau bina dengan segala kekhusyukan tangis doamu

muslimah
pilihan Allah tak selalu seindah inginmu
tapi itu pilihan-Nya
tak ada yang lebih baik dari pilhan Allah
mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang terpilih itu
melainkan pada jalan yang kau pilih
seperti kisah seorang wanita sudi menerima di masa lalu yang meminta keislaman
sebagai mahar pernikahannya
atau mungkin kebaikan itu terletak pada keihklasanmu menerima keputusan
Kekasih Tertinggi
Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan menerima cinta dalam setiap denyut nadi kita
Dialah Tuhan Yang Maha Esa….ALLAH…

No comment »