assalamualaikum…
ermmm…time2 skarang nih banyak btol masalah hati…kalo sembang jer sure ada jer citer masalah ‘hati’…maklum ler dah sampai seru kot..huhu…tapi biarlah pada jalan yang diredhai ALLAH..so, aku ciptakan sajak ni untuk peringatan bersama supaya dapat muhasabah diri jugak..bukan sekadar ingatan untuk ‘kalian’ saja tapi untuk diri sendirik..semuanya hanya kerana aku terlalu mengerti dan aku jua pernah melalui….sekadar perkongsian.segan sebenarnya nak tulis benda2 gini tapi terimalah kenyataan bahawa benda macam nilah yang bisa menjatuhkan perjuangan Islam jika tidak dizahirkan dengan cara yang ditetapkan oleh syara’….
AKU MENGERTI KERNA AKU JUA PERNAH MERASAI
saudariku, sahabatku, sayangku si mawar berduri,
secantik namamu,
selembut tamsilan akhlakmu
seindah segar iman di dada
begitulah layaknya engkau yang kugelar muslimah
aku mengerti
terlalu mengerti
kalian kini sedang diuji
sedang sakit menahan rindu
sedang perit menatang ujian yang bertali arus tiba
sedarlah kalian tidak pernah dibiar keseorangan
sedarlah kerinduan yang kalian rasai
keperitan yang kalian deritai
dan cinta fitrah yang kalian lindungi
semata-mata kerana menjaga hati dari mati
menjaga jiwa dari noda dosa
menjauhkan fitrah dari menjadi fitnah
takkan pernah sesekali Allah abaikan
yakinlah jihad kalian dalam perhatian-Nya
Insya Allah…
rencah hidup gadis muslimah yang mengharap redha Illahi
sememangnya begitu
kalian dan aku akan sentiasa dalam ujian
iman kalian akan sering teruji seiring dengan usia kalian
seiring dengan kehendak fitrah kalian
sesuai dengan kemampuan dan keimanan kalian
dan ujianpaling besar dalam hidup kalian pastikan tiba
apabila kalian terpaksa mencipta prioriti antara cinta hakiki dan cinta fitrah insani
apabila tiba suatu masa cinta fitrah membuatkan kalian lalai
dan seakan-akan cinta hakiki kalian letakkan di tangga kedua
na’uzubillah
dalam ucap kalian cinta kerana Allah
dalam janji kalian cinta kerana Pencipta
tanpa disedari cinta kalian sebenarnya kerana dia dan bukan DIA!
Astaghfirullah…
berundurlah secepat mungkin
berpalinglah dari cinta sementara itu apabila di hati kalian
terhidu kesilapan
terasa ketenangan kian samar dan makin lenyap
walau kini bahagia yang kalian nikmati
kerana mungkin bahagia itu tanda ujian Illahi
kembali kepada Al-Quran
“ Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya.” (Al-A’raf: 201)
pegang kukuh pada Hadith wasiat Rasulullah.
yakinlah jodoh kalian akan tiba
mungkin di dunia dan pasti di akhirat, Insya Allah
dan ingatlah tentang kisah seorang pemuda yang memendam cinta
hingga matinya di atas nama syahid kerana sakit menyimpan rindu.
Subhanallah…
rupanya terlalu besar jihad memerangi nafsu
ingatkah kalian betapa cintanya Rasulullah kepada kita
hingga di akhir nafasnya nama kita tetap meniti di bibirnya
terbayangkah betapa utuhnya kasih ibu ayah kepada kalian
dari kecil sehingga sekarang
dari saat jasad kalian terzahir sehingga roh ditiup
malah bersyukurkah kalian
pada tiap kali diberi rahmat hembusan nafas turun dan naik
oleh Pencinta Hakiki
kenangkan segalanya
pasti hati kalian kan menjadi tenang
Alhamdulillah…
usah peduli pada lelaki yang sering mengajak kalian berbuat ikhtilat
kerana lelaki sebegitu tidak akan menjadi bidadara akhirat kalian
usah diendah pada pujuk rayu dan janji manis mereka
kerana itu hanya omong kosong perangkap kealpaan
malah jangan pernah sekali kalian berbangga kerana berjaya membuat muslimin menitiskan air mata kerana kalian
malulah…malulah…malulah kalian…malulah pada Allah
mohon ampun pada Yang Maha Esa jika kalian punca kelupaan si dia pada Pencipta maya
ingatkan dirinya bahawa air mata itu hanya layak kepada Yang Maha Penyayang
dan cinta utama hanya pada Dia Yang Satu
patrikan di hati kalian sesuci cinta adalah selepas pernikahan
abaikan pengaruh sekitar yang menduga taqwa kalian
yang kekadang mendatangkan hati kalian suka pada maksiat
yang kekadang membuatkan hati kalian kalah untuk ingin sama menikmati perkara yang dimurka Allah
Astaghfirullah…
tinggalkan angan-angan di siang hari kalian
tinggalkan…tinggalkan…tinggalkan…
kerana jika ia menjadi kenyataan sekalipun
belum tentu ia seindah cinta Yang Maha Kuasa
dan belum tentu ia kekal membawa kalian ke syurga
aku bukan mahu mengajar kalian menjadi egois
jauh sekali untuk menentang fitrah insani
bukan juga memperjuangkan feminisme
ingatlah kita hanya manusia biasa
yang saling perlu memerlukan
untuk lengkap melengkapi
kerna aku sedari
diri ini jua tercipta dari tulang rusuk adam
aku hanya ingin kalian teguh
bersiap sedia menjaga maruah
bisa berdiri kukuh di kala dugaanmerintang sepanjang laluan
supaya kalian mampu utuh di saat insan lain hanyut direnang arus
keraskan hati kalian untuk sentiasa berpegang pada tali Allah
letakkan hukum di hadapan kalian
lembutkan hati kalian sesama sahabat
dan sucikan hati kalian dengan keyakinan yang jitu pada janji Illahi
di saat hati kalian dihimpit rindu yang mencengkam,
kembalilah kepada Illahi
sujud di sejadah
menagislah semahunya di dalam doa kalian
yakinlah pada tiap titisan air mata kalian itu
pasti akan termaktub dalam perkiraan Yang Maha Pengampun, Insya Allah
di kala hati kalian diasak resah yang tiada sudah
kembalilah kepada Al-Quran
selaklah tinta lembaran hikmah itu
surat cinta dari Yang Maha Kaya
lagukanlah dengan sepenuh hati kalian
perhatikan setiap ayat-ayat cinta dari-Nya
dan kata-kata peringatan yang terbaris
hayati setiap bait-baitnya yang terlalu indah
teramat indah!
MasyaAllah…
penuhi sepertiga malam kalian dengan rukuk kepada Yang Maha Pemberi
selitkan solat sunat pada setiap kalinya solat fardhu
jangan ditinggal solat sunat Dhuha
Insya Allah yakinlah
kalian akan merasai ketenangan yang tiada tara
kalian akan merasai percintaan yang tak berpenghujung
malah kalian akan tersenyum
apabila kalian mula merasai
kalian istimewa di samping-Nya.
yakinlah!
Dia akan menghantar pencinta-Nya untuk menyintai kalian.
Insya Allah…
dan aku yakini tiada cinta fitrah yang membawa ketenangan
selain dari cinta setelah terlafaznya ucap pernikahan
cinta suci hanya hadir setelah terjadinya ijab dan qabul
pada ketika tersarungnya sebentuk cincin di jari manismu
dahimu dikucup oleh lelaki yang halal kau serah segala
dan di saat diri kalian sah menjadi isteri
bermulalah amanah selaku serikandi solehah
jadilah pecinta kepada suami kalian
jadilah sayap kiri di langit jihadnya
cintailah dirinya kerana agamanya
kerana pada redhanya tempat syurga kalian bertamu…Insya Allah …
berlembutlah dan sayangi dia sepenuh hati kalian
demi kerana redha Illahi
jangan sesekali dikeraskan suara kalian apabila hajat kalian tak dipenuhi
jangan pernah ditolak permintaannya kerana melayan rajuk di hati
jangan juga mengundang amarahnya
takutlah seperti mana Saidatina Fatimah yang mengelilingi Saidina Ali demi meminta sebuah kemaafan
jangan sesekali kalian tidur sebelum suami kalian merelakan sebuah keampunan
kerana syurga Allah terletak pada redha suami kalian
jadilah kalian isteri penenang hati dan penyejuk mata
taatlah pada dirinya selagi di dalam batas syara’
sebagaimana kata Imam Nawawi
“Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika hilang agama dalam dirimu maka hilanglah cintaku”
lahirkanlah generasi Hassan al Banna dan Zainab al Ghazali
didiklah anak-anak kalian menjadi pejuang sejati
pejuang yang tidak takut mati kerana kebenaran
pejuang yang gagah menentang kebatilan
dan pejuang yang memacu gerak kerja Islam
hingga kafir laknatullah menjadikan anak kalian sasaran
kerana ketakutan mereka pada peribadi anak kalian
janganlah ditangisi andai syahid menjadi gelarannya suatu hari nanti
matinya di mata kafir
tapi rohnya tetap bernyawa seiring para syuhada’
dipandang mulia oleh Yang Maha Esa, Insya Allah
akan hidup pada setiap detik jantung kalian berdegup
sebagaimana tabahnya Asma’ binti Abu Bakar
menerima berita syahidnya Abdullah ibn az Zubair
malah turut pergi menemui Illahi setelah 10 hari pemergian anak tercinta
sungguhlah bingkisan syair dari Hafidz Ibrahim
“Seorang ibu adalah madrasah, apabila engkau mempersiapkannya, bererti telah menyiapkan generasi muda yang baik dan gagah berani. Seorang ibu adalah guru dari semua guru pertama, yang pengaruhnya menyentuh seluruh jagat raya.”
Subhanallah…
sematkanlah dalam sanubari
tanyakan pada diri
bisakah kita menjadi muslimah yang bakal mencorak sejarah
atau hanya seorang perempuan yang terlanjur mencipta fitnah…
Na’uzubillah..moga dijauhkan…
-AD-
asmawarrdah@yahoo.com
1 mei 2007
1452