Archive for April, 2007

JOM BALIK RUMAH!!!

assalamualaikum sohabat2 sekalian…

cepat tol masa berlalu..dulu tak sabaq nak balik sarawak..kinek tok dah nak balik perlis…fyp lak baru on da away. need to settle b4 rushing balik…barang2 nak kena pos balik rumah..juz tinggal 2sem lagik nak habis…Insya Allah moga dipermudahkan Allah dalam segala urusan…

masa untuk berbakti untuk mak ayah pulak…jasa diorang mmg tak dapat dibalas tapi menyenangkan hati diorang dengan berbuat kebaikan dan layan diorang dengan penuh rasa hormat pun dah cukup bagi mak ayah.dapat tengok ayah senyum pun dah kira sejuk ati ni…dengar mak membebel pun rasa syok sekarang ni sebab tu tandanya mak sayang kita..heheh.tapi jangan sampai mak kita marah n menangis sebab sedih dengan kita, na’uzubillah…..

setitis air mata ibu menitis kerana kesedihan, astaghfirullah…hanya terampun bila ibu memaafkan…

ermmmmmmmmm……so, ingat2lah diri yang selalu lupa…lupa nak col, lupa nak bagi sms…lupa nak bertanya khabar…lupa nak buat diorang ketawa…lupa bertanya susah senang mereka di sana…sakit pening yang mereka tanggung……

huh!!!!banyak benar keterlupaan yang berlaku….jadi kawan2…ingat2kanlah diri ini supaya jadi anak yang solehah…Insya Allah…

No comment »

KITA pasti diMADUKAN!

(Temuramah dengan isteri As Syahid Ismail Abu Syanab - pemimpin Hamas yang terbunuh diserang helikopter Israel )

WASIAT DARI KU BUATMU Sahabat sahabiahku sekalian!

SEDARLAH SEMUA KALIAN AKAN DIMADUKAN!

JIKA DIRIMU SEORANG ISTERI

TERIMALAH KENYATAAN BAHAWA ANDA TELAH DIMADUKAN, BAHKAN ANDA BUKAN ISTERI PERTAMA YANG DIKAHWINI TETAPI ANDA ADALAH ISTERI KEDUA!!! KERANA ISTERI PERTAMA BAGI SUAMIMU IALAH PERJUANGAN ISLAM!!!

PERKAHWINAN INI TELAH LAMA DILANGSUNGKAN KEHADIRAN DIRIMU ADALAH UNTUK BERSAMA BERGANDING BAHU MEMPERJUANG KAN ISLAM BUKAN MENJADI BATU PENGHALANG PERJUANGAN SUAMIMU

JANGANLAH JADIKAN DIRIMU SEBAGAI PUNCA SERTA MERENDAHKAN HARGA DIRI MU DENGAN TERJADINYA PERCERAIAN SUAMIMU DENGAN ISTERINYA YANG PERTAMA IAITU PERJUANGAN ISLAM!

JIKA DIRIMU SEORANG SUAMI

TERIMALAH BAHAWA ANDA BUKANLAH SUAMI YANG PERTAMA YANG DINIKAHINYA ATAU INSAN YANG PERTAMA YANG DICINTAI DAN DISAYANGI OLEH ISTERIMU!!!

BAHKAN DIRIMU ADALAH INSAN YANG KEDUA YANG DICINTAINYA KERANA SUAMI YANG PERTAMA BAGINYA IALAH PERJUANGAN ISLAM DAN DAN MEMARTABATKANNYA.

DIA MENCINTAIMU KERANA DIRIMU MENCINTAI ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM. JIKA DIRIMU TIDAK SEDEMIKIAN.SEKELUMIT CINTA PUN TIDAK AKAN LAHIR DALAM SANUBARI ISTERIMU BANTULAH ISTERIMU DAN KUATKANLAH DIA UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN

No comment »

PESANAN UNTUK ISTERI PEJUANG

PESANAN UNTUK ISTERI PEJUANG

(Temuramah dengan isteri As Syahid Ismail Abu Syanab- pemimpin Hamas yang terbunuh diserang helikopter Israel

)

S: Bagaimana akhlak Abu Syanab?
J: Akhlaknya adalah (berdasarkan) Al Qur’an… Beliau melaksanakan perintah Allah dengan cara yang betul tanpa fanatik membuta. Beliau sentiasa tekun dan memelihara sembahyang, puasa, dakwah dan jihad fi sabilillah. Seringkali beliau berpuasa sunat secara mingguan. Beliau menghafaz 20 juzuk dari kitab Allah (Al Qur’an). Beliau mula mengenali Syeikh Ahmad Yasin (pemimpin utama dan pengasas Hamas) sebaik tiba di Ghaza tahun 1964 dari Mukhayyam An Nusairat, kampung keluarganya.

S: Adakah As Syahid (Abu Syanab) membimbing keluarga dengan baik dan adakah beliau dapat seimbangkan antara tugas-tugas dakwah, politik dan rumah tangga?
J: Alhamdulillah, beliau bukan sahaja membimbing keluarga dengan baik, tetapi cemerlang. Beliau adalah pembimbing keluarga yang terbaik.

Sememangnya tugas-tugas dakwah mengambil waktunya, begitu juga dengan politik dan kerja beliau di Universiti Islam. Tetapi bagi kami (ahli keluarga) kami tidak kisah. Bahkan sebaliknya kami sentiasa memberi ruang supaya beliau dapat menunaikan tugas dan kewajipannya dengan sempurna.

Al Marhum bekerja menerusi politik untuk kemaslahatan dakwah dan untuk mencari keredhaan Allah di samping satu khidmat untuk Islam dan umatnya. (Dalam keadaan itu pun) beliau satu haripun tidak pernah alpa terhadap hak keluarganya.

Beliau sentiasa bertanya tentang pelajaran dan keadaan anak-anaknya walaupun seketika. Beliau juga sering menziarahi anak-anak perempuannya. ..

Dalam hal mengambil berat terhadap keluarga ini, saya masih ingat ketika beliau dipenjarakan oleh Yahudi pada tahun 1989. Dalam keadaan kami yang sentiasa risaukan keselamatannya yang mungkin beliau disiksa dan sebagainya, beliau masih berkesempatan menghantar pesanan menerusi pasukan Palang Merah bertanyakan keputusan peperiksaan anak-anaknya di sekolah rendah. Sedangkan ketika itu kami tidak dibenarkan melawat beliau.

Dari sudut kerja-kerja dakwah, saya tidak banyak masuk campur urusannya. Tetapi beliau tidak pernah cuai menjalankan tugas tersebut. Ia dilakukan semata-mata untuk keredhaan Allah, di samping menyahut seruan rakan-rakan pejuang.

S: Bagaimanakah detik-detik terakhir sebelum Abu Hasan (Abu Syanab) mati syahid?
J: Detik-detik terakhir seperti biasa sahaja. Sebelum terbunuh beliau sempat membelikan perabut baru untuk rumah kami. Pada pagi kejadian, beliau menunaikan solat Subuh di rumah kerana sebab-sebab keselamatan.

Kemudian beliau bersarapan bersama dengan rakan-rakan yang datang menziarahinya. Kemudian beliau duduk berehat seketika dan sempat mandi terlebih dahulu sebelum keluar rumah.

Biasanya sebelum beliau keluar rumah saya akan menasihatinya terlebih dahulu. Contohnya, “Berhati-hatilah,” atau, “Jangan memandu kereta jika ada helikopter mengekori.”

Tetapi pada hari kejadian, saya tidak berbuat demikian kerana merasakan sudah terlalu kerap beliau mendengar pesanan berkenaan dari saya…

Perangainya seperti biasa. Pada saat-saat terakhir beliau kelihatan sangat gembira. Beliau berusaha menggembirakan anak-anak perempuannya yang masih kecil dengan membelikan keperluan mereka…

S: Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada wanita yang ingin berkahwin dengan pejuang-pejuang jihad seperti Abu Syanab supaya mereka boleh membantu suami mereka dalam berjihad?
J: Saya tidak suka memuji diri sendiri kerana Allahlah yang terbaik. Tetapi secara realiti, setiap wanita yang ingin berkahwin dengan mujahid dan da’i (pendakwah) di jalan Allah hendaklah membiasakan diri dengan kehidupan mujahid dan kehidupan jihad. Kerana kehidupan para mujahidin adalah kehidupan yang tidak tetap.

Rumah tangga hendaklah sentiasa bersedia menghadapi apa jua suasana pada bila-bila masa.

Justeru, mereka yang ingin mengahwini mujahid hendaklah benar-benar faham tugas suami (sebagai pejuang) dan hendaklah bersedia membantu mereka menunaikan tugas mereka.

Mereka juga perlu menjadi orang yang sabar dan hendaklah tahu bahawa mereka perlu menerima tetamu pada bila-bila masa. Begitu juga mereka perlu bersedia untuk berhadapan dengan tindakan Yahudi atau musuh-musuh Islam yang lain sama ada mereka menghalau atau membunuh syahid.

S: Bagaimana puan menerima berita syahidnya jurutera Ismail (Abu Syanab)?
J: Perasaan saya adalah perasaan orang yang kehilangan kekasih. Tetapi saya bangga dan merasa mulia kerana suami saya berhasil memperoleh apa yang dikehendakinya dan dicita-citakan dalam hidupnya.

Saya juga bersedih hati kehilangan orang yang paling saya sayangi.

Apapun, kematian boleh datang bila-bila masa. Ada orang mati kerana kemalangan jalan raya. Tetapi suami saya dipilih Allah untuk mati syahid. Saya sangat berbangga walaupun sedih kehilangannya. Saya berdoa agar saya ditemukan kembali dengannya di dalam rahmatNya yang berkekalan (syurga).

Alhamdulillah, kami semua yakin beliau adalah syahid. Kami menerima berita syahidnya dengan bertakbir, “Allahu Akbar, baba telah mati syahid! Allahu Akbar, baba sudah syahid di sisi Allah.”

Anak-anaknya yang lelaki dan perempuan merasa sedih dengan kehilangan bapa mereka, tetapi mereka tetap bersabar dan bertekad meneruskan perjuangan menerusi jalan yang telah dilalui oleh bapa mereka. Bapa mereka adalah model, contoh ikutan, kemuliaan dan kebanggaan. Hidupnya sebagai mujahid dan matinya sebagai syahid, dengan izin Allah.

S: Adakah puan kesal dengan jalan yang ditelusuri oleh suami puan yang diakhiri dengan puan kehilangan suami?
J: Sama sekali saya tidak menyesal! Bahkan ingin saya tegaskan, jalan yang dilalui oleh suami saya adalah jalan yang benar. Saya merasa sangat mulia menjadi isteri beliau. Kalaulah suami saya berada di atas jalan yang tidak benar, tentulah Yahudi tidak menjadikannya sebagai sasaran pembunuhan.

Jadi Alhamdulillah pada waktu senang atau waktu susah. Saya sungguh-sungguh berbangga menjadi isteri kepada lelaki seperti Abu Hasan (Abu Syanab).

S: Adakah puan yakin terhadap kemampuan kumpulan-kumpulan pejuang, khususnya Hamas dalam menuntut bela di atas pembunuhan As Syahid (Abu Syanab)?
J: Ya, pertama sekali saya yakin dengan kuasa Allah. Kemudian saya percaya kemampuan kumpulan-kumpulan pejuang. Saya tidak mahu (mereka) menuntut bela untuk suami saya sahaja. Tetapi saya mahu menuntut bela untuk dakwah, untuk agama (Islam) dan untuk para syuhada’.

Saya berdoa kepada Allah agar pembelaan ini berlaku dengan jalan Allah dan bukannya dengan jalan manusia.

Semua pihak, timur, barat dan Amerika memusuhi kami. Saya berharap agar Allah menunjukkan kepada kami hari hitam buat mereka sebagai satu pembelaan kepada agamanya dan dakwahnya sebelum pembelaan kepada suami saya Abu Hasan (Abu Syanab) rahimahullah. Saya beriman dengan Allah.

Kemudian saya percaya akan kekuatan Gerakan Kebangkitan Islam HAMAS untuk membalas dan menuntut bela kerana agama, dakwah dan Palestin dan bukannya untuk suami saya sahaja.

S: Adakah As Syahid (Abu Syanab) sudah dapat merasakan bahawa ajalnya sudah hampir, kerana biasanya pejuang-pejuang mujahidin ini mereka dapat merasakan kedatangan ajal mereka?
J: Sebenarnya, beliau tidak merasa demikian. Tapi boleh jadi juga ada perasaan berkenaan di dalam dirinya. Bagaimanapun, saya dapati beliau sangat senang hati dan terlalu gembira… Saya tidak menyangka itu adalah saat-saat terakhir kehidupan beliau.

Alhamdulillah beliau telah menjayakan cita-citanya iaitulah kegembiraan di dalam hidupnya. Saya berdoa moga beliau bertemu dengan Allah dalam keadaan redha dan mendapat nikmat syurga dengan penuh kegembiraan dan kekal di dalamnya.

Dalam tempuh terakhir itu juga beliau pergi menemui semua orang yang bekerja di rumah dan membayar baki gaji mereka. Orang terakhir menerima bayaran daripadanya ialah Duhan. Katanya, “Awal bayaran kali ini Abu Hasan?”

Beliau menjawab, “Wahai orang muda, ambil hak kamu ini. Seseorang itu tidak tahu bila dia akan mati.”

Alhamdulillah, beliau sempat membayar semua bayaran yang sepatutnya beliau jelaskan dan beliau meninggalkan dunia ini dengan tidak menanggung sebarang hutang. Moga-moga Allah menerimanya sebagai syahid.

———— ——— ——— ——— ——— ——— ——— ——— ——— ——— ——— ——— ——— ———

WASIAT DARI KU BUATMU Sahabat sahabiahku sekalian!

SEDARLAH SEMUA KALIAN AKAN DIMADUKAN!

JIKA DIRIMU SEORANG ISTERI

TERIMALAH KENYATAAN BAHAWA ANDA TELAH DIMADUKAN, BAHKAN ANDA BUKAN ISTERI PERTAMA YANG DIKAHWINI TETAPI ANDA ADALAH ISTERI KEDUA!!! KERANA ISTERI PERTAMA BAGI SUAMIMU IALAH PERJUANGAN ISLAM!!!

PERKAHWINAN INI TELAH LAMA DILANGSUNGKAN KEHADIRAN DIRIMU ADALAH UNTUK BERSAMA BERGANDING BAHU MEMPERJUANG KAN ISLAM BUKAN MENJADI BATU PENGHALANG PERJUANGAN SUAMIMU

JANGANLAH JADIKAN DIRIMU SEBAGAI PUNCA SERTA MERENDAHKAN HARGA DIRI MU DENGAN TERJADINYA PERCERAIAN SUAMIMU DENGAN ISTERINYA YANG PERTAMA IAITU PERJUANGAN ISLAM!

JIKA DIRIMU SEORANG SUAMI

TERIMALAH BAHAWA ANDA BUKANLAH SUAMI YANG PERTAMA  YANG DINIKAHINYA ATAU INSAN YANG PERTAMA YANG DICINTAI DAN DISAYANGI OLEH ISTERIMU!!! BAHKAN DIRIMU ADALAH INSAN YANG KEDUA YANG DICINTAINYA

KERANA SUAMI YANG PERTAMA BAGINYA IALAH PERJUANGAN ISLAM DAN DAN MEMARTABATKANNYA.

DIA MENCINTAIMU KERANA DIRIMU MENCINTAI ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM. JIKA DIRIMU TIDAK SEDEMIKIAN.SEKELUMIT CINTA PUN TIDAK AKAN LAHIR DALAM SANUBARI ISTERIMU BANTULAH ISTERIMU DAN KUATKANLAH DIA UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN..

No comment »

menanti di barzakh…

subhanallah brgetar jantung, bagai mahu gugur ke bumi bla dengar lagu ni…menginsafkan….

Menanti Di Barzakh
Album : Halawatul Iman
Munsyid : Far East

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Juga Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Seusai Talkin Penanda Syahdu,

Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembali,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Di muka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali tak sanggup Untukku Mengulangi,

Jantung Berdegup Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

No comment »

CINTA SMS

1. hai boleh sayer kenal
sayer tertarik dengan perwatakan sopan
awk, da lamer sayer perhati awk,awk
budak baik n tertarik ngn tudung
labuh awk..sayer harap kiter boleh
berkenalan..ukhwah fillah eh org
kater..sayer x pandai sgt arab..

2.terima kasih menerima sayer,sayer
akan try sedaya mgkin menjaga awak
dan mengikut syariat,sayer tau sayer
bukan baik,tp sayer sentiasa cuber
terbaik untuk awak…

3.ingat tau,keluar jaga aurat,jgn
bagi org nampak..kuar ngn kekawan tau,
balik kntek,,,sayer doakan awk.

4.wak, nape x kntek sayer,sayer risau
awak kuar lelamer..ye,,,sayer x der
hak,sayer tau sayer percaye awk, tp
sayer x tau nak kater mcmmaner,kiter x
bertemu selalu, just nampak dari jauh
jerkan…tp sayer rase awk mcm
berada depn sayer…mungkin nie yang
orang kater cinta kot, wak, wak cinta
sayer? x nak bagitau,,tp sayer tau
awak cinta sayer..awk da malu nak
jalan tempat sayer lepak ebab
malukn..hehehr..tq..sayer cinta awk..

5. wak, selain family,wak sayang
siaper? saper sayer dalam hati awk?

6.wak, dari kawn kiter just panggil
sayer awk jer, mcm sayer x istimewa
untuk awk jer;)sayer teringin gak nak
jadi mcm kawn sebilik sayer nie,
panggil sayang… bolelah, bukan salah
pun, just panggilan jer…tq sayang…

7.yang, kekadang sayer tengok ayg nie
mcm x percayer sayer je,,, yela, sayer
just tanyer awk pakai ape jerkan ;(
hehehe… yer tq bgtau, makin sayang
sayer kat awk…

8,yang, sayer nak ayang tau, ayang lah
segalanyer utk sayer, sayang la
pemberi semangat utk sayer…yang,
sayer harap ayang n sayer x der rahsia
lg…jgn risau, ini kan membuktikan
sayer take care ayang kan…so,
jgn risau k, yer…sayer akan jaga
ahsia kiter..just msg je kan..

9.ayang dah lamer kiter msg, boleh x
kitr jumper? yer… ayang bawa lah
kekawan k,,, tq yang…

10.tq panggil sayer ngan panggilan
abg,,, abg tunggu da lamer da,,, abg
tau, kiter x leh pakser dlm
perhubungan…

11.ayang, wat pe 2, nak ckp cikit,
naper ayang bawa satu batalion nak
jumper abg?? ayang x percayer abg
eh..

12.ayang kiter jumper k,,, abg suka
ayang pakai tudung yang sayer beli 2,
yang mcm wardina 2,bukan ayag x cantik,
judt makin cantik,,,,nipis sikit
jer..kiter jumper nanti ayang bawa la
sorang jer k…

13.ayg,abg nak mintak maaf dengan aper
yang jadi… abg td tersentuh jari
ayg,tq yang, tol ckp ayang, tersentuh x
per…makin la tebal cinta abg kat
ayang..ayang suker jumper abg?
tq yang, td cian tengok kawn ayang duk
je diam,…yer… nanti abg bawa kawn
abg, leh dier borak kan..yang, abg
suker
tngk mater ayang,malu malu lak
dier,,,ayang td cantik…

14.tq jumper td,ayang cantik…
abg romantik pun salah ker?
suker abg romantik eh, td jumper da
berani tenung abg…tq..
tengk kwn ayang n kawan abgmcm melekat
jer… senang la kiter jumper…
tengk, ALLAh membrkati kiter…
ayang da solat? doakan abg sekali k…

15.yang,just nak tanyer… ayang
cintakan abg berape peratus? aper
tandanyer?50% je…yang, nak tanyer,
rambut ayang pnjng x, just terpikir,,,,

16.td terbeli tudung pendek, ,,, yang
bg kat ayang tu…yang, bg lah gmbr
ayng
special untuk abg pakai tudung 2…
cantiknyer ayng…gmbr nie abg wat
wallpaper hp…

17.yang, cintakan abg berape peratus?
sepenuh hati? tq!!!!!!! ilove u
sayang….

18.yang, da lamer kiter couple, x kan
abg pegang tangan nak mara, ayang kan
milik abg…tq paham abg…

19.kater ayang cintakan abg sepenuh
hati… kalu ayng cintakan abg aper
buktinyer yang,,,,
SELEPAS ITU BARU BERMULA MAKSIAT
SEBENAR…..PEGANG
TANGAN->TERABE->TERSEDAP->TERLANJUR-
>TERBUNTING->
TERBUANG ANK->TERKELUAR VCD LUCAH-
>TERMALU->TERTEKAN->TERSEKSA->TERBUANG-
>->->->- >->JIKA INI BERTERUSAN,
MUNGKIN
TERBUNUH DIRI….SEMUANYA TER….TER
KE?????JWB SENDIRIAN BERHAD, SEMUANYA
BERMULA DARI SMS BERBUNYI, hai, bole
sayer kenal….

ramai yang telah tertipu dengan teknologi …ramai lelaki begini dan pastinya ramai juga muslimah yang makin tertipu..ramai lelaki yang mengingini muslimah bertudung labuh, ramai yang cuba mendekati muslimah yang punya didikan agama yang mantap..dan ramai yang mengimpikan calon isteri yang solehah tapi berapa ramai yang berusaha menjadikan dirinya SOLEH =).cinta kerana ALLAH mungkin hanya satu lafaz yang cuba menghalalkan sebuah rasa…sedangkan praktikalnya…hanya empunya diri memahami…

p/S: Sahabat2 yg dikasihi
Fillah..BERUBAHlah utk makin dkt pd
ALLAH!

No comment »

luahkan cintamu sebelum terlewat

Lafaz yang tersimpan-UNIC

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

lafazkan sayang dan cinta pada kedua ibu bapa kita..dan kepada sesiapa saja yang HALAL untuk kita ungkapkannya….jangan bertangguh hingga satu   masa kita dihambat kekesalan kerana sebuah lafaz yang tersimpan…

No comment »