Archive for March, 2007

cakap tak serupa bikin

kita sering berkata…israel kejam..israel laknatullah…

selalu jugak dengar perangi Israel…hari2 kita baca dalam paper…saudara seislam ditindas dengan kejam…tiap kali itu jugak, kita geleng2 kepala…apa nak jadi dengan dunia sekarang…

sedih dalam hati nasib saudara seislam diperlakukan sesuka hati israel…di mulut selalu sebut benci…

orang dalam jemaah pulak tiap2 kali usrah duk berpesan macam2…bagi tazkirah…baca tafsir…tapi kesian…ada jugak yang labur duit kat yahudi…bila nak makan, gi KFC…gi Pizza…gi Mc Donald….ish2…pastu bangga lak tu..

ermmm…pelik lah..duk kutuk yahudi tapi duk bagi jugak duit kat diorang beli peluru…bunuh saudara seislam sendiri tanpa sedar…na’uzubillah…ampunkan kami Ya Allah…kami tak sedar…

kalau berjuang melawan nafsu makan pun kami tak mampu, apatah lagi nak angkat senjata…huh! jauh langit dengan bumi la nampaknyer…Astaghfirullah…makin lama terasa nipis iman…Ampunkan kami Ya Allah…

yang ada kefahaman, jangan la duk buat2 tak tau.duk hentam jugak even tau..yang baru tau, baguslah..boleh sama2 berubah..yang tak tau n tak mau amek tau, rasanyer cepat2lah ubah sikap…

pesanan untuk diri sendiri dan sahabat2…buat muhasabah bersama…ingat-mengingatilah kita…

wassalam…

No comment »

kasih abadi

17 RABIULAKHIR 1426

26 MEI 2005

1110

Sayang…….. Saya rindu kat awak

Dulu saya tak macam ni

Mungkin 17 tahun dulu saya tak betul-betul kenal awak

Saya selalu dengar cerita tentang awak

ustazah selalu puji awak

Mereka cakap awak baik hati

Suka tolong orang

Awak tak kisah orang hina awak

Sebab awak yakin dengan janji Allah

Bertuahnya ibu Aminah yang melahirkan awak

Awak tak sombong

Hormat orang tua dan sayangkan kanak-kanak

Walaupun awak tak kaya

Tapi awak tetap bantu mereka yang memerlukan

Walaupun awak ada kedudukan

Tapi awak tak pernah pandang rendah kat orang lain

Malah awak risau kalau orang lain sesat

Awak tak nak tengok kami tersalah arah

Kadang-kadang saya cemburu sangat

Ramai orang sayangkan awak

Ramai orang nak sangat jadi kekasih awak

Sebab memiliki kasih awak

Bermakna memiliki kasih Illahi

Tapi saya tahu awak tetap sayangkan saya

Kalau saya ikut perintah Allah dan tinggalkan larangan-Nya

Awak suka wanita yang pandai jaga maruah

Tutup aurat dan taat kepada Allah,suami dan mak ayah

Awak pernah kata

Penghuni neraka kebanyakannya wanita

Malah awak lihat sendiri seksaan neraka

Kepada wanita yang engkar pada perintah Allah

Insya Allah, saya takkan lupakan pesanan terakhir awak

Awak suruh kitorang solat

Sebab solat yang khusyuk

Akan hindarkan kami daripada perkara mungkar

Awak hensem sangat

Wajah awak bercahaya

Sejuk mata memandang

Bagi saya,

awaklah jejaka paling kacak

Yang pernah hadir dalam hidup saya

Malahan Anas bin Malik r.a. meriwayatkan,

Kulit awak tak putih

Tak jugak sawo matang

Rambut awak ikal

Tak lurus

Tak jugak terlalu kerinting

Dada awak bidang

Rambut awak mencecah bahu

dari al-Bara bin’Azib r.a., ia mengungkapkan :

Aku tak pernah melihat orang yang berambut panjang terurus rapi, dengan mengenakan pakaian merah, yang lebih tampan dari Rasulullah saw. Rambutnya mencapai kedua bahunya. Kedua bahunya bidang. Beliau bukanlah seorang yang berperawakan pendek dan tidak pula terlampau tinggi.

Teringinnya saya nak menatap wajah awak

Rindu sangat sangat

Saya tahu awak dah ada keluarga sendiri

Ada isteri-isteri yang taat

Dan anak-anak yang soleh dan solehah

Awak suami yang romantik

Lemah lembut dan bijak bertolak ansur

Tak pernah menyakiti perasaan isteri-isteri awak

Tak pernah berkasar dengan anak-anak

Saya jugak tahu awak paling sayangkan Khadijah

Bertuahnya Khadijah disayangi awak

Saya tak kisah walaupun awak dah jadi suami orang

Saya tetap suka, sayang dan cintakan awak

Saya tak pernah cemburu dengan sayap kiri awak

Malah saya kagum dengan diorang

Teguh berdiri di belakang tabir pengorbanan

Dan setia menyokong perjuangan awak hingga ke akhir hayat mereka

Kalau dulu saya cuma dengar tentang kisah hidup awak Keindahan budi pekerti awak

Dan jalan perjuangan dakwah awak

Tapi sekarang saya usaha sendiri

Saya baca dan fahami kitabullah

Saya cari hadith-hadith awak

Saya betul-betul nak faham diri awak

Saya nak tau warna kegemaran awak

Makanan favourite awak

Cara awak berjalan

Pakaian awak dan macam-macam lagi

Makin banyak yang saya tahu

Makin bertambah rasa cinta ni

Makin saya kenal awak

Makin memuncak perasaan saya nak jumpa awak dan Pencipta kita

Saya nak sangat syafaat dari awak di akhirat kelak

Saya tau awak jauh

Tapi awak tetap dekat di hati saya

Walau saya tak mampu bertemu dengan awak

Tapi saya akan sentiasa ingat kat awak

Saya akan sentiasa basahi bibir ni dengan selawat

Itu tanda saya cintakan awak

Saya akan cuba,Insya Allah

Awaklah permata hidup saya, YA RASULULLAH….

Ummu asma’ –AD-

PERLIS 1110

260505

No comment »

pengalaman itu sebenarnya amat indah

tulipsolehah menulis

"Sebuah pengalaman cukup menerangkan kepada kita..
bahawa erti kehidupan yang sebenarnya…
bahkan mengajar kita siapakah diri Allah yang hakiki..

pengalaman yang menyedihkan cukup memberi kesan dihati..
pada hati yang mudah tersentuh…telus…dan halus…
Namun ucapan"aku tak mampu Ya Allah" biasa terkeluar dari hati kita…

sedarlah..semua ini mengajar kita kematangan hidup…
erti menjadi seorang mukmin yang sejati..
Tidak mengapa kita merintih..
akan tetapi rintihlah kamu pada Ilahi..
kerana Dia sememangnya menanti rintihan hambaNya..
tak mengapa ..rintihlah semahu-mahu kalian..
Allah tak pernah menolak kehadiran kita..
kita saja..yang menolakNya..
Nauzubillah…

Andai tiada pengalaman ini..
adakah kita akan mengingati Allah…
tepuk dadamu..
tanyalah imanmu..
kerana apa..imanmu..bisa memberi jawapan yang paling jujur…

kesenangan kan datang setelah kesulitan kau tempuhi…
ingatlah duhai sahabat..
tidak Allah mencabut sesuatu itu dalam jiwa kita melainkan Dia menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik…
Nantikanlah hikmahNya..pasti dirimu tersenyum penuh keredhaan..
penulis dari selatan..

http://www.ukhwah.com/article.php?sid=2408

No comment »

surat dari adam

Maafkan aku jika coretan ini bisa mengguris hatimu. Meskipun kutahu,jiwamu selembut sutera dan bisa hancur lantaran kata-kata yang bakal ku ungkap ini, mengertilah duhai Hawa… .kerana kaulah pengubat kesunyian waktu aku di syurga dulu… .dan engkau juga asalnya dari tulang rusuk kiriku yang bengkok,lantas kerana bimbamg hidupmu terpesong dari landasan yang sebenarnya,kugagahi jua diri ini… .

Hawa… . Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan kaummu melebihi bilanganku di akhir zaman ini. Itulah kebesaran dan penelitian Allah swt dalm urusan-Nya. Bayangkanlah Hawa… sekiranya kaumku melebihi kaummu, yang pasti dunia ini kan berkecai kerana huru-hara dan diselimuti warna-warna suram lantaran kekejaman dan penindasan… .

Hawa… . Suka untukku mengajak dirimu agar berfikir sejenak tentang hakikat kekalutan yang melanda disaat ini. Tapi permintaanku,duhai Hawa… cubalah ! renungkan jua yang sebenarnya dirimu kini sudah berubah… Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu kini… kian berubah..tidakkah kau mengerti bahwa dirimu adalah umpama sekuntum bunga yang indah di pandangan mata namun bukan perhiasan semata-mata. Duri-duri yang melingkarimu itulah hijab yang digariskan oleh Allah swt sebagai pelindung yang diertikan sebagai aurat seorang yang bergelar wanita… Mengapa Hawa?

Mengapa harus kau biarkan ia terdedah… kepada kami,kaum ajnabimu? Betapa hancurnya hatiku menyaksikan dirimu umpama bahan yang dapat diperkotak-katikkan. Dimana-mana saja,bisaku lihat dirimu menghayunkan langkah ,bukan sebaik dulu lagi… langkahmu kian pantas… .apa sebenarnya yang engkau kejari?… ku sendiri tak pasti! Terkadang, ku tak dapat membezakan antara dirimu dan teman-teman yang lain… Bersama hayunan langkah itu, suaramu kian meninggi,diiringi gelak tawa yang cukup memedihkan mata dan hatiku ini… Sedarkah kau Hawa… .. ?

Haruskah aku terima hakikat yang kau kini sudah berubah? Semakin jauh dari landasan Tuhan yang pernah kutelunjuki buatmu dahulu!!! Hawa… . Mengapa mesti dirimu kini jadi tontonan ramai? Perlukah kau hiasi dirimu untuk menarik perhatian sehinggakan yang seharusnya menutupi auratmu, kau miliki dari ciri-ciri yang ditegah dalam Islam? Sukar bagiku untuk melihat kembali keadaan yang mana sesederhana yang mungkin! Cukup untukku merasakan kehadiranmu disaat ini tidak lebih dari mempamerkan perhiasan diri yang kau punyai… ..Fahamilah Hawa,usahlah menurut kerakusan nafsu menjelajahi sebutir peluru yang bisa hinggap di mana saja meninggalkan fitnah buat kaumku ini…

Hawa… . Betapa sakit dan pedihnya disaat kulihat auratmu menjala, di sekeliling pandangan… .Aku tidak mahu Hawa… suatu hari nanti, dinegeri yang abadi itu, memperlihatkan seksaan terhadapmu yang ku kira paling dahsyat, apa tidaknya… seurat rambutmu yang keluar, ular menanti dimana-mana, sejengkal tanganmu kelihatan … aduh!! banyaknya seksaan menantimu!… Mengapa begitu Hawa Tidakkah kau ingat apa yang perlu kau jaga adalah maruahmu! Maruah seorang wanita yang tersandar di bahumu kelemahan dan kekurangan!!! Jadi bagaimana seandainya kelakuan dan auratmu terpamer di mana-mana saja??

Hawa… Tidakkah kau malu dengan pembohongan yang kau sembunyikan dalam dirimu sendiri… .Di sini auratmu kau selindungi disebalik pemakaianmu, atas dasar peraturan dan persekitaran kalian… tapi jauh nun diluar sana ,tersentak diriku tatkala dirimu telah jauh berbeza! Tudung ke mana,jilbab ke mana? Apatah lagi tingkah lakumu… !!! Dimana kau letakkan martabat seorang yang bergelar muslimah? Aku diselubungi rasa malu atas penghinaan ini!

Hawa… . Tutupilah auratmu, jagalah dirimu ,bertuturlah dengan suara yang lembut mampu kau kawal lantaran jika terlanjur, semuanya bisa membawa dosa padamu… Jangan kau memperlihatkan apa yang tersembunyi pada dirimu..tapi ingatlah ,cukuplah sekadar tapak tangan dan wajahmu yang dizahirkan ,namun bukan kakimu,rambutmu,dan jua tubuhmu…

.. Firman Allah swt: “Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman,hendaklah mereka menahan dari pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka dan jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya… ”

Hawa… . Mungkin ku harus menghentikan bicara pertama ini di sini dulu… Andai diizinkan Allah swt, kita bersua lagi dilain lembaran dan yang pasti aku tetap terus membimbingmu. Harapanku agar muncullah walaupun hanya secebis kesedaran dihatimu dan akan mendoakan moga Allah swt membuka hati kalian untuk mencetuskan perubahan…

Akhir kata ,ketahuilah… … … … . “DUNIA INI MERUPAKAN PERHIASAN DAN SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH!!” Sekian… … .. Wassalamm… … … … … … … … .

petikan: Muslimim perihatin

No comment »

BESDAY=AJALMU

Aku di sini

Masih di sini

Namun cinta yang kuimpi bukan di sini

Doaku merentas langit ke tujuh

Cintaku menyeberang tujuh lautan

Rinduku berbunga tanpa punya musim yang empat

Namun sampaikah kepada-Mu, wahaiYang Maha Penyayang?

Terangkatkah doaku ke arasy-Mu

Atau tergantung antara langit dan bumi?

Sampaikah cintaku di tebing kasih-Mu?

Atau tenggelam di tengahan laut mati?

Mekar kembangkah bunga rinduku?

Atau kuntumnya berguguran layu lalu terbungkam ke bumi?

Na’uzubillah

Jauhkan Ya Allah…

Jauhkan aku dari kesalahan yang berulang

Jauhkan aku dari dosa yang tak terampun

Jauhkan aku dari doa yang tidak Kau makbul

Aku mohon pengampunan pada-Mu Yang Maha Pengampun

Aku hanya pengemis di jalanan usia

hanya pengembara di denai kehidupan

dan kini umurku bertambah lagi

pastinya jua ajalku makin hampir

seruku ke sisi-Mu tetapkan hadir

walau bekalanku hanya si fakir

lalu Ya Allah,

Ampunkan aku

Ampunkan aku

Ampunkan aku

Astaghfirullah…

Kerana aku tak mampu menampung azab neraka-Mu

Walau kusedari tidakku layak menghidu harum syurga-Mu…

Ummu asma’ –AD-

UNIMAS

18 mac 2007

2015

No comment »

doa

Doa bermula dari hati yang gelisah,

Dengarkanlah gejolaknya.

Doa adalah suatu kerinduan terhadap Kasih kita yang sebenarnya. Ikutilah bimbingannya.

Doa itu seperti kebun. P

eliharalah maka doa akan berbuah.

Doa boleh dilakukan dengan berbagai cara.

Lakukanlah sesuai dengan cara anda

Berdoalah selalu, tapi jadualkan juga waktu khusus.

Roh, seperti halnya badan, memerlukan latihan-latihan teratur. Buatlah doa anda pendek.

Cinta memerlukan sedikit kata-kata.

Berdoalah di mana saja anda berada.

ALLAH sentiasa ‘karib’ bersama.

Jika anda menginginkan sesuatu, bertanyalah pada diri anda sendiri, "Apakah saya menginginkan hal yang dikehendaki ALLAH?" ALLAH mengkehendaki kebaikan sejati anda.

Bila doa anda menjadi kering dan rutin, teruskan saja.

Tanah yang kering kontang menyambut datangnya hujan.

Bawalah kemarahan anda dalam doa.

Logam yang panas boleh dibentuk.

Bila anda berdosa dan terus menerus jatuh, berdoalah.

ALLAH tetap mencintai taubat anda.

Berdoalah bila anda cemas.

Doa membuat segala sesuatu boleh difikirkan dan dipertimbangkan secara sihat

Bila kerana sesuatu hal anda tidak boleh berdoa, bersantailah.

Keinginan untuk berdoa itu sudah merupakan doa.

Bila doa mengajak anda untuk mengambil risiko, beranilah.

ALLAH akan mendukung anda.

Bila anda merasa sedih atau menyesal, menangislah.

Airmata adalah doa dari hati.

Jika anda tidak menyukai seseorang, berdoalah untuknya.

Doa mengungkapkan ALLAH yang Maha Tersembunyi

Bila anda menerima khabar buruk, tabahlah.

Doa memberi cahaya. Bila penyakit, usia, kepedihan, atau kecemasan merosak focus anda, bersantailah.

ALLAH Maha Memahami.

Jika doa membuat anda jadi pasif dan acuh tak acuh, itu bukanlah doa.

Doa sejati akan membuahkan keprihatinan dan pelaksanaan.

Gunakanlah saat-saat tenang untuk berdoa.

Ketenangan menarik anda kepada ALLAH Maha Besar.

Gunakanlah saat-saat gawat untuk berdoa.

Huru-hara adalah tanda makhluk sedang memerlukan ALLAH. Berdoalah bila anda merasa kesepian.

Doa membuat anda ditemani oleh para malaikat

Bila hidup ini terasa kejam dan tak adil, berdoalah berterusan.

ALLAH menentukan segalanya.

Bila hati anda penuh dengan rasa syukur, biarkanlah demikian.

Kasih Allah sedang mengalir di dalam diri anda

Bila anda terpesona di penciptaan, biarkanlah demikian.

Allah sedang menunjukkan kekuasaanNya pada anda

Masukkanlah seluruh dunia dalam doa anda.

Kedamaian tergantung padanya.

Berdoalah sebelum tidurmu.

Tidur adalah doa dari manusia yang merasa aman dengan cinta ALLAH. Berdoa adalah bernafas.

Lakukanlah dalam-dalam dan anda akan dipenuhi dengan kehidupan.

Bila anda mulai merasa maju dalam kehidupan doa, fikirkan sekali lagi.

Kehidupan taqarrub ILLALLAH itu lebih dalam daripada perasaan dan pengalaman anda hanya doa senjata kita wahai sahabatku…AD-DUA’ SILLAH-HUL MUKMIN

No comment »

KUNCI BAHAGIA

KUNCI BAHAGIA BAHAGIA BUKAN DATANG DARI KEJELITAAN WAJAHMU

MAHUPUN KEKACAKAN RUPAMU

BUKAN DARI PUTIH GEBUNYA KULITMU

MAHUPUN GAGAH PERKASANYA TUBUHMU

BUKAN DARI TINGGI MANCUNGNYA HIDUNGMU ATAU TINGGI LAMPAINYA SUSUKMU

BUKAN DARI SISIR HALUSNYA ALISMU

MAHUPUN SEGAK BERGAYANYA RAMBUTMU

BUKAN DARI TAJAM MENGGODANYA JELINGANMU

ATAUPUN RENUNGAN MANJA BUNDAR MATAMU

BUKAN DARI MERAH DELIMA BIBIRMU

MAHUPUN MANIS BERMADUNYA UNGKAPANMU

BUKAN DARI LUNAK MERDUNYA SUARAMU

ATAU KERAS TEGASNYA ARAHANMU

BUKAN JUA DARI HARTA MEWAHMU YANG TINGGI MEMBUKIT, WANG BERTIMBUN,

JAUH SEKALI PANGKAT DAN KETURUNANMU

LALU JIKA ITU BUKAN KUNCI BAHAGIA, KENAPA KAU MILIKI SEGALANYA?

JAWAPANNYA TERLALU MUDAH

KERANA ITU HANYA PINJAMAN UNTUK SEKETIKA CUMA BAGI MENDUGA DIRIMU YANG SENTIASA LEKA DENGAN KELEBIHAN

DAN ALPA DENGAN KESYUKURAN

SEMUA ITU SEKADAR UJIAN BAGI MENILAI MANA ARAS LAYAK KAU BERPIJAK TIKA DI SANA NANTI

RUGILAH BAGI MEREKA YANG TERLALU SIBUK MENGUMPUL SEGUNUNG PERMATA HINGGA LUPA TANAH DATAR TEMPAT KEMBALI

TIADA UNTUNGLAH MEREKA YANG TERLALU ASYIK MENGEJAR SYURGA DUNIAWI HINGGA TIDAK DIENDAH JANNAH ABADI

LALU DARI MANA DATANGNYA BAHAGIA?

BAHAGIA ITU ADA DALAM DIRI

PUNCANYA DARI HATI

DATANG DARI INDAH BUDI PEKERTI DENGAN KETENANGAN SANUBARI

SERTA RASA RENDAH DIRI HINGGA TERPANCAR KEJERNIHAN PADA JASMANI

JAUH DARI SIFAT ANGKUH DAN MEMBANGGA DIRI

RASA MALU JADI PENGHIAS KANAN DAN KIRI

ILMU DAN AMAL SENTIASA SELARI

DAN REDHA PADA SETIAP KETENTUAN ILLAHI

KERANA PADA INSAN YANG BAHAGIA ITU TIADA YANG LEBIH MENGGEMBIRAKAN MEREKA MELAINKAN MEMPEROLEH RAHMAT ILLAHI

PABILA CINTA KASIH YANG MAHA KUASA DALAM HATIMU

PASTI BAHAGIA KAN SELALU MENEMANI LIKU HIDUPMU KERANA KAU KAN RASA MENCUKUPI

WALAU KITA HAMBA YANG DITAKDIRKAN SERBA KEKURANGAN.

Ummu asma’

–AD- PERLIS 19 april 2005 1323

10 rabiulawal 1426H

No comment »

AWAT???

Mengapa aku hanya berkata?

Kau kata “Aku bercita-cita tinggi untuk jd jundullah!”

Tapi yg kau lakukan “bukan amalan jundullah”

Kau kata “ Kita tak cukup tarbiyyah!”

Tapi kau “tak pernah tarbiyyah diri sendiri.”

Kau kata “Kau benci itu, kau benci ini!”

Tapi yang kau selalu buat “itu dan ini”

Kau kata “KFC, Coke donate kat Israel”

Tapi “KFC yang kau cari, Coke yang kau beli”

Kau kata “Chatting membuang masa”

Tapi itu yang “kau klik mula-mula!”

Kau kata “Adik2, jgn cinta dunia!”

Tapi kau “cari cari cinta dunia.”

Kau kata “Cariklah redha Allah semata-mata”

Tapi yang mula-mula kau cari “ redha manusia”

Kau kata BANYAK.. Tapi kau buat SIKIT..

Mengapa hanya berkata? Sedangkan buatnya tidak!!!! APA YANG KAU MAHU SEBENARNYA.. SAMPAI BILA KAU TERUS NAK SEKADAR BERKATA-KATA? JUJURLAH..JGN MEMBUAT PENIPUAN DLM BERJUANG.

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. “ As-Saaf (2 dan 3)

No comment »

ikut rasa binasa…

assalamualaikum…

ermmm…nak cakap aper hari ni ek..hari ni hepy teramat sebab dah lepas present FYP..many more things to improve…Alhamdulillah, tenang hati eden…

nak cakap sikit pasal rasa sedih, rasa diri dikhianati..rasa marah..rasa benci…ermm… dendam…naper yer tiba-tiba cakap benda nih????sebab dalam hati ni ada berjuta rasa dan ada juga berjuta noda hitam…noda-noda yang tercipta akibat tiada rasa redha…

kadang-kadang terfikir layak ke aku manusia biasa nak rasa benda camtu…ish..tak layak..tak layak…orang buat salah dengan kita..better maafkan jer…kalo simpan dalam hati nanti bengkak jadi barah…hati jadi hitam macam arang…

mungkin bila orang buat kita sakit hati, kita dapat muhasabah diri balik, before nih mungkin kita pernah buat orang sakit hati…bila ada orang khianati kia, mungkin b4 dis, kita pernah buat khianat kat orang…kalo ada orang buat kita sedih, myb b4 dis kita buat orang kecik ati…kalo difikir balik, memang takder hak rasanya nak merajuk, nak kecik ati, nak marah kat orang sebab kita sendiri oun pernah buat benda tu…

so, kalo ada yang still marah2 lagi kat sesaper, cubalah untuk redha..memang mudah nak cakap tapi application teramatlah susah nak dibuat….tapi percayalah bila ada rasa redha dalam hati tu, SUBHANALLAH terasa indahnya dugaan dan ujian yang menimpa, terasa tenang hati, lapang dada….biarlah orang buat kita sakit hati tapi jangan sesekali kita buat orang sakit hati sebab sampai satu masa kita tetap akan menyesal seumur hidup even orang tu cakap dia dah memaafkan kita…hati orang..mana kita tau kan….

hehehh….macam bagi tazkirah kat diri sendiri jer…huhu…kadang-kadang u need to motivate urself…not bcoz u r the counselor but becoz u hamba yang lemah…

wassalam

No comment »

hakikat

nice qoute zarina,…thanks

Alihkan matamu kelaut
airnya cantik membiru dan pnh ketenangan
tp hanya ALLAH shj yg tahu rahsia didlmnya…
begitula dgn khdpan manusia..
riang ketawa tp hanya ALLAH yg tahu rahsia kehidupannya…
jika kau kecewa,pandanglah ke sg,
airnya mengalir biarpun berjuta batu mghilang..
jika kau sedih,pandanglah ke langit,
kau akan sedar bhw ALLAH sentiasa bersamamu….

No comment »