Archive for October, 2006

uhuk..uhuk…

ringannya kapla kamek tok…settle PTA…apa nak jadi..jadilah..tawakal jerla…

No comment »

AIDIL FITRI

ASSALAMUALAIKUM…

SALAM AIDILFITRI…KEMBALI KITA KEPADA FITRAH,INSYA ALLAH..SURE RAMAI YANG SEDIH NAK TINGGALKAN BULAN RAMADHAN, TAKPER,,INSYA ALLAH ADA REZEKI, UMO PANJANG, KETEMU LAGI…TAPI KALO NI RAMADHAN TERAKHIR, MASIH ADA WAKTU LAGI UNTUK KITA NIKMATI BULAN YG LEBIH BAIK DARI SEIBU BULAN NIH…

BILA LA AGAKNYA LAILATUL QADAR…10 MALAM TERAKHIRKAN? TAPI YG PELIKNYA MAKIN NAK HABIS BULAN RAMADHAN, MAKIN KURANG ORG KAT SURAU..NAPER HA?..KALO PMPUAN, PAHAM LER JUGA…NAK BUAT KUEH RAYA,BELI BAJU RAYA..ISH2..TAPI TAKKAN TAK SEMPAT SINGGAH MASJID..HUHU…LAGI SATU, MUSLIMAT2 SEKALIAN, KALO GI MASJID JANGANLER DOK SEMBANG EK..DALAM KELAS SEMBANG,DALAM BILIK SEMBANG, DALAM MASJID CUBA DIAM N BACA AL QURAN..KAN NAMPAK CUN GITU..HUHU

BUAT MUSLIMIN, NAPER TINGGAL SATU SAF JER KAT SURAU TAZ TU???..KORANG P MASJID EK??..MAKLOMLER SURAU BUAT 8 RAKAAT JER…SURE KORANG PI KAT MASJID BUAT 20 RAKAAT KAN???HUHU…KENA BERSANGKA BAEK,,,,HUSNUZON

BUAT COUPLE2..JANGAN LER DOK LEPAK MASA KITORANG ON DA WAY NAK P TERAWEH..MALU LA KAWAN2 NON MUSLIM KITA NAMPAK…ISH…AKU DAH LALU SEBELAH PUNYALAH RAPAT SIAP BAGI SALAM LAGI, TU PUN TAK PAHAM2 BAHASA…TAK TAU DAH NAK BUAT APA…YANG SI MUSLIMIN TU TAK RETI2 KER NAK JADI PEMIMPIN…ERMMMM….PONING KAPALA EDEN MEMIKIOKANNYER…

BUAT KENGKAWAN..SOHABAT SOHABIAH SEKALIAN….MAAF ZAHIR DAN BATIN..KOT2LA ADA TERSALAH CAKAP, ADA TINDAKAN YANG MELUKAKAN HATI KER, ATAU KEKADANG TERLINTAS RASA CEMBURU DAN IRI HATI KAT KORANG, MAAF BANYAK2 EK…

KITA TINGGALKAN RAMADHAN DAN SAMBUT HARI RAYA DENGAN AIR MATA KEGEMBIRAAN DAN KESEDIHAN….BUKAN DENGAN SENDAWA KEKENYANGAN YER…HUHU..

WASSALAM………..

No comment »

HAMAS

HAMAS: Pesanan Buat Umat Islam di Malaysia

(Ini adalah pesanan Dr Khalil al-Haya mewakili HAMAS di Palestin untuk umat Islam di Malaysia. Beliau telah berada di Malaysia pada tarikh 11 Mei-17 Mei 2006 untuk siri kempen "Bersama Menyokong Rakyat Palestindan kerajaan HAMAS". Pesanan ini telah diterjemahkan oleh Maszlee Malik di atas permintaan Dr Khalil )

Alhamdulillah, Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami telah dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa. Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan kami berbanding kehidupan dunia. Selama lebih dari 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu jugalah kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi.

Mengapa? hanya kerana kami mengucapkan La Ilaha Ila Allah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami. Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui. Pengusiran dari rumah, kampung halaman, dan juga tanah watan. Dibunuh, diseksa, ditembak, dibom, dibantai, disembelih dan apa-apa lagi perbuatan tidak bertamadun yang tidak boleh diungkapkan, telah kami lalui. Generasi berganti generasi, umat Islam di Palestin tetap sabar dan komited untuk terus kekal dan mempertahankan tanah air mereka. Ianya adalah jihad, ianya adalah kemuliaan, ianya adalah bukti yang ingin kami bawa sebagai mahar ke syurga nanti. Semoga Allah menerima pengorbanan kami ini.

Ketika di waktu awal penjajahan, kami, saudara anda dari gerakan Islam telah menjadi barisan utama perjuangan. Selepas beberapa waktu, gerakan Islam telah dibantai penjajah. Pembantaian itu walaubagaimanapun tidak cukup untuk melemahkan kami. Sehinggalah di zaman Jamal Abdul Naser, sepertimana saudara-saudara kita di Mesir dibantai, kami juga turut menerima kesannya. Semenjak tarikh tersebut, gerakan Islam terpaksa kembali ke bawah tanah. Kami telah menumpukan usaha untuk pembinaan semula struktur perjuangan. Usaha pendidikan, dakwah, tarbiyyah dan kebajikan telah menjadi agenda utama kami. Kami laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Sehinggalah di pertengahan 80-an. Apabila arus sekular telah mula jemu dengan perjuangan. Ketika arus sekular yang asalnya memandu perjuangan rakyat Palestin telah mula lesu. Kami mula memunculkan diri sebagai peneraju perjuangan rakyat Palestin. Perjuangan kami berbeza dengan perjuangan sebelum ini.

Perjuangan kami adalah berteraskan Islam dan kami membawa mesej ummah. Perjuangan kami bukan hanya sekadar ingin memerdekakan sekeping tanah, tetapi untuk memandu kebangkitan umat Islam semula dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini. HAMAS, semenjak hari pertama penubuhannya telah menjadikan jihad sebagai jalan utama untuk memerdekakan bumi Palestin. HAMAS juga telah menjadikan Islam sebagai landasan perjuangannya. HAMAS juga telah memberikan nyawa ahli-ahli mereka untuk tujuan tersebut. HAMAS juga telah berjanji dengan rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam untuk terus komited dengan perjuangan mereka. HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja. Itulah janji kami.

Selepas hampir 20 tahun berjuang, Allah memberikan hasilnya kepada perjuangan HAMAS. Kami diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah mereka. Kemenangan ini, walaupun indah, namun ianya merupakan ujian yang getir bagi kami. Kemenangan tersebut merupakan era baru perjuangan HAMAS. Kami terpaksa menambahkan satu lagi ruang di dalam perjuangan kami, iaitu ruangan politik pemerintahan. Semakin bertambahnya beban, semakin tingginya perngorbanan. Buat umat Islam di Malaysia, andalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia. Hati-hati kita telah diikat dengan fikrah dan aqidah yang sama. Kita telah dihimpunkan di dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita telah ditakdirkan untuk bersama di dalam perjuangan dengan manhaj yang sama. Kami adalah wakil anda di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan anda. Pemerintahan kami adalah pemerintahan anda. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat Islam dan hadiah buat perjuangan pecinta Islam di seluruh dunia. Tidakkah anda sedar perkara ini? Jika anda tidak sedarkan perkara ini siapakah lagi yang akan menyedarinya???

Umat Islam di Malaysia sekelian, menjadi pemerintah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi memerintah didalam fasa penjajahan dan peperangan. Apatah lagi jika pemerintahan itu hanyalah memerintah sebuah negara yang tidak berdaulat dan dinafikan kedaulatannya. Apatah lagi apabila memerintah sebuah negara yang menjadi sasaran keganasan penjajah Zionis yang didokongi oleh kuasa besar dunia yang zalim. Apatah lagi pemerintahan tersebut adalah mewarisi pemerintahan sebelumnya yang meninggalkan beban hutang sebanyak USD 3 billion didalam akaun kerajaan.

Inilah realiti kerajaan yangkami terajui. Inilah juga realiti kerajaan yang diterajui oleh HAMAS di Palestin. Inilah realiti kerajaan yang mewakili anda semua di seluruh dunia.Sehingga kini, para pegawai kerajaan, termasuk para menteri, tidak menerima gaji semenjak 3 bulan yang lalu. Tahap pengangguran telah mencapai 31% di Gaza dan Tebing Barat. Bekalan makanan dan petrol semakin berkurangan. Ubat-ubatan di hospital semakin kehabisan. Baru-baru ini, tiga orang bayi telah meninggal di hospital di Gaza kerana ketiadaan ubat-ubatan yang mencukupi. Pelajar-pelajar tidak akan dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat.

Hatta, persidangan parlimen (Majlis Legaslatif) kami di Gaza hampir-hampir dibatalkan kerana kekurangan kertas.Mengapa ini semua? ianya adalah kerana keberkesanan tekanan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin oleh rejim Zionis, AS dan juga EU. Tekanan yang dikenakan hanya semata-mata kerana rakyat Palestin telah memilih calon yang tidak mereka inginkan di dalam pilihanraya yang lalu. Tekanan yang dikenakan kerana kami enggan menurut ugutan mereka supaya mengiktiraf penjajahan Zionis. Tekanan juga dikenakan kerana kami ingin mempertahankan diri kami daripada dibunuh oleh pihak penjajah.

Sampai bilakah tekanan ini akan berakhir? Wang hasil kutipan cukai kami yang berjumlah USD 55juta sebulan tidak pernah dipulangkan kepada rakyat Palestin. Rejim Zionis telah mengambilnya dari kami dan tidak pernah dipaksa untuk memulangkannya kepada kami. Mengapa tiada kuasa yang memaksa rejim Zionis untuk memulangkannya. Mereka juga telah menutup laluan udara, darat dan laut kepada tanah Palestin. Ekonomi kami berada di tangan rejim Zionis kerana perjanjian gila dan bodoh yang telah dipersetujui oleh kerajaan sebelum ini. Walau bagaimanapun, kami tidak mengharapkan itu semua. Kami yakin, saudara-saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seaqidah kami akan dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seaqidah kamidi seluruh dunia akan dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung kepada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi dari rejim Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka?

Wahai umat Islam di Malaysia.

Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini. Kami hanya mempunyai dua pilihan. Pertamanya, tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas mengiktiraf Israel demi menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan yang kedua adalah teruskan berjuang dan tidak sekali-kali tunduk kepada tekanan. Kami telah memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus berjuang ke titisan darah terakhir kami. Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah. Kami tidak akan sekali-kali tunduk kepada tekanan.Malangnya rakyat hanya boleh bertahan selama enam bulan. Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada tekanan. Kami yakin, rakyat akanterus menyokong, tetapi sampai bila? perut mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan anda untuk melakukannya. Mahukah anda melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?

Umat Islam di Malaysia sekelian…

Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda. Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kaةi tidak akan memaafkannya.

Umat Islam di Malaysia…

Kami mengharapkan agar anda bersikap pro-aktif. Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.Kami juga mengharapkan agar anda melobi kerajaan anda yang menjadi pengerusi OIC untuk melakukan sesuatu. Kami juga berharap dari anda untuk melakukan kempen kesedaran, dan libatkan masyarakat Malaysia, termasukpertubuhan-pertubuhan bukan Islam untuk turut membantu rakyat Palestin. Kami juga inign melihat anda menjadi juara diperingkat antarabangsa di dalam kempen kesedaran ini. Banjiri media anda dengan isu Palestin dan al-Aqsa. Halakan mereka untuk menyokong perjuangan rakyatPalestin. Kepalailah usaha serantau untuk tujuan tersebut, andalah harapan kami. Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di dalam doa-doa anda sekalian. Berdoalah agar kami thabat di dalam perjuangan. Berdoalah agar kami tetap di dalam perjuangan kami. Berdoalah agar kami dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga, agar kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti, di mana pada waktu itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini…Allah Akbar!!!

Saudaramu,Khalil Ismail al-HayaKetua Whip HAMAS di Majlis Legaslatif Palestin, Kuala Lumpur,14 Mei 2006.

No comment »

ALLAH selalu ada

Bila Allah cepat maqbulkan doamu, maka dia menyayangimu, Bila dia lambat maqbulkan doamu, maka dia ingin mengujimu, Bila dia tidak maqbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu, Oleh itu sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan sekalipun kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaannya.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.. Allah sudah menghitung airmatamu.

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja… Allah sedang menunggu bersama-samamu…

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon dirimu… Allah sentiasa berada di sampingmu…

Ketika kau fikir bahwa kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi… Allah mempunyai jawapannya…

Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa tertekan… Allah bersamamu untuk menenangkanmu…

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan… sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu…

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur… Allah telah pun memberkatimu…

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban… Allah akan tersenyum kepadamu…

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi…Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu….

Oleh itu ingatlah bahwa di manapun kau atau ke manapun kau berada…Allah akan mengetahui dan senantiasa berada di sampingmu

No comment »

SAYAPKU DI BAHU KIRINYA

“assalamualaikum ustazah”. Ustaz Wajdi menegurku.

“waalaikumu197764223107l ssalam” aku menjawab dengan nada serendah mungkin namun harap dia masih mendengarinya.

“ustazah buat apa kat sini” mungkin dia sedikit hairan melihat aku keseorangan di tepi tasik. Entah kenapa gemar benar dia membahasakan diriku ustazah. Pelik tapi benar. Kekadang aku jadi tidak selesa mendengarkan perkataan yang keluar dari mulutnya itu. Aku tahu semua sahabiahnya diberi panggilan sebegitu tapi rasanya belum tergapai untuk aku miliki gelaran sebegitu Jantungku pula berdegup kencang. Aku bimbang kehadirannya menimbulkan fitnah. Cepat-cepat aku bangun dari kerusi dan bergerak sedikit menjauh.

“Saja. Sahabat ana tunggu di café. Ana pergi dulu. Assalamualaikum.” Ringkas dan kosong jawapanku malah turut menamatkan perbualan. Aku berlalu pantas meninggalkan dia yang masih di situ. Alhamdulillah aku berjubah seluar, senang aku nak lari. Bisikku dalam hati. Bukan aku takut pada dia dan bukan juga aku tidak percayakannya tapi aku tidak mahu ada ‘orang’ ketiga hadir antara kami. Lagipun pandangan Allah itu lebih aku ambil kira. Kekadang aku hairan melihat Ustaz Wajdi. Dia amat sempurna bagi aku. Muslimin yang layak dijadikan suami. Sebut saja namanya, rata-rata pelajar mengenalinya lebih-lebih lagi muslimat. Jangan terkejut kalau aku nyatakan dia pernah dirisik oleh muslimat dari fakulti kejuruteraan kerana itulah kenyataannya.

Mungkin agak janggal bila muslimat yang bertindak terlebih dahulu tetapi bukankah itu perkara yang pernah berlaku pada sirah Rasulullah S.A.W. Pada mulanya aku sedikit kecewa apabila dia menolak. Dia menolak sahabatku yang amat aku yakini begitu sesuai dengan dirinya. Bagi aku, dia telah menolak sebutir permata yang amat terpelihara kesuciannya.

Nurul Husnina merupakan sahabat yang paling rapat dengan aku. Memang kami bukan dari fakulti yang sama tetapi usrah dan jemaah telah menemukan kami. Alhamdulillah Allah pertemukan aku dengan insan sebaik dia. Dia yang banyak membuka jalan kepadaku untuk mengenali apa itu jemaah. Walaupun dia merupakan amirah namun sedikit pun tidak pernah dia meninggi diri dengan ilmu dan jawatan yang disandangnya. Bertudung labuh, berjubah dan mempunyai raut wajah yang amat sejuk dipandang mata, bagiku sesiapa saja lelaki yang terpandang pasti terpikat. Tetapi yang menjadi tanda tanya kepadaku, mengapa Ustaz Wajdi tidak mempertimbangkannya terlebih dahulu sebelum menolak? Butakah dia? Entahlah. Mungkin aku saja yang kalut berfikir tentang itu sedangkan aku lihat Husnina tenang dan redha dengan keputusan Ustaz Wajdi.

Aku tahu Husnina menyembunyikan kesedihannya namun sifat tawakal yang dimilikinya membuatkan aku makin menghormati dirinya. Malah dia masih boleh berlagak professional apabila berada dalam jemaah yang mana amirnya adalah Ustaz Wajdi sendiri. Kadang-kadang terasa aku yang nak gila apabila melihatkan mereka berdua. Dari mana datangnya kekuatan mereka mengasingkan hubungan perasaan dan tugas atas nama agama. Cukup besar jihad mereka. Kan seronok kalau aku pun macam tu. Mungkin aku belum sampai ke tahap diorang. Tapi sekarang aku sedang berlatih. Aku nak jadi muslimah sejati macam Husnina tu.

Cuma satu je masalah aku sekarang. Aku masih belum dapat tarik Rusydan ikut jemaah. Dia masih macam dulu. Tetap dengan geng motornya. Kami kenal sejak aku sekolah menengah. Dulu, aku memang sukakan dia sebab dia hensem, sebab dia ‘caring’, anak orang kaya, pandai pulak tu malah aku terpikat pun disebabkan dia ketua dalam geng motornya. Tapi sekarang itulah perkara yang paling aku benci. Kalau boleh aku nak dia berhenti dari kerja-kerja tak berfaedah tu. Tapi macam mana? Aku bimbang betul. Aku memang sayangkan dia. Dari dulu tak pernah berubah walaupun mungkin gaya hidup aku kini sudah semakin menunjukkan perubahan ketara.

Termanggu aku berfikir sendirian. Benarkah cinta Rusydan dan aku benar-benar berpaksi atas kecintaan-Nya? Itu yang aku inginkan tapi Rusydan?

Benarlah sabda Rasulullah: ” Sesungguhnya dunia akan diberikan kepada orang yang Dia cintai atau tidak.Tapi agama ( Ad Deen ) hanya akan diberikan kepada orang Dia cintai”.

Bukan daya aku nak mengatur cara hidupnya. Aku hanya mampu berdoa supaya hatinya terbuka sebagaimana hati aku terbuka menerima cara hidup muslimah sebagai gaya hidup yang sebenar. Tentu ramai yang tak percaya jika aku nyatakan yang aku pernah hanyut dengan gaya hidup di luar batas seorang muslimah. Malah tak ramai rakanku di kolej yang mengenaliku sebagaimana Husnina mengenaliku. Aku ceritakan segalanya kepada Husnina. Namun Husnina sedikit pun tidak memandang sinis terhadap diriku, dari situlah aku mula kagum dengan dirinya. Aku mula berjinak-jinak dalam usrah dan sekarang aku dilamar untuk menjadi exco da’wah dan tarbiyyah dalam jemaah. Terasa amat kerdil untuk aku menerima jawatan tersebut namun keyakinan dan semangat dari Husnina membuatkan aku berani menerima lamaran tersebut demi mencari keredhaan-Nya. Sudah hampir 3 tahun aku berusaha memperbaiki diri dan memantapkan diri dalam jemaah. Sudah pelbagai dugaan yang terpaksa aku hadapi. Terutamanya dalam menjaga hubungan aku dengan Rusydan.

“Abang rasa Widad dah banyak berubah” suatu hari Rusydan datang berkunjung ke rumah aku. Kehadirannya sememangnya diketahui oleh kedua orang tuaku. Lagipun kawasan kejiranan kami tidak terlalu menitik beratkan tentang batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing. Maklumlah, mereka semua berpangkat dan berkerjaya. Tiada masa untuk berkenalan dengan jiran tetangga.

“Apa yang berubahnya? Widad macam ni jugak. Widad dah gemuk ek?” aku cuba berjenaka sambil tanganku menarik-narik pipiku. Wajahnya agak mendung hari itu. Lagipun pada kali ini aku tidak membenarkan dia masuk ke rumah seperti sebelum ini kerana kedua orang tuaku berada di luar Negara atas urusan kerja. Malah dia hanya duduk di atas motor kesayangannya dan pagar menjadi pemisah antara kami berdua.

“Widad pun tentu faham maksud abang. Kenapa kita dah tak boleh jadi macam dulu? Kenapa sekarang Widad seolah-olah cuba menjauhkan diri dari abang? Kenapa dulu kita boleh keluar ke sana ke mari tapi bila Widad dah masuk universiti, kita jadi macam ni?”

Panjang lebar pertanyaannya. Memang sudah aku jangka dari mula persoalan itu yang akan diutarakannya. Mungkin sudah sampai masanya untuk aku berterus terang tentang kegiatan aku di kolej. Aku harap dia memahami keadaanku.

“Widad tetap macam dulu. Yang bezanya cuma pemahaman Widad. Widad nak jadi isteri abang yang paling baik. Widad nak jadi isteri solehah. Cara kita yang dulu tu salah di sisi agama. Kita belum ada sebarang ikatan bang. Kita tak boleh bergelumang dengan dosa.”

Sukar untuk aku menyatakan bahawa kini aku sudah bergiat aktif dalam jemaah malah punya jawatan penting di dalamnya. Aku tak nak dia semakin menjauhkan diri dari aku.

“Tapi abang tak suka macam ni. Abang lebih sukakan Widad yang dulu. Abang rindu masa kita yang dulu. Masa kita sama-sama keluar gi panggung wayang, duduk-duduk kat taman bunga. Sekarang abang macam takde makwe. Kawan-kawan abang selalu perli. Abang malu tau tak. Ada makwe tapi macam takde.”

Wah pedas sekali luahan rasanya. Kata-katanya seperti belum cukup mengerti dengan perubahan pakaian dan tudungku. Sepatutnya dia sudah bijak meneka dengan cara aku berpakaian dan batas yang aku jaga.

“ Abang malu dengan siapa? Abang lebih malu dengan kawan-kawan abang berbanding Allah? Widad tak nak lagi kita terjerat dengan godaan syaitan. Widad harap abang fahamlah bang. Agama kita Islam dan sepatutnya gaya hidup kita juga mengikut saranan Islam (“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu”(Al-Baqarah: 208) . Bukan seperti yang pernah kita lakukan dulu. Widad tak nak bang.”

Hampir aku menangis mengenangkan kisah percintaan kami. Menangis kerana terlalu sedih dengan kejahilan dan kebodohan mengikut rentak syaitan. Masih terasa hangatnya sentuhan Rusydan tatkala kami berpegangan tangan dan di saat dia membelai rambutku dahulu. Disaat itu hanya kebahagiaan yang aku rasai. Namun yang aku rasa kini adalah panas dosa dan bayangan azab neraka-Nya. Aku bertaubat Ya Allah. Aku bertaubat. Ampunkan kejahilan hamba-Mu ini. Aku terleka dan dibuai bisikan syaitan.

“tapi abang janji, kita akan kahwin. Widad tetap akan jadi milik abang. Apa lagi yang Widad risaukan. Abang tetap akan jadi suami Widad.”

Rusydan…Rusydan..bagaimana nak aku katakan dan secukup mana lagi nak aku terangkan bahawa hubungan kita tetap hubungan terlarang walaupun beribu alasan kau berikan.

“ Berapa kali Widad nak terangkan pada abang. Hubungan kita tetap tidak sah dan berdosa selagi kita belum berumah tangga. Selagi kita belum jadi suami isteri. Widad tak nak kita sama-sama diazab dalam api neraka nanti. Widad sayangkan abang. Sebab tu Widad tak nak kita sama-sama terjun ke dalam perangkap syaitan. Percayalah bang. Andai benar abang yakin antara kita telah diciptakan untuk bersama, lalu untuk apa abang bimbangkan pertemuan dan perpisahan kita. Walaupun abang tak selalu di sisi Widad tapi Widad tetap yakin dengan aturan Yang Maha Esa. Widad akan cuba untuk setia selagi abang sayang dan setia pada Widad. Dan jika ditakdirkan-Nya, antara kita tiada jodoh, kita kena sama-sama redha. Kerana itu mungkin yang terbaik. Abang kena percaya dengan janji Dia kerana janji-Nya pasti benar. Kalau abang betul-betul sayangkan Widad, abang kena terima Widad seadanya.”

Panjang sekali hujah aku pada petang itu. Seingat aku itulah kali kedua kami bertemu setelah masing-masing melangkahkan kaki ke menara gading. Pada kali pertama kami bertemu, dia ternyata sedikit terperanjat dengan perubahanku. Kalau dulu aku tidak bertudung, kini aku sudah berjinak-jinak dengan tudung, kalau dulu aku tak pernah bersarung kaki tapi kali ini kakiku bertutup kemas, kalau dulu bajuku sama ukurannya dengan badanku tapi sekarang besarnya bukan main lagi. Aku sudah mengenali sarung lengan, tudung labuh dan jubah tetapi aku belum cukup kuat untuk mengenakannya di tubuhku. Mungkin kerana memikirkan ilmu yang masih cetek di ketika itu. Dia hanya memandangku dengan pandangan yang kaku dan mungkin juga kurang senang dengan penampilan baru aku itu namun tiada persoalan yang diutarakannya. Aku pula terasa malu yang teramat apabila bertemu dengannya. Seolah-olah aku bukan diriku yang dulu lagi. Kalau dulu aku mampu bermanja dan bergurau senda tapi kali ini semuanya kaku. Seperti baru mengenali antara satu sama lain. Pelik benar perasaan ini.

Cuma satu perkara yang tak aku lupakan, pertemuan pertama yang aku anggap kaku itu mengundang perbalahan antara kami.

“kenapa dah lama tak mesej abang? Abang mesej pun Widad jarang balas. Abang call, Widad selalu saja ada kerja. Waktu cuti pun ada kerja”

soalnya sambil memandang tepat ke wajahku. Lidahku kelu bukan kerana tiada jawapan tetapi segan. Rasa malu.

“ Maaf bang. Widad memang ada kerja. Widad tak tipu. Maaf ye”

itu saja yang mampu aku luahkan sebagai alasan. Sedangkan sebenarnya aku cuba menjaga batas antara kami. Sejak aku mengikuti ceramah yang sering dianjurkan oleh pihak masjid, banyak ilmu yang aku dapat dan ternyata setiap ceramah itu menusuk hingga ke qalbuku. Malah Husnina juga pernah menegurku kerana terlalu lama bergayut di telefon sehingga melewatkan waktu solat. Pada mulanya memang agak sukar untuk aku berubah tetapi lama kelamaan, aku mula menilai diri.

“betul ke? Susah abang nak percaya. Atau Widad dah ada orang lain?”

berpeluh dahiku apabila aku dituduh curang sedangkan dari dulu lagi dia mengenali hati budiku.

“kenapa tuduh Widad macam tu. Abang dah tak percayakan Widad?”

aku tidak mahu mengeruhkan suasana. Seboleh mungkin aku mengawal perasaan.

“Abang bukan menuduh tapi itu yang abang rasa. Entahla. Abang sendiri ragu-ragu dengan cinta Widad. Abang rasa macam Widad dah buang abang dari hidup Widad.”

Buang dia dari hidup aku? Tidak tahukah dia siang malam aku berdoa supaya dia adalah jodohku dan aku mengimpikan rumah tangga bahagia bersamanya?

“jauhnya abang berperasangka terhadap Widad sedangkan siang dan malam Widad selalu doakan kita dapat hidup bersama dunia akhirat.”

“syukurlah kalau macam tu tapi kalau sebaliknya, abang tak nak buang masa abang dengan menunggu buah yang tak gugur”

panas telingaku mendengar ayat terakhirnya. Hubungan kami seperti ingin sampai ke hujungnya. Bagai tak dapat untuk diselamatkan lagi. Aku terus berlalu pergi. Air mataku tumpah lagi hanya kerana seorang adam. Bodohnya aku. Tapi aku ternyata terlalu lemah di saat itu untuk berpura-pura tabah. Tiada siapa tempat untuk aku meluah rasa kecuali kepada Husnina. Sepanjang malam dia melayan panggilanku, mendengar tangis esakku dan menenangkan hatiku. Benar katanya, hanya kalam Allah sahaja yang mampu mententeramkan kembali hatiku. Terasa bagai semua masalah terbang berselerakan dan yang tinggal hanya aku dengan jiwa yang tiada lagi rasa kecewa. Memang sakit untuk aku melepaskan dan mengatakan redha tetapi jika benar dia berpaling dan tidak lagi milikku, maka aku akan belajar untuk menerima. Itu janjiku pada diriku sendiri.

Tapi sebelum subuh lagi telefon bimbitku telah melagukan lagu dendangan In-Team, Ku Serah Cinta. Sudah ku agak panggilan itu datangnya dari Rusydan. Tak dapat aku nafikan hatiku begitu girang melihatkan namanya yang tertera di skrin telefon bimbitku namun hatiku bergelora. Ternyata dia ingin hubungan kami dipulihkan segera. Katanya tiada niat di hatinya untuk menyakiti hatiku cuma rindunya yang kuat terhadapku membuatkan dia hilang punca dan tenggelam dalam amarah. Manis kata-kata yang diungkapkannya membuatkan kami kembali berbaik dan membina janji untuk saling setia dan mempercayai antara satu sama lain. Dari situ juga dia mula menjaga bicaranya apabila bertemu. Dia jarang mahu menyebut tentang ketidakpuasan hatinya. Aku tahu dia sudah banyak bersabar dengan cara hidupku kini tapi inilah yang selayaknya untuk kita…

“ ana dengar enti dah ada buah hati ye?”

tiba-tiba Jauharah teman sekuliah merangkap sahabat sejemaah bertanya. Akhir-akhir ini memang cerita tentang diriku agak riuh diperkatakan dalam jemaah. Semuanya gara-gara Rusydan yang sering datang melawatku di sini. Telah banyak kali aku berpesan agar dia berhenti dari datang menemuiku di kampus tapi ternyata dia begitu keras. Katanya, dia hanya ingin melihat keadaanku. Aku terpaksa mengajak Husnina setiap kali bertemu dengannya. Aku kasihankan Husnina tapi tiada teman lain yang lebih aku percayai melainkan dia.

“ Insya Allah, ada jodoh adalah”

jawabku tanpa berselindung. Tidak terdaya lagi untuk aku sembunyikan kenyataan. Biarlah mereka puas mendengar jawapan yang terbit dari bibirku itu.

“ apa yang ana dengar, dia bukan dari jemaah kita kan?”

rupanya mereka masih belum tahu yang Rusydan tu kaki motor. Pasti bertambah kencang jika mereka tahu pilihan hatiku bukan sama jemaah malah tiada fikrah serupa denganku. Tapi apakan daya, aku hanya menyayanginya. Walaupun perangainya sebegitu tapi solat fardhu tak pernah dia tinggal cuma mungkin solatnya hanya di rumah. Aku tahu apa yang dibimbangkan oleh jemaah. Mereka bimbang jika aku bersuami nanti, aku akan terus jauh dari tanggungjawab seorang da’ie. Kekadang itu jugalah yang bermain di fikiranku. Bagaimana nanti jika Rusydan tidak memahami kedudukanku dalam jemaah. Adakah dia mampu menerima aku jika dia tahu siapa diriku yang sebenar. Aku sendiri tidak mampu untuk meneka. Biar Allah sahaja yang menentukan. Jika jodohku bersamanya pastinya itulah yang terbaik dalam perancangan Tuhan. Aku akan cuba berusaha sedaya mungkin membimbingnya walaupun aku tahu tugas itu selayaknya perlu diserahkan kepada seorang suami. Namun bukankah menjadi tanggung jawabku juga untuk membantu mereka yang masih mencari.( “ dan orang lelaki dan perempuan (yang beriman) sebahagian mereka (adalah) penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma’ruf dan mencegar yang munkar.” At-Taubah : 71)

“ Enti dah fikir betul-betul untuk jadikan dia sebagai teman enti dunia akhirat?”

pertanyaan dari Husnina membuatkan aku terdiam. Bagaimana untuk aku berkata aku yakin sedangkan segalanya masih lagi kabur. Aku masih kurang jelas dengan hati aku. Memang aku cintakan Rusydan tapi cintaku pada Allah lebih utama. Aku telah memilih jalan dakwah dan tak mungkin aku sanggup berpaling daripada hidayah Allah ini. Namun adakah dengan hanya menerima Rusydan, segalanya itu akan hilang dari diri aku? Aku cuba sedapkan hati. Aku cuba pujuk hati ini supaya sentiasa berfikiran positif. Sedikit demi sedikit aku cuba untuk meyakinkan diri aku bahawa Rusydan akan berubah walaupun masanya bukan sekarang.

“ Enti dah buat solat sunat Istikharah?” persoalan kedua timbul setelah aku agak berat untuk menjawab pertanyaan pertama.

“ Ana takut.” Itu sahaja yang mampu aku zahirkan. Sememangnya aku bimbang dengan jawapan istikharah ku nanti. Aku takut perkara di luar kehendakku berlaku. Namun bukankah jalan kehidupan ini harus mengikut aturan dan kemahuan Yang Maha Esa? Ya Allah!

“Apa yang enti bimbangkan. Kalau benar jodoh enti bersama dia, Insya Allah takkan ke mana. Ana tau hati enti masih berbolak balik. Banyak yang enti perlu fikirkan sebelum mengambil keputusan muktamad. Tapi dengarlah nasihat ana. Enti akan lebih tenang setelah bertanya kepada Dia. Hanya dia yang mampu memberi jawapan kepada setiap perkara di hadapan kita. Dia lebih mengetahui.” Betul juga cakap Husnina. Aku kuatkan diri. Sejak dari hari itu aku penuhkan sepertiga malam ku dengan solat sunat istikharah.

Sabar aku menunggu jawapan dari Yang Maha Esa. Dalam masa yang sama tanpa aku duga, Ustaz Wajdi sudah merisik khabar tentangku daripada Husnina. Terasa gementar sebentar jasadku. Apa agaknya perasaan Husnina apabila insan yang dicintainya mencintai insan yang bergelar sahabat baiknya sendiri. Ya Allah. Dugaan apakah lagi yang bakal aku tempuhi ini. Tak pernah sedikit pun terlintas di hatiku untuk memiliki Ustaz Wajdi. Dia hanya sepadan dengan Husnina. Husnina masih terjaga kesuciannya. Sedangkan aku pernah disentuh lelaki yang bukan muhrim. Walaupun sekadar berpegangan tangan tetapi itu sudah cukup untuk membuat aku berasa berdosa yang teramat. Seboleh mungkin aku ingin melupakan zaman remajaku yang penuh dengan kegembiraan palsu itu. Tidak tahukah dia tentang itu semua? Kini memang aku sudah berubah. Memang aku sudah berjubah, bertudung labuh, malah menjadi antara orang terpenting di dalam jemaah tetapi untuk mengatakan bahawa aku layak untuk dirinya, jauh sama sekali. Aku bukan berniat untuk menolak cinta seorang insan yang sedemikian tetapi di samping memikirkan kedudukan di sisinya, aku masih dihantui bayangan Rusydan. Tak mungkin aku mampu melupakannya dengan sekelip mata. Aku tak sanggup digelar perempuan curang. Malah aku tak nak dia semakin jauh dan beranggapan serong terhadap muslimah seperti kami. Ya Allah tunjukkan aku jalan sebenar aturan-Mu supaya aku bisa belajar untuk bersyukur dengan ketentuan-MU.

“ Apa abang buat ni. Kenapa ramai sangat orang?” terkejut aku melihat Rusydan membawa semua geng motornya. Rasa macam nak pengsan di situ juga. Mahu saja aku meninggikan suara dan berlalu dari situ. Tapi aku sekarang bukan aku yang dulu lagi yang terlalu mengikut perasaan. Mungkin jika dulu, aku akan berbangga mempunyai kekasih yang berpengaruh seperti itu tapi sekarang rasa amarah dan benciku membuak-buak. Allah saja yang tahu betapa aku malu diperlakukan sebegitu. Suasana kampus menjadi bising dengan bunyi enjin motorsikal mereka. Membingitkan telinga dan memanaskan hati aku. Malah menjadi perhatian ramai. Aku hanya mampu beristighfar.

“ Saja. Kenapa? Tak boleh?”

Alahai Rusydan…Kenapa perangaimu tak pernah berubah? Kenapa dari dulu hingga sekarang kau tak pernah mahu menerima dan menghormati prinsip yang aku pegang? Aku penat dengan semua ni. Aku muak melihat perilakumu yag kian menjadi-jadi sejak kita semakin hampir menggenggam segulung ijazah. Tak mampukah kau bersabar untuk beberapa bulan lagi. Cubalah belajar untuk bersabar Rusydan. Mahu saja aku suarakan ketidakpuasan hati aku namun cuba kutahan. Aku tak mahu keadaan menjadi semakin parah. Tambahan pula sekarang dia berada di dalam kawasan kolej aku. Berpuluh pasang mata menyaksikan pertemuan kami. Berpuluh pasang telinga jua mendengar perbualan kami. Aku makin tidak memahamimu Rusydan. Berjuta kali aku berikan peluang namun tak pernah kau hargai. Berpuluh kali aku nyatakan kesetiaan namun kau tak pernah mempercayai malah beratus kali aku mengharapkan pengertian darimu namun inilah natijahnya yang aku terima. Aku sudah tak mampu lagi Rusydan!

“ Kenapa ni bang? Jangan buat macam ni. Nanti jadi fitnah. Abang balik dulu, nanti kita bincang” aku cuba merendahkan suara agar tak didengari pelajar lain namun jawapannya menggegarkan satu kampus.

“ Fitnah? Engkau ingat aku tak tau ke yang sekarang kau tengah bercinta dengan ustaz mentah tu? Dah panas telinga aku ni tau tak. Tu bukan fitnah lagi ke namanya ha. Sedarlah diri tu sikit. Kau ingat kau layak untuk seorang ustaz??!!

Wajahnya merah menyala bagai udang kena panggang. Wajah aku usah ditanya. Memang dah hangit rasanya. Kalau diikutkan hati, mahu saja aku menangis dan meraung di situ juga. Mujur Allah masih menjaga hati aku agar tidak terlalu mengikut rentak Rusydan. Sayang benar dia padaku. Cinta benar dia denganku dan cemburu benar dia dengan Ustaz Wajdi. Tapi ternyata caranya salah. Ruang hatiku yang dulu aku sediakan sedikit untuk diisi oleh cintanya kini telah tertutup rapat, terkambus dalam. Jika begini caranya dan jika begitu sikapnya, aku rela Ya Allah. Aku rela lepaskan dia. Aku lepaskan dia kerana-Mu.

“ Kalau itu yang abang fikir. Kalau itu anggapan abang pada Widad, Widad tak mampu nak cakap apa lagi. Dari dulu sampai sekarang abang sendiri tahu siapa Widad. Tapi sayangnya, abang tak dapat terima Widad seadanya. Daripada kita berdua berterusan macam ni, Widad rasa eloklah kita ikut haluan masing-masing. Telah banyak peluang Widad berikan pada abang, bukan sekali dua tapi dah beratus-ratus kali. Bukan sehari dua tapi dah hampir 3 tahun. Widad dah penat dengan cemburu buta abang. Jika abang rasa Widad perlu berubah kerana abang, abang salah. Widad bahagia dengan apa yang Widad ada sekarang. Walaupun tanpa cinta abang atau cinta sesiapa sekalipun Widad tetap mampu hidup tapi Widad tak mampu hidup tanpa cinta Dia. Lepaskan Widad dan benarkan Widad pilih jalan hidup Widad sendiri.”

Entah dari mana keberanian itu datang. Kuasa Allah saja yang mampu menjawabnya. Malah sedikit pun aku tidak merasa takut ditampar olehnya. Husnina hanya diam membisu. Aku lihat ada linangan air mata dalam kelopak matanya. Terima kasih sahabatku. Dari mula hingga akhir dia tetap setia di sisiku.

“ Dah berani ye sekarang. Ok. Aku harap kau bahagia. Tapi jangan lupa! Tak ada siapa yang mampu membahagiakan kau melainkan aku!”

Ancamankah itu? Rusydan…Rusydan…Entah kenapa begitu sekali kau melampaui batas. Benarlah pesan Rasulullah, sayangilah seseorang itu seadanya kerana mungkin akan sampai suatu ketika kau akan membencinya dan bencilah sesuatu itu seadanya kerana mungkin satu ketika nanti kau akan menyayanginya. Ya Allah. Banyaknya yang sudah aku pelajari dari ujian-Mu. Namun aku harap aku tidak tertewas dengan ujian-Mu di kali ini. Rusydan terus berlalu dengan kumpulannya. Bunyi bising enjin motor mereka menggamatkan persekitaran kampus. Aku terus memeluk Husnina. Air mataku mengalir laju di pipi tapi bukan lagi kerana kesedihan aku melepaskan seorang yang amat aku cintai tapi tanda gembira aku kerana telah melepaskan dia kerana Allah. Indahnya perasaan ini Ya Allah. Namun aku perlukan sokong bantu-Mu. Aku tak terdaya berpijak di atas duri dugaan ini tanpa petunjuk dari-Mu.

“ Kenapa enti selalu larikan diri dari ana?”

tersentak aku dari lamunan. Ustaz Wajdi di hadapanku. Dia terus melabuhkan punggung di kerusi bertentangan dengan Husnina. Agak jauh namun suaranya masih jelas kedengaran. Tanpa salam seperti selalu, dia terus menyapa aku. Apalah jawapan yang mampu aku berikan. Tidak tahukah dia aku terlalu malu dengan kejadian beberapa hari lepas. Aku malu teramat. Untuk menatap wajahnya pun aku tak mampu. Apatah lagi untuk berbicara dan memberitahu perasaan aku di saat ini. Aku memandang wajah mulus Husnina. Dia hanya tersenyum dan mengangguk. Mungkin mahu aku menjawab soalan Ustaz Wajdi. Husnina! Aku bingung dengan dirimu. Apakah tiada sekelumit benci pun kau pada aku? Kebaikanmu selalu membuatkan aku makin terseksa dan merasa cukup bersalah walaupun puncanya bukan datang dari aku. Kenapa Wajdi? Kenapa pilih aku? Aku belum mampu menerima sesiapa. Aku belum mampu melupakan sejarah hitam yang dulu. Husnina lebih sesuai untuk dirimu! Suntinglah dia sebagai sayap kirimu! Hati aku menjerit namun mulutku terkunci rapat.

“ Tak ada apa. Cuma tak nak jadi bahan umpatan orang. Lagipun ana tak selesa macam ni. Apa pulak kata orang tengok amir jemaah duduk dengan muslimat macam ni.”

Sengaja aku cuba menyakitkan hatinya. Aku tidak mahu lagi berurusan dengan muslimin jika tiada urusan yang diharuskan oleh syarak, takut timbul fitnah hati. Biarlah aku sendiri dulu buat masa ni. Aku ingin tumpukan perhatian pada pelajaran dan urusan jemaah. Aku ingin sentiasa dekat dengan Allah. Tidak aku nafikan aku cuma manusia biasa dan sudah menjadi fitrah untuk hidup berpasangan tetapi jika fitrah itu bisa menjadi fitnah, maka aku mohon jauhkanlah aku dari jalan-jalan ke arah itu.

“ Maaf, Widad. Ana yang minta Ustaz datang ke sini. Ana ada benda nak dibincangkan. Jangan risau. Kita di tempat orang ramai dan tiada apa yang mencurigakan. Biarlah ana terus terang. Ana terpaksa letak jawatan dari jemaah. Ana belum ada kemampuan untuk menyuarakannya dalam jemaah. Ana harap Ustaz dan Widad faham”

Ya Allah, apa lagi ni. Penatnya aku! Dah la aku termalu sendiri dengan Ustaz Wajdi. Tuduh dia yang bukan-bukan. Entah-entah dia kata aku perasan. Alahai, kenapala kau tak cakap awal-awal Husnina? Tebal muka aku. Sabar jela.

“Kenapa enti nak tarik diri dari jemaah?”

terkejut benar aku lihat wajah Ustaz Wajdi. Sampai terbangun dibuatnya. Dari sinar matanya aku nampak harapannya terhadap Husnina dalam jemaah terlalu tinggi. Tapi ada sinar yang membawa maksud lebih dari itu. Adakah sinar cinta? Entahlah. Aku sendiri tidak pasti kenapa tiba-tiba aku mampu membaca suara hatinya.

“ Bukan macam tu. Ana bukan tarik diri dari jemaah. Tapi ana cuma nak letak jawatan. Ana dah cuba untuk bertahan untuk satu sem lagi tapi ana tak cukup kuat. Tak lama lagi ana ada praktikal di luar, jadi ana rasa elok jika kita mencari pengganti sekarang. Ana tak nak apa yang telah kita rancang nanti tergendala disebabkan oleh kesibukan ana. Lagipun dah sampai masanya kita serahkan tanggungjawab ni kepada pelapis kita nanti supaya mereka dapat belajar.”

Tenang saja suara Husnina mengeluarkan pendapatnya. Terlerai kejutan yang melanda sebentar tadi. Sekurang-kurangnya aku tahu sebab dan puncanya bukan berkaitan dengan aku. Aku pun setuju juga dengan cadangan Husnina. Lagipun Husnina sekarang memang betul-betul sibuk. Kadang-kadang kesian juga aku tengok dia. Terkejar sana terkejar sini. Tapi keputusan peperiksaan dia tak pernah pulak jatuh. Dah memang genius orangnya, kurniaan Allah. Bertuah badan.

“ Alhamdulillah kalau sebabnya begitu. Ana Cuma tak nak ada sebab atau masalah dalam jemaah yang membuatkan enti ambil tindakan macam ni. Jadi pada pandangan enti, siapa yang layak?”

Amboi senyum lebar mamat ni bila Husnina cerita kedudukan sebenar. Tadi sampai tak senang duduk. Indahnya ukhwah atas dasar mardhatillah. Sekarang baru aku mengerti maksud sebenar sebuah persahabatan. Apatahlagi jika terbinanya atas tujuan membangunkan agama-Nya. Aku memang punya ramai teman baik di sekolah tak kiralah lelaki mahupun perempuan tapi dalam bersahabat, masing-masing masih menyimpan iri hati dan cemburu dengan kejayaan rakan-rakan yang lain. Tapi dalam jemaah, suasananya berbeza. Masing-masing berusaha memperbaiki mana yang kurang dan tak pernah mengharapkan balasan. Aku ingat lagi ketika pertama kali menyertai program tamrin yang diadakan oleh jemaah. Memang menyeronokkan. Kalau sebelum ni, mata aku tak pernah mahu celik di kala pukul 3 pagi, tapi di sini aku diajar untuk bangun menunaikan tahajud. Kalau dulu makan mesti dalam pinggan tapi di sini, makanku di dalam talam bersama ahli jemaah muslimat yang lain. Manisnya kenangan yang banyak merubah jalan cerita hidupku. Kalaulah Rusydan…Astaghfirullah..cepat-cepat aku kembali ke alam nyata.

“ Enti dengar tak apa yang Ukhti Ina cakap tu?”

tiba-tiba aku mendengar soalan dari suara ala-ala Mi Inteam tu. Apa yang Husnina cakap? Aku terpinga-pinga. Mataku bulat merenung Husnina. Husnina hanya menundukkan wajahnya.

“ Apa yang enti cakap?”

aku mengulangi persoalan kepada Husnina.

“Nama enti akan dicadangkan dalam majlis syura akan datang.” Balas Ustaz Wajdi sebelum sempat Husnina bersuara. Nak mampos! Aku dicalonkan? Aduh apa lagi nih. Hampir tidak berkelip mataku memandang Ustaz Wajdi. Kenapalah aku. Aku cuma mencari ilmu dan pengalaman bukan ingin memegang apa-apa jawatan dalam jemaah. Tugas sebagai exco biro dakwah dan tarbiyyah pun tunggang terbalik aku kerjakan. Inikan pulak sebagai amirah. Aku tersedar dari lamunan apabila Ustaz Wajdi menundukkan pandangannya. Mungkin tikaman mataku membuatkan dia malu. Aku juga tertunduk malu.

“ Maaf. Ana belum cukup layak. Lagipun buat masa sekarang, macam-macam cerita yang ana dengar tentang diri ana. Anta dan enti tentu faham. Bukan menolak tetapi ana rasa elok serahkan pada yang benar-benar hak.”

Aku tidak mahu bersembunyi di sebalik kebenaran. Aku sendiri cukup kenal dan tahu tahap mana kemampuanku.

“ kenapa perlu meletakkan pandangan manusia sebagai keutamaan sedangkan beribu kali ana tegaskan bahawa pandangan Allah itu lebih penting. Apa yang berlaku, dah berlaku. Yang lepas biarkan lepas. Allah beri kita masa untuk berubah dan menginsafi diri. Sepatutnya enti bersyukur kerana enti adalah di kalangan mereka yang terpilih untuk merasai hidayah tu. Dan sekarang mungkin Allah mahu enti buktikan keihklasan enti dalam memajukan ummah.”

Wajdi…Wajdi…benarkah kau telah mengetahui satu persatu kisah silamku? Yakinkah kau aku mampu membimbing muslimat yang lain sedangkan mungkin ilmu mereka melebihi apa yang aku ada. Apa pandangan mereka terhadap amirah yang pernah terjerumus dalam kemurkaan Allah ini? Banyak persoalan yang perlu aku fikirkan. Bukan sekadar menyandang jawatan malah melaksanakan amanah. Kata ImamGhazali, yang paling berat di dunia ini adalah memegang AMANAH (Maksud ayat 72,Surah Al Ahzab). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak mampu memegang amanahnya.

Ya Allah takutnya aku apabila mengingatkan maksud ayat dari Surah Al Ahzab itu. Termampukah aku melaksanakannya? Jika bukan aku selaku senior dalam jemaah, lalu siapa lagi yang sanggup memikul tanggungjawab dan amanah ini. Ya Allah berikan aku kekuatan.

Segalanya aku rasakan begitu pantas berlalu. Kini aku di tahun akhir dan bakal menamatkan pengajianku dalam masa beberapa bulan lagi. Cabaran dalam ‘Internship’ telah berjaya aku lalui, Alhamdulillah. Memang agak sukar apabila terpaksa berhadapan dengan alam pekerjaan namun aku yakin, segalanya akan dipermudahkan Allah jika niat kita belajar dan bekerja kerana Dia semata-mata.

Selama itu juga aku kuatkan semangat untuk menolak segala permintaan daripada Rusydan. Siapa sangka selepas kejadian mengaibkan di kampus, dia dengan bangganya menobatkan aku sebagai tunangnya di majlis ‘reunion’ untuk pelajar sekolah berasrama penuh yang kami adakan baru-baru ini. Walaupun aku agak terperanjat dengan kenyataannya itu namun aku cuma mampu berdiam diri dan membiarkan saja apa yang diperkatakannya. Aku sudah penat melayan kerenahnya. Biarlah dia dengan caranya. Jika dia gembira dengan tindakannya memalukan aku itu, aku redha. Biarlah dia bahagia.

Ustaz Wajdi pula sudah berura-ura untuk menghantar rombongan meminang ke rumahku. Entahlah. Apa lagi yang perlu aku pertikaikan tentang kekurangannya. Dia serba sempurna dan lebih daripada layak untuk dijadikan sebagai seorang suami namun aku pula yang merasa terlalu rendah diri apabila berganding bahu dengannya di pentas dakwah. Aku serahkan saja keputusan dan jawapan kepada ibu dan ayahku. Aku tahu Rusydan pastinya menjadi pilihan mereka tetapi jika Ustaz Wajdi jodoh aku, maka Rusydan bukan penghalangnya. Ustaz Wajdi sudah jarang berurusan denganku. Maklum sajalah, dia juga sedang sibuk menyiapkan projek tahun akhir bagi melayakkan dirinya bergelar seorang guru. Bukan mudah untuk dicari seorang pendidik lelaki pada zaman sekarang. Kebanyakannya lebih cenderung bekerja di dalam bidang pentadbiran, perniagaan dan pertahanan. Itu yang membuatkan hati aku menjadi tertarik dengan pandangan dan pemikirannya. Ingin jadi murabbi katanya.

Ustaz Wajdi, jika aku sebaik Husnina, pastinya telah lama aku terima lamaran dari pihakmu tapi aku sedar di mana layak tempat aku berdiri. Hanya insan sebaik Husnina sahaja yang layak beriringan di sisimu. Akhir-akhir ini aku jarang berfikir tentang itu semua. Segala keringat yang ada, aku kerahkan dalam medan ilmu dan tugas sebagai seorang dai’e. Malah aku tenang dengan apa yang aku miliki kini.

Tapi sepucuk surat bersampul ungu sampai ke tanganku tanpa aku ketahui siapa pemiliknya membuatkan tidur malamku kekadang tidak senyeyak dulu. Rasa terharu, bersalah dan bermacam lagi. Surat itu menuliskan kenapa Ustaz Wajdi menolak risikan Husnina. Malahan Husnina sendiri tahu sebabnya. Cuma aku yang buta dan tidak mampu melihat agenda dan pengorbanan mereka terhadap aku. Yang pastinya Husnina bukan bertepuk sebelah tangan. Malah Ustaz Wajdi turut menyimpan perasaan terhadapnya. Namun perhubungan mereka tidak diteruskan kerana aku.

Kerana aku??? Berulang kali aku membaca ayat itu. Aku beristighfar sendirian sebelum menyambung bacaan ke ayat seterusnya. Sebenarnya Husnina juga dirisik oleh rakan muslimin iaitu sahabat Ustaz Wajdi. Aku kenal orangnya. Memang amat sesuai jika digandingkan dengan Husnina. Malah ilmunya dalam agama amat luas jika dibandingkan dengan sahabat jemaah yang lain. Cuma dia tidak memegang jawatan yang terlalu penting di dalam jemaah di kolej kami kerana dia ada misinya tersendiri. Aku sendiri kurang mengerti dengan sikapnya. Dalam masa yang sama Ustaz Wajdi dan ahli jemaah yang lain bimbang apabila mengetahui aku sudah mempunyai buah hati yang berlainan fikrah. Jadi untuk menyelamatkan aku dari tersalah membuat pilihan, Ustaz Wajdi sanggup menjadikan aku isterinya.

Terkesima aku membaca surat tersebut. Dalam diam aku bersyukur kerana diketemukan dengan sahabat-sahabat yang terlalu mengambil berat dan amat berpegang pada tunjang agama. Pernah aku mendengarkan kisah hijrah penduduk Mekah ke Madinah. Di mana kaum Ansar dan Muhajirin bersatu. Ukhwah dan persaudaraan yang terjalin amat kukuh dan erat. Malahan harta sanggup dikongsi. Bukan itu sahaja, suami juga sanggup menceraikan isteri untuk memberikan peluang kepada muslimin Muhajirin membina sebuah keluarga. Pengorbanan yang amat besar bagi seorang manusia biasa bergelar suami dan isteri.

Mampukah kita di zaman yang penuh dengan sifat mementingkan diri sendiri ini melakukan pengorbanan sebesar itu? Sedangkan isu poligami juga menjadi isu yang terlalu besar di kalangan muslimat sekarang. Bagi aku, tiada apa yang salahnya dengan amalan poligami tetapi yang membuatkan poligami itu tercemar pengertiannya adalah kerana tindakan suami yang tidak mampu berlaku adil,niatnya semata-mata kerana nafsu dan tiada tolak ansur di kalangan madu-madu. Jika seorang muslimin itu benar-benar memahami tanggungjawab mereka dalam poligami, pasti tidak seorang lelaki pun yang berani dan sanggup mengamalkannya kerana amanah yang dipikul bukannya kecil malah akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

Muslimat juga harus ingat, jika dia mempunyai seorang suami yang benar-benar bertanggungjawab, adil dan mempunyai alasan yang kukuh untuk dirinya beristeri lebih dari satu maka, janganlah menjadi seorang insan yang terlalu tamak dan merasakan si suami adalah milik mutlak seorang isteri. Aku yakin, setiap suruhan dan larangan yang telah Allah catatkan dalam Al-Quran pastinya mempunyai hikmah yang kekadang tak mampu dicapai akal manusia. Allah Maha Pegasih dan Penyayang. Maka takkan diciptakan sesuatu itu untuk menyakiti hamba-Nya.

Itu yang sering aku ingatkan pada hatiku. Jangan jadi wanita yang tamak kerana apa yang dimiliki bukannya hak aku, segalanya hanya pinjaman dan pastinya kekadang perlu dikongsi. Kata orang, cakap memang mudah tapi bila dah kena atas batang hidung sendiri, baru tahu langit tu tinggi ke rendah. Moga Allah kuatkan semangatku dan berpegang dengan apa yang aku katakan. Lagipun Allah akan uji sedalam mana kebenaran kata-kata yang manusia lafazkan. Jika aku diuji maka janganlah kiranya Engkau bolak balikkan hati hamba-Mu ini Ya Allah.

Teguhkanlah hatiku dalam menempuh mehnah-Mu, Ya Allah. Dakwah ini luas ruang legarnya, bukan sekadar mempelajarinya, tapi perlu juga diamalkannya. Kerana itulah kemanisan jiwa apabila segalanya dilakukan berlandaskan Al-Quran dan sunnah. Rasa rindu terhadap Husnina semakin hari semakin tak terbendung. Susah benar untukku cari sahabat berhati bersih seperti dia. Kebanyakan yang aku temui semuanya bersahabat atas dasar kepentingan diri. Tidak ramai yang mengerti dan mengamalkan ukhwah kerana Allah. Baru-baru ini aku ada berbual dengannya melalui telefon tentang surat yang aku terima. Lebih membuatkan hatiku sebak dan bagai diruntun-runtun apabila dia menangis memohon maaf dariku kerana merahsiakan semuanya. Sedikit pun aku tidak pernah marah kepadanya. Malah akulah sepatutnya yang berterima kasih dan memohon ampun darinya. Dia korbankan segalanya. Pangkat dan juga kemahuan hatinya semata-mata ukhwah kerana Allah.

Sejak dari hari itu hubungan kami bertambah rapat. Tidak lama lagi dia akan melangsungkan majlis pertunangan. Selepas menamatkan pelajaran, dia akan menjejakkan kaki ke alam rumah tangga dan bergelar seorang isteri kepada seorang lelaki yang halal dirinya serah segala.

“Kenapa anak ummi nangis ni?”

tanya aku kepada anak sulungku, Amran Aliuddin. Anak kecil berusia 3 tahun itu cuma memelukku dan terus menangis.

“Abi cuwit”

comelnya dia mengadu. Memang ayahnya begitu, suka benar bermain hingga kekadang menangis Amran dibuatnya.

“Nanti ummi puk abi, ek”

lembut aku membelai belakang Amran membuatkan tangisannya semakin reda.

“Berani ye ummi nak puk abi”

tiba-tiba Wajdi datang menepuk lembut jemariku. Aku hanya tersenyum melihat Amran kembali didukung abinya dan tangisnya tadi hilang begitu sahaja dibawa bersama deruan enjin kereta Wajdi. Allah menetapkan jodohku bersamanya walaupun berliku halangan untuk kami bersatu. Janji Allah, lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya. Seringkali aku bertanya pada diri, cukup baikkah aku untuk menjadi permaisuri di takhta pemerintahannya? Cukup padankah aku jika dibandingkan dengan semangat jihadnya. Namun aku bersyukur kepada Illahi kerana diizinkan untuk malayarkan bahtera ini bersama dengannya.

Ngeri apabila aku memikirkan Rusydan. Bagaimana agaknya jalan dakwahku jika ditakdirkan Rusydan yang kupilih. Mungkin hidupku hanya dipenuhi rutin harian. Disibukkan dengan kerjaya dan rumah tangga semata-semata. Mungkin tiada lagi agenda usrah, ziarah, tazkirah dan rehlah sebagaimana yang aku nikmati kini. Tiga kali pinangan Ustaz Wajdi ditolak oleh kedua ibu bapaku. Segalanya kerana fitnah yang ditaburkan oleh Rusydan. Namun Ustaz Wajdi tak pernah jemu dan enggan melepaskan aku. Akhirnya kedua ibu bapaku bersetuju menyerahkan tanggungjawab untuk menjagaku kepada dia setelah kebenaran terbongkar. Ustaz Wajdi bukan seorang militan! Dakwaan Rusydan langsung tidak berasas dan aku sendiri hairan bagaimana kedua ibu bapaku mempercayai kata-kata Rusydan. Memang suamiku pernah ditahan kerana dikatakan menjadi ketua pada sebuah gerakan, berjanggut, kekadang berjubah dan berserban namun itu bukan bermakna dia seorang pelampau. Aku kenal siapa dia.

Hampir 3 tahun kami ditarbiyah di bawah jemaah yang sama, pernah juga berganding bahu di dalam satu lujnah, mustahil aku masih tidak memahaminya. Bagiku Ustaz Wajdi hanyalah seorang hamba kepada Illahi, seorang guru biasa yang ingin melihat anak didiknya berjaya di dunia dan akhirat, seorang pendakwah bebas yang berusaha melaksanakan amanahnya sebagai khalifah di muka bumi, ayah kepada Amran Aliuddin dan suami kepada Jannatul Widad.

Namun jika ditakdirkan dia punya tugas yang lebih besar dari itu, siapalah aku untuk menghalang, apa lah hak aku untuk menidakkan amanah yang telah terpikul di bahunya, dia bukan milik mutlakku, bukan juga kepunyaan anakku tapi hak milik kekal Pencipta Alam Semesta, maka aku akan setia menjadi sayap kirinya di langit jihad dan tiram kepada mutiara-mutiara kebanggaannya di dunia dan akhirat! Doktor Yusof al Qardhawi dalam bukunya Jil an Nasri al Mansyud berkata: ” Yang diharapkan dari seorang wanita ialah menjadi seorang ibu yang menggalakkan anaknya untuk syahid, seorang isteri yang meransang suaminya untuk berjihad, dan melakukan pengorbanan, seorang mukminah yang mewaqafkan diri dan usahanya untuk jalan Allah dan seorang wanita alim menghafaz al Quran dan Hadis serta melaksanakan apa yang dipelajari untuk Amr Ma’ruf Nahyu Munkar

–AD-

UNIMAS

19 Muharram 1427H

1719

No comment »

RAYA…

NAK RAYA DAH RUPONYER…COPET BOTUL..SONOK KALO SELALU DAPAT IFTAR RAMAI2…MASAK RAMAI2…MAKAN RAMAI2…TERAWEH…TADARUS…ADA TAZKIRAH N SO ON…TAPI BIASA LER…ALL ABOUT TIME…tapi kalo dah hbs study nanti bz ngan keje lak..sampai bila punn takder masa…meaning that kita ler kna pandai cari masa…meaning…its not all about time…but all about us…opsss not us…all about me n myself…ingat…ingat…ingat…puasa paling penting…nak beraya mana pun takper…even without family….huhuhuh…sabor…sabor…

Do’a Malaikat jibril Menjelang Ramadhan :

" "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

* Tidak berma’afan terlebih dahulu antara suami istri;

* Tidak berma’afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.

Dapat kita bayangkan, yang berdo’a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jum’at. krananya melalui pesan ini saya memohon maaf jika slama ini saya memiliki kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan…heh

kemaafan sumbu pada segala punca kebencian,cahaya pada gelapnya hati kegelisahan dan penawar pada barah hasad dengki…

maafkan saya…

No comment »

marah..

kemarahan menunjukkan kebodohan

bila meninggikan suara

rasa rendah akhlak diri

hati pulak jadi panas

rasa jauh dari tenang salju syurga

dekat pulak dengan hangat neraka

bila timbul rasa marah…

macam kita jer yang betul

orang lain semua salah

sedangkan kita pun pernah buat silap

cuma salah sendiri saja buat-buat lupa

huh…pesanan buat diri sendiri yang cepat marah

dan senang pulak menyesal…ntah apa-apa…

so, control diri yer… jangan marah2… ubatkan dengan SABAR.. baru nampak pandai….huhu..

sabaq sebahagian dari iman..

kalo tak sabaq, kena nilai balik kedudukan iman…astaghfirullah…

No comment »

bila…

Apabila 25% org islam mula solat berjemaah 5
waktu ? maka ahli2 maksiat akan membuat
maksiat secara sembunyi2..

(oh..patutlah sekarang ni maksiat org berani
buat terang-terangan)

-Apabila 50% org islam mula solat berjemaah 5
waktu ? maka wanita akan tutup aurat automatik.

( cuba rujuk hari jumaat akibat satu waktu yang
org islam solat berjemaah hampir 75%,apa jadi?,
perempuan2 yang pakai skirt pun dah pandai pakai
labuh-labuh, di tanya, Kenapa?
mereka jawab, hari ni kan hari jumaat, yang lelaki
mula berketayap dan bersongkok ke tempat kerja
atau kuliah, malahan ada amoi yang pakai baju
kurung, dahsyat tu!!! tu baru kesan satu waktu,
kalau hari2?..oh..)

-Apabila 75% org islam mula solat berjemaah 5
waktu ? maka Allah akan campakkan kegerunan
org kafir kepada islam.

(patutlah bush dan sekutunya yang lain tak takut
langsung kat umat Islam, apa nak hairan dengan
nuclear? bom tak ada kuasa, yang berkuasa
hanya Allah!!)

-Apabila 100% org islam mula solat berjemaah 5
waktu ? maka orang Islam akan memerintah dunia.

(Rujuk Nabi dan sahabat ra, bila mereka
memerintah dunia?..rujuk masjid mereka
bagaimana?)

No comment »

GADIS DAN CINTA

Cinta bukan utk ditangisi — Pesanan Buat Gadis

Wahai para gadis,cinta bukan untuk ditangisi tetapi dinikmati. Jadi apabila cinta hanya akan menyebabkan anda membuang air mata, maka tinggalkanlah cinta itu,sebab air mata yg tertumpah pada detik ini logiknya kan berterusan jika anda berkahwin dengan insan berkenaan.

Jika dia benar menyintai anda, mengapa harus dia menyebabkan anda menangis? Jika benar dia sayang pada anda mengapa harus dia mempermain-mainkan perasaan anda? Dia hanya ingin bermain/menguji anda. Tetapi anda tidak ada masa untuk bermain sebab tumpuan anda adalah PELAJARAN/KERJAYA. Siapa dia untuk menguji ketahanan anda sedangkan anda mempunyai tanggungjawab besar untuk masa depan yang gemilang.

Cinta suci murni serta tulus mulus tidak memerlukan air mata tetapi tertawa ria. Perhubungan yang harmoni penuh kompromi biasanya bergerak atas landasan yang tenang, lurus dan menuju MATLAMAT; sebaliknya jika sengketa dan air mata mewarnai hari anda, ia ibarat perjalanan yang tersekat-sekat oleh landasan yang bengkang bengkok, tidak rata dan tidak menuju matlamat.

Bergembiralah menyambut kehadiran cinta tetapi sebaik saja ia menyebabkan hati anda gelisah serta tumpuan anda terhadap ALLAH dan pelajaran/kerjaya kian menghilang, TINGGALKANLAH cinta itu dan binalah cinta baru.

Sebenarnya anda tak perlu tergesa-gesa membina cinta. Tiba masanya ia akan hadir sendiri. Sesuatu yang datang tanpa perlu ditagih biasanya lebih bertahan lama, ikhlas lagi jujur.

Tidak ada sebab orang semacam anda perlu menangis, menghabiskan masa dgn tekanan emosi bercinta. Masa depan anda harus cerah, secerah masa depan yang anda predict.

Jika cinta sudah datang, sambutlah ia seadanya kerana fitrah manusia ingin dicintai dan mencintai, disayangi dan menyayangi. Tidak salahnya, hanya tak usah terlalu lentok hingga banyak perkara menjadi sempit dan terbarai. Cinta harus memotivasikan kita untuk mengejar kejayaan bukan menjahanamkan kita dgn perlakuan-perlakuan sumbang.

Cinta harus menjadi booster kecemerlangan diri. Betul ia tiket untuk rasa disayangi tetapi pada masa yang sama jangan sampai diheret perasaan untuk membenci diri sendiri.

CINTAILAH SEADANYA

-FROM EMAIL-

No comment »

mendengar tanpa bicara

SUARA YANG DIDENGAR MAYAT Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu:

1. Keluarga

2. Hartanya

3. Amalnya

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu;

1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali

2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad …Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan.. Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Menumpukmu

Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu." Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan ….

Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan… Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Te rkulai Lemah Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara"

Ketika Mayat Siap Dikafan …Suara Dari Langit Terdengar Memekik,"Wahai Fulan Anak Si Fulan Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah Wahai Fulan Anak Si Fulan… Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan." Ketika MayatDiusung….

Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan.. Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Tobat Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat." Ketika Mayat Siap Dishalatkan ….Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan.. Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk." Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat….

terdengar Suara Memekik Dari Langit,"Wahai Fulan Anak Si Fulan… Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini Wahai Fulan Anak Si Fulan… Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa."

Ketika SemuaManusia Meninggalkannya Sendirian…. Allah Berkata Kepadanya, "Wahai Hamba-Ku….. Kini Kau Tinggal Seorang Diri Tiada Teman Dan Tiada Kerabat Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap.. Mereka Pergi Meninggalkanmu.. Seorang Diri Padahal, Karena Mereka Kau Pernah LanggarPerintahku Hari Ini,…. Akan Kutunjukan Kepadamu Kasih Sayang-Ku Yang Akan Takjub Seisi Alam Aku Akan Menyayangimu Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya".

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman, "Wahai Jiwa Yang Tenang Kembalilah Kepada Tuhanmu Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba-Ku Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku" Semoga Kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi kita dalam menjalani hidup ini.Rasulullah SAW. menganjurkan kita untuk senantiasa mengingat mati (maut) dan dalam sebuah hadithnya yang lain, belau bersabda "wakafa bi almauti wa’idha", artinya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaran bagimu! Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin….

No comment »