Archive for September, 2006

Perempuan, Isteri Dan…. Poligami…

Tazkirah Pagi Rabu Assalamualaikum

http://www.mymasjid.com.my/article/show.asp?id=667

Perempuan, Isteri Dan…. Poligami…

(1.) Kalau seorang perempuan keluar dengan bersolek dan menampakkan auratnya, disenangi pula oleh suaminya, menunjukkan jiwa suaminya telah mati, dayus namanya kerana sanggup jadikan isteri saham bersama, cuma dia dapat saham lebih utama.

(2.) Banyak isteri yang kasih, tapi payah cari yang setia, yang paling susah mendapatkan perempuan yang kasih dan setia.

(3.) Alangkah bertuahnya seorang itu selepas beriman isterinya banyak setia belaka, anaknya banyak menurut kata, sahabat-sahabatnya banyak menolong perjuangannya,ibu dan ayahnya senang hati mendoakannya.

(4.) Kalau seorang isteri itu dapat dinikmati bersama oleh orang lain walaupun setakat memandangnya suami dayus namanya, isterinya khianat.

(5.) Perempuan itu cantiknya mempesona, cintanya pada kita melalaikan, bencinya pada kita binasa.

(6.) Biasanya seorang perempuan bila berkahwin dengan orang besar ia merasa lebih besar daripada suaminya betapalah ia menjadi orang besar, jangan haraplah suami dapat mengarah-arahkannya. Biasanya suaminya jadi orang suruhannya.

(7.) Diantara hiburan seorang suami selain daripada kesolehan isternya boleh bertukar buah fikiran dengan isterinya, boleh mengingat buah fikiran suaminya, boleh menerima ilmu yang diberi, dapat menyampaikan sebagaimana yang diterima, boleh memberi semangat kepada suaminya di saat suaminya kena uji.

(8.) Biasanya perempuan yang tak cantik itu selalu bersolek bahkan berlebih-lebih pula kerana hendak menutup ketidak-cantikkannya

(9.) Bila isteri lebih masyhur daripada suaminya suami rasa bertuah dalam derita, kalau suami masyhur daripada isteri, isterinya rasa bertuah dalam kebanggaan.

(10.) Seorang lelaki walau bagaimana cinta dengan isterinya sekalipun kalau isterinya mati dia mahu cepat-cepat kahwin lagi, tapi bagi perempuan yang cintakan suami kalau suaminya mati dia payah untuk kahwin lagi kecuali kalau ia ditekan oleh sesuati keadaan.

(11.) Biasanya kemasyhuran seorang anak boleh menaikkan imej bapanya atau ibunya, kalau kemasyhuran bapanya atau ibunya bertuah anaknya, tetapi kemasyhuran seorang isteri boleh terhina suaminya.

(12.) Diantara watak manusia di akhir zaman orang gaji berlagak seperti isteri, isteri berlagak seperti suami, di waktu itu para suami kehilangan isteri dalam masa beristeri.

(13.) Orang yang bermadu itu macam orang makan madu, sekali-sekala tersedak juga oleh kerana manisnya.

(14.) Kalau isteri-isteri yang bermadu itu boleh tolak ansur tentang haknya kerana sesuai dengan kedudukannya, ini menunjukkan perempuan luar biasa. Tapi kalau hanya sanggup sama rata menerima haknya semata-mata ini perempuan biasa, dan kalau meminta lebih dari haknya, ini perempuan mementingkan diri.

(15.) Orang yang ada empat isteri, ia sentiasa berada dalam suasana pengantin baru.

(16.) Kalau perempuan yang tua itu terlalu suka bersolek, mengikut saikologi dia susah hati kehilangan mudanya

HaRi Ini EsOk dAn SeLaMaNyA…..

Sumbangan : hAikAl aMriE - aKu Y

No comment »

KUASA SEORANG WANITA

http://www.yadim.com.my/Wanita/WanitaFull.asp?WanitaID=104

Kuasa Seorang Wanita
22 June 2006
Oleh NORHURIYATINA SALLEHPepatah ada mengatakan ´tangan yang menghayun buaian, mampu menggoncang dunia´. Nyata, itulah hakikatnya seperti apa yang dapat kita saksikan hari ini. Wanita begitu penting dalam kehidupan seorang lelaki. Jika tidak, Allah s.w.t tidak akan menjadikan Siti Hawa dari tulang rusuk Nabi Adam a.s sendiri untuk memenuhi rasa kesunyian dan keseorangannya di dalam syurga. Wanita begitu bererti bagi seorang lelaki kerana tanpa wanita hidup seorang lelaki tidak akan sempurna, tidak akan bertambahlah zuriat di muka bumi ini, tidak akan ada seorang lelaki bergelar suami, tidak dapatlah seorang lelaki menjadi pemimpin dalam rumah tangga, dan nescaya sunyilah hidup seorang lelaki tanpa teman untuk bergurau senda.

Kejadian wanita adalah lemah kerana dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok. Ini menyebabkan ada kalanya ia sukar dibentuk kecuali dengan hikmah dan kebijaksanaan yang tinggi oleh lelaki yang dapat membimbingnya ke arah kebaikan. Di situlah peranan sebagai seorang pemimpin dimainkan oleh lelaki. Antara kita sedar atau tidak, wanita banyak mempengaruhi kehidupan seorang lelaki. Kuasa yang dimiliki oleh wanita boleh menentukan kejayaan atau kemusnahan hidup seorang lelaki. Lihat sahaja punca keruntuhan beberapa empayar gah dunia yang dibina oleh lelaki, tetapi musnah sekelip mata dek pujukan seorang yang bernama wanita. Antaranya adalah empayar yang dibina oleh Napoleon Bonarparte dan Josephine, Anthony dan Cleopatra, Hitler dan Matahari, Samson dan Delila, serta Abu Lahab dan Hendon.

Begitu juga sebaliknya. Di belakang kejayaan seorang lelaki, juga berdiri seorang wanita. Contohnya Nabi Muhammad s.a.w bersama Siti Khadijah serta isteri-isteri baginda yang lain, Nabi Ayub bersama Siti Rahmah, dan Nabi Ibrahim bersama Siti Sarah serta Siti Hajar. Wanita-wanita inilah yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama.

Seperti kisah semasa Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu yang pertama dan bagaimana peranan yang dimainkan oleh isterinya Siti Khadijah telah memberikan semangat kepada baginda. Tepat pada umur 40 tahun, Muhammad bin Abdullah, suami Siti Khadijah menerima tugas kenabian yang harus disampaikan ke seluruh umat manusia. Tugas yang tentu saja tidak mudah, sehingga Nabi Muhammad s.a.w sendiri pada awalnya merasa ragu-ragu, apakah benar yang diterima adalah wahyu, dan apakah juga merupakan pengangkatan sebagai Nabi (yang menerima wahyu) dan Rasul (yang diutus menyampaikan misi). Tetapi sang pendampingnya Siti Khadijah, yang teguh hati, menenangkan, menenteramkan, menguatkan dan memastikan bahawa yang diterima benar wahyu dan baginda benar-benar diangkat menjadi Nabi dan Rasul.

Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan yang dimiliki oleh wanita boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredai Allah.

Kaum lelaki mudah goyah dan kalah dengan layanan yang baik. Apatah lagi daripada wanita yang sangat dikasihinya seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah. Malahan untuk menjadi seorang isteri yang solehah adalah dengan memberi layanan yang sebaiknya terhadap suami. Ini kerana syurga seorang isteri adalah pada suaminya.

Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Hadis Rasulullah s.a.w ada menyebut: “Doa ibu itu lebih cepat makbul.” Orang bertanya: “Kenapa ya Rasulllah ?” Jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa daripada orang yang penyayang tidak akan sia-sia.” Dan sebagai seorang anak, kita dilarang sama sekali untuk menderhaka kepada ibu dan sentiasa mendahulukan ibu dalam apa jua urusan. Doa seorang ibu adalah yang paling dimakbulkan oleh Allah s.w.t.

Sifat ketaqwaan lebih mudah diperolehi oleh wanita berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada wanita. Ia merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan, dan ujian. Jadi terpulanglah pada diri seorang wanita itu untuk memperoleh ketaqwaan ini.

Kemuliaan yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada wanita menjadikan setiap lelaki pasti memerlukan wanita untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh wanita kecuali Nabi Adam a.s yang dilahirkan oleh Mariam. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi wanita kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut wanita yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia. Kemudian mereka melatih, mendidik, memelihara anak kecil itu dari kecil hinggalah dewasa.

Kemuliaan wanita akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak ke atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah s.a.w: “Wanita yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya).”

Bagaimanapun, ia tidak bermakna pada wanita yang hanya menjadi pak turut tanpa ada kuasa menyatakan pendirian, pegangan, pendapat atau lain-lain. Jauh tersembunyi, wanita sebenarnya dianugerahkan dengan kuasa pengaruh yang jika digunakan dengan tepat, lelaki bersedia menurut kehendaknya dan memberi segala haknya. Sabda Rasulullah s.a.w tentang besarnya peranan wanita ini ialah: “Wanita itu tiang negara, jika baik wanita di sesuatu negara itu, maka baiklah negara itu, begitulah sebaliknya.”

Kalau demikian tinggi dan hebat kemuliaan dan kedudukan wanita, wajiblah dipelihara dengan sebaik-baiknya kerana jika Allah mencabut kemuliaan itu, wanita akan menjadi amat hina hingga tiadalah tempat lain yang lebih berhak baginya kecuali neraka. Oleh itu gunakanlah kuasa yang dimiliki oleh wanita di tempat yang sepatutnya. Dan bantulah lelaki untuk menjadi pemimpin yang berjaya di dunia dan di akhirat.

No comment »

cinta hakiki

Tazkirah Remaja: Dapatkan cinta hakiki
bharian.com.my/Current_News/HM/…/Ad_Din/20060519105258/pp_index_html

BERCINTA-cinta adalah realiti alam remaja. Tidak sah sekiranya tidak dibuai keasyikan. Cinta pandang pertama, cinta monyet dan sebagainya adalah asam garam remaja.

Apabila sudah bercinta mulalah merindu dan jika sudah rindu mula terkena penyakit angau. Makan tidak lalu, tidur tidak lena, mandi tidak basah, rambut tidak disyampu, gigi tidak digosok dan sindrom lain lagi.

Untuk dapat cinta manusia itu, lalu berusahalah remaja dengan apa cara di mana-mana, tidak kira masa, yang penting sasaran cinta tercapai.

Dalam mencari cinta sejati manusia, bukan hanya remaja, kadang-kadang tersasar dalam erti sebenar cinta. Kita hanya bergelut dan bergulit mencari cinta manusia yang tidak bertahan lama dan hanya kadangkala bersifat lipstik.

Lupa kepada cinta agung yang menjadi sumber segala cinta. Cinta Allah adalah cinta hakiki. Kemuncak segala motivasi, samudera segala bekalan dan kesudahan segala keindahan.

Cinta yang membawa kepada segala kebaikan dan berkesudahan menikmati dua syurga iaitu syurga dunia dan akhirat.

Jika Allah adalah cinta segala cinta, dunia akan bertenggek di menaranya. Yang patut diusaha dengan sekuat tenaga, bagaimana hendak dapat cinta Allah.

Sebagai panduan kepada remaja dan pembaca sekalian, diperjelaskan di sini beberapa faktor dan resipi bagaimana hendak mendapatkan cinta agung Allah.

- Dengan membaca al-Quran serta merenung dan memahaminya. Berinteraksi dengan al-Quran sama seperti berinteraksi dengan Allah. Sebab kitab ini adalah penghubung di antara makhluk dengan Khaliknya.

Dalam hadis Rasulullah (saw) bersabda yang maksudnya: “Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah yang mempelajari al-Quran dan yang mengajarnya.”

Kemudian dalam keterangan lain al-Rasul menjelaskan: “Bacalah al-Quran kerana ia akan memberi syafaat (pertolongan) kepada siapa sahaja yang membacanya pada hari akhirat kelak.”

Di rumah sahabat dulu, biasanya tergantung al-Quran dan pedang. Kenapa dua-dua ini digantung? Sebabnya pedang digunakan untuk pertahanan dan membuka negeri manakala al-Quran untuk membuka hati.

Sekiranya kita boleh baca akhbar dan majalah, malah menghabiskan duit untuk mengumpul gambar penyanyi takkanlah tidak ada masa sebentar untuk baca al-Quran. Hafal lagu Hindustan lancar dan ‘cair’ takkanlah al-Fatihah ‘berkeretot’ bunyinya.

Sebenarnya hati yang tidak dihuni dengan al-Quran akan dipenuhi kemunafikan, khayalan gangguan dan kemurungan. Maka isilah hati kita dengan membaca al-Quran.

Cuba lihat seorang sahabat bernama Ubay pernah namanya disebut Allah kerana suka membaca al-Quran.

Apabila Nabi beritahunya, Ubay terus menangis. Nabi uji Ubay dengan soalan, apakah ayat al-Quran yang paling agung. Beliau menjawab; “ayat kursi”. Banyakkanlah membaca ayat ini.

- Hendak dapat cinta Allah ialah dengan solat malam (qiyamullail). Kita memang biasa bangun malam atau berjaga malam. Tapi bukan untuk solat, hanya untuk yang lain, tengok bola, tonton filem, berborak, lepak-lepak dan sebagainya.

Sebenarnya untuk qiyamullail tidak semestinya bangun jam tiga atau empat pagi. Sekadar dua rakaat sebelum masuk waktu Subuh sudah memadai atau ketika tonton bola, berhenti sekejap ketika rehat perlawanan lalu berwuduk dan solatlah dua rakaat - termasuk qiyamullail.

Jika hendak lakukan qiyamullail antara caranya ialah:

a. Berniat untuk bangun solat malam dan berdoa.

b. Jangan melakukan dosa pada siang hari sebab dosa pada waktu siang hari akan ikat rohani kita daripada bangun malam.

c. Tidurlah awal sedikit. Jika tidur jam satu atau dua pagi kemudian hendak bangun qiyamullail memang tidak jadi.

d. Tidur sekejap waktu tengah hari.

- Hendak dapat cinta Allah ialah dengan merenung ayat Allah. Merenung ayat Allah maknanya merenung kejadian yang dicipta Allah. Kejadian langit yang tiada bertiang dan tiada penyangkut bagaimana Allah tegakkannya.

Allah sembunyikan malam serta datangkan cerah dan siang. Bagaimana Allah jadikan kita. Allah besarkan kita, remajakan dan tuakan kita, kemudian daripada adanya kita kepada tiada. Pokok Allah tumbuh nampak sama tetapi tidak serupa.

Buah rambutan nampak serupa tapi tidak sama. Semua ini akan mendekatkan kita dengan Pencipta. Rasa lemah dan kerdilnya diri dan rasa agungnya Allah. Lalu kita cinta Allah. Jika kita mula cinta Allah maka Allah akan membalas cinta kita.

©The New Straits Times Press (M) Berhad

No comment »

muslimah

“siapapun wanita yg melepaskan pakaiannya diluar rumah suaminya,bererti dia telah merosak tabir antara dia dan Allah” [hadis riwayat Abu Daud&Ibnu Majah]

No comment »

SUNGGUH


SUNGGUH

Sungguh,

Dalam kita mencari arah,

Mengenal diri dan mencari siapa jasad sebenar,

Kekadang kita tersalah percaturan,

Dan mungkin jua seringkali silap membikin andaian,

Sehingga tiba satu masa kita sendiri kabur dengan rohani sendiri,

Ku akui,

Bukan mudah yang tinggi untuk kita jejaki,

Bukan senang yang berduri hendak kita redahi

Memang derita yang dalam untuk kita selami,

Malah walau separuh nyawa kita mencuba,

Namun kekadang hasilnya tetap kecundang,

Lalu kepada siapa nak kita salahkan?

Diri sendiri? Ibu ayah?

Atau kepada Dia yang mengatur setiap saat pejalanan alam.

Jawapannya ada dalam diri,

Tak perlu ditunding jari yang satu itu pada insan lain,

Sedangkan tanpa kita sedari

lebihan jemari itu sedang menunjal kebodohan sendiri,

Tiada rasa malukah kita?

Ibu bertarung maut,

bergadai nyawa mempertahankan zuriat,

Dengan kudrat seorang wanita yang lemah itu

maka lahirnya kita di dunia,

Hatta dirimu putera mahupun puteri,

Kau tetap dijulang sebagai pembawa amanah keluarga,

Adakah insan ini yang layak dipersalahkan

apabila kita tersalah arah?

Sedangkan yang melangkah adalah dua batang kaki kita sendiri.

Malangnya si ibu jika punya anak sebegini.

Lihat pula si ayah,

bersengkang matasiang dan malam,

Berkorban masa dan tenaga,

Wang dan ringgit usah dikira,

Terlalu banyak hingga tak termampu nak dihitung,

Apatah lagi nak dibalas.

Sejuta tahun belum termampu dilangsai hutang itu,

Malah mungkinkan bertambah dari hari ke sehari,

Tanpa kita sedari,

Lalu si ayah pun tua ditelan masa,

Tulang yang dulu tegap memerah keringat,

Kini melengkung dan membongkok,

Mengharap si anak hadir di sisi sebagai penguat semangat,

Menemani diri yang hampir sayup-sayup dipanggil seru Yang Esa,

Adakah insan ini layak dipersalahkan

apabila kita tersilap memilih yang hitam atau putih?

Sedangkan yang memandang dan melihat adalah

sepasang mata bundar kita sendiri.

Malangnya si ayah jika punya anak sebegini,

Mari kita renung pula pada kuasa yang menciptakan kita,

Dari setitis air yang hina,

Kita bersaing sesama sendiri untuk mengecapi kejayaan

demi melihat dunia,

Lalu kita pun berjaya dan lahir ke dunia

sebagai insan yang terlalu daif,

Segalanya perlu diatur ayah bonda,

Diberi kita akal dan fikiran,

Dihadiahkan hati untuk punya perasaan dan pegangan,

Bukankah itu semua sudah cukup

untuk kita berjalan di atas landasan yang selayaknya?

Bukalah mata hati,

lihatlah kebenaran yang jarang kita hitungkan,

Lupakan sebentar mata kasar yang kerap kali berdusta,

Memesongkan kebenaran yang kian pupus

dari makhluk bernama manusia

.

No comment »

muhasabah

Assalamualaikum w.b.t.

Sejak kenal dunia dan tahu isi hakikat titik akhirnya, kita masing-masing kalut meniti hari mencari rezeki dari keringat sendiri.

Ada masa kita lupa alam ini akan berderai, dan sudah pasti isinya kan tetap pergi memenuhi janji ILLAHI…

Jauh di sudut hati kerapkali bersoal sendiri, syurgakah? Nerakakah? Kekasihkah? Musuhkah? Sering juga bermuhasabah diri namun istiqamahkah?

Bukan senang menjalani hidup atas ombak dan badai. Bila tenang, segalanya mudah namun bila dilanda ombak dan badai semuanya berubah.

Terdayakah kita melayari bahtera tatkala sendirian bermusafir? Takutnya jika hati berubah arah, bimbangnya jika rohani menginginkan kenikmatan sementara..

Bila sendiri di kamar sepi tanpa teman atau saudara di sisi pasti ingatan pada mati akan bermain di hati.

Teman, kita sama-sama berusaha meneroka jalan barakah…tapi jangan dilupa ramai lagi yang sesat menggadai fitrah…malah mungkin ada antaranya darah daging kita sendiri…mungkin abang, mungkin adik, mungkin kakak,mungkin ayah, mungkin ibu malah mungkin juga empunya diri…maka di situ terbentang amanah yang tiada sudah…

Bukan sekadar pesanan untuk teman tetapi untuk ingatan diriku jua yang mudah terlupa dan sering tertidur……………….wallahu ‘alam…..

–AD-

No comment »

Lelaki bernama AYAH

Kenapa ayah,

Jarang kau berbicara tentang hatimu

Benar susah mendengar suara tangismu

Amat payah melihat ukir tawamu

Mungkin betul madah melayu

Mulut lelaki di hati

Apa saja dilalui

Apa saja didepani

Tak pernah kau mengelak

Takkan sekali kau berundur

Tangis kami kau redakan

Gelisah hati kami kau leraikan

lara kami bahagia gantianmu

Sungguh ayah,

Tiada ketakutan tika kau di sisi

Takkan kami kau biar bersusah

Hingga kekadang kami sendiri terlupa

Bahawa kau jua manusia biasa

Pastinya punya hasrat dan harapan

Yang ingin anak-anakmu ini penuhi

Katakanlah ayah

Bahawa kau ingin dilindungi dan disayangi

Ingin dipeluk dan diberi manja

Malah makin menganjak usiamu

Makin lembut hati kecilmu

Maafkan kami ayah,

Kami alpa

Kami kalut mengejar cita-cita

Tika kau rindukan hangat mesra sentuhan kami

Kami diasak kerja yang tiada sudah

Tika kau mengadu sakit peningmu,

Kami berlapang dada

Kerana pada akal kami

Kau bijak bertindak sendiri

Sedangkan kami abaikan kata hati

Bukan ubat penawar sakitmu

Tapi suara kami pengubat rindumu

Bukan istana mewah buat takhta seorang diri

Tapi pondok kecil berisi gelak tawa kami

Maafkan kami ayah,

Kami terlupa lagi

Dalam diammu,

Aku tau hatimu seringkali berombak

Acapkali dilambung gelombang

Namun tak terlihat air jernih menitis di pipi tuamu

Hanya wajah mendungmu pantulan luahan nurani

Engkau tidak pandai berbicara manis

Apatah lagi bermadah pujangga

Namun setiap janjimu tak pernah kau mungkiri

Engkau tak pandai menyatakan

Namun dari setiap gerak gayamu

Aku teramat mengerti

Segalanya memancar kasih dan sayang

Kenapa ayah?

Kenapa tak pernah kau luahkan kegusaran jiwamu

Tak pernah terdengar sedu pilumu

Mengapa ayah?

Sakit dan lelahmu tak pernah kau jaja pada anak-anakmu ini

Agar permata hatimu ini mengerti?

Mengapa ayah?

Langkahmu yang makin tak berdaya itu kau sembunyikan

Lalu kau gagahkan jua walaupun dalam kepayahan

Maafkan kami ayah

Kami masih tak mengerti ketika itu

Kerna sirna dengan kemelut arus

Kini, izinkanlah anakmu ini menyuluh tiap jawaban

Membukarahsia yang terpendam di ruang rasamu

Kenyataan yang melambangkan betapa kasihnya engkau pada kami

Cinta tulusmu yang hanya bisa dihitung Illahi

Tak terbalas walau sepanjang hayat dirimu kujaga dan kumanja

Segalanya kau lakukan

Segalanya kau sembunyikan

Segalanya kau teruskan

Hanya kerana kau bernama lelaki

Lelaki yang kasar tangannya demi memenuhi keinginan seorang anak

Lelaki yang terkunci bibirnya bila melihat senyum bahagia seorang isteri

Lelaki yang tergalas dibahunya berat imbalan balasan dunia akhirat.

Hanya kerana itu kau tiada masa melayan hatimu

Walaupun kekadang rasa resah membadai di jiwamu

Hanya kerana itu kau abaikan rajuk hatimu

Walau kekadang kau ingin benar dipujuk

Segalanya hanya kerana kau bernama LELAKI…

LELAKI yang kami gelar AYAH….

Maafkan kami ayah…

17 September 2006

UNIMAS

AD

0008

Comments (1) »

HIJRAHKU..HIJRAHMU..HIJRAH KITA

HIJRAH INI

Hijrah ini tak mudah

Susur jalannya amat payah

Bukan mudah untuk berubah

Bukan senang nak diserah

Namun gerak hati tak pernah membantah

Andai benar ini hidayah

Aku panjat segunung syukur pada-Mu Ya Allah

Hijrah ini berliku langkahnya

Andai tersalah landasan

Tersilap hentian

Pasti berakhir dengan seribu sesalan

Kerana tanpa ada keikhlasan

Takkan ada guna kebaikan

Jika zahir hanya melambangkan kepuraan

Hanya batin yang tahu kekeliruan

Hijrah ini sakit rasanya

Kekadang parutnya tak pernah sembuh

Malah ujian dari-Nya kian subur tumbuhnya

Aku yakin Ya Allah

Pahit maung yang Kau berikan

Susah payah yang Kau tetapkan

Tiap dugaan yang kuterima

Semuanya tanda kasih suci dari-Mu

Hijrah ini pengorbanan makanannya

Kesakitan perisanya

Keperitan garamnya

Derita rencahnya

Namun aku takkan pernah lupa

Rahmat-Mu itu terlalu manis

Di saat aku sendirian

Kau jadi pembakar semangat

Di saat aku hilang punca

Kau jadi penunjuk arah

Sungguh…..

Dulu kurasa gelita

Simpangnya buat aku buntu

Jurangnya terlalu dalam

Namun Kau buktikan sayang-Mu

Lalu Kau hadirkan cahaya wasilah

Bantu aku melihat kehidupan

Bantu aku menilai kecukupan

Dan menjadikan aku sedia dengan kesyukuran…

–AD-

0345

2 Ogos 2005

UNIMAS

No comment »

assgmen

COMPENSATION-16SEPTEMBER

PTA- 16 OKTOBER

PENGUJIAN PSIKOLOGI -INDIVIDU( 2 JOURNAL) -GROUP ( RESEARCH METHOD) -OKTOBER

MANAGEMENT - GROUP

FAMILY COUNSELING - GENOGRAM 11 SEPTEMBER

                               GROUP (TADIKA)-find play therapy, INDIVIDU (CHILD CALL IT) critical analysis..

CAREER COUNSELING- GROUP PRESENTATION (THURSDAY)

ESE - POEM………………………..

JOMLA BUAT ASSIGNMENT…..BANGUNLA ASMA…JANGAN TIDOQ..HU2….

       

No comment »