Archive for August, 2006

SITI KAWEN

ASSALAMUALAIKUM…

PENINGNYA KAPLA..BANYAK BETOL SMS MASUK PASAL SITI..APAHAL LA RAMAI SANGAT TAK PUAS ATI… DAH JODOH DIA,…TAKYAHLA DOK CAKAP BELAKANG, NGUMPAT SANA SINI…SITI BINA MASJID DAPAT PAHALA,…ORANG YANG NGUMPAT DAPAT DOSA…ISH2…RUGI…JOM CARI ISU LAIN YANG LEBIH MENCABAR MINDA…ISU UMAT ISLAM SEKARANG…

GEJALA MURTAD DAH JD MACAM VIRUS…LEBIH DASYAT DARI BRONTOX…SEKURANG2NYA BRONTOX TU ADALER JUGAK ANTIVIRUS DIA…JOM ISI PETISYEN ONLINE…KALO BENDA SENANG CAMNI PUN KITA TAK MAMPU BUAT, XTAULA NAK CAKAP APA LAGI..KALO ADA MASA CEK FRENSTER, ADA MASA REPLY EMAIL, ADA MASA DOWNLOAD VIDEO, BANYAK MASA CARI MAKLUMAT PTA,,,,,,…..TAKKAN NAK ISI PETISYEN ONLINE YANG HANYA MEMERLUKAN MASA YANG TAK SAMPAI 1 MINIT TU PUN TAKDER MASA…JANGAN PIKIO BANYAK….

klik

http://myislamnetwork.net/portal/modules/content/index.php?id=8

sumbangan anda terlalu BESAR….tolonglah agama Allah…Allah akan menolong kita berganda2………

No comment »

PTA……

ASSALAMUALAIKUM….

PTA…PTA…PTA…CEPATLAH SIAP..CEPATLAH…SECOND PRESENTATION HOPE EVERYTHING OK…KALO KNA SHOOT PUN HARAPNYA SELAMAT…KNA PAKAI BAJU KALIS PELURU NIH…YEAHHH.CHAYOK!CHAYOK/……

No comment »

ANDAI DIA

“Aduh beratnya mata nih. Cepatlah celik wahai mata. Ada

kuliah ni. Aku pontengkan senang citer. Bukannya selalu. Tak boleh jadi. Kena bangun gak nih. Exam dah nak dekat.” Johny cepat-cepat melompat dari katilnya. Sememangnya setiap semester dia memperoleh anugerah dekan hasil dari penumpuannya di dalam kelas. Jadi tak hairanlah kehadirannya sentiasa penuh. Dilahirkan dalam keluarga berbangsa cina dan beragama kristian, dia merupakan anak bongsu daripada 4 orang adik beradik. Ayahnya merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya. Ibunya pula merupakan seorang pengarah salah sebuah hospital di ibu kota. Walaupun begitu dia tidak pernah berbangga apatah lagi mencanangkan kedudukannya kepada rakan-rakannya. Malahan kebanyakan rakannya berbangsa Melayu. Paling menarik, citarasanya adalah pada gadis melayu!

“ Zaiyan, tengok tu. Diala senior fakulti sains sosial yang setiap sem dapat dean list. Hensem kan?” Majidah menjuihkan bibirnya ke arah Johny yang tergesa-gesa menanggalkan helmetnya.

“ Baguslah. Jarang ada budak melayu yang dapat dean list. Semuanya budak cina. Lagipun dengar cite fakulti tu senang masuk dan senang kena tending. Takut Yan dengar.” kata Zaiyan sambil membetulkan tudungnya.

“ Siapa cakap dia melayu. Dia Chinese lah tapi agama Kristian. Macam melayukan? Sebab tula budak melayu ramai admire kat dia”. Cepat-cepat Zaiyan menoleh untuk melihat buat kali kedua kerana pandangan pertamanya tadi sedikit acuh tidak acuh tapi sayangnya Johny telah lama berlalu pergi.

“ Biar betul. Tadi Yan nampak muka dia sebijik macam budak melayu. Mix ek?” Tanya Zaiyan seperti berminat.

“ Betullah apa yang awak nampak tu. Mix or not, I don’t knowla my friend. Jomlah kita dah lewat ni.” Masing-masing mempercepatkan langkah. Kuliah Madam Chaterine tak dibenarkan lewat. Siapa lewat, tak boleh masuk kelaslah jawabnya.

Mata Zaiyan tertancap pada wajah jejaka di hadapannya. Benarlah itu Johny. Tapi apa dibuatnya dalam kelas budak first year nih. Hatinya tertanya-tanya. “ Jidah, apa budak tu buat dalam kelas kita?”

“ Entah. Dia amik subjek pelengkap agaknya. Maklumlah kakak-kakak senior cakap subjek kaunseling senang score. Cepatlah duduk”. Majidah menarik lengan Zaiyan duduk di sebelahnya. Betul ke senang score, kalau senang kenapa semua student kaunseling tak dapat anugerah dekan? Dia berfikir sendiri. Sememangnya banyak yang belum dia tahu tentang kehidupan di universiti. Memang tidak banyak perbezaannya ketika masih menuntut dalam diploma di kolej dahulu tapi mungkin suasananya agak baru. Malah dia jarang keluar jika tiada kelas. Tak tahu nak dituju ke mana. Paling jauh pun keluar makan dengan Majidah dan rakan yang lain waktu hujung minggu. Itu pun berdekatan dengan kampus. Belum lagi pernah dia keluar ke Bandar untuk membeli belah. Lagipun penat menjalani minggu orientasi masih belum hilang.

Dalam diam mata Johny juga kekadang asyik menjeling kea rah Zaiyan. Sedari awal lagi dia agak hairan melihat penampilan Zaiyan. Nampak sedikit pelik pada penglihatannya jika dibandingkan dengan kenalan melayu yang lain. Tudungnya terlalu labuh. Bersarung kaki. Tangannya juga bersarung hingga ke pergelangan tangan. Bajunya agak besar dan seperti tebal. Muka boleh tahan tapi pakaiannya sedikit pelik. Dia memang mempunyai ramai kenalan melayubertudung tetapi jarang dia temui wanita berpakaian seperti bangsa arab itu. Balik nanti aku mesti tanya Fitri. Dia bertekad dalam hati untuk bertanya kepada rakan serumahnya.

“ Fitri, tadi aku nampak sorang budak freshies. Muka boleh tahan tapi pakaiannya peliklah” Johny berterus terang.

“ Apa yang peliknya?” Fitri memberi respon tetapi matanya masih di kaca televisyen.

“ Dia pakai macam orang arabla. Baju dia tak macam kawan kita pun. Besar je. Tudung pun labuh. Tak macam yang si zizah tu pakai. Lagi satu kan dahlah pakai baju kurung lengan panjang tapi still pakai sarung kat lengan tu. Tak panas ke ha?

“ Aduh banyak betulla soalan kau Lim. Meh aku nak jawab satu persatu. Takde yang peliknya. Macam tu lah sepatutnya wanita Islam pakai. Tutup aurat, semua yang dia tutup tu memang wajib ditutup Lim oi.”

“ kalau tak ditutup?”

“ kalau tak tutup, dapat dosala pakcik oi!”

“kalau nak tutup aurat memang kena pakai macam tu ye?”

“tak semestinya berjubah, cukuplah dia menutup bahagian yang diwajibkan ditutup. Berbaju longgar dan tak mengikut bentuk badan, tak jarang. Pendek kata jangan seksi dan menjolok mata. Ni mesti nak tanya bahagian mana wajib ditutupkan? Senang cite, semua bahagian kecuali telapak tangan dan wajah. Ada faham?”

“kenapa ye kena bertudung dan menutup aurat?

“ada banyak sebabnya tapi yang paling penting, menutup aurat tu menghindarkan wanita daripada fitnah. Wanita tukan fitrahnya tinggi perasaan malu, dan mengelakkan pandangan jahat dari lelaki-lelaki macam kau nih.” Fitri ketawa sendirian.

“ ooo…abih tu kenapa kawan-kawan kita tak pakai macam tu pun. Diorang tak tahu ke kalau tak tutup tu dosa?”Fitri faham benar dengan perangai rakannya tu. Selagi jawapan tak memenuhi kehendak soalan, selagi tulah dia tidak akan diam.

“ senang je kalau kau nak faham. Meh aku buat anologi ok. Semua orang tahu mencuri tu berdosa kan? Tapi ramai gak yang mencuri. Ramai orang tahu tinggal sembahyang tu berdosa tapi ada jugak yang tak pernah sembahyang. Ramai orang tahu arak tak baik untuk kesihatan tapi ramai jugak yang minum kan? Macam tu jugaklah bab tutup aurat. Nak tutup atau nak dedahkan aurat itu terpulang pada individu tu sendiri la. Kalau dia benar-benar patuh pada perintah agama, takut pada Pencipta dan niat dia semata-mata nak dapat keredhaan Tuhan, dia akan laksanakan semua suruhan Tuhan. Kau faham tak keredhaan tu apa?”

Johny terus berlalu meninggalkan Fitri yang masih menunggu jawapan darinya.

Semalaman dia tidak dapat melelapkan mata. Di matanya hanya terbayang wajah gadis yang masih misteri dan penuh tanda tanya itu. Dia sendiri tak memahami kenapa hatinya seperti ingin berkata sesuatu. Tetapi cepat-cepat ditepis perasaan itu. Tidurlah wahai mata. Otak aku dah penat nih. Esok kelas awal pagi pulak tu. Niatnya memang nak ponteng tapi…tak boleh! Tak boleh! Dia mesti berjumpa dengan siswi misteri itu.

Matanya meliar mencari tempat duduk. Serta merta dia ternampak kerusi kosong di sebelah gadis misteri yang mengganggu tidur malamnya. Bibirnya terus mengukirkan senyuman. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal.

“ Hai! Ada orang tak kat sebelah ni?” dia cuba untuk memulakan bicara tetapi pertanyaannya hanya dibalas dengan gelengan tanda tempat itu kosong. Sepanjang kelas, Zaiyan hanya melihat kepada pensyarah yang sedang mengajar tetapi otaknya melayang berfikir tentang cerita-cerita Majidah. Cerita Majidah tentang Johny Lim yang sekarang sedang berada di sebelahnya. Dia sedaya mungkin cuba untuk mengalihkan mindanya kepada isi pelajaran tetapi entah kenapa ada debaran di hatinya. Dia juga perasan Johny tak sudah-sudah memulakan bicara. Bertanya itu dan ini. Tapi lidahnya kelu untuk menjawab setiap soalan yang diberi. Yang mampu dilakukannya hanya tersenyum, tersengih, menggeleng dan mengangguk. Terasa seperti ada saja yang tidak kena. Habis sahaja kelas, dia terus meluru ke arah pintu keluar. Bimbang syaitan makin hebat bermain dengan perasaannya.

“ Adik! Adik! Tunggu kejap” langkahnya serta merta terhenti mendengar panggilan dari orang yang tidak dikenalinya tetapi dia yakin panggilan itu adalah untuk dirinya. Dia menoleh dan jantungnya bagaikan ingin berhenti berdegup.

“ Adik tertinggal fail ni. Nama adik Zaiyan Balqish kan? Abang jumpa atas kerusi tadi” termengah-mengah Johny berlari mendapatkan Zaiyan.

“ Oh! Terima kasih. Saya pergi dulu.” Cepat-cepat Zaiyan mengatur langkah.

“Ya Allah. Peliharalah hati hamba-Mu yang rapuh ini. Aku bimbang Ya Allah. Benarkah apa yang sedang aku rasai ini? Atau semua ini hanya dugaan-Mu atau bisikan syaitan semata-mata? Jauhkan aku dari murka-Mu Ya Allah. Aku mohon keredhaan-Mu. Aku pohon kebahagiaan yang membahagiakan aku di dunia dan akhirat. Aku pohon rahmat dan kasih sayang-Mu. Moga Kau tetapkan hatiku, cintaku dan rinduku hanya pada-Mu dan tiada satupun yang mampu menandinginya. Tolong aku Ya Allah.” Air mata Zaiyan mengalir setelah selesai bermunajat kepada Pencipta Sekalian Alam. Hatinya rasa terbeban dengan perasaan yang sekian lama dijaga agar tidak didiami oleh sesiapa kecuali untuk lelaki yang halal dirinya serah segala. Entah kenapa lelaki itu sering bermain di fikirannya sedangkan selama ini dia tidak pernah terfikir untuk jatuh hati terhadap pemuda yang berlainan agama dan pegangan dengannya. Terasa benar ujian ini bagaikan badai tsunami yang melanda persisiran pantai hatinya. Teringat pula dirinya pada kata-kata dan pesanan As-Syahid Hasan al-Banna.

“ Demi ALLAH Yang Maha Esa,

sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta-Mu,

menitis air mata tatkala merindu,

menitis air mata, tatkala merasa semakin menjauh,

tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan,

kerana aku tetap yakini…

Allah menyatakan “Wajib cinta-Ku kepada orang yang berkasih sayang kepada-Ku”

Wahai muslimin dan muslimah yang berjiwa besar,

Penuhilah dunia ini dengan limpah kasih sayangmu.

Khususkanlah buat saudara-saudaramu itu dengan kepanasan cintamu yang maha tinggi

Dan biarkanlah mereka tahu bahawa anda ,mencintai mereka.

Yang demikian itulah al-aksar (batu geliga) untuk mengubati seribu satu kesulitan dan kesusahan.

Sesungguhnya banyak kesulitan dalam dunia ini timbul dari perasaan yang telah padam dan berlakulah penyelewengan perasaan itu.”

“ Nah. Ni surat. Ada orang kasi kat awak.” Majidah menghulurkan sepucuk surat tanpa stem mahupun alamat pada sampulnya. Dia agak hairan melihat Majidah seperti menyembunyikan sesuatu.

“ sape kasi?”

“Secret admire awaklah. Saya nak pergi masjid kejap. Ada perjumpaan dengan kakak usrah. Ok. Nanti cerita kat saya tau. Assalamualaikum” Majidah meninggalkan Zaiyan dengan seribu satu tanda tanya sambil mulutnya terkumat-kamit menjawab salam. Jari-jarinya tangkas membuka sampul surat berwarna hijau lembut itu.

Salam sejahtera saudari Zaiyan Balqish. Saya Johny Lim. Pemuda yang duduk di sebelah saudari ketika di dalam kelas Madam Chaterine. Ingat lagi? Saya minta maaf kalau kehadiran surat nih mengganggu saudari. Maaf juga kalau ada ayat saya yang tak dapat saudari fahami. Maklumlah BM saya dulu B4 saja dalam SPM =) terus terang saya katakan, pertama kali bertemu dengan saudari mengundang pelbagai soalan dalam minda saya. Cara saudari berpakaian, cara saudari memandang saya dan cara saudari berbicara membuatkan saya semakin ingin mengenali saudari. Saya percaya saudari tentu mengetahui saya berbangsa cina dan beragama kristian. Saya harap agama dan bangsa tidak menjadi penghalang untuk kita saling mengenali. Saya dah lama berjinak-jinak mendalami agama Islam tapi belum sepenuhnya. Saya hormati setiap keputusan saudari. Seperti saudari, saya juga percaya jodoh pertemuan itu sudah ditetapkan. Bukan kehendak kita. Tapi sudah menjadi ketentuan. Jika saudari juga merasai apa yang saya rasai, harap saudari dapat berterus terang seadanya. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca luahan hati saya.

Salam persahabatan,

Johny Lim

Benarlah apa yang dibimbanginya sudah menjadi kenyataan. Apa yang ditakutinya sudah mula menghantui hidupnya. Hatinya berbelah bahagi. Fitrah hati seorang insan ingin dicintai dan menyintai, disayangi dan menyangi, dimiliki dan memiliki. Tapi benarkah pilihannya? Lelaki itu beragama kristian. Dari dulu dia mengharapkan seorang lelaki muslim yang beriman, berakhlak, mampu menjadi pembimbing dan imam dalam jemaah. Itu yang didik ketika dia masih di dalam jemaah ketika menuntut diploma dalam bidang syariah dahulu. Masih terngiang-ngiang di telinganya pesanan Ustazah Zubaidah, seelok-eloknya carilah pasangan hidup dari jemaah yang sama supaya kegiatan jemaah tidak terhalang. Malah keluarga yang dibentuk juga diharap mampu melahirkan zuriat untuk menyambung cara hidup Islam yang sebenar. Bagaimana kalau Johny yang menjadi pilihannya. Mampukah Johny pergi sejauh itu dalam masa yang singkat sedangkan dia sendiri mengambil masa yang agak panjang untuk mematangkan diri dalam kehidupan seorang dai’e. Kalau nak diikutkan hati, mahu saja dia membalas rasa hati dari Johny itu tapi syukur iman masih mampu bersuara. Surat itu akan dibalas tapi isinya diharap mampu memberi pengertian kepada Johny. Mana tahu hati Johny terbuka untuk menerima Islam dengan ikhlas kerana Allah.

Salam sejahtera. Terima kasih kerana memulangkan fail saya hari tu. Pertama sekali, saya rasa amat berbesar hati kerana saudara berminat dalam mendalami agama Islam. Teruskan usaha saudara. Mungkin saudara akan menemui sesuatu dalam agama saya itu nanti. Sememangnya agama dan bangsa bukan halangan untuk kita saling mengenali tetapi ada batas-batasnya dalam kita bersahabat antara lelaki dan perempuan. Sebagaimana hubungan saya dengan saudara, begitu jugaklah hubungan saya dengan sahabat lelaki yang lain. Tak ada bezanya dan tiada perbandingan sama ada saudara beragama Islam atau tidak. Mungkin saudara juga tahu batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam agama saya. Saya harap dapatlah kita bersahabat terlebih dahulu. Perjalanan saya masih jauh dalam mencari ilmu dunia dan bekalan saya menemui Pencipta saya nanti. Sudah tentu saudara mengenali saudara Fitri, YDP kita tukan? Kalau ada masalah yang saudara ingin kemukakan, just ask him. Saudara juga boleh merujuk kepada saya tetapi sekarang saya agak sibuk dan mungkin tiada kesempatan dan masa yang sesuai untuk berbicara tentang kemusykilan saudara. Saya bimbang wujud fitnah pulak nanti, jadi eloklah kiranya saudara terus berjumpa dengan saudara Fitri. Lelaki lebih mudah berurusan dengan lelaki. Saya memahami perasaan saudara tetapi bagi saya, masanya masih belum tiba. Andai ada jodoh, ada cara yang lebih sesuai yang telah ditetapkan dalam agama saya untuk melaksanakan hasrat di hati saudara.

Yang ikhlas

Zaiyan Balqish Binti Zambri

Johny terdiam. Otaknya ligat berfikir. Begitu banyak persoalan yang ditinggalkan Zaiyan di dalam warkah sekecil itu. Rupanya masih terlalu banyak yang tidak diketahuinya tentang isi dan peraturan dalam Islam. Perhubungan juga ada batasan? Batas yang bagaimana? Ada cara yang lebih sesuai untuk aku laksanakan hasrat di hati aku? Bagaimana caranya? Aduh… bertambah berat otak aku. Ingatkan lepas hantar surat, terjawablah semua penantian dan persoalan yang bermain dalam minda aku nih, rupa-rupanya makin bertambah banyak pulak tanda soal kat mata nih. Fitri tolong aku!!!!!!!!!!!!!! Serasa ingin meraung sekuatnya. Kakinya terus melangkah terburu-buru mencari Fitri.

Sejak hari itu, selepas suratnya dibalas, dia mula berminat untuk mengetahui dengan lebih jelas tentang agama Islam. Banyak perkara yang menjadi tanda tanya dalam dirinya. Hasil pertolongan daripada Fitri, dia diperkenalkan dengan seorang ustaz. Selepas solat Isyak, ustaz Muammar akan menemaninya dan menjawab segala kemusykilan yang dihadapinya. Fitri juga akan turut sama mengikuti setiap sesi pembelajaran Johny. Hampir 2 bulan dia menghabiskan masa pada waktu malamnya mendengar tazkirah dan ceramah daripada Ustaz Muammar. Dia mula menjinakkan diri dalam usrah walaupun belum lagi lidahnya mengucapkan kalimah syahadah. Fitri tidak pernah memaksa Johny menerima Islam kerana Fitri faham benar dengan sikap rakannya itu. Lagipun dia percaya, jika Johny menerima Islam sebagai jalan kehidupannya, pasti Johny akanmenjadi seorang muslim yang taat.

Masuk bulan ketiga, setelah selesai memahami setiap isi kandungan kitabullah, dengan tenang Johny menyampaikan isi hatinya untuk memeluk agama Islam walaupun tindakannya ditentang hebat oleh ahli keluarganya. Hatinya sudah tekad dan tidak mampu untuk diubah lagi. Walaupun begitu, ibunya tidak membantah, malah sentiasa memberikan sokongan asalkan dia memperoleh yang terbaik dalam hidupnya. Sokongan dari seorang ibu sudah cukup untuk dia meneruskan keinginannya. Fitri hanya mampu mengalirkan air mata disaat Johny mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Ustaz Muammar dan dirinya sebagai saksi. Kini namanya bukan lagi Johny mahupun Lim tapi Zulfaqqar Sulaiman Bin Abdullah. Nama yang sudah lama di dalam pemikirannya. Nama yang diambil dari iras nama wanita yang menjadi sumbu kekuatannya dalam menempuh onak dan duri dalam mencari hakikat sebenar perjalanan hidup seorang hamba.

Agak lama dia tidak bertegur sapa dengan Zaiyan. Kadang-kadang hatinya meronta ingin berbual dan bertanya khabar tetapi kini dia sendiri memahami batas-batas pergaulan antara muslimin dan muslimat. Tidak perlu dipanjangkan perbualan jika tiada sebab yang dibolehkan syara’ kerana bimbang nafsu mula bersuara. Melihatkan reaksi Zaiyan, kekadang terasa ingin saja berputus asa. Gadis itu berlagak seperti tiada apa yang berlaku antara mereka sedangkan dari dahulu lagi dia mengetahui keinginan hati Zulfaqqar. Kekadang dia berbicara sendirian, mana mungkin hati Zaiyan sekeras batu hingga tiada langsung perasaan ingin dicintai. Ataukah dia masih belum layak menjadi teman hidup dunia akhirat Zaiyan? Semuanya seringkali menghantui mindanya. Walaubagaimanapun, dia tetap yakin dengan ketentuan Illahi, hanya Allah sahaja yang mengetahui apa dan siapa yang terbaik dalam hidupnya. Dia pernah dan telah berusaha, kini hanya jawapan dari Yang Esa yang dinantikannya. Andai benar mereka ditakdirkan untuk tidak bersama, sekurang-kurangnya Zaiyan telah berjaya membuka pintu hatinya untuk mengenali dan menyintai agama suci ini.

“Yan, kenapa kau tak nak terus terang je dengan si Zul tu? Kalau dah suka, cakap jelah. Kan senang. Kau buat diam je, susah la dia. Kau pun susah. Aku tau kau tu mahu tapi malu..ye tak?” Majidah mencuit lengan Zaiyan.

“biarlah dulu Jidah. Ada jodoh Insya Allah tak kemana. Aku ni baru first year. Baru nak merangkak. Dia tu takperlah dah berkali-kali dapat dean list. Malulah aku kalau tak dapat setaraf dengan dia. Baru masuk Islam, dah banyak yang disumbangkan dalam jemaah kita. Aku rasa seganlah dengan dia tu.”

“ engkau ni! Dulu cakap nak suami yang mampu membimbinglah, satu jemaahlah, berakhlaklah..nah sekarang dah dapat. Kau nak tunggu apa lagi? Memanglah kau tu baru first year tapi umur kau tu dah layak kahwin pun.”

“ amboi seronoknya membebel. Aku taulah kau dengan si Farhan tu dah merancang nak berkahwin, tapi aku nih masak pun tak pandai lagi tau. Ada hati nak kahwin. Kang kena ketuk dengan suami baru padan muka aku” Zaiyan mencubit pipi Majidah. Majidah memang layak menjadi isteri orang. Semua kerja rumahtangga mampu dilaksanakannya. Masakannya memang sedap hingga menjilat jari. Bertuah Farhan memiliki hati Majidah.

Assalamualaikum…saudari Zaiyan. Masih ingat tentang saya? Bukan lagi Johny Lim tapi Zulfaqqar Sulaiman Bin Abdullah. Saya bersyukur kerana dapat mengenali saudari. Dapat mengenali agama Islam yang suci. Persoalan yang saudari tinggalkan di dalam warkah terakhir itu membuatkan saya bertekad untuk mendalami agama Islam dan Alhamdulillah sekarang saya semakin cinta kepada agama suci ini. Insya Allah, pada cuti 3 bulan akan datang, ibu bapa angkat saya iaitu keluarga Fitri akan ke rumah saudari. Seperti yang saudari katakan, ada caranya jika saya ingin menyampaikan hasrat hati. Dan inilah jalan yang terbaik. Sama ada pinangan saya ditolak atau diterima, saya serah segalanya pada Allah. Kerana hanya Dia yang mampu membuka hati saudari dan memberikan saya jawapan yang terbaik. Kita hanya mampu merancang tapi Dia Yang Lebih Mengetahui segalanya. Akhir kalam, saya tidaklah sehebat Rasulullah untuk mengimpikan teman setaat Khadijah, tetapi apa yang pasti saya akan cuba untuk menjadi ketua rumah tangga yang terbaik dan saya amat berharap agar saudari dapat menjadi sayap kiri dalam perjuangan saya menjalani kehidupan seorang khalifah dan dai’e di muka bumi Allah ini…Insya Allah…

Wassalam,

Zulfaqqar Sulaiman Bin Abdullah

Warkah kedua yang dinantikannya selama ini tiba juga akhirnya. Dan jawapan bagi persoalan itu pastinya telah bermukim di hatinya sejak dahulu lagi. Tunggukan khabar gembira dariku ya sulaiman. Pastinya Balqis pasangannya Sulaiman. Zaiyan hanya mampu mengukirkan senyuman kesyukuran.

NUKILAN

Ummu asma’ –AD-

4 sept 2005

0243

UNIMAS

Comments (3) »

WAHAI ANAK KECIL

AKU LIHAT

ANAK KECIL ITU MENGGENGGAM BATU

MEMBILANG SATU HINGGA TUJUH

MEMILIH YANG MOLEK-MOLEK BELAKA

UNTUK APA WAHAI ANAK KECIL?

KATANYA INGIN MAIN BATU SEREMBAN..

AKU TERSENYUM…

INILAH KEDAMAIAN

YANG TAK MUNGKIN AKU MILIKI DI BUMI PALESTIN..

HIBA HATIKU

TERASA SAYU YANG SUKAR DIBENDUNG

APABILA AKU KENANGKAN

NASIB UMAT SEAGAMAKU

BERJUANG NYAWA DAN HARTA

BIAR KEDUANYA AKAN PUPUS AKHIRNYA

NAMUN TAKKAN DIGADAI MARUAH DAN PEGANGAN.

AKU LIHAT

ANAK KECIL ITU MENGGENGGAM BATU

HANYA SEKETUL BATU

TAJAM DAN BERPASIR

BESARNYA DIANGKAT SEKADAR TERMAMPU

DI SINI

AKU TIDAK PERNAH BERTANYA

KERANA AKU TAHU

BATU ITU BUKAN MAINAN

BUKAN UNTUK DIJADIKAN BATU SEREMBAN

TAPI SEBAGAI SENJATA

MEMPERTAHANKAN HAKNYA

MEMPERTAHANKAN MARUAH KELUARGANYA

KETURUNANNYA DAN CUCU CICITNYA NANTI

MELINDUNGI AGAMANYA

MEMPERTAHANKAN TANAH LAHIRNYA

YANG KINI SEDANG DICABULI DAN

GALAK DIROBEK OLEH MAKHLUK LAKNATULLAH

MAKHLUK YANG SUDAH TIDAK LAYAK DIGELAR MANUSIA

MALAH MUNGKIN BINATANG JUGA

TIDAK SANGGUP DIKATAKAN SATU SPESIES DENGAN MEREKA

HINANYA MEREKA!!

MENITIS AIR MATAKU

KERANA SEBAK YANG TAK DAPAT AKU TAHAN

BAGAIMANA ANAK SEKECIL INI

PUNYA RASA DAN KENAL ERTI TANGGUNGJAWAB

BAGAIMANA ANAK KECIL INI

SUDAH ADA SEMANGAT JUANG YANG SUKAR DIGUGAT

BAGAIMANA ANAK SEKERDIL INI PUNYA KEYAKINAN

UNTUK MELAWAN MUSUH ALLAH ITU???

SEDANGKAN DIA HANYA PUNYAI SEKETUL BATU DI TANGAN

BESARNYA HATIMU WAHAI ANAKKU

BESARNYA MATLAMATMU WAHAI PUTERAKU

AKU SEDAR

DARI KECIL KAU SUDAH TERBIASA

DENGAN DIDIKAN IBU AYAHMU

YANG SENTIASA MENGINGATKANMU TENTANG

APA ITU SYAHID

APA ITU MUJAHIDIN

APA ITU MARDHATILLAH

DAN

APA ITU FI SABILILLAH

KAU JARANG DISOGOK DENGAN

KETENANGAN,

KAU JARANG MENDENGAR KEDAMAIAN

KAU TAK TAHU APA ITU KETAKUTAN

APATAHLAGI ERTI BERPUTUS ASA

DAN MENYERAH KALAH

PADA MEREKA YANG BERGELAR IBLIS.

AKU KAGUM MELIHAT KALIAN

SERTA MERTA AKU TERASA KERDIL

KALIAN KEKASIH ALLAH

SEDANGKAN AKU?

TAK PERNAH MERASA SUSAH PAYAH

ISLAM TERSEDIA INDAH DI DEPAN MATA

CUMA AKU YANG PERLU MENYULUH KEPUTUSAN

MENCARI PENGERTIAN

AKU TAK PERLU MENGANGKAT SENJATA

MENGUTIP BATU ATAU DISERANG HUJANAN PELURU

KERANA DITAKDIRKAN ALLAH

TANAH AIRKU AMAN TENANG

BEBAS MERDEKA PADA LAHIRIAHNYA

NAMUN KENAPA YA ALLAH??

KAMI DI SINI MASIH TERLEKA?

KEKADANG LANGSUNG TIDAK MENYEDARI

APATAH LAGI UNTUK BERKONGSI RASA DENGAN

ANAK-ANAK KECIL ITU…

KENAPA HATI KAMI TERLALU KERAS

SELALU MENANGGUHKAN KEBAIKAN

SEDANGKAN KAMI TAHU

ENGKAU TAK PERNAH MELEWATKAN KEMATIAN

KENAPA KAMI SERING ALPA MENYINTAIMU

SEDANGKAN YANG KAMI HARAPKAN ADALAH REDHAMU

KENAPA KAMI SELALU TERLUPA

SEDANGKAN MATAHARI,GUNUNG GANANG,BULAN DAN BINTANG

SEGALANYA KERAP KALI MENUNJUKKAN KEBESARANMU???

KENAPA YA ALLAH??

ADAKAH KAMI SUDAH BUTA?

IMAN MAKIN RAPUH?

ATAU HATI KAMI TELAH MATI?

HANYA PANDAI MEMINTA

TAPI JAHIL DALAM MEMBERI?

TOLONG AKU YA ALLAH

AKU TAKUT

TERLALU TAKUT

DALAM KEDAMAIAN YANG AKU NIKMATI

SEBENARNYA TERSEMBUNYI SEJUTA KETAKUTAN YANG MEMBUNUH

KETENANGAN KALBUKU

AKU TAKUT DENGAN UJIAN-MU

AKU TAKUT DENGAN BALASAN-MU

AKU TAKUT DENGAN MURKA-MU

AKU GENTAR DENGAN ARAHAN-MU TENTANG AURATKU

AKU BIMBANG DENGAN TAQWAKU

AKU RISAU TENTANG SOLAT DAN AMALKU

WAHAI ANAK KECIL

PASTINYA DIRIMU TAK PERNAH TERFIKIR

APA YANG TERLINTAS DI BENAKKU

KERANA KAU TAK PERNAH KENAL ERTI KETAKUTAN

MELAINKAN KEPADA DIA SEMATA-MATA

KAU TAK PERNAH PUNYA MASA UNTUK MERENUNG NASIBMU

KERANA KAU SIBUK DENGAN PERJUANGANMU

KAU MABUK DENGAN BAYANGAN SYURGA-NYA

KAU YAKIN JANJI TUHAN PADAMU ITU PASTI

KAU RINDU UNTUK BERTEMU RASULULLAH

KAU INGIN BERJUMPA AYAH BONDAMU

DI MEDAN ABADI

KERANA KAU TERPISAH DARI MEREKA

CUMA DI ATAS SEHELAI TIKAR USANG

YANG HANYA SETIPIS KULIT BAWANG

SEKADAR MENUNGGU KETIKA UNTUK HANCUR BERDERAI

AJARKAN AKU WAHAI ANAK KECIL

TUNJUKKAN AKU

SUPAYA AKU MENJADI INSAN

MENJADI HAMBA YANG SENTIASA BERSYUKUR

WALAU TIDAK PUNYA REZEKI UNTUK DINIKMATI

AJARKAN AKU UNTUK MENJADI REDHA

WALAU SERING DIHAMBAT KEKECEWAAN DAN AIR MATA

AJARKAN AKU UNTUK MENJADI BERANI

MENGHAPUSKAN KEBATHILAN

MEMENGGAL KEPALSUAN

MENYUARAKAN KEBENARAN WALAUPUN MENYAKITKAN

AJARKAN AKU UNTUK MENJADI HAMBA YANG RINDUKAN SYAHID

HAMBA YANG MEMBURU MARDHATILLAH

HAMBA YANG MENGINGINKAN PERTEMUAN ABADI

HAMBA YANG HATINYA SENTIASA HIDUP

DISIRAMI DENGAN CAHAYA PERJUANGAN

TUNJUKKAN AKU WAHAI ANAK KECIL BERJIWA BESAR

KERANA KAU INSAN YANG DITAKDIRKAN UNTUK

MEMBUKA MATA KAMI

MENUNJUKKAN KAMI ARAH SEBENAR

SEBUAH KEHIDUPAN YANG DINAMAKAN PERJUANGAN

PERJUANGAN YANG BENAR-BENAR DIGELAR PERJUANGAN

KETAHUIILAH AKU AMAT MENYAYANGIMU

AKU INGIN MENGHULURKAN JEMARIKU

MOGA KAU DAPAT BERPAUT PADA SEBUAH HARAPAN

TIKA KAU PERLUKAN SEORANG INSAN YANG DIPANGGIL UMMI

AGAR KAU DAPAT MERASA KASIH SAYANG SEORANG KAKAK

DAN BERGEMBIRA MENIKMATI IKATAN SEBUAH PERSAHABATAN

AGAR KAU TAHU MASIH ADA INSAN

YANG SENTIASA MEMIKIRKAN DIRIMU

MEMIKIRKAN MAKAN MINUMMU DI SANA

SENTIASA BIMBANGKAN NASIBMU PABILA BULAN BERLABUH

DAN MATAHARI MENJELMA

AKU INGIN MEMELUKMU

AGAR KAU RASA TERBELA

MENYEDIAKAN KEPERLUANMU

TEMPAT UNTUK KAU BERTEDUH

AKU INGIN MENGUCUP DAHIMU

ATAS DASAR SEORANG IBU KEPADA ANAKNYA

AKU INGIN SAMA-SAMA BERTADARUS

BERBUKA PUASA

BERTAHAJUD DENGANMU

ATAS DASAR SEORANG KAKAK KEPADA ADIKNYA

AKU INGIN BERIRINGAN DI BARISAN HADAPAN PENTAS PERJUANGAN

MENENTANG MANUSIA BERJIWA BINATANG ITU

ATAS DASAR IKATAN SEORANG SAHABAT

YANG CINTAKAN AGAMANYA

NAMUN AKU TAK BERDAYA TERBANG MEMBERI SAYAP KEPADAMU

AKU TAK MAMPU MERAWAT LUKAMU

MENYAPU PENAWAR KE ATAS BISA ITU

AKU TAK MAMPU!

AKU TAK MAMPU!

AKU TAK MAMPU WAHAI ANAK KECIL

MAAFKAN UMMI,KAKAK DAN SAHABATMU INI

HANYA MAMPU MELIHAT DARI JAUH

HANYA MAMPU MENGALIRKAN AIR MATA DUKA

KERANA SAKIT DI HATI YANG KIAN PARAH

MELIHAT KALIAN DIPERLAKUKAN TANPA BELAS KASIHAN

SEKADAR TERDAYA MENADAH TANGAN KEPADA YANG MAHA ESA

SUPAYA HARI ESOK BAGIMU LEBIH CERAH

TAK SEGELAP NASIBMU DI SAAT INI

AKU TAK MAMPU MEMBERI LEBIH DARIPADA ITU!!

KERANA AKU JUA MASIH SERBA KEKURANGAN

PUNYA LEBIH BANYAK KELEMAHAN

MALAH MUNGKIN LEBIH MEMERLUKAN BANTUAN BERBANDING

DIRIMU

HATIKU DAN HATIMU

MUNGKIN DARAH KITA SAMA MERAH

TAPI PEKATNYA PENGALAMAN DAN SEMANGATMU

MENJADIKAN KITA JAUH BERBEZA

JIKA KAU TAHU KEDAMAIAN ZAHIR KAMI

TIDAKLAH GAMBARAN PADA JIWA KAMI

PASTINYA KAU KAN BERBANGGA KERANA

DILAHIRKAN

DIBESARKAN

DAN

SYAHID DI BUMI PALESTIN…………

Ummu asma’ –AD-

PERLIS

2137

25 RABIULAWAL 1426H

RABU,4 MEI 2005…2055..

No comment »

CINTAILAH DIA YANG MENCINTAI-NYA

CINTAILAH DIA YANG MENCINTAI-NYA

Cintailah dia yang menyintai-Nya kerana

dia akan menerimamu seadanya

atas dasar cintamu kepada Pencipta

dia akan sentiasa melihat dirimu dalam kesempurnaan

seorang insan,

dia akan memandang kejernihan wajahmu

bukan kerana cantik solekanmu

tapi kerana keindahan dari dalam diri

luhur budi pekerti

hasil wudhukmu yang sempurna.

dia akan sentiasa memasang telinga

mendengarkan alunan merdu suaramu melagukan kitabullah

dia akan bisa bersabar dengan kekurangan dan kelemahanmu

kerana dia tahu tiada insan yang lengkap segalanya

dia akan bertolak ansur dengan kerenah dan ragam

dirimu

dan dia akan menyenangkan hatimu tanpa sedikitpun terlintas untuk

menyakiti perasaanmu

kerana dia sedari kau adalah anugerah dan amanah Yang Maha Esa

lantas kau punyai tanggung jawab yang lebih besar

untuk belajar manyayangi dan mencintainya kerana DIA

dan kebahagiaan hanya akan muncul

apabila kau sudi menerima dan sedia untuk memberi

perasaan mahabbah pinjaman Pemilik Kekal

kepada insan yang halal kau miliki.

Ummu asma’ –AD-

UNIMAS

18 April 2005

1800

No comment »