HARI LAHIRKU…HARI LAHIR DIA…

SALAM…

ALHAMDULILLAH, SYUKUR PADA ALLAH…TERIMA KASEH YA ALLAH,PANJANG LAGIK UMUr…ADA LAGIK KESEMPATAN…EMMM…TERIMA KASEH PADA KAWAN2 YANG WISH BESTDAY..

*KAMAL RAMLI, HAZIMAH MANSOR, MAS, ATIQAH MASTAM, FARAH RADZI, QIRIN HUSHIN, LEEN ISMAIL, IZZAH RAMLI, DINI, MAKCIK JAMILAH, WAHIDAH RAMLI, HAFIZ, KAK LIZA, NOREHAN BUDIN, FATIHAH AZIZ, ZUHAILAH SAAD, ENCIK GHANI, PUAN SHARIFAH, IERA, KAK NORA, KAK AINI, NUR FAHIMAH, MUKHLIS, DR HAKIMIN, SHIDA DAUD… EMMM..ADA LAGIK KER YANG TERTINGGAL???…..

TERIMA KASEH SBB SUDI WISH EVEN IGT BESTDAY AKU SBB TERSEREMPAK DALAM FRENSTER OR FACEBOOK..HEHE…MEMANDANGKAN BESTDAY AKU SAMA DENGAN TUNANG..EMM…BEZA 43 MINIT JER…MASING2 AMEK PACKAGE….WISH 1 PERCUMA 1..HAHA…LAWAK TOL…BESTDAY WISH UNTUK ENCIK KAMAL IHSANI RAMLI TELAH AKU SAMPAIKAN….DIA CAKAP “TIMA KASEH”…

DAH 24 TAHUN pada tahun 2009..INSYA ALLAH 5 REJAB 1430hijrah AKAN DATANG, UMO AKU AKAN MENJENGAH 25 TAHUN…tua dah….emmm…MOGA ALLAH MASIH MEMBERI AKU DAN DIA KESEMPATAN LAGI… AMEEN…

SELAMAT HARI LAHIR…270385…

Comments (1) »

How Do U Sleep ( Check Out )

No comment »

INDAHNYA POLIGAMI

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0315&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm

Pernikahan satu ibadat - Salih sedia lengkapkan kuota empat isteri

SALIH bersama isteri ketiganya, Nor Farawahida. Isteri pertama dan keduanya sedang mengerjakan umrah.

NAMA pelakon, pelawak dan penyanyi Salih Yaacob tiba-tiba menjadi hangat gara-gara dikatakan akan bernikah dengan seorang anak ahli perniagaan bergelar Tan Sri. Mereka dijadualkan berkahwin kelmarin (13 Mac) di ibu kota.

Rancangan perkahwinan itu menjadi panas dan heboh kerana jika ia berlangsung, ia membawa makna Salih akan bernikah buat kali keempat. Kata orang, Salih cuba melengkapkan kuota empat isteri selepas mempunyai tiga isteri iaitu Norliza Mamat, 46, Noraha Hamat, 40 dan Nor Farawahida Sulaiman, 31.

SensasiBintang berbicara dengan Salih, 48, bapa kepada 11 orang anak mengenai rancangan perkahwinan itu. Dalam temu bual itu, tutur bicaranya amat tersusun. Salih menjernihkan gosip tersebut selain bercakap tentang poligami yang telah menjadi darah dagingnya sejak berbelas tahun lamanya.

SensasiBintang: Sejauh manakah kebenaran gosip minggu lalu yang mengatakan anda akan bernikah dengan seorang anak Tan Sri?

SALIH: Memang ada kebenaran. Kita memang ada merancang, tapi ada masalah yang tidak dapat dielakkan berlaku. Jadi kita tunda pernikahan itu. Bagi saya, pernikahan adalah satu ibadat.

Jadi bila sebenarnya anda berkahwin lagi?

Sebenarnya, itu hanya satu perancangan. Saya juga nak beritahu, saya tidak pernah berjumpa dengan wanita yang akan saya kahwini ini. Kami baru berkenalan selama sebulan lebih.

Kami hanya berhubung menerusi telefon dan saya hanya pernah melihat gambarnya. Asalnya, dia ialah peminat saya. Kemudian dia terlibat dalam kemalangan dan koma. Dia hanya mendengar suara saya di Sinar FM.

Terus terang saya katakan, perkahwinan ini diatur oleh keluarganya. Saya menerima dengan hati yang terbuka kerana percaya ini adalah takdir dan kerja Tuhan.

Bagaimanapun, selepas gosip tersebut tersebar, kami terputus hubungan. Dia tidak lagi menghubungi saya. Jadi saya tak berani nak cakap bahawa kami akan berkahwin. Kita lihat sajalah nanti.

Jika tidak kenal, bagaimana anda boleh bersetuju untuk berkahwin?

Saya tidak menolak takdir. Apa yang Tuhan beri kepada saya, saya terima. Mungkin ini cara Tuhan tolong saya beribadat.

Adakah anda berkahwin sebab ingin menolong, bukan kerana cinta?

Jujurnya, saya bukan tak ada peminat lain yang macam itu. Tapi mungkin sebab Tuhan nak bagi saya rezeki dengan cara berkahwin dengan dia. Kalau perkahwinan ini boleh membantu dan memulihkan dia, apa salahnya.

Apa kata ketiga-tiga isteri anda sekarang? Adakah mereka izinkan anda berkahwin empat pula?

Mereka izinkan dan tidak membantah. Perjalanan saya pun sudah tiga. Jadi kalau menyambungnya menjadi empat pun tak salah. Hanya saya perlu memilih orang yang ada pegangan yang sama dengan saya.

SALIH bersama sebahagian daripada sepuluh anaknya hasil tiga perkahwinannya.

Apakah cara anda menjaga keharmonian berpoligami?

Iman. Percaya pada Rukun Iman. Itu sahaja kunci saya. Dulu, masa nak kahwin isteri pertama, saya bercinta dengan orang lain, saya bertunang dengan orang lain dan akhirnya berkahwin dengan isteri saya. Sejak kecil, saya memang berpegang kepada iman.

Katakan kalau ada jodoh dan ditakdirkan berkahwin kali keempat, adakah anda mampu memikul tanggungjawab besar itu?

Selama ini memang saya seorang yang menanggung keluarga. Semua isteri saya tidak bekerja dan saya mempunyai 11 orang anak. Yang sulung sudah berusia 24 tahun, yang nombor 11, insya-Allah akan lahir dalam masa empat bulan lagi.

Saya percaya setiap keluarga yang saya bina ada rezeki masing-masing. Alhamdulillah, berbelas tahun saya kahwin, rahmat Allah terus bersama saya.

Apakah pandangan anda tentang berlaku adil, mengimbangi dan bertanggungjawab dalam hubungan dengan isteri?

Mengimbangi isteri-isteri umpama sejadah buat saya. Mereka adalah amanah dan ibadat buat saya. Dari dulu, saya tak pernah kejar apa-apa dalam hidup. Saya pun tak rancang untuk beristeri banyak. Tapi saya menerima ketentuan Tuhan untuk berpoligami. Kalau cakap tentang tanggungjawab, sebenarnya kalau nak fikir satu pun belum tentu mampu. Tapi ini kerja Allah, maka ia akan jadi mampu.

Ada persepsi kononnya lelaki yang berpoligami lebih menjurus kerana nafsu?

Saya tak kahwin sebab nafsu semata-mata. Pernikahan adalah ibadat, ini rezeki dan ilmu saya. Kita di dunia, sama-sama dipinjamkan, jadi jagalah semuanya dengan baik.

Apakah tip anda untuk orang yang mahu berpoligami?

Saya tidak ada tip, sebab setiap orang mempunyai takdir berbeza. Jangan berpoligami untuk merosakkan iman. Ingatlah Tuhan memberi kepada orang yang mampu.

Adakah anda ada hasrat untuk menghimpunkan semua isteri anda sebumbung?

Kalau saya kaya raya sekali pun, saya tak akan kumpulkan semua isteri saya serumah. Saya kena jaga hati semua orang. Dalam setiap rumah tangga saya, saya harus berlaku adil. Jangan tunjuk hebat untuk himpun semua isteri satu rumah kerana ini bukan tuntutan agama. - MALIAH SURIP

No comment »

aku nak kawen sebab….

http://isuhagat1.blogspot.com/search/label/perkahwinan

Saban tahun beratus malah mungkin mencecah ribuan rakyat malaysia berkahwin. Dan sekiranya kita bertanya kepada mereka kenapa mereka berkahwin? Maka beberapa jawapan seperti di bawah akan kedengaran :=

1. Saya berkahwin kerana nak mendapatkan zuriat. Bukankah Allah swt telah berfirman di dalam Al Quran :

An-Nisaa
[4.1] Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

2. Saya berkahwin kerana saya memerlukan pertolongan seorang isteri untuk berbuat kebaikan dan melarang membuat kejahatan.

Surah Taubah
[9.71] Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

3. Saya berkahwin kerana perkahwinan membuka pintu rezeki

Surah An Nur
[24.32] Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.

4. Saya berkahwin kerana saya mahukan bersenang hati, hidup mesra dan berkasih sayang serta belas kasihan.

Surah Ar Rum
[30.21] Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

5. Saya berkahwin kerana sunnah Nabi

793 - Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Sesungguhnya beberapa orang Sahabat r.a bertanya kepada isteri-isteri Nabi s.a.w mengenai amalan yang dilakukan oleh baginda secara diam-diam. Maka ada di antara mereka yang memberitahu bahawa dia tidak akan berkahwin. Ada juga yang memberitahu bahawa dia tidak makan daging dan ada pula yang memberitahu bahawa dia tidak pernah tidur di atas hamparan. Mendengar hal itu semua, Nabi s.a.w memuji kepada Allah dan bersabda: Apa kena dengan kaum itu, mereka berbicara itu dan ini, sesungguhnya aku mendirikan sembahyang dan aku juga tidur, aku berpuasa, berbuka dan aku juga berkahwin. Maka sesiapa yang tidak suka sunnahku, dia bukanlah golonganku iaitu umatku

6. Saya berkahwin kerana saya nak jadi seorang suami dan seorang ayah yang soleh
7. Saya berkahwin kerana semua orang berkahwin
8. Saya berkahwin kerana saya dah tua. Saya tak nak orang panggil saya bujang telajak
9. Saya berkahwin kerana nafsu saya bergelora
10. Saya berkahwin kerana saya rasa sunyi dan perlukan teman.
11. Saya berkahwin kerana nak menutup malu, kami dah terlanjur.
12. Saya berkahwin kerana kesian dekat dia. Saya nak bantu dia
13. Saya berkahwin kerana ayah dan ibu saya paksa saya berkahwin

Sekiranya saya meneruskan lagi senarai ini pastinya senarai akan bertambah panjang. Dan saya tidak dapat menafikan bahawa setiap perkahwinan tetap mempunyai sebab yang tersendiri. Cuma kalau kita selidiki apa yang Rasulullah saw katakan bila berbicara tentang perkahwinan :

” Dikahwini wanita itu atas empat perkara : harta, keturunan, rupa dan agama. Kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan”. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))

Kesimpulan, setiap perkahwinan mempunyai visi dan misi yang tersendiri. Sama ada dari Al Quran mahu pun dari Hadis Nabi saw, ianya telah menyatukan 2 insan yang berbeza untuk hidup dalam satu bumbung dan berinteraksi, berkomunikasi dan berbicara sama ada secara fizikal mahupun secara batin. Visi dan misi ini yang memberikan kekuatan bagi seorang suami dan seorang isteri untuk menghadapi kehidupan di dunia.

Namun ramai yang terlupa kenapa mereka berkahwin? Apa matlamat mereka berkahwin. Ringkasnya sama ada untuk memenuhi tuntutan akal atau nafsu, batin atau zahir, emosi mahupun fizikal ianya adalah demi untuk kebaikan semua pihak.

Lantas kenapa timbul isu-isu seperti di bawah?
1. Suami/ isteri saya sudah tidak sehaluan.
2. Suami/isteri saya telah berubah.
3. Suami/isteri sudah tidak serasi
4. Suami/isteri tidak bertanggungjawab.
5. Suami/isteri sudah tidak saling cinta mencintai.
6. Kasih sayang sudah pudar.

Asasnya, ramai yang berkahwin kerana nafsu. Ini merujuk kepada ayat Al Quran

Surah Al Imran
[3.14] Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

Dan sekiranya kita merujuk kembali Hadis Nabi saw bahawa wanita dikahwini kerana 4 sebab iaitu rupanya, hartanya, keturunannya dan agamanya, dapat kita simpulan bahawa ianya memenuhi sifat yang ada pada manusia. Kesukaan kepada rupa, harta dan keturunan namun perkara yang paling penting ialah agama kerana dengan agama sahaja kita akan kembali kepada Allah swt.

Jelas sekarang bahawa semua isu yang timbul di kemudian hari ada berkait rapat dengan matlamat perkahwinan.

Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah e bersabda : Sesungguhnya setiap perbuatan( ) tergantung niatnya( ). Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas)berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya ( ) karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.
(Riwayat dua imam hadits, Abu Abdullah Muhammad bin Isma’il bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhori dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naishaburi dan kedua kita Shahihnya yang merupakan kitab yang paling shahih yang pernah dikarang) .

No comment »

63 PETUA BAHAGIA DR FADZILAH KAMSAH

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6.. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ¡gerak batin¢ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ¡menang-menang¢.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ¡pasangan¢.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ¡I love you¢ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

No comment »

Bercinta jangan tak ingat

http://isuhagat1.blogspot.com/2008/11/bercinta-jangan-tak-ingat.html

Bercinta jangan tak ingat

nak kata dah kahwin,
rasanya belum lagi,
bila tanya bila nak kawin?//
entahlah… .. x tau lagi… .

perangai mengalahkan org dah kawin
berkepit sana-sini,
padahal bukan muhrim,
ikut trend masa kini..

heran… .pegang tangan tak takut dosa ke,
berpeluk-pelukkan x tau malu ker,
tak kasihan mak bapak ker,
hantar suruh belajar kau buat leka…

nak kata tak belajar agama,
kecik-kecik mak bapak hantar,
sekarang nak salah siapa kalau buat dosa,
sendiri bangang coz x ikut apa yg diajar…

belajar tinggi sampai gayat,
tp tak amal sepanjang hayat,
islam tu kan penyelamat,
bila nak amal… . tunggu sampai jadi mayat ?/…

sana sini buat wayang,
orang tengok naik bengang,
itu belum lagi rumput kat padang,
kalau idup sure kena terajang…

dulu masa single okey jer,
sekarang dah couple banyak lak dosa,
bila org tegur buat derk jer,
apa kulit dah tebal nak masuk neraka?… /
Masa buat x tau malu,
ikut sangat telunjuk nafsu,
buat maksiat x segan silu,
sekarang lagu mana… susu dah jadi keju..

suruh sembahyang… nanti..nanti..
boyfriend tepon terus pergi,
nak bersyukur atas nikmat allah x reti-reti,
boyfriend yg bg sekuntum bunga tulah dipuji-puji…

yang si mamat nie pun sama,
suruh gie masjid nak bawak girlfriend sama,
mana taknya dah berjanji hidup bersama,
sampai solat jumaat pun nak dikerjakan bersama..

kesudahanya hari jumaat,
org solat jumaat,
dia bershopping bukan main ligat,
layan awek sampai penat…

kalau diri dah gatal sangat,
kahwin jer cepat lagi selamat,
ni couple takde matlamat,
sajer suka² penuhi syarat..

org couple dier ikut sama,
tak sedar diri tu papa kedana,
papa ilmu papa agama,
macam mana ‘ bercinta cara islam’ itu nak dijana… .

bkn mengata bkn mengumpat,
siapa suruh buat wayang x bertempat,
kalau x suka diri diumpat,
jgn buat benda yg x tepat…

bonceng sana bonceng sini,
bontot tertonggek x malu pulak,
siap bangga x terperi,
dapat peluk pinggang balak..

balak kat depan mata melilau,
awek kat belakang bknya nampak,
siap mengurat muslimah yg pegi surau,
silap hari bln sure kena sepak..

awek pulak bangang,
perangai macam lalang,
percayakan balak bergalang-galang,
yelah… .balak cover, belum pecah tembelang…

pegang sana pegang sini,
x takut ker susutnilai,
kahwin belum tentu lagi,
kalau x jadi x ker hilang permata bernilai…

tulah… tuhan bg akal x pakai,
tuhan bg hati x tahu menilai,
diri sendiri yg lalai,
baik buruk pun x reti nak nilai..

kalau org cakap marah,
bila org nasihat melenting,
“taulah… taulah xpayah susah-susah,
tau lak senyap bila dah bunting… .

la ni baru nak ingat tuhan,
itupun nasib baik ingat,
menangis dah x leh nak tahan-tahan,
baru sekarang menyesal bangat… .

nasib baik tuhan tu maha penyayang,
itupun nasib baik umur masih panjang,
ada peluang nak mengucap panjang,
mintak ampun, panjat doa memanjang…

perkara lepas jgn dikenang,
pintu taubat terbuka luas,
hidup bkn utk bersenang-senang,
meraih & mencari redha Allah yg maha luas..

No comment »

Orang - orang yang Didoakan oleh Malaikat

Orang - orang yang Didoakan oleh Malaikat
Allah SWT berfirman, “Sebenarnya (malaikat - malaikat itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah - perintah-Nya.  Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa’at melainkan kepada orang - orang yang diridhai Allah, dan mereka selalu berhati - hati karena takut kepada-Nya” (QS Al Anbiyaa’ 26-28)

Inilah orang - orang yang didoakan oleh para malaikat :
1.
Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya.  Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci’” (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2.
Orang yang duduk menunggu shalat.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu shalat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia.  Ya Allah sayangilah ia’” (Shahih Muslim no. 469)

3.
Orang - orang yang berada di shaf bagian depan di dalam shalat.

Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra’ bin ‘Azib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada (orang - orang) yang berada pada shaf - shaf terdepan” (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)

4.
Orang - orang yang menyambung shaf (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalm shaf).

Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu bershalawat kepada orang - orang yang menyambung shaf - shaf” (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)
5.
Para malaikat mengucapkan ‘Amin’ ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, karena barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu” (Shahih Bukhari no. 782)
6.
Orang yang duduk di tempat shalatnya setelah melakukan shalat.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW bersabda, ” Para malaikat akan selalu bershalawat kepada salah satu diantara kalian selama ia ada di dalam tempat shalat dimana ia melakukan shalat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia’” (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadits ini)
7.
Orang - orang yang melakukan shalat shubuh dan ‘ashar secara berjama’ah.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, ” Para malaikat berkumpul pada saat shalat shubuh lalu para malaikat ( yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga shubuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.  Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu shalat ‘ashar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga shalat ‘ashar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, ‘Bagaimana kalian meninggalkan hambaku ?’, mereka menjawab, ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan shalat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan shalat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat’” (Al Musnad no. 9140, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)

8.
Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ ra., bahwasannya Rasulullah SAW bersabda, “Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan.  Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata ‘aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan’” (Shahih Muslim no. 2733)

9.
Orang - orang yang berinfak.

Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak’.  Dan lainnya berkata, ‘Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit’” (Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)

10.
Orang yang makan sahur.

Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayaatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada orang - orang yang makan sahur” (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)
11.
Orang yang menjenguk orang sakit.

Imam Ahmad meriwayatkan dari ‘Ali bin Abi Thalib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat untuknya yang akan bershalawat kepadanya di waktu siang kapan saja hingga sore dan di waktu malam kapan saja hingga shubuh” (Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, “Sanadnya shahih”)
12.
Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian.  Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain” (dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)

No comment »

tingat kat mak yah–my tok guru mengaji Al Quran…

salam,…

hari nih tetibe jer ingat kat mak yah…orang yang ngajar aku ngaji sejak aku tadika lagik..yang menariknyer tok guru aku nih selalu tertido time ngajar kitorang ngaji…siap ada rotan lagik…tapi bila tiba2 jer terjaga terus ketuk rotan kat lantai…heheh..comel sangat2…pak mat husband mak yah tu lak lawak sangat orangnyer…heppynyer bila ingat time ngaji Al-Quran dulu…

umur aku 8 tahun, aku naek Al-Quran…Alhamdulillah…bila dah darjah 6 aku start ngajar makcik2 n tok-tok yang datang ngaji Al-Quran..termasuk la beberapa senior aku yang time tu dah sekolah menengah..very interesting…pastu masuk jugak pertandingan tilawah Al-Quran hasil bimbingan ustaz…em…ustaz aper ek…dah tak ingat…tapi amatlah baik ustaz tu…hensem sangat even dah tua..anak dia Subhanallah cantik betul..ustaz ni amat penyabar melayan kerenah aku yang suka teramat sangatlah bertanya..maklumla..time tu kan still budak2..curiousity teramatlah tinggi.kadang2 soalan tu memeningkan ustaz aku..hihihii…maap ustaz…tima kaseh ustaz…

bila dah sekolah menengah aku g smbung belajar ngaji Al-Quran lg dengan ustazah Wan Kalsom.bagi menambah baikkan lagi aku punyer tajwid…lgpun dekat sikit dengan umah..dia ngajar gak kat sekolah dato’ sheikh dulu….husband ustazah tu merangkap kawan baik ayah aku…tok imam kat situ…kitorang panggil mak lang n pak lang…bestnyer…pergi ngaji…balik ngaji nek basikal…ngaji ramai2..kadang2 berlumba saper paling lancar n cepat khatam..tak kenal rasa letih pun…

alangkah indah kalau dapat diulang semula…tapi semua tu mustahil…Allah pun ada bersumpah demi masa dalam surah Al-Asr..Ya ALLAH, moga masa lalu aku takkan pernah sesekali meninggalkan kekesalan dalam hidup aku…moga masa yang berlalu itu sentiasa dalam rahmat-Mu…moga masa lalu itu tidak akan menghumban aku ke dalam neraka…moga masa lalu aku itu akan membuat aku tenang meniti usia tua aku nanti, Insya Allah….ameen…

pesanan untuk kawan2 n adik2 yang aku sayang sekalian…jangan tersalah menilai keseronokan, kebebasan dan erti sebenar sebuah kemodenan…fahami tanggungjawab…jangan menyesal di hari tua atas apa yang kita sebut, apa yang kita pandang, apa yang kita pakai dan apa yang kita makan sekarang…seremeh2 perkara itu mungkin membuatkan kaki kita selangkah ke neraka…Na’uzubillah…

MOHON REDHA DAN KEBERKATAN-MU AGAR DIPERMUDAHKAN URUSAN DUNIA DAN AKHIRATKU…ameen…

No comment »

Kahwin utk lahirkan pejuang Palestin

Kahwin utk lahirkan pejuang Palestin
Dilulus terbit pada Tuesday, January 27 @ 12:00:00 MYT oleh TokBatin
Oleh ustnik


Aida
al-Qaddumi, 22 tahun, anak Palestin berkahwin minggu ini selepas
beberapa minggu Gaza diserang tentera Yahudi. Tiada keraian, tiada
majlis resepsi, tiada tajaan astro untuk perkahwinannya.

“Saya kehilangan abang dan beberapa sepupu. Kebanyakan keluarga kehilangan anak,” Katanya.

Perkahwinan
beliau adalah semata-mata untuk menambahkan bilangan ‘pejuang’ dan
hanya mahukan beliau mati sebagai seorang ’syahid’ di Israel.

Tiga
minggu serangan maut Israel terhadap Semenanjung Gaza memaksa
perkahwinan beliau yang sepatutnya berlangsung 7 Januari lalu
ditangguhkan, tetapi tidak sedikitpun mengubah keinginan itu.
Pengantin perempuan itu, sebaliknya tetap ke sebuah salun kecantikan
di daerah tengah bandar, Rimal untuk dandanan rambut dan solekan
sempena hari bersejarahnya Khamis lalu.

Manakala, pengantin lelaki, Fadel al-Ghul, yang juga adik Menteri Kehakiman Hamas menjemput beliau beberapa jam selepas itu.

Kedua
mereka bersetuju sebagai menghormati kematian lebih 1,300 penduduk
Palestin di Gaza untuk tidak mengadakan sebarang acara keraian mengikut
tradisi mereka sempena perkahwinan kedua pasangan itu.

Selain
angka kematian yang dahsyat itu, dewan perkahwinan yang sepatutnya
disewa untuk majlis keraian pula musnah akibat bedilan bom Israel.

Di
salun, Aida ditemani rakannya yang bertudung litup dari kepada hingga
hujung kaki yang hanya duduk di satu sudut. Pengantin perempuan
mengenakan gaun labuh dihiasi labuci perak dengan wajahnya ditutup.

Dengan suara perlahan, Aida menyatakan rasa gembira untuk berkahwin, tetapi sedih dengan kehancuran dan kematian yang berlaku.
Kuarters
Shujaiya yang menjadi tempat tinggal beliau adalah kubu kuat Hamas yang
menjadi sasaran utama serangan tentera Israel. Berpuluh-puluh penduduk
kebanyakannya adalah orang awam terbunuh, manakala puluhan rumah
musnah.

Mengikut adat tempatan, pasangan baru itu akan tinggal di rumah keluarga suami di daerah Nasser.

“Ketika
serangan, beberapa bangunan di sekeliling kami dibom. Syukur kepada
Tuhan, rumah kami tidak kena bom. Kami tinggal dalam ketakutan setiap
hari,” kata Aida.

Ketika ditanya impian kehidupan beliau, Aida
hanya berkata: “Kehidupan saya di tangan Tuhan.” Bagaimanapun setiap
kali menyebut Israel, wanita itu meninggikan suaranya.

“Mereka
adalah pembohong. Tiada senjata di masjid atau sekolah, tetapi mereka
masih mengebom di sana. Mereka membunuh kanak-kanak. Seluruh dunia
melihat gambar, tetapi langsung tidak berbuat apa-apa,” katanya.

Israel mendakwa, pejuang Hamas bersembunyi di kalangan penduduk awam untuk melancarkan roket dan menyimpan senjata di masjid.

Aida
berkata, anak beliau akan dibesarkan untuk menghormati Islam dan diajar
dengan cara berkenaan supaya dapat memasuki syurga dengan mudah.

“Saya
mahukan anak saya menjadi pejuang di jalan Allah. Jika saya diberi
peluang, saya akan mati ketika satu operasi di Israel,” katanya.

Fadel,
35, tiba tidak lama selepas itu memakai sepasang sut gelap. Beliau
bekerja selama beberapa tahun dengan sebuah pertubuhan kebajikan utama
yang ditubuhkan oleh pengasas Hamas, Sheikh Ahmed Yassin pada 1970-an.

Menentang
Israel adalah satu tugas, kata Fadel. “Kami tinggal di tanah kami,
tanah yang dipenuhi pejuang. Mereka mahu membunuh kami tetapi kami akan
bunuh mereka terlebih dulu.

“Ketika operasi mereka akan
memusnahkan bangunan, masjid dan rumah tetapi mereka tidak akan dapat
memusnahkan kumpulan yang membawa penentangan.

Komentar:

1. Tujuan perkahwinan yang cukup berbeza di antara penduduk Palestin dan penduduk Malysia.

2. Perkahwinan yang diberkati ialah yang murah dan mudah, bukannya penuh pembaziran yang digemari syaitan.

3. Wanita Palestin lahirkan pejuang. Wanita Melayu lahirkan anak luar nikah sahaja.

4.
Suasana sekeliling membentuk jiwa kental seorang wanita Palestin,
berbanding suasana mewah dan penuh hiburan di Malaysia membentuk jiwa
kantoi wanita Melayu.

5. Jihad di bumi Palestin tak akan padam sehingga Nabi Isa turun membunuh Dajjal (Yahudi menjadi pengikutnya paling ramai)

6. Ribuan yang dibunuh, ribuan pula akan lahir insyaAllah meneruskan jihad.

7. Cukup teruja ketika membaca artikel ini. Seakan membaca kisah para sahabat lampau di zaman Rasulullah saw.”

No comment »

PANTUN MUSLIMAT…

PANTUN MUSLIMAT…

Kalau nak “Make Up” biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh besok mulai.

No comment »